Wednesday, June 25, 2008

MP PASIR MAS MENYINDIR KEBEBALAN PAS KEDAH DAN "PAKATAN LONGGAR"

MP Pasir Mas (Bebas), Dato' Ibrahim Ali dalam hujah usul rang undang-undang telah meminta kerajaan mengharamkan pembalakan. Beliau memberi contoh mengenai apa yang berlaku di Thailand di mana pembalakan diharamkan dan boleh membawa hukuman berat sekiranya hutan diceroboh. Beliau juga menyentuh tentang isu pasir yang telah dikorek dengan tiada memikirkan kesan-kesannya kepada kawasan terlibat.

Mengenai isu balak, eloklah MP Pasir Mas sedar bahawa negeri Kedah di bawah kuasa pembangkang berniat untuk mengeluarkan balak daripada kawasan yang dianggap penting dari segi pembekalan air untuk rakyat Kedah. Sepatutnya pemimpin Kedah berada di dalam dewan yang mulia ini untuk mendengar hujah-hujah MP Pasir Mas yang meminta rakyat menyayangi persekitaran dan juga menjahanamkan pokok-pokok tua untuk menjadi sumber kewangan yang sangat diperlukan kononnya untuk negeri Kedah.

Sikap ambil mudah negeri Kedah dan berkeras hendak mengeluarkan balak-balak dari kawasan yang dianggap oleh saintis, ahli geologi dan pakar-pakar environment sebagai penting, adalah tidak masuk akal. Tidakkah MB Kedah berfikir sedalam-dalamnya? MB Kedah pernah belajar di England dan pernah melihat bahawa tiada kelihatan hutan di England kecuali di Scottland dan Wales. United Kingdom adalah negara yang paling lantang menegah pembalakan yang tidak terurus kerana hutan-hutan mereka sendiri sudah gondol dan implikasi mulai terasa, dari segi perubahan iklim dan pemanasan global.

Wira berpendapat bahawa pandangan MP Pasir Mas ini adalah tepat dan adalah wajar pemimpin pembangkang Kedah mengambil iktibar dari MP ini. Wira turut merasa kesal bahawa MB Kedah berniat bertindak secara bersendirian dan tidak mahu mengambil kira pandangan rakyat terutamanya NGO.

oleh: Pemikir Negara

No comments: