Thursday, April 22, 2010

SELANGOR.....(SIRI 2)

Khalid Gagap pernah mencanangkan kepada semua ahli-ahli DUN Selangor dan DYMM Sultan Selangor mengenai target untuk mendapatkan RM150 juta hasil pasir. Tapi kemudian mengaku hanya mendapat kutipan RM 4.6 juta saja.

Khalid Gagap menganggap dia harus membuat andaian kreatif agar nampak hasilnya banyak supaya PKR selangor dilihat ada sasaran dan kerja kuat. Sekali rakyat tertipu. Khalid Gagap telah melantik syarikat Kumpulan Semesta Sdn Bhd (KSBB) untuk mengawal semua pengeluaran pasir atas tanah negeri, mengutip doket pasir yang dahulunya di bawah seliaan pejabat tanah daerah. PKR Selangor harus memonopoli hasil pasir negeri, barulah nanti keuntungannya masuk kantung PKR.

Khalid Gagap telah membuat perayaan 'kejayaan' satu tahun parti Pakatan Rakyat memerintah negeri dan jumlah perbelanjaannya mencecah hingga RM 1.3 juta. Namun perbelanjaan untuk publisiti dan hampers hanya hampir RM300 ribu sahaja. Mana perginya RM1juta lagi tu? Apabila dipersoalkan, Khalid gagap menyatakan bahawa mereka perlu bergembiran apabila meraikan sesuatu 'kejayaan'. Namun yang menjadi kemarahan rakyat apabila Khalid Gagap mempergunakan hasil simpanan Kerajaan Negeri ketika BN dahulu yang berjumlah RM 1.4 bilion.

Ketika pemerintahan Khalid Gagap, bajet Selangor 2009 mengalami defisit lebih RM 578.5 juta.
Hal ini telah berjaya disembunyikan oleh Khalid Gagap. Kata Khalid, rakyat bukan faham pun kalau bercerita mengenai bajet negeri.

Rakyat Negeri Selangor di tipu hidup-hidup oleh Khalid Gagap dan kroni-kroninya. Namun "bangkai gajah mana boleh ditutup dengan sehelai daun"...........Lambat laun, rakyat akan sedar dan mula membuka mata hati mereka agar tidak terus tertipu dengan Khalid dan PKR khususnya.

(bersambung.............)

SELANGOR (SIRI 1)



Khalid Gagap ketika mula-mula menjadi Menteri Besar di Selangor tidak menghadapi masalah untuk mentadbir negeri dan rakyat yang aman, makmur dan sejahtera. Ini kerana, pemerintah terhadulu (BN) telah pun memastikan rakyatnya 'selesa' di negeri itu sejak lebih 50 tahun dahulu. Khalid dan kroni-kroninya hanya menambah sedikit kononnya perkara-perkara ”kebajikan” (padahal ia hanya omong kosong) supaya rakyat nampak peranan mereka di negeri itu.. Sebenarnya rakyat sudah lebih baik dan negeri sudahpun maju. Maka sebab itulah khalid Gagap tidak mempunyai masalah untuk mengekalkan keamanan di Selangor.


Bagi menjana kewangan negeri untuk membuat semua program ”kebajikan” negeri, Khalid hanya mempergunakan kesenangan yang telah tersedia.. Pertama, pemerintah dahulu (BN) telah meninggalkan 1.4 billion. maka, Khalid Gagap dan kroni-kroninya pun memanfaatkan wang terrsebut dan masuk dalam kantung poket mereka.. Selangor juga kaya dengan sumber cukai tanah dan paling penting sumber hasil pasir. Hasil negeri sebanyak itu, tidak dimanfaatkan untuk rakyat tetapi telah masuk di dalam tabung PKR (yang tengah nazak, tunggu masa untuk dikuburkan). Ketika sambutan 100 hari pentadbiran Khalid Gagap telah menyalahgunakan wang untuk pembangunan rakyat dan negeri Selangor.


Liciknya Khalid sehingga mampu mengaburi mata rakyat. namun apa yang Khalid lakukan di Selangor. hanya goyang kaki sambil menunggu kantung poketnya penuh..........


(siri 2 akan menyusul)

KHALID GAGAP GAGAL!



Jika sebelum ini PKR Selangor di bawa h pemerintahan Khalid Gagap cuba mengaburi mata rakyat dengan mendakwa bahawa Kerajaan BN yang memerintah Selangor sebelum ini korup dan tidak telus, Mustika ingin mengajak rakyat berfikir.... Ke mana perginya kutipan hasil dari penjualan pasir? Adakah benar seperti yang tertera Kerajaan Negeri Selangor hanya mampu mengutip RM4.6 juta? (ini bermakna, Khalid gagal mentadbir hasil/aset negeri)

atau

RM150 juta adalah nilaian sebenar hasil kutipan pasir, namun yang dilaporkan hanya RM4.6 juta. Sebab utama:

Khalid Gagap dah songlap hasil penjualan pasir.....hahahahahahahahahaha. Patutlah perut Khalid Gagap buncit semacam je.................


FIKIR-FIKIRKANLAH.......

KERAJAAN KHALID GAGAP MAHU ANIAYA YBK

JAWAPAN ISU-ISU TANAH YANG DIBANGKIT OLEH
KERAJAAN NEGERI SELANGOR


“Selepas ‘merampas’ tanah Yayasan Basmi Kemiskinan di Serendah, Kerajaan Negeri mengarahkan Jabatan Audit Negeri menyemak harta-harta lain yang dimiliki oleh YBK”.


Merujuk kepada kenyataan di atas, pihak Yayasan ingin menyatakan bahawa tidak ada peruntukan undang-undang dalam UNDANG-UNDANG TUBUH YBK, yang membolehkan Kerajaan Negeri Selangor mengaudit urusan kewangan YBK. Perkara ini jelas terkandung di dalam KLAUSA 16 UNDANG-UNDANG TUBUH YBK, yang turut memperuntukan bahawa hanya firma akauntan bertauliah yang dilantik Lembaga Pemegang Amanah berhak untuk mengaudit urusan kewangan YBK.

MUSTIKA: DALAM ERTI KATA YANG MUDAH, KERAJAAN NEGERI TIDAK MEMPUNYAI HAK UNTUK CAMPUR TANGAN DALAM URUSAN KEWANGAN YBK.

Bagaimanapun, kami tidak ada halangan kepada usaha Kerajaan Negeri Selangor untuk menyenaraikan dan mengaudit harta-harta yang telah diluluskan kepada YBK. Usaha tersebut akan turut mengesahkan kenyataan kami mengenai senarai tanah yang telah diluluskan kepada YBK.

Untuk makluman umum, projek-projek berikut telah dibangunkan ke atas tanah-tanah yang telah diluluskan kepada YBK.

1 - TANAH DI SERENDAH ( 6 ekar)

Tanah ini telah dibangun sebuah Kompleks Asrama Kasih yang dibina pada tahun 1994 bagi menempatkan seramai 300 orang pelajar yang terdiri daripada anak-anak yatim dan fakir miskin. Sehingga kini seramai 2173 orang telah mendapat manfaat daripada program ini.

MUSTIKA: YBK TELAH MENAUR BAKTI DEMI MEJAGA KEPENTINGAN ANAK YATIM DAN FAKIR MISKIN

2 - TANAH DI KUALA SELANGOR @ MUKIM API-API ( 5.4 EKAR)

Tanah ini telah dibangunkan sebuah Pusat Latihan Kemahiran yang dikenali sebagai Pusat Latihan YBK yang dibina pada tahun 1992. Sehingga kini PLYBK telah melahirkan seramai 1504 pekerja mahir. Antara kursus-kursus yang ditawarkan ialah Kursus Mekanik Kenderaan Motor (Automotif), Kursus Lukisan Pelan, Kursus Lanskap, Kursus Elektrik dan Kursus Pemasangan Penyaman Udara.

MUSTIKA: YBK BERUSAHA MELAHIRKAN TENAGA KERJA MAHIR DEMI MENINGKATKAN TARAF EKONOMI RAKYAT


3 - TANAH DI RAWANG ( 8 EKAR) & SERENDAH ( 8 EKAR)

Tanah ini sedang dibangunkan sebagai projek perumahan dan kormesil sebagai usaha YBK untuk mempertingkatkan nilai tanah. Projek ini diharap dapat membiayai semua program pembasmian kemiskinan oleh YBK tanpa mengharap ehsan masyarakat di masa akan datang.

MUSTIKA: YBK BERUSAHA MENAIKKAN TARAF HIDUP RAKYAT DI SELANGOR


MUSTIKA: KERAJAAN KHALID GAGAP SEOLAJ-OLAH TERLALU 'TERLIUR' UNTUK 'MELAHAP' KEPENTINGAN YBK. MENGAPA? KERANA NILAIAN TANAH YBK MAMPU MEMBUATKAN KHALID GAGAP DAN KRONI-KRONINYA MAMPU 'MAKAN MEWAH' WALAUPUN SUDAH TIDAK MEMEGANG TAMPUK PEMERINTAHAN NEGERI SELANGOR

PKR ZALIMI RAKYAT SELANGOR

Sumber: KITA GEMPUR
Dosa Pakatan Rakyat Kepada Rakyat Selangor



  • Isu arak- Tidak mengambil kira senstiviti orang Islam terhadap penjualan arak dikawasan majoriti orang Islam.Campurtangan Ronnie Liu yang bertindak seperti seorang Mursyidul Am menidakkan kehadiran PAS didalam Pakatan Rakyat.
  • Pertambahan rumah urut di Selangor- Selepas memerintah kewujudah rumah urut seperti cendawan selepas hujan.Campur tangan Exco terhadap kewujudan rumah urut ini adalah antara sebab rumah urut tidak berlesen dipercayai sama banyak dengan yang berlesen.
  • Campurtangan Ronnie Liu dalam isu rumah penduduk di Pasir Penambang- mereka mahu memindahkan nelayan yang tinggal ditepi sungai kuala Selangor ketempat lain yang lebih jauh daripada penempatan sekarang.
  • Isu kalimah Allah- Wujud seorang Islam berjawatan Ahli Parlimen Shah Alam yang berpaksikan PAS menyokong tindakan penggunaan kalimah ALLAH oleh agama Kristian.
  • Tanah Yayasan Basmi Kemiskinan di Serendah- Isu pembayaran cukai telah dipolitikkan oleh Pakatan Rakyat kerana nilai tanah tersebut melonjak naik selepas cadangan pembinaan kampus UITM kawasan tersebut.Penduduk Serendah dinafikan hak untuk menikmati taraf hidup yang lebih baik sekiranya kampus dibina dikawasan tersebut.
  • Kerugian UNISEL- Kerugian RM20 juta dipercayai akibat kegagalan mereka mentadbir dengan berkesan.Kehilangan kepercayaan daripada para pelajar dan sistem pentadbiran yang sangat lemat.
  • Salah laku pensyarah UNISEL- Satu laporan polis telah dibuat kepada salah seorang Timbalan Naib Canselor yang didakwa merogol pelajar sendiri ketika bertugas di UPM.Pihak UPM telah memberhentikan TNC tersebut tetapi diambil bekerja oleh MB Khalid kerana TNC tersebut adalah kenalan beliau.
  • Ladang Babi di Mukim Batu, Kuala Langat- Tanah seluas 337 ekar diberikan kepada bangsa cina untuk dibina ladang babi.Adakah perlu tanah seluas itu diberikan hanya untuk penternakan babi.
  • Masjid dijadikan tempat berpolitik- Adun Seri Andalas Dr Xavier seorang Kristian masuk kedalam masjid untuk mengadakan ceramah.Seorang Kristian yang membela anjing dirumah dibenarkan masuk ke dalam masjid tanpa bersuci.Dimanakah PAS ataupun pemimpin Melayu PKR
  • Isu Pasir- Janji MB kepada Sultan untuk meningkatkan keuntungan pasir hanya satu penipuan.Keuntungan pasir lebih rendah daripada zaman pemerintahan Khir Toyo.
  • Isu kuil Hindu Sek 23- Pakatan Rakyat mahu membina kuil Hindu yang besar dikawasan majoriti orang Islam.Sekali lagi sentimen orang Islam tidak dipedulikan oleh mereka.
  • Adun makan rasuah- Satu laporan telah dibuat kepada Adun Batu Tiga, YB Rodziah yang dipercayai telah mengelapkan wang untuk kebajikan rakyat sebanyak 375 ribu ringgit untuk kepentingan politik peribadi beliau.

Masih adakah Melayu yang sanggup memberi undi kepada pakatan hina ini.Pemimpin Melayu dan Islam di dalam Pakatan Rakyat hanyalah sebagai boneka kepada lanun-lanun tamak bertaraf pendatang.Fikir-fikirkanlah