Tuesday, May 13, 2008

ISU PATI DIBANGKITKAN LAGI

Isu Pendatang tanpa izin terus dibangkitkan oleh MP Keningau. Dakwa beliau, isu ini selalu dibangkitkan oleh pembangkang terutama ketika PRU yang lepas. Beliau mendakwa, pelaksanaan peraturan dan undang-undang tidak dilaksanakan dengan baik dan sempurna.
Rakyat harus tahu dan sedar sebenarnya kerajaan sentiasa mengambil serius perkara ini malah pelbagai langkah telah dan sedang diambil untuk menangani masalah ini. Tetapi harus juga kita sedar dan tahu penyelesaiannya tidaklah semudah yang disangkakan, apatah lagi masalah itu sudah berakar-umbi puluhan tahun lamanya. Tetapi jika kita bersatu hati dan tidak hanya menuding jari mencari kesalahan orang lain, tidak mustahil kita dapat menyelesaikan masalah ini dengan segera. Pesan Mustika, rakyat Sabah sendiri harus mempunyai peranan dan memainkan peranan merekabagi membantu kerajaan merealisasikan perancangan dan usaha Kerajaan ini. Usaha kerajaan tidak mungkin berkesan jika sebahagian rakyat terus bersikap dingin dan mengambil kesempatan daripada kehadiran PATI untuk mengaut keuntungan ekonomi semata-mata.

MP BAGAN JANGAN PERKECILKAN PEMUZIK TEMPATAN

MP Bagan, DAP menimbulkan pelbagai perkara termasuklah mengenai Orkestra Philharmonik yang pada hemat beliau telah berbelanja sebanyak RM500 juta ringgit. Beliau mengatakan bahawa duit ini sepatutnya disalurkan kepada orang miskin.
MP Bagan patut tahu bahawa Malaysia kini adalah tergolong dalam negara membangun. Pembangunan sebenarnya adalah luas dan ia meliputi aspek kebudayaan, hiburan dan lain-lain lagi. Malaysia perlu juga memperkayakan warganya dalam bidang-bidang tertentu termasuk muzik supaya warga kita ini mendapat pendedahan seluas-luasnya.
Dengan bertambahnya minat warga kita dalam bidang ini, ia akan meningkatkan kepakaran pemuzik-pemuzik tempatan dan sekaligus mencetuskan minat generasi muda yang akan datang. Mereka akan menjadi rebutan pemuzik-pemuzik antarabangsa dan ini akan akan mengharumkan nama Malaysia di luar negara. Kini, Orkestra Philharmonik diminati oleh warga-warga asing yangnbermastautin di Malaysia. Banyak Konduktor muzik asing yang masyhur telah memimpin Okestra Philharmonik sejak ia diwujudkan lagi.
Perbelanjaan yang kita buat itu tidak dianggap membazir tetapi merupakan satu pelaburan untuk memperkayakan industri muzik di samping meningkatkan semangat pemuzik-pemuzik tempatan untuk maju ke hadapan.
oleh: Panel

MP PAPAR

MP Papar amat prihatin berhubung dengan kedudukan rakyat di kawasan parlimennya dan Negeri Sabah umumnya. Justeru, MP Papar merayu Kerajaan Pusat supaya memberi ruang dan peluang kepada rakyat Sabah sama-sama membantu Kerajaan Pusat dalam semua bidang terutamanya dalam bidang diplomatik, pentadbiran dan keselamatan. Saya dengan penuh yakin dan percaya, rakyat Sabah tidak pernah kekurangan dari segi kebolehan dan juga kepakaran dalam bidang-bidang yang saya maksudkan tadi. Belian juga turut menyentuh isu pendatang tanpa izin (PATI) yang tidak habis-habis dibincangkan. Semakin hari semakin ramai PaTI di negeri tersebut. Justeru, langkah-langkah berikut perlu diambil segera dan diberi perhatian segera.

1) Pusat-pusat tahanan sementara yang sedia ada hendaklah dipantau dengan rapi supaya kesihatan dan keselamatan mereka terus terjamin terutamanya kes pengedaran sabu di dalam pusat-pusat tahanan.

2) Kawalan-kawalan sempadan oleh pihak keselamatan, polis dan tentera hendaklah dihadkan tempoh masanya bagi mengelakkan mereka mendapat suntikan luaran. Ianya juga bagi mengelakkan berlakunya rasuah dikalangan mereka.

3) IM13 hendaklah diteliti sebelum sebarang pemberian borang untuk diisi oleh mereka. Ianya perlu mengemukakan saksi-saksi seperti penghulu, bidan dan laporan polis bagi menentukan mereka betul-betul lahir di negeri Sabah

4) Pihak polis diminta memberi keutamaan menjalankan operasi rondaan mereka di kawasan-kawasan yang telah dikenal pasti dihuni oleh PATI. Ianya bagi mengelakkan kes-kes jenayah berleluasa khususnya jenayah seksual, jenayah keganasan, jenayah harta benda dan lain-lain yang sering berlaku di semua kawasan-kawasan yang dihuni oleh PATI.

5) Semua jabatan kerajaan Negeri perlu memberi kerjasama kepada pihak polis dan pihak pendaftaran bagi menentukan PATI boleh dihantar pulang ke Negara asal mereka.
oleh: Panel

PLKN RASIONAL



MP Batu Gajah membuat usul supaya kerajaan menghentikan program PLKN. Beliau berpendapat bahawa program ini menjejaskan kesihatan dan selanjutnya kematian terlalu kerap berlaku.

Beliau berpendapat bahawa program ini terpaksa diteruskan kerana diwajibkan oleh undang-undang. Dianggarkan 110,000 pelatih akan melalui program ini pada 2008. MP Batu Gajah sepatutnya mengetahui bahawa program ini banyak memberi kebaikan. Ia mempunyai tujuan untuk membina generasi muda supaya berdisiplin, beriltizam tinggi, berdedikasi dan cinta serta sayang kepada tanahair. Ia juga mendedahkan pelatih-pelatih kepada sikap team-work, esperit de corp, membina jati diri yang kukuh, bermoral, bertanggungjawab dan pergaulan yang sihat.
Berlandaskan pemupukan semangat patriotisme serta jalinan integrasi nasional yang harmonis program ini diadunkan dalam usaha mewujudkan kestabilan dan kesejahteraan rakyat berterusan dan kekal utuh. Program ini dijalankan dengan menyatupadukan kumpulan generasi muda yang dibesarkan dari latar belakang dan keturunan yang berbeza, dengan hasrat dapat membentuk sebuah masyarakat yang berdisiplin, yakin diri dan dilengkapi sikap luhur yang sentiasa bersedia menghadapi sebarang cabaran dan dugaan.

Program-program seperti ini adalah baik dan sepatutnya MP Batu Gajah patut memberi kerjasama dan menyokong kerajaan demi kebaikan warga muda kita dimana bilangannya mula meningkat.




oleh: Panel

SOALAN BERULANG-ULANG

Mustika sebenarnya tidak kisah mendengar soalan-soalan daripada Pembangkang yang tidak jemu-jemu bertanya di dalam Dewan Rakyat, cuma apabila soalannya berulang-ulang, semestinya jawapan yang sama akan diberikan.... Apabila perkara yang sama di ucapkan dan diterangkan, sudah semestinya kita akan rasa jemu dan bosan. Menteri atau timbalan Menteri yang terbabit menjawab soalan pastinya akan menerangkan perkara yang sama lebih dari sekali. Pembangkang tidak faham atau tidak peka atau tidak memberi tumpuan ketika Menteri atau Timbalan Menteri memberi jawapan. Nasihat mustika kepada pembangkang, dengarlah dengan teliti dan jangan terlena lagi.... jangan buang masa dengan soalan yang berulang-ulang dan juga soalan yang mempunyai maksud yang sama.

PERTANIAN MENJADI TUMPUAN

Dalam keadaan semasa negara menghadapi isu kekurangan beras. Pengumuman harga padi dan beras oleh Pak Lah semalam adalah untuk memberi kemudahan dan kelebihan kepada peniaga dan pengguna.
Dalam mnghadapi isu ini, Kerajaan akan memberikan tumpuan yang lebih aspek pertanian padi. Menteri terbabit menyatakan, bagi Projek Sungai Manik terdapat 2586 orang petani di kawasan berkenaan dan RM500 juta telah diperuntukkan untuk pembangunan insfrustruktur di kawasan berkenaan. Kerajaan menumpukan Projek Sungai Manik kerana dalam situasi sekarang, projek penanaman padi diberi keutamaan. Usaha Kerajaan ini adalah untuk mengurangkan import supaya negara tidak lagi bergantung kepada import semata-mata. Apabila Wakil Rakyat Pasir Salak bangun untuk menyatakan ketidak puasan hati mengenai sumber kewangan dan rasional perbelanjaan yang banyak untuk projek-projek pertanian, Menteri berkenaan dengan sinis memuji rakyat di Pasir Salak harus bersyukur kerana wakil rakyatnya gigih berjuang untuk membela rakyatnya. Menurut menteri berkenaan, beberapa tokoh telah memberi amaran sebelum ini kepada kerajaan mengenai isu kekurangan bekalan makanan. Menteri mengakuinya, tetapi pada masa itu kerajaan mungkin belum sedar betapa hal tersebut perlu ditangani segera. Menteri juga menerangkan bahawa sumber kewangan lain juga akan digunakan selain Perbendaharaan Negara dan Petronas. Di bawah Koridor Utara, GLC telah digalakkan untuk terlibat dalam projek-projek kerajaan. Terbaru, Sime Darby telah menunjukkan minatnya untuk terlibat secara langsung dalam projek-projek kerajaan..

HARGA BERAS KEKAL- * RM1.65-RM1.80 SEKILO * PADI DARI RM650 KE RM750 SETAN

KUALA LUMPUR 12 Mei – Ketika kebanyakan negara dunia mengalami kenaikan harga makanan secara mendadak ekoran krisis bekalan, kerajaan hari ini sebaliknya membuat keputusan mengekalkan harga kawalan beras Super Tempatan 15 peratus antara RM1.65 sekilogram hingga RM1.80 sekilogram yang ditetapkan mengikut zon.
Perdana Menteri, Datuk Seri Abdullah Ahmad Badawi berkata, selain meneruskan status beras hancur 15 peratus sebagai barang kawalan yang banyak digunakan oleh sebahagian besar rakyat, kerajaan juga membuat keputusan untuk menetapkan harga siling beras Super Special Tempatan (SST) lima peratus dan SST 10 peratus.
Sebelum ini, kedua-dua beras gred itu tidak dikenakan kawalan harga.
Dalam satu kenyataan yang dikeluarkan di sini, Abdullah memberitahu, bagi beras SST lima peratus, harga siling yang ditetapkan ialah RM2.80 sekilogram manakala harga siling SST 10 peratus ialah RM2.70 sekilogram.
Kedua-dua harga siling itu akan berkuat kuasa mulai 1 Jun ini.
Keputusan tersebut dibuat pada Mesyuarat Jawatankuasa Kabinet Menangani Inflasi yang dipengerusikan oleh Abdullah di Parlimen hari ini.
Selepas mesyuarat itu, Abdullah mengeluarkan kenyataan yang menggariskan lima tindakan komprehensif bagi menangani isu kenaikan harga padi dan beras.
“Pihak jawatankuasa juga telah membuat ketetapan untuk mengapungkan harga beras import termasuk beras putih Thai di Semenanjung, Sabah dan Sarawak.
“Kerajaan turut membenarkan pemindahan padi di antara negeri-negeri secara berperingkat selain bersetuju menaikkan Harga Minimum Terjamin (HMT) padi daripada RM650 setan metrik kepada RM750 setan metrik,’’ katanya.
HMT pada paras RM750 setan metrik kini ialah harga terendah padi yang dijamin oleh kerajaan.
Kerajaan sebelum ini melarang penjualan padi antara negeri-negeri.
Pada masa lepas, padi yang dihasilkan di Selangor, misalnya, hanya dibenarkan dijual di Selangor. Walaupun ada kilang padi dari Kedah ingin membeli padi seseorang pesawah dari Selangor pada harga lebih tinggi, ia tidak dibenarkan.
Dasar itu akan dihapuskan secara berperingkat-peringkat.
Berhubung kenaikan harga HMT padi daripada RM650 setan metrik kepada RM750 setan metrik yang menguntungkan petani, Perdana Menteri berkata, ia wajar dinaikkan ke paras lebih tinggi untuk faedah pesawah-pesawah padi berikutan kenaikan harga beras.
“Pemindahan padi antara negeri-negeri juga perlu dikaji bagi menjadikan harga jualan padi lebih kompetitif dan dapat membantu menambah pendapatan pesawah-pesawah,’’ tambah beliau.
Berdasarkan rekod Kementerian Pertanian dan Industri Asas Tani, harga beras ST 15 peratus pada tahun lalu hanyalah RM1.52 sekilogram berbanding harga pada ketika ini antara RM1.65 hingga RM1.80 sekilogram.
Harga beras SST lima peratus pada tahun lalu pula adalah RM1.95 sekilogram sementara harganya ketika ini mencecah sehingga RM3.26 sekilogram.
Justeru, langkah kerajaan menetapkan harga SST lima peratus pada paras RM2.80 sekilogram adalah 46 sen lebih rendah daripada harga pasaran semasa.
Dalam kenyataannya, Perdana Menteri turut menjelaskan mengenai implikasi lima langkah khusus yang diambil oleh kerajaan untuk menangani harga padi dan beras.
Katanya, apabila kesemua langkah itu diambil, kerajaan terpaksa membelanjakan sekurang-kurangnya RM725 juta sebagai subsidi untuk pengimportan 500,000 tan beras bagi memastikan harga runcitnya di negara ini dapat dikekalkan.
Beliau berkata, langkah-langkah yang diputuskan itu berkuat kuasa serta-merta kecuali penetapan harga siling bagi beras SST lima peratus dan SST 10 peratus.
“Keputusan yang diambil oleh jawatankuasa hari ini adalah berasaskan kepada kepentingan semua pihak dengan bermatlamatkan kebajikan pengguna dan pesawah padi terpelihara.
“Dengan cara ini sahaja kerajaan dapat meringankan beban pengguna ketika harga barangan semakin meningkat,’’ katanya.
Dalam pada itu, Perdana Menteri mengakui kenaikan harga beras di pasaran dunia telah memberi tekanan kepada harga padi dan beras di Malaysia.
“Harga beras di pasaran dunia naik mendadak berbanding tahun lalu. Harga beras putih Thai lima peratus telah meningkat sebanyak 164 peratus iaitu daripada AS$371 setan metrik (2007) kepada AS$980 setan metrik pada ketika ini.
“Beras putih Vietnam pula telah naik sebanyak 212 peratus iaitu daripada AS$352 pada tahun lalu kepada AS$1,100 setan metrik pada tahun ini,’’ katanya lagi.
Mengenai langkah menetapkan harga siling beras SST lima peratus dan 10 peratus, Abdullah memberitahu, harga kedua-dua beras gred itu telah naik mendadak kerana kerajaan tidak mengenakan kawalan harga ke atas beras gred tersebut.
“Kerajaan hanya mengawal beras ST 15 peratus tetapi isunya sekarang berlaku kekurangan bekalan di pasaran kerana pengilang lebih berminat untuk mengeluarkan SST lima peratus dan 10 peratus.
“Keadaan itu memerlukan kerajaan bertindak segera bagi memastikan bekalan beras ST 15 peratus mencukupi dan pada masa sama membendung kenaikan berterusan harga beras SST lima peratus dan 10 peratus,’’ katanya.

*************************************************

Seperti yang Mustika katakan semalam, kita tunggu sahaja dan jawapannya dapat kita lihat dan dengar hari ini. Rata-rata akhbar utama negara menyiarkan berita ini......

Monday, May 12, 2008

TUNGGU

UTUSAN ONLINE (12/05/2008 1:29pm)


KUALA LUMPUR 12 Mei – Kerajaan hari ini akan mengumumkan langkah pemulihan bagi menangani kenaikan harga beras dan mengawal inflasi sebagai sebahagian daripada inisiatif untuk mengurangkan beban rakyat yang berdepan dengan kenaikan kos hidup.
Perdana Menteri, Datuk Seri Abdullah Ahmad Badawi berkata, beliau akan mempengerusikan mesyuarat Jawatankuasa Kabinet mengenai Inflasi hari ini bagi mencari penyelesaian kepada isu harga makanan dan kekurangan bekalan.
"Beberapa keputusan akan dibuat terutamanya berhubung padi dan beras,” kata beliau pada sidang akhbar selepas melancarkan Forum Halal Sedunia 2008 di sini hari ini.
Semasa ditanya sama ada kerajaan akan mengenakan bayaran yang lebih tinggi bagi bahan api kepada rakyat asing, Abdullah berkata, kerajaan melihat kepada semua aspek berhubung harga minyak dunia.
"Kita akan membuat pengumuman sewajarnya. Saya tidak akan beritahu sedikit demi sedikit. Kita akan melihat kepada semua ini (dan) kita sedar harga minyak naik sehingga AS$120 setong,” katanya.

- Bernama
*******************************************************
sama-sama lah kita tunggu..... tapi bersabarlah............

FIKIR SEJENAK

Detik masa berlalu dan setiap hari kita didedahkan dengan sikap sebenar pemimpin-pemimpin DAP. Ini dapat dilihat daripada gelagat dua tiga orang pemimpin DAP yang menyinggung dan mencabar sensiviti orang Melayu. Kisah bermula dengan cadangan untuk memulaukan istiadat mengangkat sumpah MB Perak, seterusnya sikap tidak matang ketika persidangan Parlimen. Malah dapat dilihat lagi apabila mereka mempertikaikan campur tangan Sultan dalam kes pertukaran Pengarah JAIP.



Peristiwa-peristiwa ini dilihat oleh orang Melayu sebagai satu hal yang mencabar kewibawaan bangsa Melayu. Harus diingat sebenarnya, DAP bukanlah sebuah parti yang bersikap positif terhadap bangsa Melayu. Melayu harus sedar, apa gunanya menyokong parti yang tidak boleh dan tidak mampu meneraju negara dengan baik suatu hari nanti. Apa kita mahu, negara kita pada masa hadapan (jika Pakatan Rakyat menang..... kalaulah tapi mustahil...) pemimpin-pemimpin ini saling berebut kuasa dan kita pastinya menjadi mangsa keadaan. Negara kan huru-hara malah mungkin tergadai....(InsyaAllah tidak akan berlaku). Apa kita mahu, negara yang berpaksikan Islam ini dihapuskan? Apa kita bersedia negara yang dipimpin oleh Pemimpin Melayu yang beragama Islam hari ini luput dari ingatan? Atau adakah kita mahu YDP Agong dan Raja-Raja Melayu tidak lagi wujud di negara ini?


Berfikirlah sejenak..... janganlah terburu-buru dalam membuat keputusan.


Jangan kerana marahkan nyamuk, kelambu dibakar!!

Thursday, May 08, 2008

ARTIKEL PILIHAN

MENIUPKAN semangat patriotisme kepada orang Melayu nampaknya tidaklah boleh diambil mudah oleh kerajaan yang memerintah negara berbilang kaum ini. Orang Melayu biasanya mudah khayal, mudah alpa dan sangat senang melupakan sesuatu peristiwa pahit atau menyayat hati. Orang Melayu dengan senang melupakan walaupun sesuatu peristiwa itu, mungkin merupakan satu titik hitam dalam hidupnya. Sifat pemaaf orang Melayu telah diakui oleh semua bangsa. Yang malangnya apabila orang Melayu bersabar ada pula orang lain yang cuba memijak kepalanya, mereka mengambil kesempatan atas kesabaran dan kelembutan orang Melayu. Dan bila orang Melayu telah tersepit, maruah telah tercabar, kesabaran pun biasanya akan lenyap.

Sebenarnya orang Melayu telah banyak kali dicabar, antaranya waktu pemerintahan Inggeris, pemerintahan Jepun dan zaman pemerintah dua minggu Bintang Tiga, malah di zaman kesultanan Melayu Melaka pun orang Melayu pernah dicabar. Pada masa-masa terdesak begini biasanya orang Melayu dapat melupakan darjat dan kedudukan mereka, mereka akan berpimpin tangan bagi menghancurkan petualang-petualang ini. Mereka akan segera teringatkan pegangan kuat bangsanya ''bersatu teguh, bercerai roboh'', ''bulat air kerana pembetung, bulat kata kerana muafakat''. Mereka akan sehidup semati - ibarat telur sesangkar, pecah sebiji pecah semua. Apabila segalanya telah tenang, orang Melayu dengan mudah membuangnya dari lipatan sanubari mereka. Mereka umpama tidak pernah merasa serik atau jeran. Akhir-akhir ini perpaduan orang Melayu kembali longgar. Kedengaranlah komen, rata-rata mereka menunding jari kepada orang Melayu dalam kerajaan serta pemimpin-pemimpin tempat mereka bergantung harap.


Rungutan-rungutan yang didengar: Orang Melayu telah lupa diri. Mereka terlalu yakin dan khayal, mereka yakin kedudukan mereka tidak mungkin tergugat.
Sesungguhnya tidaklah dapat dinafikan kerajaan memang membangunkan negara dengan pesatnya, kerajaan telah berjaya menebus maruah bangsa Melayu dan meletakkannya di tempat yang sepatutnya. Itu semua tidak semestinya rakyat dipinggirkan, orang Melayu sangat memandang tinggi budi bahasa dan sopan santun, mereka tidak boleh dikaburi dengan kereta menjalar dan kemewahan yang ditonjolkan.

Pemimpin-pemimpin yang telah diberi kepercayaan oleh rakyat tidak sepatutnya mengambil mudah perkara ini. Jangan lupa dengan 'kuasa rakyat'. Generasi sekarang mungkin tidak percaya kebanyakan datuk nenek dan orang tua mereka dulu makan nasi sekali sehari, kain basahan tidak kering dipinggang, pakaian cumpang-camping, mereka dihina, malah hendak 'mengangkat' muka pun tidak berani.
Kerja orang Melayu sebelum merdeka selain menjadi petani dan nelayan ialah peon, buruh kasar dan poster sahaja, yang agak bernasib baik jadi guru sekolah Melayu dengan gaji yang terlalu kecil. Kemerdekaan yang diperjuangkan oleh UMNO telah merubah segala-galanya. Orang Melayu yang terkenal dengan ekonomi kais pagi makan paginya, kini sudah hidup mewah. Kita sepatutnya mengucap syukur kepada Allah yang telah melahirkan pemimpin-pemimpin yang tidak mementingkan diri sendiri, malah mereka sanggup berkorban apa saja demi masa depan bangsanya, dari itu kita seharusnya berterima kasih kepada pemimpin-pemimpin UMNO yang telah berjuang tanpa merasa jemu, mereka sekarang telah dipanggil pulang oleh Allah s.w.t mendahului kita dan kita sekarang sedang mengecap hasil kemerdekaan yang mereka perjuangkan, sepatutnya kita tidak saja berterima kasih malah menghadiahkan al-Fatihah kepada roh mereka. Bukankah itu tanda terima kasih kita kepada pejuang-pejuang tanah air tercinta ini?

Setelah kita berkerajaan sendiri, semangat orang Melayu kembali rasa bermaruah, mungkin begitulah rasanya orang-orang Melayu di zaman kerajaan Melayu Melaka dahulu.
Nasib orang-orang Melayu terbela, mereka ada wakil rakyat tempat mengadu, segala kesulitan mereka didengar, wakil rakyat mereka pada ketika itu betul-betul berbakti untuk rakyatnya. Nama wakil rakyat harum dan mereka amat dihormati.
Sekarang nampaknya segala-galanya berubah, wakil rakyat terlalu sibuk, kita tidak lagi nampak dan mendengar wakil rakyat naik basikal atau Morris Minor (sekarang mungkin Kancil) masuk dari lorong ke lorong, kampung ke kampung menemui rakyatnya (seperti yang pernah dilakukan oleh Datuk Jalok Daing Melibuk (Allahyarham) - wakil rakyat dari Benut, Johor dan Cik gu Jabar wakil rakyat dari Parti Bebas selama tiga penggal dari DUN Batu Laut Selangor.
Allahyarham Datuk Jalok sangat terkenal di kawasannya dan dia amat dihormati, terdengar sahaja ada kematian di kawasannya pasti beliau akan menziarahi dan jarang menolak jemputan kenduri sama ada kecil ataupun besar. Kebanyakan masanya berada di dalam kawasannya, jadi istilah susah nak jumpa wakil rakyat tidak timbul sama sekali di kawasannya. Allahyarham juga senang dihubungi di mana saja. Dalam keretanya disimpan keperluan pejabatnya seperti rubber stamp serta stamp pad. Beliau sangat disenangi oleh pegawai-pegawai kerajaan kerana beliau juga sangat peramah dengan pegawai-pegawai kerajaan.
Adakah wakil rakyat sekarang berfikir kerana kemudahan segala-galanya telah tersedia maka mereka tidak perlu melawat atau berada di kawasan? Anggapan ini adalah satu yang amat malang, bukankah tugas wakil rakyat berkhidmat untuk rakyatnya? Jika hal ini ada di fikiran wakil rakyat kini, eloklah segera dikikis. Mulai sekarang wakil rakyat mesti mengubah 'aya' mereka, rakyat hendaklah didampingi, jadilah pendengar yang baik. Pandangan rakyat hendaklah didengar.


- ABDULLAH ABD. RAHMAN, Setapak Jaya, Kuala Lumpur.
*******************************************************************************
mustika tertarik dengan artikel ini, luahan dan pendapat penulis ini perlulah di teliti dan di fahami semua pihak. Mungkin kerana artikel ini panjang berjela, maka anda tidak mahu membacanya, cuba baca....... cuba fahami...... cuba selami maksud yang tersirat di sebalik yang tersirat. Ada benarnya......

HDC BUKAN AMBIL ALIH KUASA JAKIM

Pada sesi perbahasan usul titah diraja pagi tadi, YB pembangkang telah mengeluarkan isu yang telah mendorong mustika untuk tampil menjelaskan persoalan yang ditimbulkan. Walaupun dalam isu ini mustika bukanlah orang yang sepatutnya menjawab, tetapi oleh kerana mustika ada sedikit pengetahuan maka tidak salah rasanya mustika menjelaskan. Adakah YB Pembangkang terlepas pandang atau sengaja menutup mata untuk melihat kebenarannya? JAKIM sebenarnya tidak pernah hilang kuasanya.
Pada 17 April 2008 yang lalu, satu kemajuan telah dicapai dalam usaha kerajaan memartabatkan lagi pembangunan industri halal di Malaysia. Perkembangan ini dilihat sejajar dengan aspirasi kerajaan di bawah kepimpinan YAB Dato’ Seri Abdullah Ahmad Badawi untuk menjadikan negara Malaysia sebagai hub halal dunia serta menjadi pusat rujukan serantau.
Menteri di Jabatan Perdana Menteri Datuk Dr Ahmad Zahid Hamidi mengatakan bahawa HDC bertanggungjawab mengeluarkan sijil halal bukannya bermaksud untuk mengambil alih kuasa daripada Jabatan Kemajuan Islam Malaysia (Jakim). Sebaliknya, hal berkaitan pengeluaran sijil halal dan promosi produk halal akan diletakkan di bawah satu bumbung bagi mengelakkan kekeliruan masyarakat antarabangsa. Beliau berkata spesifikasi yang digunakan bagi mengeluarkan sijil halal selama ini akan terus diaplikasikan serta ditambah baik bagi mempercepatkan pengeluaran sijil itu.

Transisi pengurusan pensijilan halal di Malaysia daripada Bahagian Hub Halal JAKIM kepada Halal Industry Development Corporation (HDC) kena dan tepat pada masanya dalam usaha memperkasakan pengurusan dan pembangunan industri halal yang lebih terfokus dan berwibawa.

Dato’ Hj Wan Mohamad bin Dato’ Sheikh Abdul Aziz , Ketua Pengarah JAKIM menegaskan bahawa JAKIM begitu positif kepada perkembangan ini sebagai langkah melaksanakan keputusan yang telah pun dibuat di peringkat kabinet. Justeru itu, JAKIM akan memberikan kerjasama sepenuhnya dalam memastikan proses tersebut berjalan dengan lancar dan sempurna. Penyerahan tugas Bahagian Hub Halal JAKIM kepada pihak HDC adalah satu lagi milestone untuk membantu membangunkan industri halal negara di samping dapat memacu Malaysia sebagai hub halal dunia. Malah semua 163 pegawai JAKIM yang bertanggungjawab mengendalikan ujian secara saintifik dan Islamik masih diberikan tugas untuk meneruskan kerja mereka walaupun selepas urusan itu diambil alih oleh HDC. Pertubuhan Negara-Negara Islam (OIC) juga telah menerima dan mengiktiraf pensijilan halal Malaysia termasuklah pihak Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (PBB).

Tuesday, May 06, 2008

ALAHAI PEMBANGKANG............

Apabila sidang dewan rakyat sudah melepasi setengah hari, mustika menganggap terlalu banyak yang ingin di kongsi bersama. Namun memandangkan masa tidak mengizinkan, mustika hanya ingin 'membentangkan' secebis pandangan sahaja..... Ada dikalangan ahli dewan yang tidak begitu fasih berbahasa melayu. Apabila isu bahasa diketengahkan, rakan-rakan mustika juga bersetuju. Isu bahasa melayu bukan lah isu baru, namun sebagai bahasa pengantar di dalam dewan, mengapa bahasa ini tidak di kuasai dengan baik oleh ahli dewan?

Lim kit siang sepatutnya belajar bagaimana menghormati ahli dewan. Sikap emosional beliau perlu dikawal. Janganlah terlalu mengikut perasaan sehinggakan adab susila dan tertib serta peraturan dewan juga dilupakan. Lim kit siang dilihat terlalu suka dan gemar melemparkan tuduhan kepada pihak lain. Mustika lihat beliau cuma ingin menjadikan dewan sebagai persada pertelingkahan dan perbalahan. Sikap ego dan berlagak 'hero' ini menjadi sudah menjadi trend beliau. Mungkin inilah dia lambang kepimpinan lim kit siang.......

Apa yang mustika lihat, jawapan demi jawapan diberikan kepada pihak pembangkang, pelbagai penjelasan telah diberikan, namun apa yang mustika tidak faham, kenapa pembangkang mesti mengulangi soalan-soalan tersebut berulang kali? Mereka tak faham agaknya...... Atau mereka memang tidak peka dengan jawapan yang diberikan sebab itulah soalan berulang-ulang.

Adakah dewan rakyat ini merupakan medan pembangkang untuk menyampaikan rasa tidak puas hati dan kecewa terhadap kerajaan kerana pernah menerima 'hukuman' daripada kerajaan? Pembangkang yang hadir hari ini mustika kaji, lebih suka berucap panjang dan cuba memberi syarahan kepada ahli dewan... Mungkin kempunan nak jadi pensyarah agaknya...... Tetapi sayang, salah tempat rupanya.....

SYABAS KEMENTERIAN PENERANGAN

Hari ini dengan cuaca yang cerah telah memberikan inspirasi kepada mustika untuk mencoretkan sedikit pendapat dan pandangan tentang apa yang berlaku di parlimen pagi ini. Apabila dato' seri fong chan onn (alor gajah) bangun untuk mengemukakan soalan kepada y.b menteri penerangan, mustika tidak sabar dan tertunggu-tunggu untuk melihat Y.B Menteri Penerangan 'beraksi' di dalam dewan. Mustika begitu berminat untuk mendengar jawapan dan penjelasan olehY.B Menteri memandangkan mustika juga merupakan salah seorang pemilik blog dan peminat blog.

Dengan tenang Y.B Menteri Penerangan menjawab setiap soalan yang dikemukakan. Rancangan 'bersama media' yang disiarkan rtm 1 berjaya meraih rating yang tinggi iaitu lebih kurang 340,000 penonton. Manakala rancangan 'blog' yang disiarkan setiap ahad berjaya mencapai rating 200,000 penonton. Syabas kepada Kementerian Penerangan. Di Malaysia, lebih kurang 14 juta orang melayari blog dan ada pendapat mengatakan lebih kurang 500,000 blog yang telah wujud di Malaysia. Maka kewujudan blog sebagai wadah pengantar dan penyalur maklumat adalah rasional. Tidak sia-sia rasanya kedua-dua rancangan ini disiarkan. Selain memberi peluang kepada wakil media dan blogger memberikan pendapat, menjawab soalan dan 'meluahkan' isi hati, mustika juga fikir ini adalah gelanggang sebenar mereka kerana rancangan ini berlangsung secara lansung di televisyen... Mereka yang dijemput adalah golongan 'kritikal' terhadap blog (taksub). YB Menteri Penerangan menjelaskan bahawa beliau ada berjumpa dengan bloggers bagi mengetahui pandangan-pandangan mereka, apa yang sesuai dan apa yang tidak sesuai dikeluarkan di dalam blog, samada bercanggah dengan undang-undang atau melibatkan akta hasutan.
Usaha YB Menteri Penerangan ini menunjukkan kesungguhan kerajaan menangkis pendapat sesetengan pihak bahawa kerajaan ingin menyekat dan ingin membataskan lontaran idea pihak media dan bloggers. Ada ahli dewan yang bangun dan mengucapkan tahniah kepada YB Menteri Penerangan mengenai kejayaan menganjurkan program 'bersama media' dan 'blog' melalui rtm dan memberi pandangan supaya rancangan 'blog' selama 30 minit itu dipanjangkan, memandangkan masa yang diperuntukkan terlalu singkat dan tidak cukup. Ini menunjukkan bahawa penonton amat berminat dengan rancangan tersebut.
Apa yang mustika dapat simpulkan di sini, kementerian penerangan telah membuktikan sikap keterbukaan kerajaan telah dlaksanakan dan tiada istilah media dan bloggers dikongkong lagi. Syabas buat Kementerian Penerangan.......

UMNO AMBIL KIRA SOKONGAN BN

(UTUSAN ONLINE)

KUALA LUMPUR 5 Mei - Ketua Pergerakan Pemuda UMNO, Datuk Seri Hishammuddin Tun Hussein berkata, parti itu akan terus berpegang kepada prinsip perjuangan asasnya membela nasib orang Melayu di negara ini, di samping mengambil kira sokongan rakan-rakan komponen Barisan Nasional (BN) yang lain.
Tambahnya, setiap parti mempunyai agenda tersendiri dalam memperjuangkan nasib kaum mereka tetapi pada masa yang sama, gerakan atau matlamat mereka tidak seharusnya dilihat sebagai menakut-nakutkan mana-mana pihak.
"Usaha untuk membela kaum masing-masing akan diteruskan, tetapi pada masa yang sama, perjuangan atau pergerakan setiap parti itu janganlah sehingga rakan-rakan daripada komponen BN yang lain melihat ia (perjuangan) sebagai menakut-nakutkan mereka dan tidak mendapat sokongan mereka," katanya pada sidang akhbar di lobi Parlimen di sini hari ini.
Hishammuddin berkata demikian ketika diminta mengulas kenyataan Naib Presiden MCA, Datuk Ong Tee Keat semalam yang berkata, MCA selaku parti komponen kedua terbesar dalam BN perlu berubah daripada segi penampilannya dan mengamalkan pendekatan yang lebih bersifat pelbagai kaum agar tidak menghadapi risiko terpadam daripada landskap politik nasional.
Kata Hishammuddin, beliau menyokong kenyataan Tee Keat itu dan melihat ia satu langkah jangka panjang MCA dalam memperjuangkan nasib rakyat negara ini.
Tambahnya, beliau turut melihat pandangan Menteri Pengangkutan itu sejajar kehendak rakyat yang ditunjukkan menerusi keputusan Pilihan Raya Umum Ke-12 pada 8 Mac lalu.
"Kenyataan Tee Keat itu sungguh berani dan saya mengalu-alukannya. Saya melihat pendirian beliau (Tee Keat) sebagai satu perkara yang mendengar suara serta pandangan rakyat yang mahukan pembaharuan," ujarnya.
Dalam pada itu, Hishammuddin berkata, Pemuda UMNO turut memikirkan perjuangan parti dalam konteks yang sama dan ia juga perlu disokong oleh kaum-kaum lain di negara ini.
"Kita perlu meyakinkan orang ramai bahawa perjuangan asas kita tidak akan lari daripada matlamat asal tetapi pada masa yang sama perjuangan ini perlu melibatkan semua kaum di negara ini.
"Hanya BN mempunyai jalinan terpuji untuk memastikan ia dapat dipertahankan dan sampai kepada golongan yang disasarkan dan pada masa yang sama boleh diterima oleh semua parti," katanya.

Wednesday, April 30, 2008

UTAMA KEPENTINGAN NEGARA


DEMOKRASI BERPARLIMEN: Tuanku Mizan Zainal Abidin dan Tuanku Nur Zahirah diiringi Abdullah dan Najib pada istiadat pembukaan penggal pertama Persidangan Parlimen Malaysia ke-12, semalam.


Seri Paduka tak mahu Ahli Parlimen guna Dewan Rakyat, Negara untuk tonjol diri

KUALA LUMPUR: Yang di-Pertuan Agong, Tuanku Mizan Zainal Abidin mahu Ahli Parlimen meletakkan kepentingan negara sebagai matlamat utama serta tidak menggunakan Dewan Rakyat dan Dewan Negara untuk kepentingan politik individu. Sambil melahirkan penghargaan kepada semua pihak atas kelancaran proses Pilihan Raya Umum Ke-12, 8 Mac lalu, Seri Paduka bertitah, Ahli Parlimen perlu menjalankan tanggungjawab dengan penuh dedikasi, ikhlas, jujur serta sentiasa mempamerkan tingkah laku terpuji demi maruah diri dan negara.

"Penghormatan dan keyakinan rakyat kepada Parlimen sebagai sebuah badan perundangan tertinggi negara bergantung kepada peranan yang dimainkan Ahli Parlimen. Laksanakanlah kepercayaan yang diberi oleh rakyat dengan mengambil bahagian yang aktif dan penuh tanggungjawab dalam semangat demokrasi berparlimen. "Jadikanlah Dewan ini sebagai persada untuk menyampaikan teguran membina dan pendapat yang bernas," titah baginda ketika merasmikan pembukaan penggal pertama Persidangan Parlimen ke-12 semalam. Turut berangkat ialah Raja Permaisuri Agong, Tuanku Nur Zahirah. Terdahulu, ketibaan Seri Paduka berdua di pekarangan bangunan Parlimen disambut Perdana Menteri, Datuk Seri Abdullah Ahmad Badawi dan timbalannya, Datuk Seri Najib Razak.

Yang di-Pertuan Agong kemudian memeriksa pasukan kawalan kehormatan seramai empat pegawai dan 102 anggota dari Batalion 1 Rejimen Askar Melayu Diraja (Istiadat) Sungai Besi yang diketuai Ketua Kawalan, Mejar Mohd Radzi Othman. Serentak itu, tembakan meriam 21 das dilepaskan. Tuanku Mizan bertitah, semua pihak perlu memikul tanggungjawab memastikan semua kaum bersatu padu dan menangkis segala cubaan untuk memecah belahkan rakyat kerana kunci kejayaan negara adalah hasil kestabilan politik dan perpaduan kaum. Seri Paduka juga menegaskan, kerajaan akan berusaha meneruskan pemberian subsidi dan pelbagai bantuan lain untuk kesejahteraan rakyat, terutama dalam menghadapi kesan kenaikan harga minyak di pasaran antarabangsa. Ketika ini, lebih RM36 bilion subsidi dan bantuan diperuntukkan bagi membendung kenaikan harga barang, selain meringankan beban perbelanjaan rakyat. Bagaimanapun, usaha itu tidak mencukupi, sebaliknya rakyat mesti bijak berbelanja dengan mengutamakan premis yang menawarkan harga berpatutan.

Baginda kesal dengan tindakan sesetengah pihak menyalahguna kemudahan subsidi dengan menyorok dan menyeludup barang keperluan untuk mengaut keuntungan besar. "Perbuatan itu sangat hina kerana mendatangkan kesusahan dan merampas hak rakyat," titah baginda. Tuanku Mizan turut menyentuh mengenai usaha kerajaan dalam menangani gejala rasuah dengan menstrukturkan semula Badan Pencegah Rasuah (BPR) menjadi Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia di samping menubuhkan Jawatankuasa Parlimen mengenai Pencegahan Rasuah. "Beta berharap usaha-usaha tersebut akan meningkatkan lagi keberkesanan, ketelusan dan akauntabiliti dalam usaha membanteras rasuah di negara ini. Pencapaian ekonomi dan pembangunan yang dinikmati selama ini tidak akan bermakna jika rasuah, salahguna kuasa dan penyelewengan, masih berlaku," titah baginda sambil meminta kerajaan meneruskan usaha penambahbaikan Perkhidmatan Awam bagi memenuhi kehendak rakyat dan pelabur. Mengenai pengumuman Perdana Menteri mengenai langkah memperkasakan sistem kehakiman negara baru-baru ini, Tuanku Mizan bertitah ia menunjukkan komitmen kerajaan dalam memastikan sistem itu terus kekal adil, dihormati dan bebas daripada sebarang pengaruh selaras dengan kehendak rakyat. "Sistem kehakiman yang adil dan efektif adalah penting untuk meningkatkan keyakinan rakyat terhadap sistem perundangan negara," titah baginda. Baginda turut menyarankan supaya kurikulum dan kaedah pembelajaran Program Pengasuhan dan Pendidikan Awal Kanak-kanak Permata Negara (Permata) diperluaskan ke seluruh negara dalam usaha membangunkan modal insan berkualiti. Ini kerana hasil kajian Universiti Pendidikan Sultan Idris mendapati kanak-kanak di bawah umur lima tahun yang mengikuti program itu mempunyai perkembangan emosi, sosial, intelek, rohani, pengurusan diri dan kemahiran komunikasi yang tinggi, menepati ciri-ciri modal insan yang mempunyai minda kelas pertama. Yang di-Pertuan Agong juga mahu kerajaan mengambil langkah tegas secara bersepadu dalam menangani gejala sosial bagi memastikan pembangunan modal insan dan kerohanian selari dengan pendekatan Islam Hadhari. "Beta memandang berat gejala sosial seperti penagihan dadah, penyelewengan akidah dan sebagainya yang boleh menjejaskan kesucian agama Islam," titah baginda.
(SUMBER: BHARIAN ONLINE)
_______________________________________________
THINK POSITIVE.
MUSTIKA BERHARAP TITAH SERI PADUKA BAGINDA YANG DIPERTUAN AGONG DI PANDANG BERAT OLEH PEMIMPIN-PEMIMPIN NEGARA. BUKTIKANLAH BAHAWA KEPIMPINAN YANG ADA PADA HARI INI MAMPU MENERAJUI NEGARA INI DENGAN BAIK DAN BIJAKSANA. JANGAN CAMPUR ADUKKAN EMOSI DAN PERIBADI DALAM PENTADBIRAN. BE A SMART LEADER.
TAHNIAH!!!

INFO PARLIMEN (SUMBER- BHARIAN ONLINE)

1) Barisan Nasional (BN) mempunyai 140 kerusi di Dewan Rakyat manakala pembangkang 82 kerusi iaitu 31 daripada Parti Keadilan Rakyat (PKR), 28 DAP, 22 Pas dan satu Bebas yang diwakili Ahli Parlimen Pasir Mas, Datuk Ibrahim Ali.
2) Sesi Parlimen kali ini menyaksikan gandingan anak beranak iaitu Ahli Parlimen Gelugor, Karpal Singh dan anaknya, Gobind Deo Singh yang juga ahli Parlimen Puchong; Ketua Menteri Pulau Pinang yang juga Ahli Parlimen Bagan, Lim Guan Eng dan bapanya, Lim Kit Siang (Ipoh Timur) dan Ahli Parlimen Permatang Pauh, Datin Seri Wan Azizah Wan Ismail dan anaknya, Nurul Izzah Anwar (Ahli Parlimen Lembah Pantai).
3) Pada mesyuarat pertama penggal pertama sidang Parlimen ke-12, semua 222 Ahli Parlimen mengangkat sumpah jawatan, diketuai Perdana Menteri, Datuk Seri Abdullah Ahmad Badawi.
Pembukaan persidangan penggal pertama Dewan Rakyat dan Dewan Negara dirasmikan Yang di-Pertuan Agong Tuanku Mizan Zainal Abidin.

Tuesday, April 29, 2008

WAKIL RAKYAT BN SABAH TOLAK PEMBANGKANG

SANDAKAN 28 April - Wakil rakyat Barisan Nasional (BN) di Sabah tidak pernah terfikir untuk menyertai pihak pembangkang seperti yang diuar-uarkan oleh Penasihat Parti Keadilan Rakyat (PKR), Datuk Seri Anwar Ibrahim.
Timbalan Ketua UMNO Bahagian Libaran, Datuk Juslie Ajirol berkata, kenyataan Anwar itu cuma strategi baru politiknya untuk melemahkan BN di Semenanjung yang dilanda masalah selepas prestasi buruk pada pilihan raya umum lalu.
"Semua wakil rakyat BN Sabah tidak berhasrat untuk melompat ke PKR atau parti pembangkang lain yang ada di negeri ini. Di Sabah, kita menolak sepenuhnya parti pembangkang terutamanya PKR Sabah.
"Perkara ini telah dibuktikan pada Pilihan Raya Umum Ke-12 lalu," katanya semasa berucap pada majlis penutup Sukan Tahunan Sekolah Kebangsaan Sungai Tiram Batu 19 dekat sini semalam.
Ahli Parlimen Libaran itu berkata, Anwar hanya berangan-angan kosong dan perbuatannya jelas sedang mengelirukan rakyat terutamanya di negeri ini.
Beliau berkata, Anwar sememangnya sedia maklum, senario politik di Sabah amat berbeza dengan Semenanjung dan menyedari tidak ada wakil rakyat BN yang akan menyertai pembangkang.
Justeru, beliau meminta Anwar menghentikan perbuatan meraih sokongan wakil rakyat BN bagi membolehkannya menjadi Perdana Menteri kerana tidak ada pemimpin BN Sabah yang akan melompat parti.
"Angan-angan Anwar untuk menjadi Perdana Menteri tidak akan kesampaian kerana Ahli Parlimen atau Ahli Dewan Undangan Negeri BN Sabah tidak akan sesekali mengkhianati BN dan amanah yang diberi rakyat," ujarnya.
Dalam pada itu, Juslie turut meminta rakyat Sabah supaya tidak terpengaruh dengan cakap-cakap kosong parti pembangkang terutama PKR yang kononnya mempunyai jumlah wakil rakyat BN yang cukup untuk berpaling tadah.
Jelasnya, kenyataan itu tidak tepat kerana tiada bukti kukuh dan ia dibuat untuk kepentingan politik pihak pembangkang yang terlalu ingin menubuhkan kerajaan Persekutuan.
(DIPETIK DARIPADA UTUSAN ONLINE: 29 APRIL 2008)
_____________________________________________
MUSTIKA: SUDAH TERANG LAGI BERSULUH......

"MENGETUK DULANG PAKU SERPIH"

"MENGETUK DULANG PAKU SERPIH, MENGATA ORANG, DIA YANG LEBIH". MUSTIKA TERTARIK DENGAN PERIBAHASA INI UNTUK DITUJUKAN KEPADA 'YANG BERKENAAN'. DALAM KESIBUKAN PEMBANGKANG MENGELUARKAN KENYATAAN TENTANG PERPECAHAN DALAM BN DAN UMNO KHUSUSNYA, MEREKA TERLUPA ATAU BOLEH MUSTIKA ISTILAHKAN SEBAGAI BUTA KERANA PERKARA INI TERKENA BATANG HIDUNG MEREKA SENDIRI.
LUANGKAN SEDIKIT MASA UNTUK MEMBACA LUAHAN AHLI PAS CAWANGAN BESERI, PERLIS INI. (DIPETIK DARIPADA LAMAN MARHAEN)
_______________________________________________
Sebagai penyokong Pas di peringkat bawah, saya rasa sudah sampai masanya kepimpinan Pas di peringkat Pusat memikirkan untuk menggantikan jawatan Pesuruhjaya Pas Perlis yang sedang dipegang olih Ustaz Hasyim Jasin kepada pemimpin yang lain pula.
Saya bukanlah nak menyalahkan seratus peratus kekalahan teruk Pas di Perlis kepada Ustaz Hasyim, tetapi saya kecewa walaupun Umno berperang hebat antara kem Shahidan dan Radzi di masa kempen tempohari sehinggakan laporan polis banyak dibuat, tetapi Pas gagal memanfaatkan peluang keemasan sekurang-kurangnya mampu menambah bilangan kerusi di DUN Perlis untuk menjadi pembangkang yang kuat.
Sudah sampai masanya juga Pengarah Pilihanraya Pas Negeri yang sekarang dipegang oleh Karim Mat Rejab digantikan kepada orang lain. Pas Perlis perlukan kepimpinan baru yang lebih segar, terbuka dan berorientasikan rakyat marhaen bukannya kroni tertentu sahaja. Pemimpin yang baru tentunya dapat mengenengahkan idea yang baru untuk memantapkan lagi Pas di Perlis. Walaupun pandangan ini diberi oleh ahli biasa yang tidak ada jawatan penting dalam parti yang cuma membantu Pas di peringkat cawangan sahaja, tetapi saya sangat berharap supaya Pas Pusat dapat mengambil kira pandangan saya ini.
Jika cadangan ini diterima oleh Pas Pusat, saya berharap Pesuruhjaya Pas Perlis yang baru akan melantik muka-muka baru dalam jawatan Dewan Harian. Janganlah diteruskan lagi dengan kroni yang ada sekarang. Wallahua'lam! Allahuakbar!!!
Oleh: Ahli Pas Cawangan di Beseri Perlis
28.04.2008
___________________________________________________
DALAM KESIBUKAN PEMBANGKANG MEMBELAH DADA DAN MEROBEK JANTUNG UMNO, MEREKA BARANGKALI TERLENA SEKETIKA. MUNGKIN LETIH BERJUANG...... PERJUANGAN YANG TIDAK MEMBAWA APA-APA HASIL MEMANG BEGITU. KALAU DITELITI DAN DIFAHAMI LUAHAN DI ATAS, NYATA SEKALI KEKECEWAAN MEMBELENGGU DIRI. MASAKAN TIDAK, ISU KRONISME JUGA DIBANGKITKAN, KEPIMPINAN SEKARANG TIDAK 'SEGAR' MALAH TIDAK BERSIKAP TERBUKA. KASIHAN AHLI MEREKA......

APA YANG MUSTIKA DAPAT HURAIKAN, KISAH SANDIWARA PEMBANGKANG KINI TELAH TERBONGKAR SATU PERSATU. KONONNYA IKATAN YANG BAIK DAN KUKUH TELAH TERJALIN ANTARA MEREKA. TETAPI MENGAPA PULA TIMBUL KEKECEWAAN DARI AHLI MEREKA SENDIRI?
YANG PALING MENARIK APABILA DI DALAM PARLIMEN SENDIRI WUJUD PEMBANGKANG YANG MENYOKONG ANGGOTA BN. MUSTIKA PERCAYA SEMESTINYA PEMBANGKANG YANG MENYOKONG INI SUDAH TERLALU MUAL DENGAN KEPIMPINAN MEREKA. KALAU TIDAK MASAKAN 17 ORANG MEMPROTES PILIHAN PEMIMPIN MEREKA DENGAN MENYOKONG ANGGOTA BN?


SECEBIS PETIKAN DARIPADA

KUALA LUMPUR 28 April – Persidangan pertama Parlimen ke-12 mencatat perkembangan menarik apabila dua anggota Barisan Nasional (BN) dipilih sebagai Timbalan Yang Dipertua Dewan Rakyat dengan seorang daripadanya turut mendapat sokongan daripada 17 anggota pembangkang.

Ahli Parlimen Santubong, Datuk Dr. Wan Junaidi Tuanku Jaafar dan Ahli Parlimen Beluran, Datuk Ronald Kiandee masing-masing memperoleh 157 dan 140 undi dalam pengundian yang diadakan hari ini. Mereka mengetepikan cabaran daripada anggota pembangkang, Dr. Tan Seng Giaw (DAP-Kepong) yang hanya mendapat 81 undi.
Dengan komposisi Dewan Rakyat yang terdiri daripada 140 Ahli Parlimen BN dan 82 anggota pembangkang, kejayaan Wan Junaidi memperoleh 157 undi menunjukkan pencalonannya turut disokong oleh 17 wakil rakyat pembangkang.
_____________________________________________________
PESAN MUSTIKA KEPADA PEMBANGKANG, JANGANLAH BERMIMPI DI SIANG HARI. BANGKITLAH DARI TIDUR, PERHATIKAN LAH DI SEKELILING....... BULATKAN MATA, PANDANGLAH KE AKAR UMBI...... JANGAN NANTI 'YANG DIKEJAR TAK DAPAT, YANG DIKENDONG BERCICIRAN'..........MERANA NANTI......

Friday, April 25, 2008

TAK SEHALUAN???

Mustika mengambil sedikit petikan daripada Blog Merah Tinta

PENENTANGAN yang bersifat kebencian melampau Karpal Singh kepada Negara Islam tajaan Pas nampaknya konsisten. Ahli Parlimen Bukit Gelugur itu langsung tidak bertolak ansur atau pun bersikap diplomasi dalam agenda ini. Mungkin sikap inilah menjadikan beliau berjaya sebagai seorang peguam pembela yang hebat dan terkenal.
Dari dulu lagi Karpal Singh menentang perjuangan (Pas) untuk mewujudkan negara Islam. Islam bagi Karpal Singh macamlah babi bagi orang Islam berfahaman konservatif. Berbagai alasan yang beliau berikan, termasuk bahawa perjuangan itu tidak akan tercapai kerana negara ini negara sekular dan perlembagaan negara ini tetap menghalangnya. Beliau nampaknya tidak ada pengertian langsung dan kadang-kadang buta kepada reality politik dan perkembangan semasa atau sengaja memicingkan matanya daripada melihat kebenaran dan kepentingan orang lain!

Beliau seakan lupa kepada orang yang memperjuangkan agenda itu yang juga duduk bersama dengannya kini. Yang menyokong dan memberi kemenangan kepada partinya sehingga mendapat sebuah negeri dan menjadi anggota Exco di Perak dan Selangor. Dalam benak Karpal Singh tidak ada ruang langsung untuk umat Islam memikirkan pendaulatan Islam. Tidak tahu kenapa beliau jadi sepongoh itu mengenai Islam. Beliau sendiri tidak mempamirkan beliau seorang pejuang keagamanya (Interfaith) yang tulen dan ekstrim. Karpal nampak biasa sahaja mengenai agamanya.

**********************************************************************************

Pada pendapat Mustika, perjuangan PAS adalah untuk menubuhkan negara Islam tidak mungkin akan tercapai kerana selagi PAS dan DAP bekerjasama, hasrat PAS tidak akan dapat direalisasikan. Kita dapat melihat percanggahan pendapat dan idea kedua-dua parti ini. Mana satu yang akan menang? Bagaimana mereka ingin membentuk kerajaan sedangkan dalam kepala masing-masing sudah ada impian masa hadapan masing-masing yang terlalu jauh untuk disatukan. Mustika masih ingat kenyataan Karpal Singh suatu ketika dahulu, kalau nak tubuh negara Islam, langkah mayat dia dahulu. Jadi?????

Mustahil pakatan pembangkang dapat dilaksanakan dengan baik bagi membentuk sebuah kerajaan. Bagaimana kerajaan campuran dapat dibentuk jika sedari awal lagi sudah timbul isu ini? Bagaimana secara logik akalnya, sebuah kapal diterajui 2 atau 3 nakhoda? Sudah pasti haluannya berbeza. Apabila bercakap dikhalayak, mereka bermati-matian mendakwa boleh bekerjasama untuk menerajui negara ini....kononnya.....Mereka telah mengaburi mata rakyat. Apabila berada di gelanggang, mereka jadi besar kepala, itulah yang wujud pertelingkahan, perselisihan pendapat dan pertikaman lidah! Yang untung, 'pihak' yang berdiam diri. Tanpa disedari, mereka sibuk merancang dan mencari idea untuk menyingkirkan kedua-dua parti ini. Nasib badan........ Mereka yang diperkudakan hanya mampu tersengih macam kerang busuk.


Thursday, April 24, 2008

KAH CHOON TIDAK SETIA-ABDUL RASHID


BUKIT MERTAJAM 23 April - Tindakan bekas Timbalan Setiausaha Agung Parti Gerakan, Datuk Lee Kah Choon keluar daripada parti itu wajar dan munasabah, kata Timbalan Pengerusi Badan Perhubungan UMNO negeri, Datuk Seri Abdul Rashid Abdullah.
Beliau berkata, adalah sesuatu yang tidak wajar bagi seseorang pemimpin daripada parti komponen Barisan Nasional (BN) berkhidmat dengan kerajaan yang diterajui parti pembangkang.
'
'Sekarang dia boleh berkhidmat untuk kerajaan, tetapi bukan kerajaan BN. Sesuai dan wajar dia (Kah Choon) keluar daripada Gerakan,'' katanya di sini hari ini.
Katanya, dengan menarik diri daripada Gerakan, ia sekali gus membolehkannya menumpukan tugas-tugas yang diamanahkan dan membuat keputusan untuk membantu kerajaan negeri.
Menurut Rashid, sekiranya Kah Choon ingin berkhidmat untuk rakyat Pulau Pinang, beliau masih boleh berbuat demikian melalui BN atau Gerakan, bukannya dengan menyertai kerajaan yang diterajui oleh pembangkang.
Sementara itu, Naib Presiden Parti Gerakan, Datuk Dr. S. Vijayaratnam kecewa dengan tindakan Kah Choon kerana beliau merupakan orang lama dalam parti.
Katanya, tindakan Kah Choon itu menunjukkan beliau tidak setia kepada Gerakan dan BN kerana dari awal lagi telah menunjukkan kesediaannya untuk bekerjasama dengan parti pembangkang.
''Saya tidak boleh menerima cara beliau dan berasa amat kecewa,'' katanya.
Sementara itu, Ketua UMNO Bahagian Balik Pulau, Datuk Seri Dr. Hilmi Yahya berkata, bekas Timbalan Setiausaha Agung Gerakan, Datuk Lee Kah Choon membuat keputusan tepat bertindak keluar daripada parti itu selepas bersetuju menganggotai lembaga pengarah syarikat pelaburan kerajaan negeri yang kini dikuasai DAP.
Menurutnya, sebagai ahli Barisan Nasional (BN), beliau tidak sepatutnya menerima tawaran pelantikan sebarang jawatan daripada kerajaan negeri itu.
''Ahli BN perlu berpegang pada prinsip dan disiplin parti. Saya terkejut apabila mendengar Kah Choon sanggup menerima tawaran Ketua Menteri Pulau Pinang, Lim Guan Eng sebelum ini,'' katanya kepada Utusan Malaysia di sini hari ini.