Sudah lama kiranya mustika tidak meluangkan masa melontarkan pendapat peribadi di laman maya ini. 2-3 minggu yang lepas mustika hanya mengambil pendapat dan rencana dari akhbar-akhbar utama dan sumber-sumber yang lain, bukan malas atau lupa cuma masa tidak mengizinkan. Namun rasanya tidak lengkap tanpa pandangan sendiri.
Mustika tertarik dengan apa yang berlaku semenjak Pak Lah mengumumkan kenaikan harga minyak di negara ini. Apa yang terjadi bukan nya salah kerajaan, bukannya salah Pak Lah dan bukannya salah ibu mengandung.... eh apa pulak kaitannya.... Apa pun pandangan anda, Mustika tetap dengan pendirian bahawa kerajaan dan kepimpinan yang berada di tampuk pemerintahan negara hari ini bukan penyebab kenaikan harga minyak di Malaysia.
Apa yang mustika sedari dan anda juga sedari (mungkin), ada pihak yang cuba memanipulasikan isu ini. Mereka mendakwa kerajaan BN yang memerintah adalah punca masalah ini berlaku. Ingin mustika menarik perhatian anda, jika sekalipun Pakatan Rakyat yang menjadi pemerintah, akan turun ke harga minyak? Mungkin mereka akan turunkan tetapi tak sampai setahun Malaysia akan muflis. Bayangkan, bagaimana malaysia akan bernafas jika harta kekayaan negara sudah habis digunakan? Cuba fikir pula apa mereka boleh berikan kepada kita nanti? Ajar rakyat berdemonstrasi ke? buat perhimpunan haram? menabur janji palsu? memberi harapan yang mustahil?
Tidak berfikirkah mereka selama ini kerajaan berusaha menangani masalah ini, sokonglah kerajaan kita.....bukannya memprotes dengan info yang salah. Kenaikan harga minyak Malaysia adalah kerana harga minyak dunia naik mendadak, jika kita masih mengekalkan harga lama, rakyat pasti akan menderita dalam tempoh tidak sampai 5 tahun. Rakyat harus faham.... wajar kah kita semua menghukum kerajaan? sedar atau tidak sedar, kita selama ini rakyat Malaysia terlalu 'dimanjakan'. Apa saje tuntutan rakyat, kerajaan akan penuhi sehingga gaji kakitangan awam juga sudah dinaikkan (dah lama), tetapi apa pulangan rakyat kepada kerajaan? Jangan tanya apa yang kerajaan bagi pada rakyat tetapi tanyalah diri sendiri apa sumbangan kita pada negara ini... Bersyukurlah dengan apa yang kita dapat nikmati hari ini.
Bersabarlah.....hadapi lah dengan tenang.... kalau dahulu belanja sesuka hati, berjimatlah.... tak rugi pun kalau kita sentiasa beringat....
Terbaru : Bukti Najib Razak bukan dalang kepada penyelewengan 1MDB.
-
KENYATAAN DATO' SRI NAJIB RAZAK1. Sepanjang saya menjalani hukuman penjara
selama 26 bulan dan susulan pelbagai perkembangan terkini yang signifikan
berkai...
4 weeks ago
2 comments:
Walau pun ade betulnya cakap anda nie, tetapi bab menaikkan harga minyak nie saya rasa kerajaan ade alternatif lain..
Kerajaan sekarang nampaknya langsung tak menghiraukan golongan berpendapatan rendah...
Saya tak paham sebenarnya bagaimana kereta BMW yang harganya RM300,000 (BMW 318) atau Camry 140,000 (Camry 2.0), rebatnya sama sahaja dengan kereta Wira harga RM60,000 atau kancil berharga RM30,000...
terima kasih atas pandangan saudara. apa pula yang dikatakan kerajaan tidak menghiraukan langsung golongan berpendapatan rendah? jangan kerana marahkan nyamuk kelambu dibakar..... tan nampak kah saudara usaha kerajaan selama ini? kerajaan di setiap pelusuk negeri, ke seluruh ceruk kampung memberi bantuan, inisiatif. tak bersyukur lagi? kita hidup di bumi Malaysia... mengapa harus dipersoalkan kenikmatan yang kita miliki hari ini?
saya berasal dari kampung yang tidak membangun, tetapi dari setahun ke setahun, kerajaan sentiasa membantu, menaik taraf kehidupan rakyat, pertanian dibantu, industri kecil dan sederhana malah pelajar luar bandar juga tidak ketinggalan dalam pelajaran lagi. malah pendapatan saya juga bukannya banyak, setiap bulan hanya cukup untuk untuk makan dan untuk enjoy, jauh sekali. tetapi saya menyaksikan usaha kerajaan selama ini. berkaitan isu minyak pula, apa lagi yang kerajaan tidak buat untuk rakyat berpendapatan rendah dan penduduk luar bandar? subsidi? bantuan untuk nelayan2? Saudara perlu banyak membaca info kerajaan jangan mudah terpengaruh dengan dakyah yang cuba mencemarkan nama kerajaan.
mohon maaf jika penjelasan kurang memuaskan. kadang2 apa yang kita tahu, tidak mampu diwartakan di medan maya ini, terlalu banyak perkara yang perlu diperjelaskan... tidak cukup hanya di sini. salam sejahtera.
Post a Comment