MP Batu Gajah (DAP) nampaknya terlalu naif dengan peraturan mesyuarat. Setiap kali Yang Dipertua Dewan cuba menenangkan keadaan, MP ini menyelit dan cuba mencari publisiti murahan yang pada hemat mustika terlalu menonjolkan sikapnya yang tidak matang. Beliau bangkit bangun dengan bersandarkan kepada peraturan mesyuarat yang kononnya untuk menegakkan kebenaran.
MP Batu Gajah terlalu emosional sehingga menyebabkan Yang Dipertua Dewan memperjelaskan hal tersebut dan memohon maaf kepada ahli dewan jika kenyataan dan nasihat beliau mengguris perasaan ahli dewan. Yang Dipertua Dewan bersikap professional dan berjaya menenangkan MP Batu Gajah dan berpesan kepada MP ini dan juga MP yang lain supaya tidak menggunakan peraturan mesyuarat dengan tujuan dan motif tertentu.
Guan Eng Mungkin Ke Kabinet Lepas PRN Johor Atau N.Sembilan
-
Aku berada di beberapa tempat di Johor, kali ni aku datang bukan untuk
bertugas, tapi sebagai pelancong politik, tugas politik dah bertahun aku
tinggalka...
3 hours ago
