Tuesday, June 24, 2008

MP SHAH ALAM TIDAK PATRIOTIK, MASIH MINDA KOLONIAL

MP Shah Alam dalam usul penstrukturan semula subsidi telah mengeluarkan hujah termasuklah aktiviti cari gali ditenderkan, dan perlu diberikan kepada syarikat yang memenangi tender tertinggi. tidakkah MP Shah Alam mengkaji implikasi-implikasi yang mungkin wujud sebelum membuat syor yang berlaku kepada negara-negara pengeluar minyak yang 'sesak nafas' kerana hasil minyak mereka telah pun mulai tiris dan/atau telah menjadi mangsa dalam 'forward dealing'.

MP Shah Alam perlu lebih berhati-hati dalam syor mengarut ini terutamanya jika ini melibatkan negara Malaysia yang masyhur yang bersikap prudent dalam mengeluarkan minyak walaupun 700ribu tong sehari. Henry Kissinger pernah menyebut bahawa mana-mana negara menguasai minyak akan menguasai dunia dan mana-mana negara yang menguasai bekalan makanan akan mengusai rakyat. Ini adalah satu kenyataan yang amat dalam yang mungkin tidak terlintas di hati MP Shah Alam yang tidak cuba menghayatinya.

Sanggupkah MP Shah Alam mengetengahkan satu syor yang menggalakkan foreign control kepada khazanah kita? Lihat apa yang berlaku kepada negara-negara pesisiran Amerika Latin dimana minyak mereka dieksploitasikan oleh firma-firma agung Amerika yang menyedut minyak tanpa mengira implikasi-implikasi negatif kepada negar-negara tersebut.

MP Shah Alam hanya sedap mulut bercakap. Tiada usul periksa syornya itu. Perkara demikian sesuai jika berlaku pada zaman sebelum merdeka yang dialami oleh negara-negara kolonial ketika itu seperti India,Burma, Pakistan dan negara-negara kaya dengan berlian di Afrika. Semua kekayaan negara-negara ini mencurah masuk ke Great Britain seperti mengalirnya air sungai.

Kami pemerhati politik meminta MP Shah Alam supaya lebih patriotik dan berpandangan jauh meliputi 7 petala langit dan bukan hanya minda beliau dihadkan kepada parit-parit di Shah Alam sahaja.

No comments: