Wednesday, April 21, 2010

JANJI KAMALANATHAN

KAMALANATHAN GUNA PENDEKATAN BERHEMAH DEKATI PENGUNDI

Elak Kempen Fitnah – Kamalanathan

sumber: UMNO ONLINE

Calon Barisan Nasional (BN) bagi Pilihan Raya Kecil (PRK) Parlimen Hulu Selangor, P Kamalanathan yakin kepada kempen secara bersih dan telus.

Fitnah sama sekali ditolak oleh anak jati Selangor yang pernah bersusah payah merebut peluang belajar itu.

Sepanjang pengalaman beliau dalam proses perebutan kerusi dalam mana-mana pilihan raya, fitnah merupakan sentimen yang sering dimainkan untuk memancing undi di samping menjatuhkan keperibadian seseorang calon.

“Berdasarkan pengalaman dari siri kempen yang lepas, mewujudkan fitnah merupakan satu kesalahan besar yang harus dielakkan.

“Saya telah berpesan kepada jentera BN kita hanya akan berkempen cara bersih, berpandukan apakah pencapaian saya sebelum ini, apa yang BN mampu lakukan dan apa yang Kamalanathan mampu lakukan jika diberikan peluang oleh para pengundi,” katanya dalam rancangan bual bicara Soal Jawab yang disiarkan di TV3 malam Isnin.

Ketika disoal tentang janji beliau pada penduduk Hulu Selangor, Kamalanathan menegaskan penyediaan keperluan asas akan diberi penekanan dalam agenda kempen beliau.

Kamalanathan berkata antara keutamaan beliau jika menang ialah, penyediaan keperluan asas yang secukupnya, pembangunan tanah-tanah kosong di sekitar Hulu Selangor dan pembinaan kampus baru Universiti Teknologi MARA (UiTM).

“Pembangunan tanah kosong dan kampus UiTM ini dilihat mampu meningkatkan petumbuhan industri-industri di sekitar kawasan sekaligus mampu mewujudkan peluang perniagaan dan pekerjaan yang lebih banyak,” katanya lagi.

Selain itu Kamalanathan yang fasih bahasa Melayu, Tamil dan Inggeris serta sedikit Mandarin berkata penguasaan melebihi satu bahasa merupakan satu ‘advantage’ bagi seseorang , khususnya ahli politik.

Beliau berkata setiap rakyat Malaysia harus fasih dalam Bahasa Melayu kerana statusnya sebagai bahasa kebangsaan dapat menghubungkan semua kaum di Malaysia serta dapat mengikat silaturrahim antara rakyat.

PENDEDAHAN BEKAS KETUA PENERANGAN PKR PERAK

Dedah: Dap Kuasai Pembangkang, Pemimpin PKR Diktator

SUMBER: UMNO ONLINE


HULU BERNAM, 20 April – Kepada ahlinya pemimpin PKR diktator, tetapi kepada Dap mereka tunduk.

Sudahlah krisis dalaman PKR parah, Wanita PKR pula pula saksikan Dap pengaruhi pakatan pembangkang.

Ketua Penerangan Wanita PKR Negeri Perak, Soraya Sulaiman hari ini tampil mendedahkannya bersama Timbalan Ketua Wanita PKR Bagan Serai, Roshanita Mohd Basir ketika mengumumkan mereka keluar dari parti itu berkuatkuasa serta-merta.

Dalam kenyataannya, mereka memaklumkan amat kecewa dan telah hilang kepercayaan kepada kepimpinan PKR.

Soraya mendedahkan, Dap kini semakin menguasai dan menentukan corak pentadbiran pakatan pembangkang di negeri yang mereka kuasai.

“Ini bukan soal perkauman, tapi kami bimbang suara Melayu hilang, kerana pakatan pembangkang dan PKR dikuasai Dap.

“Jadi saya menyeru semua wanita di dalam PKR keluar.”

NAJIB JAWAB TUDUHAN ANWAR AL JUBURI


Putar Belit Pembangkang, Kita Bukan Melutut

Apr 21st, 2010 | By Isa Nikmat | Category: Berita Pilihan

TOKYO, 21 April – Perdana Menteri, Datuk Seri Mohd Najib Tun Abdul Razak menegaskan Malaysia tidak pernah dan tidak akan melutut kepada sesiapapun, termasuk Amerika Syarikat kerana kerajaan mempunyai pendirian sendiri atas dasar dan prinsip serta cara dan pendekatan yang berbeza.

Perdana Menteri kesal kerana kunjungannya ke Amerika Syarikat atas jemputan Presiden Barack Obama, baru-baru ini, diputarbelitkan pihak pembangkang dalam kempen di Hulu Selangor bagi menggambarkan kononnya Malaysia tunduk kepada Obama dan Amerika Syarikat

.

“Bila kita tak berbaik dengan Amerika Syarikat, mereka dakwa Amerika ‘reject’ kita. Bila kita baik dengan Amerika, mereka tuduh pula kita melutut kepada Amerika. Mereka akan pusing dan putar belit apa saja yang kita buat untuk mengelirukan rakyat.

“Inilah taktik politik tidak beretika. Malah, ada yang sanggup bayar sehingga menggoncangkan iman seseorang semata-mata untuk menyebarkan fitnah,” katanya pada sidang media di akhir lawatannya ke Jepun, malam tadi.

Najib sepatutnya mengakhiri lawatannya hari ini, namun lawatan rasmi empat harinya terpaksa dipendekkan kepada tiga hari bagi membantu kempen di Hulu Selangor, sekali gus memperbetulkan fakta yang diputarbelitkan pihak tidak bertanggungjawab mengenai lawatannya ke Amerika Syarikat.

Bagaimanapun, semua acara rasminya di Jepun sudah selesai malam tadi dan hari ini beliau hanya dijadualkan mengadakan sidang media kepada media Malaysia sebelum berlepas pulang, kira-kira jam 10 pagi ini. Justeru, kepulangan beliau kira-kira 12 jam lebih awal itu tidak menjejaskan jadual lawatan rasminya ke Jepun.
Terdahulu, ketika berucap pada majlis ramah mesra dengan pelajar dan rakyat Malaysia di Jepun, Najib berkata, beliau akan turun padang di Hulu Selangor sebaik pulang ke tanah air, hari ini.

“Saya akan pulang malam ini (malam tadi) dan sampai di Kuala Lumpur subuh esok (pagi ini). Esok (hari ini) saya akan turun padang ke Hulu Selangor. Saya akan ambil peluang perbetulkan keadaan dan fitnah yang disebarkan,” katanya.

Beliau berkata, kehadirannya pada Sidang Kemuncak Keselamatan Nuklear di Washington seharusnya dianggap sebagai penghormatan kepada negara kerana hanya 47 ketua negara dijemput dan pemimpin sembilan negara termasuk Malaysia saja diberi peluang mengadakan pertemuan dua hala dengan Obama, manakala lebih 150 negara tidak dijemput ke persidangan itu.

“Saya tidak anggap ini sebagai menandakan kita nak melutut kepada Amerika Syarikat. Jauh dari itu ia adalah satu pengiktirafan besar buat Malaysia.

“Kalau tidak kerana kita berjaya, jika tidak kerana kita memberi nilai kepada hubungan dua hala dengan Amerika Syarikat dalam menangani isu global dan kalau tidak kerana Malaysia sebuah negara yang diiktiraf, saya tidak fikir Obama akan beri masa kepada saya untuk mengadakan pertemuan dua hala dengan beliau, malah Malaysia mungkin tidak diundang ke persidangan itu,” katanya.

Najib berkata, apabila Malaysia menjalin hubungan baik dengan Amerika Syarikat, ia tidak bermakna Kuala Lumpur melutut kepada negara terbabit.

“Bila kita rapat dengan pemimpin dunia, kita boleh menegur mereka secara berhemah sebagai rakan yang saling hormat menghormati antara satu sama lain, bukan dengan mengkritik atau berbalah secara terbuka,” katanya.

Mengenai lawatannya ke Jepun, Najib menganggapnya sebagai berjaya dan menyeluruh dengan beliau sendiri berpuas hati dengan lawatan sulungnya ke Jepun sebagai Perdana Menteri itu.

“Lawatan ini mengesahkan komitmen mendalam kedua-dua negara untuk terus bukan saja memperkukuhkan hubungan dua hala, tetapi juga mengembang, membangun dan menentukan hala tuju baru dalam konteks hubungan antara dua negara,” katanya yang terharu kerana lawatannya dinaik taraf menjadi lawatan negara dengan beliau ditempatkan di Istana Akasaka selama di sini. -MediaUMNO/BHarian

MENGAPA ZAID HARUS DITOLAK

RUANG BICARA FAISAL

P94 (6) JANGAN PILIH ZAID ! KENAPA ?

Saya menggesa kepada rakyat Hulu Selangor agar jangan sesekali memilih Zaid Ibrahim pada 25 April ini.

Antara sebabnya....

Kegagalannya memberikan nasihat kepada Majlis Peguam supaya menghentikan program-program yang mencetuskan kemarahan umat Islam seperti penganjuran Forum Memeluk Islam.

Zaid Ibrahim seolah-olah setuju dengan pendirian Majlis Peguam yang beriya-iya benar ingin mempertikaikan undang-undang dan perlembagaan negara bersabit dengan isu memeluk Islam, hak penjagaan kanak-kanak dan mahkamah syariah.

Jelas sekali sejak dari dahulu Majlis Peguam seolah-olah mempertikaikan kewujudan dan hak Mahkamah Syariah mengendalikan kes-kes berkaitan orang Islam dan kekeluargaan Islam dan apa yang dikesalkan Zaid membisu seribu bahasa dalam hal ini sedangkan dalam hal-hal yang lain Zaid begitu lantang bersuara.

Zaid sebagai menteri pada masa itu sepatutnya tidak bersikap berat sebelah dan membuat kenyataan mengikut kehendak diri sendiri dengan membelakangkan kepentingan agama Islam.

Malang sekali di saat umat Islam Malaysia tanpa mengira ideologi politik bangkit mempertikaikan tindakan Majlis Peguam menganjurkan forum tersebut, menteri yang bertanggungjawab dalam hal undang-undang tidak mengeluarkan sebarang kenyataan menyokong atau sebaliknya.

Di mana kredibiliti Zaid sebagai individu yang dikatakan pakar dalam undang-undang ?

Memang tidak dinafikan Zaid merupakan antara penyokong kuat Suruhanjaya Antara Agama (IFC) yang cuba ditubuhkan oleh pihak-pihak tertentu. Namun kita berharap sebagai menteri pada masa itu, Zaid lebih rasional dan lebih terbuka dalam isu berkaitan kedaulatan Agama Islam.

Zaid bukan sahaja tidak berusaha untuk memperkasakan undang-undang Islam dan Mahkamah Syariah malah seakan-akan bersekongkol dengan puak-puak yang cuba mencabar Islam.

Apa yang saya nyatakan diatas bukan dikata oleh saya . Siapa yang kata ? Klik sini

Adakah orang seperti adakah layak diangkat sebagai wakil rakyat ? Tidak layak sama sekali...


____________________________________________________________-

Mustika: PERINGATAN WAJAR DIBERI SETIAP HARI KEPADA PENGUNDI-PENGUNDI DI HULU SELANGOR...............