Monday, June 23, 2008

COLLECTIVISM DAN KIBBUTZISM.....HUJAH SEMPIT PEMBANGKANG

MP Johor Bharu (Menteri) membuat penjelasan kepada hujah-hujah yang ditimbulkan oleh pembangkang berkaitan usul yang dibentangkan. Beliau juga tertarik dengan kelancaran perbahasan oleh ahli Dewan. Ada juga pembangkang yang cuba-cuba menyarankan pendekatan berteraskan collectivism yang di ilhamkan pada Era Mao di Republik China dan juga Kibbuthzism yang berleluasa di Israel. Mereka menggunakan konsep-konsep ini untuk digunapakai oleh Petronas dalam mengagihkan pulangan keuntungan kepada semua.

MP Johor Bharu mengatakan kini banyak syarikat-syarikat kerajaan seperti di Pulau Pinang yang juga mendapat keuntungan besar, RM50 juta. Kenapa tidak ambil sahaja keuntungan ini dan bahagikan sahaja kepada rakyat? MP Johor Bharu berpendapat bahawa kenapa pembangkang tidak henti-henti melayani ideologi sempit. MP Shah Alam, adik kepada MP Johor Bharu cuba-cuba mencelah tetapi tidak diberi laluan oleh menteri dan menasihatkan MP Shah Alam supaya jumpa di rumah sahaja untuk berbincang.

MP Johor Bharu mengatakan hujah-hujah yang dibuatnya adalah dibuat setelah mendengar dengan taatnya pandangan-pandangan pembangkang dalam dewan malah beliau mendengar hujah-hujah pembangkang dengan sabar supaya dapat memberi penjelasan yang jitu kepada dewan terutamanya kepada ahli pembangkang yang masih keliru dan tidak faham tentang apa yang dibuat oleh Petronas dan kerajaan Barisan Nasional. Harap-harap pembangkang amalkan sikap suka mendengar sebelum bercakap.

MP PEMBANGKANG MASIH TIDAK FAHAM PERATURAN

MP Kubang Kerian tabik kepada kerajaan sekiranya usul yang dibicarakan ini dibentangkan sebelum krisis berlaku. Beliau mendakwa keikhlasan kerajaan untuk menangani isu ini yang pada hemat beliau kerajaan tidak serius mencari dan mengusahakan cara-cara untuk melegakan masalah rakyat. Beliau mendakwa rakyat menderita kerana terpaksa menghadapi harga barang yang tidak terkawal.

MP ini telah memberi laluan kepada sahabat pembangkangnya dari Wangsa Maju (PKR) untuk menyokong hujahnya. Wakil Wangsa Maju mengambil kesempatan untuk melemparkan tuduhan bahawa ada orang tertentu yang telah berkunjung ke luar negeri dengan menggunakan peruntukan kerajaan.

Hujah MP Wangsa Maju telah dipatahkan oleh Timbalan Menteri (Tapah) yang meminta bukti atas dakwaan beliau. Celahan-celahan ini telah membuatkan Yang Dipertua Dewan membetulkan sikap ahli dewan yang suka mencelah.

MP Wangsa Maju telah menuduh kerajaan 'cakap tak serupa bikin'. MP ini sebenarnya tidak faham peraturan membuat pencelahan dengan membawa isu yang tiada kena mengena dengan isu yang dibawa oleh MP Kubang Kerian.

Ahli-ahli pembangkang masih tidak faham peraturan Parlimen. Mereka sepatutnya berhujah untuk memaparkan perkara-perkara baik dan bukan untuk mencerca tindakan kerajaan yang positif.

MP POKOK SENA RAJIN RAJINLAH MELAWAT PERPUSTAKAAN DEWAN

MP Pokok Sena (PAS) telah menuduh kerajaan sebagai kerajaan 'taik minyak'. Beliau juga mengkritik potongan 10% daripada menteri kabinet. beliau juga mencabar kerajaan menurunkan harga minyak dan meminta rakyat rakyat jika tidak setuju untuk mengusulkan undi tidak percaya. Beliau juga menanyakan bagaimana kerajaan membelanjakan pendapatan hasil Petronas dan cukai.

Apa yang dihujahkan oleh MP ini bukanlah perkara baru dan beliau sebenarnya boleh menjawab sendiri apa yang beliau tanya dengan menggunakan fakta-fakta yang boleh diperolehi dari sumber terbuka.

YB perlu menggunakan perpustakaan Parlimen dan juga unit penyelidikan parlimen dengan kerap untuk mendapatkan maklumat supaya boleh membuat ulasan yang boleh dimanfaatkan oleh semua ahli dewan.

YB sepatutnya tahu bahawa jumlah hasil negara adalah RM147 billion. Kerajaan juga ada pinjaman sekitar RM21 billion. Dari jumlah ini, RM40 billion telah diperuntukkan untuk pembangunan RMK-9, RM35 billion adalah untuk pelajaran, RM11 billion untuk Kementerian Kesihatan, RM27 billion untuk pelbagai subsidi dan RM7 billion untuk pentadbiran kemenkterian dan sebagainya.

Data seperti di atas ini boleh diperolehi oleh YB untuk berhujah dengan lebih bermakna daripada melemparkan tuduhan-tuduhan melulu dalam dewan. Pemerhati-pemerhati di galeri mungkin terperanjat dengan kecetekan kefahaman MP ini yang sudah lama menjadi ahli Parlimen.

Kami, pemerhati politik menyeru YB banyak membaca sebelum masuk dewan. YB perlu ingat bahawa apa yang YB hujahkan tadi tidak meyakinkan dewan malahan dakwaan YB hanya menunjukkan bahawa YB tidak prihatin, hanya sibuk mencari publisiti murahan.

MP TENGGARA, YB HALIMAH KREATIF DAN PRAKMATIS

MP Tenggara (BN) Y.B Halimah Sidek dalam menyokong usul mengucapkan tahniah kepada kerajaan kerana berani menghadapi realiti akibat daripada kenaikan minyak dunia. Tindakan kerajaan adalah satu 'wake-up call' untuk menyedarkan semua rakyat bahawa kita perlu menghadapi realiti ini. Kerajaan bukan hendak menjadi popular dalam membuat keputusan tetapi lebih mementingkan kesusahan rakyat.

Kerajaan bersedia menelan yang pahit walaupun rakyat marah. Ini adalah satu perkara yang tidak dapat dielakkan dan rakyat telah diberitahu tentang masalah dan krisis yang dihadapi tetapi pihak pembangkang dalam dewan dan luar dewan tidak puas bertanya atas tindak tanduk kerajaan. Mereka tidak berhenti bertanya kenapa?, kenapa? dan kenapa?....... Mereka menanya kenapa kerajaan tidak boleh tanggung subsidi? kenapa tidak mengepam minyak lagi? Pembangkang patut sedar bahawa jika gunung ditarah sekalipun, akan landai juga akhirnya.

MP Tenggara telah kemukakan syor-syor untuk rakyat sama-sama menghadapi krisis ini termasuklah berjimat cermat, hentikan projek mega dan sebagainya. Rakyat harus faham apa yang berlaku sekarang bukan hanya dialami di Malaysia tetapi semua negara di dunia termasuklah negara Barat, negara Asean dan negara-negara Islam. Beliau meminta rakyat supaya memahami bahawa kerajaan ikhlas untuk melegakan kehidupan semua lapisan rakyat.

LOGI NUKLEAR DI MIDDLE ROCK

Akhbar Utusan Malaysia ada satu laporan mengenai syor untuk mendirikan logi nuklear di Middle Rock, berhampiran Pulau Batu Putih. laporan itu mengatakan bahawa Middle Rock itu sesuai untuk logi ini. laporan itu menyatakan bahawa satu lagi alternatif ini di Perak. Idea untuk mendirikan logi ini agak kreatif dengan tujuan untuk dijadikan sebagai sumber tenaga alternatif. Kesesuaian penempatan logi di Middle Rock ini pasti menarik dan sudah tentu juga akan dibincang oleh negara jiran terlibat.

MP PERMATANG PAUH (PKR) MASIH DI TAKUK LAMA

MP Permatang Pauh berleter dalam Dewan Rakyat berkaitan dengan hak kenaikan harga yang banyak menyusahkan rakyat. Beliau kecewa dengan kenaikan harga simen dan besi kerana ini ada kesan kepada pembangunan dan juga aspek pengangkutan.

Beliau juga menyentuh tentang kelemahan wang ringgit, isu rebat dimana sehingga 5 kereta boleh dibuat tuntutan, dan pelbagai lagi.

Beliau berleter sungguh tetapi tidak mencuba untuk merungkaikan masalah ini. Beliau hanya menyebut bahawa kerajaan banyak memungut segala hasil bernilai RM280 billion.

MP Permatang Pauh masih lagi mengulangi kesilapan dalam berhujah. Dahulu dan sekarang....... Memang mudah untuk mengkritik terutamanya sebagai pembangkang yang tidak tahu menahu mengenai aspek pentadbiran negara. Biasanya adalah lebih mudah mengkritik daripada melaksanakan program.

Alangkah baiknya sekiranya ketua pembangkang dapat mengambil kesempatan yang ada untuk mengemukakan cadangan-cadangan konkrit dalam menghadapi krisis dan cabaran semasa supaya rakyat di manfaatkan. Kalaulah cara begini diteruskan oleh pembangkang, maka 'quality time' Parlimen yang disediakan untuk ahli dewan akan menjadi sia-sia. Renungkanlah dan cubalah memberi syor-syor positif dalam usaha untuk menyelesaikan krisis semasa yang sebenarnya akibat daripada faktor-faktor luaran terutamanya Amerika. Pembangkang elok tujukan soalan-soalan mereka kepada pemimpin-pemimpin Amerika.

PEMBANGKANG TAK PANDAI PERLU KE SEKOLAH

MP Kinabatangan (BN) sama-sama mengambil bahagian dalam perbahasan. Perkara penstrukturan semula subsidi dengan suara otoritatif memaklum serta berpendapat bahawa kini pihak Saudi telah pun membuat keputusan untuk mengeluarkan sebanyak 9.6 juta tong minyak sehari. Ini adalah satu pendekatan yang baik tetapi beliau berpendapat bahawa ada kuasa tertentu yang cuba membuat sesuatu agar menyulitkan lagi kedudukan penduduk dunia dengan menyekat pengeluaran minyak. Namun, MP Kinabatangan tetap akan menggunakan Dewan ini untuk memperjuangkan kepentingan rakyat.

Apa yang beliau lontarkan dalam dewan ini adalah benar dan beliau tetap berpegang kepada yang benar. Jika perkara itu benar, pembangkang tidak akan berani berhujah.

MP Kinabatangan mengkritik pembangkang yang cuba mengganggu beliau semasa berhujah dengan menggunakan peraturan Parlimen. Beliau mengatakan kepada MP tersebut supaya masuk sekolah semula, kalau tidak, jumpa beliau untuk belajar. Beliau seterusnya menyokong usul penstrukturan semula subsidi.

MP PADANG SERAI (PKR) BUAT KECOH

Sesi penggulungan oleh MP Rembau (BN) di ganggu oleh MP Padang Serai yang cuba membuat kecoh sehinggakan Yang Dipertua Dewan terpaksa mengarahkan MP Padang Serai untuk duduk dan diam bagi membolehkan beliau mendengar hujah yang ingin disampaikan oleh MP Rembau.

Yang Dipertua Dewan sekali lagi mengingatkan kepada semua ahli dewan untuk menghormati ahli dewan yang bangun untuk berucap, menyampaikan usul atau bertanyakan soalan.


Mustikaindah: Harap ahli dewan faham..... arahan ini nampak ringkas tetapi jangan pandang remeh. Patuhi lah arahan Yang Dipertua. Jangan terlalu ikutkan perasaan.

MP MARANG (PAS) PERLU BANYAK MEMBACA

MP Marang (PAS) sepatutnya lebih banyak membaca dan perlu lebih memberi tumpuan kerana nampaknya pandangan yang beliau utarakan di dalam Dewan Rakyat hari seperti kebudak-budakan dan seolah tidak memahami apa yang telah pun berkali-kali dijelaskan, iaitu mengenai penstrukturan semula subsidi minyak dan keuntungan Petnonas. MP Marang berlagak seolah-olah beliau tidak pernah mendengar penjelasan yang diberikan sebelum ini. Pemikiran konservatif beliau perlu diubah kerana sudah terlalu lapuk.

MP Batu Pahat (BN) bangun untuk menangkis pendapat MP Marang. MP Batu Pahat dengan sinis mengatakan bahawa MP pembangkang sengaja mencipta kesilapan kerajaan. MP Pembangkang tidak lain hanya untuk mencari pubisiti murahan semata-mata. Sikap tidak professional MP Pembangkang ini mampu menjejaskan kredibiliti dewan yang mulia.

Kenyataan MP Batu Pahat (BN) menarik perhatian dewan dengan hujah-hujah yang bernas.

NASIB NELAYAN TERBELA

(Menteri Pertanian dan Industri Asas Tani)


Kerajaan sedar bukan sahaja nelayan tetapi penternak dan petani-petani yang lain juga turut menghadapi beberapa isu dan masalah, namun sebagai sebuah kerajaan yang prihatin, kerajaan telah memperuntukkan RM4 billion bagi menangani masalah bekalan makanan dan kenaikan harga makanan ini. Bagi nelayan, kerajaan telah membuat keputusan dengan mengambil kira sedikit kenaikan harga diesel dari RM 1 ke RM 1.43 bagi nelayan. Kementerian telah mengambil 2 langkah:

1) Bagi setiap awak-awak yang mengusahakan bot nelayan, mereka akan diberikan RM200 seorang untuk menampung kenaikan harga minyak.
2) Bagi pengusaha, mereka akan diberikan bantuan sebanyak RM 0.10 sekilogram.

Langkah ini dapat mengurangkan beban yang ditanggung oleh nelayan-nelayan.

Sebelum ini kerajaan membelanjakan RM 2 billion untuk membantu para nelayan dan mengambl kira beberapa laporan penyelewengan yang berlaku, kerajaan telah membuat keputusan bagi membendung penyelewengan ini untuk menaikkan sedikit harga minyak diesel supaya perbezaan harga minyak di Malaysia dengan negara jiran khususnya negara Thailand dapat dikurangkan. Di negara Thailand, harga minyak diesel sekitar RM4 seliter manakala di Malaysia RM1.43. Oleh kerana jurang yang besar antara harga di Malaysia dengan negara jiran maka ini mendorong pihak yang tidak bertanggungjawab untuk menyeludup. Inilah sebabnya mengapa kerajaan terpaksa menaikkan sedikit harga minyak diesel dari RM1 ke RM1.43 dan ini lebih rendah berbanding harga yang dikenakan kepada pengguna lain iaitu RM 2.58.

Bagi persoalan MP Ipoh Timur samada menteri turun padang untuk mengadakan dialog dan menyelesaikan masalah nelayan, menteri menjelaskan bahawa kerajaan dan semua anggota pentadbiran sentiasa turun padang untuk berjumpa nelayan-nelayan. Malah beliau sendiri telah pun berjumpa dengan nelayan di Pulau Pinang dan Sarawak dan akan cuba menangani isu ini terutama di kawasan yang kekurangan diesel. Menteri juga memberi jaminan bahawa kerajaan akan sentiasa akan cuba menangani isu-isu dan masalah yang timbul seperti yang dibangkitkan oleh MP Ipoh Timur.


mustikaindah: kerajaan serius tetapi pembangkang selalu menafikannya. Pembangkang perlu buka mata dan jangan hanya omong kosong

MIKRO KREDIT UNTUK GOLONGAN MISKIN TEGAR

Selain daripada usaha-usaha untuk mengenal pasti golongan-golongan miskin tegar, kerajaan juga telah mengambil beberapa usaha untuk meningkatkan peningkatan pendapatan golongan ini seperti menggunakan amanah ikhtiar iaitu mikro kredit untuk memberi peluang kepada golongan tersebut supaya mereka boleh berusaha untuk menjalankan perniagaan kecil-kecilan dan beberapa lagi usaha telah dibuat untuk memberi peluang-peluang perniagaan seperti lesen-lesen perniagaan kecil juga telah mempermudahkan memberi peluang kepada mereka.
..............mustikaindah: Sekurang-kurangnya langkah dan usaha kerajaan ini dapat mengurangkan beban rakyat terutamanya bagi mereka yang berpendapatan rendah.

KERAJAAN SEDIAKAN PERMIT UNTUK GOLONGAN BERPENDAPATAN RENDAH BERNIAGA



Sebagai langkah proaktif berikutan kenaikan harga minyak dan barangan, Kerajaan akan mengeluarkan permit perniagaan kecil untuk golongan berpendapatan rendah . Kakitangan awam juga boleh memohon permit berkenaan untuk menjalankan kerja sambilan.

Permit berkenaan melibatkan perniagaan dan penjaja kecil seperti di pasar tani, pasar malam dan kawasan perumahan. Walaubagaimanapun, bagi kakitangan kerajaan yang berminat untuk menjalankan perniagaan sambilan ini perlu mendapatkan keizinan daripada ketua jabatan untuk memastikan bahawa tugas hakiki dan tanggungjawab di pejabat tidak terganggu.

Permit-permit berkenaan diberi untuk tempoh jangka pendek dan jangka panjang mengikut keperluan pemohon.

Kerajaan juga memutuskan untuk membantu pengusaha industri kecil dan sederhana (IKS) dalam menghadapi beban kenaikan bahan api. Langkah tersebut telah dipersetujui tetapi memandangkan perkara itu melibatkan isu cukai maka ia perlu diteliti oleh Kementerian Kewangan dan akan dilaksanakan secepat mungkin.

Kerajaan juga akan berusaha mencari sumber lain untuk menggantikan sumber tenaga yang sedia adasepeerti tenaga solar, tenaga angin serta biofuel selain kemungkinan membangunkan nuklear sebagai sumber tenaga, namun bagi tenaga nuklear, ia memerlukan langkah-langkah yang perlu diperhalusi kerana sisa nuklear bukanlah satu perkara yang mudah dilupuskan.

KERAJAAN SERIUS TANGANI PENIAGA DEGIL

Menjawab soalan yang dikemukakan, Menteri KPDHEP menjelaskan kerajaan serius menangani masalah yang ditimbulkan segelintir peniaga yang menaikkan harga barang sewenang-wenangnya. Setakat ini KPDNHEP telah menjalankan pemantauan harga barang yang dijana oleh 1901 orang Pegawai Pemantau Harga. Tindakan yang sewajarnya juga telah diambil ke atas golongan peniaga yang degil.

DEWAN RAKYAT BERSIDANG HARI INI

Hari ini merupakan hari pertama Dewan Rakyat akan memulakan Mesyuarat Kedua bagi sesi sidang Parlimen yang pertama.

Sama-sama kita ikuti kupasan isu dan jawapan, gelagat dan aktiviti yang berlansung di Dewan Rakyat hari ini. Rajin-rajin lah melayari laman blog ini.


Terima kasih