Tuesday, June 24, 2008

SYABAS KEPADA PENGURUSAN PARLIMEN......MEDIA BEBAS BERGERAK

MP Bagan menimbulkan keperluan pihak media diberi ruang untuk mengikuti perjalanan dewan. Kehadiran media adalah satu-satu petanda amalan kebebasan. MP Bagan perlu sedar yang mustahak dalam dunia berparlimen ialah persidangan MP-MP yang mewakili rakyat yang dipilih secara demokratik untuk membincang masalah-masalah rakyat.
Memang benar Media penting tetapi MP Bagan perlu tahu bahawa liputan dewan tidak ada hadnya. Ia tidak semestinya dihadkan kepada ruang lobi tetapi juga dari luar dewan dengan menggunakan ICT. Diiperhatikan bahawa pengurusan Parlimen telah memberi banyak kemudahan kepada media yang menghadiri persidangan Parlimen. Mereka boleh keluar masuk tanpa sekatan kecuali di dalam Dewan. Apakah ini tidak mencukupi? Apakah mereka ini kalau boleh hendak duduk bersama-sama ahli Dewan?
Sudahlah mereka datang berpakaian kasual tanpa memakai apa-apa lencana mewakili media masing-masing, kita susah hendak mengenali mereka yang kononnya mewakili media. Kenapa mereka tidak memakai lencana atau jaket yang melambangkan akhbar masing-masing? Media profesional yang meliputi kegiatan-kegiatan Rumah Putih di Washington dengan gahnya mempamerkan lencana-lencana mereka kerana mereka berbangga begitu juga media profesional di negara Singapura, Thailand dan India. Mereka tidak segan silu untuk memaparkan akhbar-akhbar yang mereka wakili secara terbuka.
MP Bagan dicadangkan memanggil semua media beliau untuk lebih profesioanal dan menghayati garis panduan bertugas dalam Parlimen.

No comments: