Monday, June 30, 2008

TURKEY INTERFERES IN THE AFFAIRS OF MALAYSIA

Malaysia a very peaceful country. Its people live in harmony and respecful of all laws of the nation. We have a very sound foreign policy and our respect for sovereignity of others is well known, we are member of the OIC and so are Indonesia, Turkey, Pakistan, Saudi Arabian, Lybia, Morocco, Mozambique, Brunei, Egypt and many others.

As a result of police report dated 28th Jun 2008 on sodomy committed by Anwar Ibrahim in Kuala Lumpur, he had taken several wrong steps to 'protect' himself. He and his representatives told the world that there are make beleived threats posed against Anwar. Yesterday, he was reported to be 'hiding' somewhere in KL and subsequently, he took refuge in the Turkish Embassy, Kuala Lumpur.

So many theories abound as to his options to use the Turkish solution. Conjecture aside, to resort seeking refuge in a foreign embassy which is a good friend of Malaysia, is the last thing one should do. This is a cowardly act by a person who called himself a leader. He should stand up and face the charges, instead of running away from it. He should not have any fear if he is absolutely right.

To quote one observer, "Why is he hiding? It will only create a negative perception. Since he claims to be a fighter, he should be brave enough to face the press, and must be willing to sacrifice himself in the fight."

We advise the Turkish Embassy not to listen to the crap of Anwar. As a Islamic country, Turkey has lots of similarities with Malaysia. We seek their wisdoms to comply to the principles of respect for international Laws and sovereignity of nations. We demand that the embassy denies refuge for this irresponsible citizen of Malaysia who has violated our local laws and also wanted for questioning by the authorities.

by: Pemikir Negara

SODOMY IS DESPICABLE.... ANWAR SHOULD REPENT

Anwar Ibrahim the so-called supreme advisor to PKR, was reported to be involved in sodomising an aide at a plush apartment in Damansara Heights. This act of sodomy which is against the local laws of Malaysia, is despicable and against Islamic teachings. This act is also condemned by Allah as what had happened to the clan of Lut.

This case of Anwar was reported widely and even picked up by BBC and other western media. Western media are mostly open to this fenomena because of their liberalism. Californian Laws allow gay marriages. American gays are now heading for California to get married. This trend is not new in this era but it is hoped that such liberalism would not encroach on our shores. Neighbouring states are open to this gay culture short off legalising it.

As a so-called leader of PKR, he should be well aware of what we call morality. A good leader should portray sophistry and high intergrity. Unfortunately, this particular leader had violated the norms and values of a good muslim. How can one accept and endorse this weird leader who claims to represent DAP, PAS and PKR? How can they pretend and believe that this leader is an angle? He is a devil eveready to lead his followers to vahalla and great distress.

Political observer suggests that all his followers to repent and follow the true path commanded by Allah.

by: Pemikir Negara

MP PASIR MAS (BEBAS) PRIHATIN

MP Pasir Mas (BEBAS), mencadangkan supaya pengagihan pendapatan isi rumah dikaji semula memandangkan kos sara hidup sekarang ini sudah meningkat dan akan meningkatan dari semasa ke semasa.

Beliau juga membangkitkan isu DSAI. Beliau meminta supaya DSAI bersikap sebagai seorang pemimpin yang profesional dan juga memberi kerjasama kepada polis jika terbukti benar. Jika perlu kepada jaminan, MP Pasir Mas juga menawarkan diri untuk menjadi orang yang memerhatikan siasatan polis jika DSAI takut dengan tindakan yang bakal diambil polis samada kekerasan atau sebagainya. Langkah yang diambil oleh DSAI mendapatkan suaka politik di Kedutaan Turki tidak patut kerana kata MP ini, berani kerana benar, takut kerana salah.

ANWAR PELAKON TERBAIK NEGARA (2)

Anwar Ibrahim merupakan bekas pelajar MCKK. Pernah dibuli oleh rakan-rakannya disebabkan fizikalnya ketika itu amat kecil berbanding dengan rakan-rakannya. Pernah diberitahu kepada saya oleh rakan-rakan sezaman beliau yang beliau pernah diganggu fizikal malah bukan setakat itu sahaja, beliau juga pernah diganggu dari segi seksual. Justeru, segala yang dilakukan oleh beliau amat berbeza dengan orang lain yang mempunyai fikiran yang waras contohnya dari segi pakaian.

Dahulu semasa beliau memimpin ABIM kononnya berpakaian macam ulama tetapi setelah berkecimpung dalam politik saya nampak pada peringkat awal beliau tidak memakai pakaian ala barat malah ketika itu beliau sering memakai baju yang sering dipakai ketika dalam ABIM dahulu. Setelah 2 penggal berada dalam kerajaan, dengan mudah beliau 'bersalin kulit'. Setiap hari ke pejabat mengenakan kot dan tali leher. Kot yang dipakai diimport dari Itali begitu juga kerusi di dalam rumahnya yang juga buatan dari Itali. Semasa dalam kerajaan, beliau pernah memakai baju melayu, kain pelikat dan selipar turun ke lapangan khususnya hari Jumaat dan terus membaca khutbah. Ini berlaku semasa beliau menjadi Menteri Kewangan.

Beliau berlagak semacam orang yang berilmu pengetahuan agama, malah terus terang saya katakan beliau adalah manusia yang bertopengkan haiwan, menggunakan agama untuk kepentingan agenda perjuangan. Sanggup membelakangkan kepentingan negara dalam apa jua pun demi kepentingan peribadi. Ini berlaku apabila beliau memberi laluan kepada Al- Gore, Naib Presiden Amerika Syarikat untuk mengecam dan menghentam negara Malaysia ketika itu. Semasa beliau melawat US, beliau diberi layanan karpet merah oleh US di atas kerjasama nya dengan US untuk melemahkan negara ini, sedangkan karpet merah bukan untuk timbalan Perdana Menteri. Karpet merah sepatutnya diberi kepada Ketua Negara (Yang Dipertuan Agong).


siri 1: http://wiramalaysia.blogspot.com/2008/06/anwar-pelakon-lelaki-terbaik-negara-1.html

bersambung:

WISMA PUTRA PERLU PROTES CAMPURTANGAN TURKI DALAM URUSAN MALAYSIA


Pemerhati dari Utara sudah lama tahu bahawa DSAI ini memang tidak sepi membuat pembohongan di dalam dan luar negeri. Di dalam negeri sejak beliau menghadapi kes liwat penghujung 1990-an beliau tidak berhenti-henti cuba memesongkan minda rakyat supaya membenci kerajaan. Beliau tegak-tegak mengatakan bahawa kerajaan yang berbohong dan beliau adalah betul. Ini adalah cara beliau sehingga rakyat Malaysia dikelirukan.

Kini, beliau cuba menidakkan laporan liwat kepada polis pada 28 Jun 2008. Pengkritik-pengkritik mengatakan bahawa kerajaan sengaja mengada-adakan laporan ini. Beliau menuduh orang-orang tertentu dalam kerajaan cuba menjatuhkan beliau. Tetapi beliau tidak mengambil tindakan-tindakan lazim untuk mungkin menggunakan masjid dan al-quran serta bersumpah bahawa beliau tidak melakukan tindakan tidak senonoh ini. Sebaliknya beliau mendapat simpati negara asing untuk kononnya menyelamatkan diri. Ini mungkin berlaku kerana kewujudan persefahaman PKR dengan parti berunsur keadilan yang terdapat di Turki.

Pemerhati bimbang bahawa apabila sudah berbohong sekali, beliau akan terus berbohong lagi. Kita tidak tahu apa yang DSAI telah berbohong kepada Presiden dan Duta Besar Turki. Orang Turki ini tidak memahami politik dan kebudayaan Malaysia. Kedutaan Turki sepatutnya tidak melayani DSAI yang terlibat dalam kes jenayah. Kenapa Kerajaan Turki benak sangat sampai mempercayai DSAI?

Pemerhati memohon Wisma Putra mendapatkan kerjasama Kerajaan Turki memberi penjelasan di samping memprotes tentang tindakan pihak kedutaannya campur tangan dalam urusan negara Malaysia.

oleh: Pemikir Negara

ANWAR SEDANG MENGAMBIL 'TURKISH BATH'

Kini heboh penasihat PKR, DSAI berada di Kedutaan Besar Turki, Kuala Lumpur. Katanya beliau kini takut dan sedang diancam oleh anasir-anasir yang mengugut keselamatan beliau. Beliau melalui wakil-wakilnya, Presiden PKR dan juga Naib Presiden PKR menguar-uarkan bahawa ada cubaan untuk mengenakan beliau.

Pemerhati politik berpendapat bahawa DSAI ini sudah melampaui batas dalam proses pembohongannya. Beliau kelihatan seolah-olah tertekan di samping menghadapi krisis peribadi yang sangat jelek iaitu tuduhan meliwat yang beliau lakukan pada 26 Jun 2008 di sebuah kondominium di Bukit Damansara. Perbuatan keji ini berulang lagi. Pemerhati berpendapat bahawa beliau ini perlu mendapat nasihat-nasihat oleh pakar-pakar psikologi tempatan. Tindakan untuk menyorok di Kedutaan Turki sangat jelas menunjukkan bahawa beliau cuba lari daripada siasatan polis. Kalau beliau tidak bersalah, jangan lah menyorok atau lari.......

Pemerhati juga berpendapat, mungkin DSAI ini selepas membuat kegiatan keji ini mengambil 'turkish bath' di kedutaan tersebut. Adalah diharap kerajaan Turki fikir habis-habis dan jika minat, ambil sajalah DSAI dan bawa beliau bermastautin di negara Turki sebuah kerajaan sekular yang bersesuaian dengan hati naluri dan selera DSAI.

oleh: Pemikir Negara

PERLU SEIMBANGKAN GENDER DI IPTA

MP Tangga Batu, Timbalan Menteri memaklumkan kepada Dewan bahawa sistem meritokasi diguna pakai dalam pemilihan pelajar-pelajar yang layak ke IPTA. Sistem ini berkesan dan bertujuan untuk membolehkan pelajar-pelajar berkelayakan tidak tertinggal untuk meneruskan cita-cita mereka untuk menimba ilmu ke tahap tertinggi. Dalam hubungan ini, Timbalan Menteri memaklumkan bahawa buat masa ini faktor gender timbul dalam proses mendapatkan pelajar-pelajar yang layak ke IPTA. Kini, didapati lebih banyak pelajar perempuan berbanding pelajar lelaki yang berkelayakan ke IPTA. Keseluruhannya nisbah pelajar perempuan dengan pelajar lelaki adalah 3:1 atau dalam peratusannya 60%:40%.

Penjelasan yang dibuat oleh Timbalan Menteri ini perlu di ambil berat oleh ahli dewan khususnya dan juga warga Malaysia amnya. Setiap keluarga harus mengambil tahu implikasi nisbah ini. Kita perlu menganalisa dan memastikan bahawa jika boleh, nisbah gender ini dapat sampai ke tahap 50%:50%.

Timbalan Menteri sebenarnya ingin memberitahu bahawa keluarga harus memberi perhatian kepada anak lelaki mereka supaya mencapai kelayakan yang setanding dengan anak-anak perempuan mereka pada masa akan datang. Untuk makluman, fenomena gender ketara juga di negara-negara lain termasuklah di Eropah dan Amerika.

oleh: Pemikir Negara

MP REMBAU (BN) PRIHATIN TERHADAP UPU/JPA

MP Rembau (BN), YB Khairy Jamaludin telah menimbulkan aspek pengajian tinggi di mana UPU yang dibentuk oleh Kementerian Pengajian Tinggi, bertanggungjawab tentang kemasukan pelajar-pelajar ke IPTA. MP berpendapat bahawa UPU perlu bekerjasama dengan Jabatan Perkhidmatan Awam (JPA). Ini adalah kerana pelajar-pelajar yang memohon untuk belajar ke luar negeri, ada juga yang tidak berjaya dalam permohonan mereka. Beliau berpendapat bahawa pelajar-pelajar yang tidak berjaya ini diberi peluang untuk meneruskan pelajaran mereka di IPTA tempatan.

MP ini menanyakan samada wujud atau tidak hubungan UPU dengan JPA dalam hal menangani pelajar-pelajar yang tidak berjaya.

MP Tangga Batu, Timbalan Menteri menjawab bahawa perhubungan UPU dengan JPA akan dimantapkan dan beliau mengucapkan terima kasih di atas saranan yang dikemukakan oleh MP Rembau.

Pemerhati politik berpendapat apa yang ditimbulkan MP Rembau dialu-alukan terutamanya oleh warga pelajar yang kadang-kala samar terhadap perancangan pelajaran mereka. Adalah diharapkan Kementerian Pengajian Tinggi selaraskan apa yang disebutkan oleh MP Rembau.


OLEH: PEMIKIR NEGARA

Thursday, June 26, 2008

LOBI PARLIMEN BUKAN TEMPAT UNTUK TIDUR

Pegawai PKR yang kononnya bertugas di Parlimen sejak awal pagi tadi asyik berdengkur sehingga mengganggu petugas-petugas lain yang turut sama berada di lobi parlimen. Nasihat Mustika, kalau nak tidur, balik jelah..... lobi Parlimen bukan tempat untuk tidur.

Implikasinya nanti, laporan dan liputan tentu tak seperti realitinya. Yelah kalau tidur sepanjang sidang parlimen berlangsung, masakan dapat mengeluarkan laporan dan liputan penuh.... tak tahulah kalau mereka ini dapat ilham dan berita penuh dalam mimpi.

BUKTI AWAL PERPECAHAN PKR SELANGOR - KHIR TOYO

PETIKAN: UTUSAN ONLINE (26 JUN 2008)



25 Jun - Peletakan jawatan Setiausaha Perhubungan Parti Keadilan Rakyat (PKR) Selangor yang juga Pegawai Tugas-tugas Khas Menteri Besar, Mohd. Yahya Shahri, menjadi bukti awal perpecahan parti tersebut di negeri ini.


Bekas Menteri Besar Selangor, Datuk Seri Dr. Mohamad Khir Toyo berkata, tindakan Mohd. Yahya menunjukkan PKR mempunyai masalah dalaman yang tidak terkawal termasuk krisis kepercayaan di peringkat pucuk pimpinan.


Beliau hairan bagaimana Menteri Besar, Tan Sri Abdul Khalid Ibrahim sanggup menggantung tugas pegawai kanannya sendiri sedangkan tiada sebarang pendakwaan dibuat ke atas Mohd. Yahya berhubung kes rasuah dan salah guna kuasa oleh Badan Pencegah Rasuah (BPR) sehingga kini.


''Jika belum dibuktikan bersalah atau didakwa oleh mahkamah, kenapa Khalid mengambil tindakan sedemikian terhadap Mohd. Yahya. Ini menunjukkan Khalid sendiri tidak percaya kepada pegawai kanannya itu,'' katanya ketika dihubungi Utusan Malaysia di sini hari ini.
Mohamad Khir berpendapat langkah Mohd. Yahya meletak jawatan dan pada masa yang sama, mendesak Khalid melepaskan kedudukannya sebagai Menteri Besar dan Pengerusi PKR Selangor, mengukuhkan tanggapannya tentang masalah yang melanda parti itu.
''Malah, di peringkat pembangkang itu sendiri, mereka sebenarnya meragui antara satu sama lain terutamanya Pas yang dilihat seolah-olah dipinggirkan oleh PKR dan DAP dalam beberapa perkara tertentu.


''Ini termasuk pelantikan ahli majlis, rundingan pemberian air percuma, kutipan sumbangan syarikat swasta sempena sambutan 100 hari dan sebagainya,'' katanya.
Isnin lalu, Mohd. Yahya meletakkan kedua-dua jawatannya itu ekoran tidak berpuas hati dengan keputusan Abdul Khalid menggantung tugasnya selama dua bulan setelah dipanggil BPR Selangor memberi keterangan berhubung kelulusan kontrak pembersihan dan pelupusan sampah di Petaling Jaya, 10 Jun lalu.


Keterangan Mohd. Yahya itu adalah susulan laporan oleh empat individu yang mendakwa ahli PKR kepada BPR Selangor pada 5 Jun lalu, bahawa wujud salah guna kuasa oleh pegawai kanan Menteri Besar dalam pemberian kelulusan kontrak kepada syarikat swasta terlibat.
Mohamad Khir yang juga Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Sungai Panjang berkata, tindakan Abdul Khalid menggantung tugas Mohd. Yahya menunjukkan sikap 'lepas tangan' Menteri Besar itu dalam menangani perkara tersebut.




>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>

mustika sudah jangkakan keadaan sebegini akan berlaku. Belum pun cukup setengah tahun mereka berkuasa, bermacam- macam masalah yang timbul. Bukan itu sahaja, pergolakan yang berlaku dalam parti mereka juga membuktikan tiada keutuhan dalam parti mereka. Selama ini, parti pembangkang asyik mencari dan mendedahkan "bau buah yang busuk " dalam parti kerajaan yang memerintah.... mustika tidak menyangka rupa-rupa nya merekalah yang menyimpan buah busuk itu.

PUSINGAN 'U' BUKAN MASALAH UTAMA


MP Serdang (DAP) Teo Nie Ching, mendakwa pusingan U di jalan berhampiran Taman Kajang Utama menyebabkan ia membahayakan pengguna jalan tersebut. Menteri Kerja Raya yang juga MP Sepang, Dato' Ir. Mohd. Zin Mohamed menjelaskan kepada dewan bahawa pusingan U yang dibuat di jalan terbabit telah pun dikaji dari pelbagai segi dan pembinaannya tidak mendatangkan apa-apa masalah kepada pengguna jalan raya.
Pada pandangan Mustika, yang menjadikan jalan tersebut berbahaya adalah disebabkan oleh sikap pengguna jalan raya itu sendiri. Ini diakui sendiri oleh MP Serdang yang mendakwa kenderaan dipandu laju di kawasan tersebut. Kalau pengguna jalan raya berhemat di jalan raya, tidak mementingkan diri sendiri dan menghormati peraturan dan undang-undang jalan raya pastinya keselamatan dapat dipertingkatkan, kemalangan dapat dikurangkan dan kelancaran perjalanan dapat dirasai. Bukannya masalah pusingan U atau kesalahan pembinaan jalan raya, tetapi sikap pengguna sendiri. MP Serdang perlu mengkaji sebelum menyalahkan mana-mana pihak tertentu tertutamanya kerajaan.

Wednesday, June 25, 2008

MP BATU KEPALA BATU

MP Batu (PKR), Tian Chua dalam hujahnya menyebut akta ISA. Apabila ditegur bahawa usul yang dibincang berkaitan dengan geologi, beliau mengatakan ISA sebagai contoh kononnya.

Wira berpendapat MP Batu memanglah kepala batu kerana Dewan sedang membicangkan usul mengenai rang undang-undang berkaitan geologi. Beliau merugikan masa ahli dewan kerana perkara yang dibincangkan ini adalah serius. MP perlu ingat bahawa banyak mata yang melihat, mendangar hujah beliau dan ahli dewan lain setiap saat. Jangan anggap pemerhati di luar dewan tidak sedar dan tidur......

Wira ingin memaklumkan MP Batu supaya cakap baik-baik dalam dewan dan jangan mempersendakan 'intelligence' ahli-ahli dewan dan juga pemikir-pemikir negara yang sama prihatin terhadap aspek-aspek geologi.

CADANGAN MP PARIT BUNTAR PATUT DIBERI PERHATIAN

MP Parit Buntar (PAS), mencadangkan kepada kerajaan supaya memberi galakan kepada para pelajar tentang betapa pentingnya geologi. Sehubungan itu, kerajaan juga seharusnya menyediakan kursus-kursus geologi di setiap pusat pengajian tinggi bagi memberi ruang kepada pelajar dan pada masa yang sama untuk menampung keperluan masa depan negara berhubung geologi. Bagi mengelakkan kebanjiran ahli geologi asing di dalam negara, kerajaan seharusnya cenderung untuk melahirkan ahli geologi dalam negara.

Sehubungan itu, ahli geologi perlu digabungkan dalam sebarang mesyuarat atau perjumapaan, seminar mahupun conference untuk menyediakan garis panduan kpada pembangunan di mana sahaja kawasan yang hendak dibangunkan. Manakala pendaftaran menjadi ahli geologi perlu disokong dengan kelulusan mereka daripada universiti-universiti yang diiktiraf bagi mengelakkan mereka yang tidak mempunyai kelulusan berada dalam kumpulan ahli geologi.


OLEH: PEMIKIR NEGARA

MP PASIR MAS MENYINDIR KEBEBALAN PAS KEDAH DAN "PAKATAN LONGGAR"

MP Pasir Mas (Bebas), Dato' Ibrahim Ali dalam hujah usul rang undang-undang telah meminta kerajaan mengharamkan pembalakan. Beliau memberi contoh mengenai apa yang berlaku di Thailand di mana pembalakan diharamkan dan boleh membawa hukuman berat sekiranya hutan diceroboh. Beliau juga menyentuh tentang isu pasir yang telah dikorek dengan tiada memikirkan kesan-kesannya kepada kawasan terlibat.

Mengenai isu balak, eloklah MP Pasir Mas sedar bahawa negeri Kedah di bawah kuasa pembangkang berniat untuk mengeluarkan balak daripada kawasan yang dianggap penting dari segi pembekalan air untuk rakyat Kedah. Sepatutnya pemimpin Kedah berada di dalam dewan yang mulia ini untuk mendengar hujah-hujah MP Pasir Mas yang meminta rakyat menyayangi persekitaran dan juga menjahanamkan pokok-pokok tua untuk menjadi sumber kewangan yang sangat diperlukan kononnya untuk negeri Kedah.

Sikap ambil mudah negeri Kedah dan berkeras hendak mengeluarkan balak-balak dari kawasan yang dianggap oleh saintis, ahli geologi dan pakar-pakar environment sebagai penting, adalah tidak masuk akal. Tidakkah MB Kedah berfikir sedalam-dalamnya? MB Kedah pernah belajar di England dan pernah melihat bahawa tiada kelihatan hutan di England kecuali di Scottland dan Wales. United Kingdom adalah negara yang paling lantang menegah pembalakan yang tidak terurus kerana hutan-hutan mereka sendiri sudah gondol dan implikasi mulai terasa, dari segi perubahan iklim dan pemanasan global.

Wira berpendapat bahawa pandangan MP Pasir Mas ini adalah tepat dan adalah wajar pemimpin pembangkang Kedah mengambil iktibar dari MP ini. Wira turut merasa kesal bahawa MB Kedah berniat bertindak secara bersendirian dan tidak mahu mengambil kira pandangan rakyat terutamanya NGO.

oleh: Pemikir Negara

MP PEMBANGKANG TERKELUAR DARI TOPIK PERBAHASAN

MP Padang Serai (PKR) sengaja menimbulkan suasana hingar-bingar dalam dewan dengan menimbulkan masalah jalan raya di Kapit semata-mata untuk menarik perhatian ahli dewan, sedangkan beliau sepatutnya membahaskan rang undang-undang tentang geologi bukannya menyeleweng kepada perbahasan untuk membina jalan raya di Kapit. Apakah perkara ini perlu di lakukan oleh seorang ahli Dewan Rakyat daripada pembangkang. Nilai lah sendiri sejauh mana kebolehan dan kemampuan wakil rakyat mereka.
oleh: Pemikir Malaysia

TIDAK PERLU RAMAIKAN AHLI GEOLOGI ASING

Kerajaan tidak seharusnya memberi ruang begitu luas kepada ahli geologi asing. Mereka mendaftar diri untuk bertugas atau berkhidmat dalam negara dengan begitu mudah dan ini boleh menggugat kedudukan ahli geologi tempatan. Justeru, peluang untuk mendapat pekerjaan ahli geologi tempatan amat tipis malah menidakkan hak ahli geologi tempatan untuk mendapat pekerjaan, kerana itulah kouta untuk ahli geologi asing perlu dihadkan.


oleh: Pemikir Negara

MP PEMBANGKANG TIDAK BERSYUKUR

Apabila MP Padang Serai (PKR), N.Gobalakrishnan mendakwa dan menuduh kerajaan yang menjadi pemerintah di Malaysia sekarang tidak mengambil apa-apa tindakan dan sumbangan untuk memajukan negara, Mustika tersentak dan begitu marah!!! Apakah selama ini MP ini tidak mendapat dan menikmati apa-apa kesenangan dan kemudahan di Malaysia. Sedarkah yang beliau berpijak di bumi Malaysia yang diperintah dan dipimpin oleh pemimpin-pemimpin agung Barisan Nasional sejak sekian lama, di limpahi kekayaan, kemudahan dan kesenangan.

Jika MP Padang Serai merasakan yang Malaysia tidak membangun dan maju di bawah pemerintahan yang ada pada hari ini, lebih baik jangan tinggal di Malaysia.

MP SEKIJANG WASPADA TERHADAP GEGARAN

MP Sekijang (BN), Datuk Baharum Mohamad telah menimbulkan fenomena gegaran yang berlaku di Genting Highlands dan Bukit Tinggi, Janda Baik walaupun skala gegaran agak kurang dan tiada kemusnahan berlaku, namun kejadian ini telah menakutkan penduduk tempatan dan juga pelancong-pelancong yang berminat melawat kawasan-kawasan indah di sekitar Genting Highlands. Gegaran ini juga boleh membawa kesan kepada terowong utama di Karak.

MP Sekijang merasakan bahawa kerajaan perlu tingkatkan perhatian kepada perkara ini kerana dikuatiri agar tidak terperangkap sekiranya berlaku gegaran besar seperti di China baru-baru ini. Pandangan MP Sekijang juga turut disokong oleh MP Marang (PAS) yang meminta kerajaan mengkaji gejala gegaran walaupun pakar-pakar kerajaan merasakan perkara ini tidak membimbangkan.

Kami pemerhati politik menghargai kebimbangan MP Sekijang kerana beliau berfikiran jauh. Perkara ini patut juga disokong oleh semua ahli dewan termasuklah pembangkang kerana gegaran ini boleh berlaku pada bila-bila masa sahaja seperti yang penah berlaku di Iran, Sumatera dan yang terbaru Jepun. Wira berdoa supaya Malaysia dijauhkan dari bencana ini.

oleh: pemikir malaysia

PENGUASAAN BAHASA INGGERIS OLEH ANAK-ANAK WARGA KEMAS DIALU-ALUKAN

Senator Menteri telah memaklumkan kepada Dewan mengenai prestasi KEMAS untuk mendedahkan anak-anak warga luar bandar kepada penguasaan ilmu termasuklah Bahasa Inggeris. Keseluruhannya sebanyak 14,301 anak-anak warga KEMAS telah mencapai tahap cemerlang dalam menguasai asas-asas Bahasa Inggeris, selebihnya adalah di tahap baik dan berkembang.

Inisiatif YB Senator Menteri amat membanggakan kerana ilmu boleh diperolehi dengan banyak cara tetapi akan lebih luas lagi sekiranya seseorang itu menguasai satu atau lebih bahasa asing. Falsafah Kementerian Luar Bandar menepati program dan aspirasi nasional yang akan membolehkan tiap anak Malaysia khususnya warga Kemas diberi ruang dan peluang untuk meneroka ilmu yang boleh dicungkil dari bahan-bahan terbuka yang terdapat dalam akhbar, internet, perpustakaan bergerak dan juga RTM 1, RTM 2, BERNAMA dan lain-lain lagi.

Wira Malaysia mengucapkan setinggi-tinggi tahniah kepada YB Menteri kerana langkah ini walaupun nampak kecil tetapi sungguh besar maknanya. Kesanggupan kerajaan menyiapkan peruntukan untuk tujuan ini pasti memberi pulangan positif dari segi jangka panjang. Untuk makluman pembaca, program-program ilmu demikian yang dilakukan negara-negara terutama Afrika atau pun di pelusuk negara seperti Laos, Cambodia yang melibatkan NGO antarabangsa dan badan-badan agama di Malaysia, kementerian sendiri yang mengambil berat dengan sikap keprihatinan tinggi demi kebaikan rakyat. Tahniah kepada YB Menteri.

oleh:PPJ

LIPUTAN DEWAN RAKYAT


Salam sejahtera buat sahabat semua. Sekali lagi kita bertemu di dunia siber hari ini dan liputan aktiviti dewan rakyat dapat anda ikuti sepanjang hari ini bersama mustika. Sudi lah kiranya sahabat semua dapat mengikutinya bersama mustika dan berikanlah pendapat atau pandangan, kritikan mahupun maklumat penting yang mungkin mustika terlepas pandang.

Tuesday, June 24, 2008

MP BATU GAJAH JANGAN TERLALU EMOSIONAL

MP Batu Gajah (DAP) nampaknya terlalu naif dengan peraturan mesyuarat. Setiap kali Yang Dipertua Dewan cuba menenangkan keadaan, MP ini menyelit dan cuba mencari publisiti murahan yang pada hemat mustika terlalu menonjolkan sikapnya yang tidak matang. Beliau bangkit bangun dengan bersandarkan kepada peraturan mesyuarat yang kononnya untuk menegakkan kebenaran.

MP Batu Gajah terlalu emosional sehingga menyebabkan Yang Dipertua Dewan memperjelaskan hal tersebut dan memohon maaf kepada ahli dewan jika kenyataan dan nasihat beliau mengguris perasaan ahli dewan. Yang Dipertua Dewan bersikap professional dan berjaya menenangkan MP Batu Gajah dan berpesan kepada MP ini dan juga MP yang lain supaya tidak menggunakan peraturan mesyuarat dengan tujuan dan motif tertentu.

MP MARANG (PAS) TIDAK 'UP TO DATE'

MP Marang (PAS), Hj Hadi Awang, mempersoalkan sistem muamalat Islam yang diamalkan di bank-bank seluruh negara yang kononnya masih bergelumang dengan sistem riba dan berdosa sehingga membaca ayat Al-Quran. MP Marang sengaja mendakwa bahawa sistem muamalat dalam negara masih tidak dipertingkatkan dan tidak diperbaharui mengikut kehendak Al-Quran.

Sedarkah Hadi bahawa sistem muamalat dalam negara sedang di pertingkatkan dan ianya telah banyak melalui pembaharuan termasuk undang mengenai nya malah kebanyakan institusi kewangan di negara ini telah menjalankan sistem kewangan Islam. Ini telah terbukti bahawa sistem muamalat di negara ini telah di iktiraf oleh negara-negara Islam melalui ketua negara masing-masing dalam mesyuarat OIC di Jeddah, Arab Saudi pada tahun 2004 dan juga telah diiktiraf oleh negara Barat yang membuktikan betapa eloknya sistem muamalat Islam yang menjamin kedudukan kewangan daripada tersasar keluar dari landasan Islam yang sebenar.

Selain itu MP Marang patut sedar bahawa keyakinan rakyat dalam negara khususnya dan luar negara amnya semakin bertambah terhadap sistem muamalat Islam. Ini terbukti melalui penyimpanan mereka dalam sistem muamalat ini. Malah rakyat di negara bukan sahaja orang Melayu tetapi juga kaum lain juga telah memilih sistem kewangan Islam. Justeru itu, kini pelaburan asing khususnya dari negara Timur Tengah amat yakin dari segi keselamatan dan juga keuntungan yang mereka perolehi berbanding dengan penyimpanan mereka di bank-bank dunia yang tidak menjamin dan khususnya dari segi keyakinan terhadap wang mereka.

SYABAS KEPADA PENGURUSAN PARLIMEN......MEDIA BEBAS BERGERAK

MP Bagan menimbulkan keperluan pihak media diberi ruang untuk mengikuti perjalanan dewan. Kehadiran media adalah satu-satu petanda amalan kebebasan. MP Bagan perlu sedar yang mustahak dalam dunia berparlimen ialah persidangan MP-MP yang mewakili rakyat yang dipilih secara demokratik untuk membincang masalah-masalah rakyat.
Memang benar Media penting tetapi MP Bagan perlu tahu bahawa liputan dewan tidak ada hadnya. Ia tidak semestinya dihadkan kepada ruang lobi tetapi juga dari luar dewan dengan menggunakan ICT. Diiperhatikan bahawa pengurusan Parlimen telah memberi banyak kemudahan kepada media yang menghadiri persidangan Parlimen. Mereka boleh keluar masuk tanpa sekatan kecuali di dalam Dewan. Apakah ini tidak mencukupi? Apakah mereka ini kalau boleh hendak duduk bersama-sama ahli Dewan?
Sudahlah mereka datang berpakaian kasual tanpa memakai apa-apa lencana mewakili media masing-masing, kita susah hendak mengenali mereka yang kononnya mewakili media. Kenapa mereka tidak memakai lencana atau jaket yang melambangkan akhbar masing-masing? Media profesional yang meliputi kegiatan-kegiatan Rumah Putih di Washington dengan gahnya mempamerkan lencana-lencana mereka kerana mereka berbangga begitu juga media profesional di negara Singapura, Thailand dan India. Mereka tidak segan silu untuk memaparkan akhbar-akhbar yang mereka wakili secara terbuka.
MP Bagan dicadangkan memanggil semua media beliau untuk lebih profesioanal dan menghayati garis panduan bertugas dalam Parlimen.

SYABAS KEPADA MP REMBAU: DEDAHKAN PENYELEWENGAN PKR

MP Rembau mendedahkan kepada dewan tentang sumbangan syarikat swasta untuk sambutan 100 hari Pakatan Pembangkang Selangor dimasukkan ke akaun PKR. Perkara ini telah di akui oleh MB Selangor dan ini jelas menunjukkan bahawa apa yang mereka perjuangkan berkaitan dengan rasuah rupa-rupanya berlaku dalam PKR yang baru sahaja pegang kuasa.
Rakyat tertanya-tanya mengapa PKR berbuat demikian. Pemerhati politik menganggap ini satu perkara yang melampau. Ia adalah "robbery in broad daylight".

MP SELAYANG (PKR) KETINGGALAN ZAMAN

MP Selayang (PKR) telah mempersoalkan tentang hasrat kerajaan kita untuk menjadikan Wilayah Labuan sebagai pusat kewangan yang terulung dan terbilang di rantau ini. Sehingga kini beliau menganggapkan ia sebagai bermimpi di siang hari. Apakah MP Selayang sedar bahawa kerajaan telah pun menyediakan pelbagai aspek peraturan termasuk undang-undang untuk mengawal daripada kebocoran penyimpanan kewangan di Labuan. Undang-undang yang telah disediakan oleh kerajaan adalah bertujuan untuk mengawal semua pelabur asing dalam negara ini supaya keadaan keselamatannya terjamin walau dalam apa jua keadaan pun.



Sedarkah MP Selayang bahawa Amerika Syarikat, London dan Jepun juga merupakan sebuah negara yang telah menguatkuasakan undang-undang untuk mengawal pelabur-pelabur asing di dalam negara mereka. Justeru itulah Amerika khususnya telah mencapai kejayaan yang gemilang. Rakyat menyokong penuh di atas tindakan berkenaan.


MP Selayang sepatutnya mengetahu bahawa undang-undang kawalan kewangan dalam negara kita merupakan undang-undang yang terbaik. Ini telah diiktiraf oleh Persatuan Bangsa-Bangsa Bersatu dan dari segi susunannya ia berada dalam ranking yang kedua segi kejayaan dan penguat kuasaannya.

MP SHAH ALAM TIDAK PATRIOTIK, MASIH MINDA KOLONIAL

MP Shah Alam dalam usul penstrukturan semula subsidi telah mengeluarkan hujah termasuklah aktiviti cari gali ditenderkan, dan perlu diberikan kepada syarikat yang memenangi tender tertinggi. tidakkah MP Shah Alam mengkaji implikasi-implikasi yang mungkin wujud sebelum membuat syor yang berlaku kepada negara-negara pengeluar minyak yang 'sesak nafas' kerana hasil minyak mereka telah pun mulai tiris dan/atau telah menjadi mangsa dalam 'forward dealing'.

MP Shah Alam perlu lebih berhati-hati dalam syor mengarut ini terutamanya jika ini melibatkan negara Malaysia yang masyhur yang bersikap prudent dalam mengeluarkan minyak walaupun 700ribu tong sehari. Henry Kissinger pernah menyebut bahawa mana-mana negara menguasai minyak akan menguasai dunia dan mana-mana negara yang menguasai bekalan makanan akan mengusai rakyat. Ini adalah satu kenyataan yang amat dalam yang mungkin tidak terlintas di hati MP Shah Alam yang tidak cuba menghayatinya.

Sanggupkah MP Shah Alam mengetengahkan satu syor yang menggalakkan foreign control kepada khazanah kita? Lihat apa yang berlaku kepada negara-negara pesisiran Amerika Latin dimana minyak mereka dieksploitasikan oleh firma-firma agung Amerika yang menyedut minyak tanpa mengira implikasi-implikasi negatif kepada negar-negara tersebut.

MP Shah Alam hanya sedap mulut bercakap. Tiada usul periksa syornya itu. Perkara demikian sesuai jika berlaku pada zaman sebelum merdeka yang dialami oleh negara-negara kolonial ketika itu seperti India,Burma, Pakistan dan negara-negara kaya dengan berlian di Afrika. Semua kekayaan negara-negara ini mencurah masuk ke Great Britain seperti mengalirnya air sungai.

Kami pemerhati politik meminta MP Shah Alam supaya lebih patriotik dan berpandangan jauh meliputi 7 petala langit dan bukan hanya minda beliau dihadkan kepada parit-parit di Shah Alam sahaja.

Monday, June 23, 2008

COLLECTIVISM DAN KIBBUTZISM.....HUJAH SEMPIT PEMBANGKANG

MP Johor Bharu (Menteri) membuat penjelasan kepada hujah-hujah yang ditimbulkan oleh pembangkang berkaitan usul yang dibentangkan. Beliau juga tertarik dengan kelancaran perbahasan oleh ahli Dewan. Ada juga pembangkang yang cuba-cuba menyarankan pendekatan berteraskan collectivism yang di ilhamkan pada Era Mao di Republik China dan juga Kibbuthzism yang berleluasa di Israel. Mereka menggunakan konsep-konsep ini untuk digunapakai oleh Petronas dalam mengagihkan pulangan keuntungan kepada semua.

MP Johor Bharu mengatakan kini banyak syarikat-syarikat kerajaan seperti di Pulau Pinang yang juga mendapat keuntungan besar, RM50 juta. Kenapa tidak ambil sahaja keuntungan ini dan bahagikan sahaja kepada rakyat? MP Johor Bharu berpendapat bahawa kenapa pembangkang tidak henti-henti melayani ideologi sempit. MP Shah Alam, adik kepada MP Johor Bharu cuba-cuba mencelah tetapi tidak diberi laluan oleh menteri dan menasihatkan MP Shah Alam supaya jumpa di rumah sahaja untuk berbincang.

MP Johor Bharu mengatakan hujah-hujah yang dibuatnya adalah dibuat setelah mendengar dengan taatnya pandangan-pandangan pembangkang dalam dewan malah beliau mendengar hujah-hujah pembangkang dengan sabar supaya dapat memberi penjelasan yang jitu kepada dewan terutamanya kepada ahli pembangkang yang masih keliru dan tidak faham tentang apa yang dibuat oleh Petronas dan kerajaan Barisan Nasional. Harap-harap pembangkang amalkan sikap suka mendengar sebelum bercakap.

MP PEMBANGKANG MASIH TIDAK FAHAM PERATURAN

MP Kubang Kerian tabik kepada kerajaan sekiranya usul yang dibicarakan ini dibentangkan sebelum krisis berlaku. Beliau mendakwa keikhlasan kerajaan untuk menangani isu ini yang pada hemat beliau kerajaan tidak serius mencari dan mengusahakan cara-cara untuk melegakan masalah rakyat. Beliau mendakwa rakyat menderita kerana terpaksa menghadapi harga barang yang tidak terkawal.

MP ini telah memberi laluan kepada sahabat pembangkangnya dari Wangsa Maju (PKR) untuk menyokong hujahnya. Wakil Wangsa Maju mengambil kesempatan untuk melemparkan tuduhan bahawa ada orang tertentu yang telah berkunjung ke luar negeri dengan menggunakan peruntukan kerajaan.

Hujah MP Wangsa Maju telah dipatahkan oleh Timbalan Menteri (Tapah) yang meminta bukti atas dakwaan beliau. Celahan-celahan ini telah membuatkan Yang Dipertua Dewan membetulkan sikap ahli dewan yang suka mencelah.

MP Wangsa Maju telah menuduh kerajaan 'cakap tak serupa bikin'. MP ini sebenarnya tidak faham peraturan membuat pencelahan dengan membawa isu yang tiada kena mengena dengan isu yang dibawa oleh MP Kubang Kerian.

Ahli-ahli pembangkang masih tidak faham peraturan Parlimen. Mereka sepatutnya berhujah untuk memaparkan perkara-perkara baik dan bukan untuk mencerca tindakan kerajaan yang positif.

MP POKOK SENA RAJIN RAJINLAH MELAWAT PERPUSTAKAAN DEWAN

MP Pokok Sena (PAS) telah menuduh kerajaan sebagai kerajaan 'taik minyak'. Beliau juga mengkritik potongan 10% daripada menteri kabinet. beliau juga mencabar kerajaan menurunkan harga minyak dan meminta rakyat rakyat jika tidak setuju untuk mengusulkan undi tidak percaya. Beliau juga menanyakan bagaimana kerajaan membelanjakan pendapatan hasil Petronas dan cukai.

Apa yang dihujahkan oleh MP ini bukanlah perkara baru dan beliau sebenarnya boleh menjawab sendiri apa yang beliau tanya dengan menggunakan fakta-fakta yang boleh diperolehi dari sumber terbuka.

YB perlu menggunakan perpustakaan Parlimen dan juga unit penyelidikan parlimen dengan kerap untuk mendapatkan maklumat supaya boleh membuat ulasan yang boleh dimanfaatkan oleh semua ahli dewan.

YB sepatutnya tahu bahawa jumlah hasil negara adalah RM147 billion. Kerajaan juga ada pinjaman sekitar RM21 billion. Dari jumlah ini, RM40 billion telah diperuntukkan untuk pembangunan RMK-9, RM35 billion adalah untuk pelajaran, RM11 billion untuk Kementerian Kesihatan, RM27 billion untuk pelbagai subsidi dan RM7 billion untuk pentadbiran kemenkterian dan sebagainya.

Data seperti di atas ini boleh diperolehi oleh YB untuk berhujah dengan lebih bermakna daripada melemparkan tuduhan-tuduhan melulu dalam dewan. Pemerhati-pemerhati di galeri mungkin terperanjat dengan kecetekan kefahaman MP ini yang sudah lama menjadi ahli Parlimen.

Kami, pemerhati politik menyeru YB banyak membaca sebelum masuk dewan. YB perlu ingat bahawa apa yang YB hujahkan tadi tidak meyakinkan dewan malahan dakwaan YB hanya menunjukkan bahawa YB tidak prihatin, hanya sibuk mencari publisiti murahan.

MP TENGGARA, YB HALIMAH KREATIF DAN PRAKMATIS

MP Tenggara (BN) Y.B Halimah Sidek dalam menyokong usul mengucapkan tahniah kepada kerajaan kerana berani menghadapi realiti akibat daripada kenaikan minyak dunia. Tindakan kerajaan adalah satu 'wake-up call' untuk menyedarkan semua rakyat bahawa kita perlu menghadapi realiti ini. Kerajaan bukan hendak menjadi popular dalam membuat keputusan tetapi lebih mementingkan kesusahan rakyat.

Kerajaan bersedia menelan yang pahit walaupun rakyat marah. Ini adalah satu perkara yang tidak dapat dielakkan dan rakyat telah diberitahu tentang masalah dan krisis yang dihadapi tetapi pihak pembangkang dalam dewan dan luar dewan tidak puas bertanya atas tindak tanduk kerajaan. Mereka tidak berhenti bertanya kenapa?, kenapa? dan kenapa?....... Mereka menanya kenapa kerajaan tidak boleh tanggung subsidi? kenapa tidak mengepam minyak lagi? Pembangkang patut sedar bahawa jika gunung ditarah sekalipun, akan landai juga akhirnya.

MP Tenggara telah kemukakan syor-syor untuk rakyat sama-sama menghadapi krisis ini termasuklah berjimat cermat, hentikan projek mega dan sebagainya. Rakyat harus faham apa yang berlaku sekarang bukan hanya dialami di Malaysia tetapi semua negara di dunia termasuklah negara Barat, negara Asean dan negara-negara Islam. Beliau meminta rakyat supaya memahami bahawa kerajaan ikhlas untuk melegakan kehidupan semua lapisan rakyat.

LOGI NUKLEAR DI MIDDLE ROCK

Akhbar Utusan Malaysia ada satu laporan mengenai syor untuk mendirikan logi nuklear di Middle Rock, berhampiran Pulau Batu Putih. laporan itu mengatakan bahawa Middle Rock itu sesuai untuk logi ini. laporan itu menyatakan bahawa satu lagi alternatif ini di Perak. Idea untuk mendirikan logi ini agak kreatif dengan tujuan untuk dijadikan sebagai sumber tenaga alternatif. Kesesuaian penempatan logi di Middle Rock ini pasti menarik dan sudah tentu juga akan dibincang oleh negara jiran terlibat.

MP PERMATANG PAUH (PKR) MASIH DI TAKUK LAMA

MP Permatang Pauh berleter dalam Dewan Rakyat berkaitan dengan hak kenaikan harga yang banyak menyusahkan rakyat. Beliau kecewa dengan kenaikan harga simen dan besi kerana ini ada kesan kepada pembangunan dan juga aspek pengangkutan.

Beliau juga menyentuh tentang kelemahan wang ringgit, isu rebat dimana sehingga 5 kereta boleh dibuat tuntutan, dan pelbagai lagi.

Beliau berleter sungguh tetapi tidak mencuba untuk merungkaikan masalah ini. Beliau hanya menyebut bahawa kerajaan banyak memungut segala hasil bernilai RM280 billion.

MP Permatang Pauh masih lagi mengulangi kesilapan dalam berhujah. Dahulu dan sekarang....... Memang mudah untuk mengkritik terutamanya sebagai pembangkang yang tidak tahu menahu mengenai aspek pentadbiran negara. Biasanya adalah lebih mudah mengkritik daripada melaksanakan program.

Alangkah baiknya sekiranya ketua pembangkang dapat mengambil kesempatan yang ada untuk mengemukakan cadangan-cadangan konkrit dalam menghadapi krisis dan cabaran semasa supaya rakyat di manfaatkan. Kalaulah cara begini diteruskan oleh pembangkang, maka 'quality time' Parlimen yang disediakan untuk ahli dewan akan menjadi sia-sia. Renungkanlah dan cubalah memberi syor-syor positif dalam usaha untuk menyelesaikan krisis semasa yang sebenarnya akibat daripada faktor-faktor luaran terutamanya Amerika. Pembangkang elok tujukan soalan-soalan mereka kepada pemimpin-pemimpin Amerika.

PEMBANGKANG TAK PANDAI PERLU KE SEKOLAH

MP Kinabatangan (BN) sama-sama mengambil bahagian dalam perbahasan. Perkara penstrukturan semula subsidi dengan suara otoritatif memaklum serta berpendapat bahawa kini pihak Saudi telah pun membuat keputusan untuk mengeluarkan sebanyak 9.6 juta tong minyak sehari. Ini adalah satu pendekatan yang baik tetapi beliau berpendapat bahawa ada kuasa tertentu yang cuba membuat sesuatu agar menyulitkan lagi kedudukan penduduk dunia dengan menyekat pengeluaran minyak. Namun, MP Kinabatangan tetap akan menggunakan Dewan ini untuk memperjuangkan kepentingan rakyat.

Apa yang beliau lontarkan dalam dewan ini adalah benar dan beliau tetap berpegang kepada yang benar. Jika perkara itu benar, pembangkang tidak akan berani berhujah.

MP Kinabatangan mengkritik pembangkang yang cuba mengganggu beliau semasa berhujah dengan menggunakan peraturan Parlimen. Beliau mengatakan kepada MP tersebut supaya masuk sekolah semula, kalau tidak, jumpa beliau untuk belajar. Beliau seterusnya menyokong usul penstrukturan semula subsidi.

MP PADANG SERAI (PKR) BUAT KECOH

Sesi penggulungan oleh MP Rembau (BN) di ganggu oleh MP Padang Serai yang cuba membuat kecoh sehinggakan Yang Dipertua Dewan terpaksa mengarahkan MP Padang Serai untuk duduk dan diam bagi membolehkan beliau mendengar hujah yang ingin disampaikan oleh MP Rembau.

Yang Dipertua Dewan sekali lagi mengingatkan kepada semua ahli dewan untuk menghormati ahli dewan yang bangun untuk berucap, menyampaikan usul atau bertanyakan soalan.


Mustikaindah: Harap ahli dewan faham..... arahan ini nampak ringkas tetapi jangan pandang remeh. Patuhi lah arahan Yang Dipertua. Jangan terlalu ikutkan perasaan.

MP MARANG (PAS) PERLU BANYAK MEMBACA

MP Marang (PAS) sepatutnya lebih banyak membaca dan perlu lebih memberi tumpuan kerana nampaknya pandangan yang beliau utarakan di dalam Dewan Rakyat hari seperti kebudak-budakan dan seolah tidak memahami apa yang telah pun berkali-kali dijelaskan, iaitu mengenai penstrukturan semula subsidi minyak dan keuntungan Petnonas. MP Marang berlagak seolah-olah beliau tidak pernah mendengar penjelasan yang diberikan sebelum ini. Pemikiran konservatif beliau perlu diubah kerana sudah terlalu lapuk.

MP Batu Pahat (BN) bangun untuk menangkis pendapat MP Marang. MP Batu Pahat dengan sinis mengatakan bahawa MP pembangkang sengaja mencipta kesilapan kerajaan. MP Pembangkang tidak lain hanya untuk mencari pubisiti murahan semata-mata. Sikap tidak professional MP Pembangkang ini mampu menjejaskan kredibiliti dewan yang mulia.

Kenyataan MP Batu Pahat (BN) menarik perhatian dewan dengan hujah-hujah yang bernas.

NASIB NELAYAN TERBELA

(Menteri Pertanian dan Industri Asas Tani)


Kerajaan sedar bukan sahaja nelayan tetapi penternak dan petani-petani yang lain juga turut menghadapi beberapa isu dan masalah, namun sebagai sebuah kerajaan yang prihatin, kerajaan telah memperuntukkan RM4 billion bagi menangani masalah bekalan makanan dan kenaikan harga makanan ini. Bagi nelayan, kerajaan telah membuat keputusan dengan mengambil kira sedikit kenaikan harga diesel dari RM 1 ke RM 1.43 bagi nelayan. Kementerian telah mengambil 2 langkah:

1) Bagi setiap awak-awak yang mengusahakan bot nelayan, mereka akan diberikan RM200 seorang untuk menampung kenaikan harga minyak.
2) Bagi pengusaha, mereka akan diberikan bantuan sebanyak RM 0.10 sekilogram.

Langkah ini dapat mengurangkan beban yang ditanggung oleh nelayan-nelayan.

Sebelum ini kerajaan membelanjakan RM 2 billion untuk membantu para nelayan dan mengambl kira beberapa laporan penyelewengan yang berlaku, kerajaan telah membuat keputusan bagi membendung penyelewengan ini untuk menaikkan sedikit harga minyak diesel supaya perbezaan harga minyak di Malaysia dengan negara jiran khususnya negara Thailand dapat dikurangkan. Di negara Thailand, harga minyak diesel sekitar RM4 seliter manakala di Malaysia RM1.43. Oleh kerana jurang yang besar antara harga di Malaysia dengan negara jiran maka ini mendorong pihak yang tidak bertanggungjawab untuk menyeludup. Inilah sebabnya mengapa kerajaan terpaksa menaikkan sedikit harga minyak diesel dari RM1 ke RM1.43 dan ini lebih rendah berbanding harga yang dikenakan kepada pengguna lain iaitu RM 2.58.

Bagi persoalan MP Ipoh Timur samada menteri turun padang untuk mengadakan dialog dan menyelesaikan masalah nelayan, menteri menjelaskan bahawa kerajaan dan semua anggota pentadbiran sentiasa turun padang untuk berjumpa nelayan-nelayan. Malah beliau sendiri telah pun berjumpa dengan nelayan di Pulau Pinang dan Sarawak dan akan cuba menangani isu ini terutama di kawasan yang kekurangan diesel. Menteri juga memberi jaminan bahawa kerajaan akan sentiasa akan cuba menangani isu-isu dan masalah yang timbul seperti yang dibangkitkan oleh MP Ipoh Timur.


mustikaindah: kerajaan serius tetapi pembangkang selalu menafikannya. Pembangkang perlu buka mata dan jangan hanya omong kosong

MIKRO KREDIT UNTUK GOLONGAN MISKIN TEGAR

Selain daripada usaha-usaha untuk mengenal pasti golongan-golongan miskin tegar, kerajaan juga telah mengambil beberapa usaha untuk meningkatkan peningkatan pendapatan golongan ini seperti menggunakan amanah ikhtiar iaitu mikro kredit untuk memberi peluang kepada golongan tersebut supaya mereka boleh berusaha untuk menjalankan perniagaan kecil-kecilan dan beberapa lagi usaha telah dibuat untuk memberi peluang-peluang perniagaan seperti lesen-lesen perniagaan kecil juga telah mempermudahkan memberi peluang kepada mereka.
..............mustikaindah: Sekurang-kurangnya langkah dan usaha kerajaan ini dapat mengurangkan beban rakyat terutamanya bagi mereka yang berpendapatan rendah.

KERAJAAN SEDIAKAN PERMIT UNTUK GOLONGAN BERPENDAPATAN RENDAH BERNIAGA



Sebagai langkah proaktif berikutan kenaikan harga minyak dan barangan, Kerajaan akan mengeluarkan permit perniagaan kecil untuk golongan berpendapatan rendah . Kakitangan awam juga boleh memohon permit berkenaan untuk menjalankan kerja sambilan.

Permit berkenaan melibatkan perniagaan dan penjaja kecil seperti di pasar tani, pasar malam dan kawasan perumahan. Walaubagaimanapun, bagi kakitangan kerajaan yang berminat untuk menjalankan perniagaan sambilan ini perlu mendapatkan keizinan daripada ketua jabatan untuk memastikan bahawa tugas hakiki dan tanggungjawab di pejabat tidak terganggu.

Permit-permit berkenaan diberi untuk tempoh jangka pendek dan jangka panjang mengikut keperluan pemohon.

Kerajaan juga memutuskan untuk membantu pengusaha industri kecil dan sederhana (IKS) dalam menghadapi beban kenaikan bahan api. Langkah tersebut telah dipersetujui tetapi memandangkan perkara itu melibatkan isu cukai maka ia perlu diteliti oleh Kementerian Kewangan dan akan dilaksanakan secepat mungkin.

Kerajaan juga akan berusaha mencari sumber lain untuk menggantikan sumber tenaga yang sedia adasepeerti tenaga solar, tenaga angin serta biofuel selain kemungkinan membangunkan nuklear sebagai sumber tenaga, namun bagi tenaga nuklear, ia memerlukan langkah-langkah yang perlu diperhalusi kerana sisa nuklear bukanlah satu perkara yang mudah dilupuskan.

KERAJAAN SERIUS TANGANI PENIAGA DEGIL

Menjawab soalan yang dikemukakan, Menteri KPDHEP menjelaskan kerajaan serius menangani masalah yang ditimbulkan segelintir peniaga yang menaikkan harga barang sewenang-wenangnya. Setakat ini KPDNHEP telah menjalankan pemantauan harga barang yang dijana oleh 1901 orang Pegawai Pemantau Harga. Tindakan yang sewajarnya juga telah diambil ke atas golongan peniaga yang degil.

DEWAN RAKYAT BERSIDANG HARI INI

Hari ini merupakan hari pertama Dewan Rakyat akan memulakan Mesyuarat Kedua bagi sesi sidang Parlimen yang pertama.

Sama-sama kita ikuti kupasan isu dan jawapan, gelagat dan aktiviti yang berlansung di Dewan Rakyat hari ini. Rajin-rajin lah melayari laman blog ini.


Terima kasih

Monday, June 16, 2008

Sudah lama kiranya mustika tidak meluangkan masa melontarkan pendapat peribadi di laman maya ini. 2-3 minggu yang lepas mustika hanya mengambil pendapat dan rencana dari akhbar-akhbar utama dan sumber-sumber yang lain, bukan malas atau lupa cuma masa tidak mengizinkan. Namun rasanya tidak lengkap tanpa pandangan sendiri.

Mustika tertarik dengan apa yang berlaku semenjak Pak Lah mengumumkan kenaikan harga minyak di negara ini. Apa yang terjadi bukan nya salah kerajaan, bukannya salah Pak Lah dan bukannya salah ibu mengandung.... eh apa pulak kaitannya.... Apa pun pandangan anda, Mustika tetap dengan pendirian bahawa kerajaan dan kepimpinan yang berada di tampuk pemerintahan negara hari ini bukan penyebab kenaikan harga minyak di Malaysia.

Apa yang mustika sedari dan anda juga sedari (mungkin), ada pihak yang cuba memanipulasikan isu ini. Mereka mendakwa kerajaan BN yang memerintah adalah punca masalah ini berlaku. Ingin mustika menarik perhatian anda, jika sekalipun Pakatan Rakyat yang menjadi pemerintah, akan turun ke harga minyak? Mungkin mereka akan turunkan tetapi tak sampai setahun Malaysia akan muflis. Bayangkan, bagaimana malaysia akan bernafas jika harta kekayaan negara sudah habis digunakan? Cuba fikir pula apa mereka boleh berikan kepada kita nanti? Ajar rakyat berdemonstrasi ke? buat perhimpunan haram? menabur janji palsu? memberi harapan yang mustahil?

Tidak berfikirkah mereka selama ini kerajaan berusaha menangani masalah ini, sokonglah kerajaan kita.....bukannya memprotes dengan info yang salah. Kenaikan harga minyak Malaysia adalah kerana harga minyak dunia naik mendadak, jika kita masih mengekalkan harga lama, rakyat pasti akan menderita dalam tempoh tidak sampai 5 tahun. Rakyat harus faham.... wajar kah kita semua menghukum kerajaan? sedar atau tidak sedar, kita selama ini rakyat Malaysia terlalu 'dimanjakan'. Apa saje tuntutan rakyat, kerajaan akan penuhi sehingga gaji kakitangan awam juga sudah dinaikkan (dah lama), tetapi apa pulangan rakyat kepada kerajaan? Jangan tanya apa yang kerajaan bagi pada rakyat tetapi tanyalah diri sendiri apa sumbangan kita pada negara ini... Bersyukurlah dengan apa yang kita dapat nikmati hari ini.

Bersabarlah.....hadapi lah dengan tenang.... kalau dahulu belanja sesuka hati, berjimatlah.... tak rugi pun kalau kita sentiasa beringat....

PEMULANGAN ROYALTI MINYAK TINGKAT EKONOMI TERENGGANU

Minda Pengarang:


KERAJAAN Persekutuan menunaikan janjinya kepada rakyat Terengganu dengan menyerahkan semula bayaran lima peratus royalti minyak kepada kerajaan negeri untuk digunakan bagi tujuan pembangunan dan kesejahteraan penduduk. Langkah itu dijangka dapat menambah kantung perbendaharaan negeri yang akhirnya dapat dimanfaatkan bagi kemajuan dan kemakmuran penduduk. Kita melihat tindakan Kerajaan Pusat itu sebagai langkah terbaik bagi mengembalikan hak kerajaan negeri Terengganu untuk mengurus sendiri bayaran hasil minyak yang diperoleh di luar pantai persisiran negeri berkenaan, sama seperti yang diberikan kepada kerajaan Sabah dan Sarawak. Tanpa menjelaskan jumlah yang diberikan, Perdana Menteri, Datuk Seri Abdullah Ahmad Badawi ketika mengumumkannya kelmarin di Terengganu meminta kerajaan negeri menguruskan wang yang disalurkan itu sebaik mungkin dan berhemah. Sejak tahun 2000, wang royalti yang dikenali Dana Khas Kerajaan Persekutuan (DKKP) diuruskan Kerajaan Pusat yang kemudian menyalurkannya untuk tujuan pembangunan negeri. Dilaporkan sejumlah RM4.3 bilion daripada DKKP disalurkan untuk bajet negeri selama empat tahun bermula 2004. Kita berharap kerajaan Terengganu dapat menguruskan dana itu dengan baik supaya pembangunan negeri dapat dilaksanakan dengan adil dan saksama seperti yang diharapkan rakyat.

Bukan mudah untuk menguruskan kekayaan negeri kerana ada pihak yang sentiasa mencari ruang dan peluang untuk menggunakannya bagi kepentingan diri tetapi berselindung atas nama pembangunan rakyat. Kumpulan ini sentiasa saja memikirkan untuk mencipta peluang yang boleh menguntungkan mereka tanpa mengambil kira sama ada projek atas nama pembangunan itu benar-benar memberi manfaat kepada rakyat atau sebaliknya. Kita tidak mahu, apa lagi ketika dunia menghadapi kesan kenaikan harga minyak sekarang, kekayaan negeri digunakan sewenang-wenangnya atas nama pembangunan tetapi hanya menguntungkan kelompok tertentu. Namun, kita juga akur, sebanyak mana wang yang dimiliki, jika tidak dibelanjakan, ia tidak memberi manfaat kepada negeri dan rakyat. Justeru itu, kita berharap dan percaya kerajaan negeri di bawah pimpinan Datuk Ahmad Said akan menguruskan dana itu secara berkesan dan memberi manfaat kepada seluruh lapisan rakyat Terengganu.

Apa yang rakyat mahu ialah setiap sen daripada wang royalti itu digunakan untuk pembangunan yang dapat membangunkan sosioekonomi mereka terutama di kawasan belum maju. Tumpuan harus diberikan kepada bidang latihan dan pendidikan untuk membina modal insan kerana ia bakal mengubah status penduduk miskin di kawasan luar bandar di Terengganu. Kerajaan negeri mungkin boleh mempelajari kaedah pentadbiran negeri Sarawak menguruskan dana kewangan negeri secara teratur sehingga berjaya bukan saja mengurangkan hutang malah dapat mengagihkan pembangunan kepada kawasan yang memerlukan dengan berkesan. Kini menjadi tanggungjawab kerajaan Terengganu untuk memastikan hasil royalti minyak dimanfaatkan sepenuhnya untuk kepentingan rakyat dan pada masa yang sama elak boros. Kita percaya jika dana itu diuruskan dengan baik, Terengganu bukan saja boleh memperbaiki kedudukannya daripada negeri yang tergolong dalam kategori miskin kepada kelompok negeri maju. Dengan itu, tidak ada lagi pihak terutama pembangkang yang boleh menjadikan isu penggunaan royalti minyak ini menjelang pilihan raya.


BERITA HARIAN

************************************************************************************

mustika indah: sekadar petikan rencana untuk difikirkan.

Monday, June 09, 2008

KONSEP DAN PELAKSANAAN PERTAHANAN MENYELURUH

HANRUH bukanlah satu konsep pertahanan yang baru. Ianya nya telah dilaksanakan sejak Perang Dingin lagi atau Cold War oleh beberapa negara di antaranya ialah Denmark, Estonia, FInland, Sweden, Switzerland dan Singapura.

Terdapat beberapa ciri persamaan dalam pelaksanaan Konsep HANRUH ini oleh negara-negara tersebut.

Pertama: objektif HANRUH ialah untuk menghalang peperangan, mempertahankan negara dan melindungi masyarakat awam.

Kedua: perlunya menegekalkan kesiapsiagaan yang berterusan serta mempunyai keupayaan untuk membendung sebarang ancaman.

Ketiga: mewujudkan pertahanan yang kredible bukanlah merupakan tanggungjawab Angkatan Tentera sahaja. Sebaliknya terdapat keperluan untuk menyelaras usaha dan tindakan yang melibatkan sektor awam dan swasta khususnya dalam penggunaan resources atau aset sektor swasta dan awam dalam memperjuangkan negara.

Keempat: Komponen HANRUH meliputi 5 aspek pertahanan iaitu Pertahanan Sivil, Pertahanan Ekonomi, Pertahanan Sosial dan Pertahanan Psikologi.

Di dalam konteks pertahanan di Malaysia, konsep HANRUH tidak boleh dibincang secara persendirian atau 'in isolation'. Ini disebabkan HANRUH merupakan strategi ketiga bagi Dasar Pertahanan Negara, selain Strategi Deterrence dan Forward Defence.

Sebagaimana yang kita sedia maklum, Dasar Pertahanan Negara adalah berteraskan pembangunan keuapayaan atau 'capability driven' dan bukan berasaskan sebarang bentuk ancaman.

Memandangkan negara tidak dijangka mengalami ancaman konvensional di masa hadapan, dari itu, pelaksanaan strategi Deterrence dan Forward Defence adalah berteraskan pembangunan keupayaan bagi menjaga kedaulatan dan kepentingan negara.

Rancangan pelaksanaan HANRUH tidak seharusnya terhad kepada keperluan untuk menghadapi ancaman keselamatan seperti konflik atau peperangan sahaja. Ianya perlu meliputi cabaran dan krisis negara seperti bencana alam atau krisis tenaga.

HANRUH akan dianggap lebih dianggap lebih praktikal dan bermakna jika rancangan pelaksanaannya berteraskan keperluan sedemikian.Sebagai contoh krisis banjir yang melanda negeri Johor, Melaka dan sebahagian Pahang pada 2007 amat memerlukan tindakan bersepadu dan penyatuan agensi-agensi kerajaan, sektor swasta dan badan-badan sukarela bagi bergerak bersama-sama sebagai satu pasukan dalam menghadapi cabaran tersebut.

HANRUH juga berperanan dalam membentuk dan menguatkan ketahanan mental dan minda rakyat khususnya dalam bidang daya tahan ekonomi negara. Aspek ini amat relevan dalam konteks negara menghadapi arus globalisasi dan persaingan sengit dalam dunia perniagaan. HANRUH dari itu perlulah memikirkan strategi pelaksanaan yang bersesuaian supaya ia menjadi relevan dan prkatikal bagi memastikan ketahanan sektor ekonomi negara.

Di samping itu, keutuhan dan perpaduan masyarakat diakui sebagai salah satu asas utama bagi membina pembangunan dan kesejahteraan negara.

Ini telah pun terbukti dari saat kita mencapai kemerdekaan di mana rakyat dan pemimpin serta anggota keselamatan telah bersepadu usaha dan tenaga dalam menentang ancaman komunis dan konfrantasi.

Seterusnya kerjasama semua pihak dan kaum telah membuahkan kemajuan negara sehingga kita berada di tempat sekarang. Dari itu, perpaduan masyarakat tidak boleh diabaikan atau 'taken for granted' sebaliknya ia perlu dibina dan dipupuk secara berterusan kerana kepincangan ini akan mengancam kesejahteraan negara.


(Petikan ucapan YAB Datuk Seri Najib Tun Razak)
Penggerak Minda Rakyat
INFO

Tuesday, June 03, 2008

KEPUTUSAN PERMOHONAN BEKAS AHLI PKR MASUK UMNO DIKETAHUI TIGA MINGGU LAGI

03/06/2008 3:11pm


PUTRAJAYA 3 Jun – Keputusan untuk menerima semula kemasukan bekas ahli Parti Keadilan Rakyat (PKR) ke dalam UMNO akan diketahui dalam tempoh dua atau tiga minggu lagi, kata Ketua Penerangan UMNO, Tan Sri Muhammad Muhd. Taib.

Menurutnya, perkara itu akan dimuktamadkan oleh Majlis Tertinggi (MT) UMNO yang akan mesyuarat dalam waktu terdekat.

“Kita akan membincangkan perkara ini dalam mesyuarat MT tidak lama lagi, mungkin dalam dua atau tiga minggu lagi baru keputusan itu diketahui,'' katanya kepada pemberita selepas menghadiri perhimpunan bulanan kementeriannya di sini hari ini. - Utusan




========================================================

MUSTIKACITRA: SAMA-SAMALAH KITA TUNGGU DAN LIHAT

MECD TETAPKAN SASARAN LAHIRKAN 150.000 USAHAWAN DALAM RMK-9

03/06/2008 4:50pm


S.Anand Kumar

KUALA LUMPUR 3 Jun - Kementerian Pembangunan Usahawan dan Koperasi (MECD) menetapkan sasaran untuk melahirkan 150,000 usahawan baru dalam Rancangan Malaysia Kesembilan (RMK-9).

Timbalan Menterinya, Datuk Saiffuddin Abdullah berkata, dalam mencapai sasaran itu, kementeriannya telah melaksanakan beberapa program termasuk Program Usahasama Tulen.

Menurut beliau, sepanjang tempoh program itu dijalankan sejak tahun 1995, sebanyak 56 syarikat usahasama telah wujudkan.

``Syarikat usahasama ini terdiri dari pelbagai sektor di mana sebanyak 62 peratus terlibat dalam bidang pembuatan, pembinaan dan pemajuan hartanah (19 peratus), perkhidmatan (11 peratus) dan lain-lain bidang (11 peratus),'' katanya.

Saiffuddin berkata demikian ketika menjawab soalan Senator Datuk Wong Siong Hwee pada sidang Dewan Negara hari ini. -Utusan


+++++++++++++++++++++++++++++++++++

MUSTIKACITRA: TAHNIAH