Wednesday, September 24, 2008
ANWAR DAH MENGGIGIL
Pakatan Rakyat membantah keras tindakan Menteri Dalam Negeri, Dato' Seri Syed Hamid Albar terus menahan penulis blog Malaysia-Today, Raja Petra Kamaruddin di bawah ISA kerana hanya mendedahkan kepincangan pemimpin kerajaan. Kerajaan sepatutnya membebaskan Raja Petra sebagaimana pembebasan yang dilakukan ke atas anggota Parlimen Seputih, Teresa Kok dan wartawan Sin Chew Daily, Tan Hoon Cheng yang juga turut ditahan di bawah ISA. "Tindakan itu sebagai satu ugutan kerajaan untuk menakutkan rakyat. ISA sebenarnya akan memburukkan lagi imej pentadbiran pemimpin negara di bawah Barisan Nasional," - ANWAR IBRAHIM
Apa yang Mustika faham, Anwar Ibrahim sebenarnya takut dengan bayang-bayang sendiri. Boleh Mustika andaikan bahawa Raja Petra adalah orang yang selalu memainkan sesuatu isu yang merujuk kepada hasrat dan cita-cita (Mustika andaikan lagi, ANGAN-ANGAN) Anwar Ibrahim melalui blog Malaysia-Today. Dalam kerakusan Anwar mencapai cita-citanya itu, Raja Petra bersamanya. Mungkin banyak rahsia Anwar yang Raja Petra tahu. Kalau kena tahan, tentulah kena soal siasat, maka tentunya akan terbongkar rahsia, tentu juga gementar sekarang, dan tentunya Anwar takut! Dan apa yang Anwar buat, keluar kan kenyataan ISA tidak adil, boleh burukkan imej pemimpin kerajaan. Anwar bercita-cita nak keluarkan Raja Petra dari tahanan ISA sebelum Raja Petra membongkarkan semuanya (mungkin apa sahaja tentang Anwar) Wah banyaknya andaian Mustika? Andaian semata-mata.
Apa pendapat anda?
Tuesday, September 23, 2008
ISU MAKANAN TERESA SEMASA MENJADI TAHANAN ISA: MEDIA DISALAHKAN
Wednesday, September 17, 2008
PM SERAH JAWATAN MENTERI KEWANGAN 1 KEPADA TPM
PERDANA Menteri, Datuk Seri Abdullah Ahmad Badawi di Putrajaya hari ini mengumumkan menyerahkan jawatan Menteri Kewangan I yang disandangnya kepada Timbalan Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak berkuatkuasa serta merta. - Bernama
PM AMBIL ALIH JAWATAN MENTERI PERTAHANAN
PERDANA Menteri, Datuk Seri Abdullah Ahmad Badawi mengambil alih jawatan Menteri Pertahanan dari Datuk Seri Najib Tun Razak berkuatkuasa serta merta. - Bernama
16 SEPTEMBER YANG BERLALU
Tuesday, September 16, 2008
PENAHANAN TERESA KOK WAJAR


Gambar: http://www.masterdedah.com/ danhttp://syahrilkadir.wordpress.com/2008/09/03/dap-bantah-papan-tanda-guna-huruf-jawi/
Penahanan Teresa Kok dikaitkan dengan isu melarang azan dilaungkan di masjid dan surau di sekitar Kota Damansara, Sri Serdang dan Puchong Jaya serta menggantikan tulisan jawi pada papan tanda nama jalan dengan tulis Tamil, Cina dan Inggeris.
&*&*&*&*&*&*&*&*&*&*&*&*&*&*&*&*&*&*&*&*&*&*&*&*&*&*&*&*&*&*&*&*&*&*&*&*&*
Mustika: Jangan dipertikaikan lagi isu penahanan Teresa Kok ini. Sebelum ini kita digemparkan dengan dakwaan orang Cina bahawaDatuk Ahmad Ismail telah menyentuh sensitiviti mereka dan beria-ia menyarankan supaya Datuk Ahmad Ismail di kenakan tindakan yang sewajarnya padahal Ahmad Ismail bukannya menghina kaum Cina pun..... Bila kes Teresa dibawa ke ISA ramai pulak yang bantah tanpa usul periksa. Setidak-tidaknya dapatkan dulu penjelasan dari pihak berwajib dan teliti dulu dakwaan ke atas Teresa sebelum melenting tak tentu pasal.
BETUL KE?
TAJUK: PERGILAH KAU WAHAI ZAID IBRAHIM
Zaid Ibrahim letak jawatan bukan kerana berbalah tentang ISA. Sebab utama ialah kerana Zaid Ibrahim kalah bertanding Ketua UMNO Bahagian Kota Bharu kepada Datuk Fatmi. Mana nak letak muka seorang menteri kalah dan tidak cukup pencalonan untuk lawan Ketua Bahagian. Demi menjaga maruah, Zaid kena tunggu masa sesuai untuk letak jawatan dalam cara yang nampak bermaruah dan glamour. ISA dijadikan alasan Zaid. Bila Zaid buat begitu, orang akan anggap Zaid sebagai hero. Kalangan peguam akan sanjung Zaid sebagai seorang yang berani dan berpendirian. Zaid kalau terus jadi menteri pun, dia tak yakin sama ada akan kekal atau tidak di zaman Najib. Sudah tentu melawan Datuk Fatmi yang merupakan bekas SU Politik Najib seolah melawan Najib di Kota Bharu. Lebih baik berhenti dari digugurkan. Pergilah kau wahai Zaid. Pintu terbuka luas untukmu.
MUSTIKA: BETUL KE BEGITU? TAK SANGKA PULAK
APA KATA......
http://depa-kata.blogspot.com/
DENGAR, APA KATA PAK LAH...
"Beri perhatian kepada perkara yang mendatangkan manfaat serta kebaikan dan bukan sembang kosong yang tidak beri manfaat.
"Kita suka sangat berhujah dan bersembang tentang perkara ini (pertukaran kerajaan). Perkara ini tidak akan berlaku,"
Posted by jeanbara
DENGAR, APA KATA ANWAR...
"Kita sudah ada jumlah (wakil BN yang akan melompat kepada Pakatan), dan kita telah bersedia. Hari ini 16 September, esok 17 September, kita bersedia membentuk kerajaan.""Petang tadi (semalam), (ahli parlimen DAP) Anthony Loke, (ahli parlimen PKR) Johari (Abdul) telah pergi ke Putrjaya, hantar surat untuk berjumpa segera dengan perdana menteri sebab kita mahukan perubahan aman dan tenteram."
APA KATA MUSTIKA...
"TAK JADI APA-APA"
Thursday, September 11, 2008
KAK TIPAH KOYA DAN MACHA SIVARASA
Wednesday, September 10, 2008
Latheefa Koya adalah Ahli Majlis Tertinggi PKR. Sivarasa Rasiah adalah Naib Presiden PKR. Dua dua orang peguam ini ialah ahli parti PKR. Mana boleh ahli PKR membela Penasihat PKR dalam kes liwat. Kalau orang lain korang kata tak adil, tapi kalau kena kat korang adil lah pulak. Macam mana bro. Double Standard ni. Polis dan Mahkamah dikatakan tak adil oleh Bang Nuar, tapi si Koya dan Sivarasa ni boleh plak jadi peguam bela Bang Nuar.Monday, September 08, 2008
ANWAR DAN IMPIANNYA: MASUK ANGIN KELUAR ASAP
berita 1: TIADA SEBAB UNTUK MCA KELUAR DARIPADA BN, KATA ONG KA CHUAN
IPOH, 7 Sept (Bernama) -- Setiausaha Agung MCA Datuk Seri Ong Ka Chuan hari ini berkata tidak ada sebab untuk parti itu keluar daripada Barisan Nasional (BN) seperti mana gesaan daripada anggota akar umbinya.
Beliau berkata MCA bukanlah 'orang luar', sebaliknya bersama-sama Umno dan MIC sebagai pengasas kepada pembentukan parti Perikatan yang kini dikenali sebagai BN.
"Maka sebab itu sekiranya terdapat sebarang masalah, kita perlu menyelesaikannya bersama-sama. Itulah semangat yang patut kita ada dan bukannya membangkitkan soal menarik diri daripada BN. Menarik diri tidak akan menyelesaikan masalah," katanya kepada pemberita di sini hari Ahad.
Beliau berkata pada ketika ini perpaduan dalam kalangan parti komponen BN lebih penting daripada bercakaran sesama sendiri, apatah lagi dengan dakwaan pihak tertentu kerajaan BN akan ditumbangkan menjelang 16 Sept ini.
"Sebenarnya bukan orang lain yang akan menumbangkan kita sebaliknya kita (BN) sendiri yang akan menumbangkan diri kita. Kita perlu ambil pengajaran daripada perkara itu. Berhenti bergaduh, berhenti membangkitkan isu-isu yang boleh melukakan hati pihak lain dan bekerjalah secara berpasukan mencakupi konteks rakyat Malaysia keseluruhannya," katanya.
Sementara itu di KUALA KANGSAR, Timbalan Pengerusi Pemuda BN Khairy Jamaluddin berharap sebarang masalah yang timbul akibat beberapa isu kebelakangan ini yang telah dipolitikkan oleh pihak tertentu akan dapat diselesaikan dalam semangat muhibah BN.
"Tidak perlu ada kata dua daripada mana-mana parti dalam BN untuk keluar daripada BN. Kita telah berada dalam gabungan ini lebih dari 50 tahun dan saya percaya masalah ini dapat diselesaikan," katanya kepada pemberita di Masjid Taman Kuala Kangsar malam semalam.
Beliau turut menasihatkan agar semua pihak yang berkaitan berhati-hati dan tidak terlanjur kata dalam usaha memancing undi ketika menghadapi musim pemilihan parti masing-masing.
"Jangan kerana kita terlalu hendak memancing undi dalam pemilihan parti kita sendiri, kita sanggup keluarkan kenyataan yang boleh menjejaskan hubungan dalam BN. (Pemuda) Umno akan menghadapi pemilihan juga dan janganlah kita keluarkan kenyataan yang boleh menjejaskan hubungan kita dengan parti komponen yang lain.
"Sama juga dengan Pemuda MCA, jangan kerana hendak jadi hero dalam parti sendiri maka keluarkan kenyataan yang boleh mengguris perasaan kawan-kawan yang lain dalam BN," katanya.
Semalam bekas Ketua Pemuda MCA Wilayah Persekutuan Han Chin Peng dan bekas Ketua Pemuda MCA Perak Datuk Tan Chin Meng menggesa pucuk pimpinan MCA supaya menimbangkan untuk keluar daripada BN- BERNAMA
___________________________________________________
berita 2: Lebih Banyak Kaum India Sertai MIC
DENGKIL, 7 Sept (Bernama) -- Langkah menjenamakan semula MIC telah merintis laluan bagi lebih banyak kaum India untuk menyertai parti itu dan sebagai permulaan, 400 orang kebanyakannya kalangan belia, hari ini mendaftar sebagai anggota parti MIC bahagian Sepang di Selangor, kata ketua bahagian Datuk C.Krishnan.Beliau berkata bahagian MIC itu, yang pertama di Selangor yang mengambil anggota baru dalam jumlah yang besar, berharap dapat meningkatkan pengambilan di masa depan.
"Mereka (anggota baru) yakin bahawa MIC akan berupaya mewakili keperluan mereka," katanya kepada pemberita di sini.
Krishnan berkata langkah oleh ibu pejabat parti untuk mengasingkan sayap Pemuda daripada cawangan MIC membangkitkan minat ramai belia India untuk menyertai parti itu.
Beliau yakin lebih ramai wanita India akan menyertai MIC berikutan cadangan Presiden parti Datuk Seri S.Samy Vellu untuk mengasingkan sayap Wanita daripada cawangan MIC agar dapat berfungsi sebagai entiti yang berasingan.
"Kami berada di landasan yang betul dan harap-harap, menjelang akhir tahun, kami akan dapat meningkatkan jumlah anggota di Selangor," katanya.
MIC ketika ini mempunyai lebih 630,000 anggota dengan 3,700 cawangan di seluruh negara.
Samy Vellu telah memulakan langkah untuk menjenamakan semula MIC bagi menyuburkan parti dan mendapatkan kembali keyakinan serta kepercayaan masyarakat India ekoran prestasi buruk parti itu dalam pilihan raya umum 8 Mac lepas.
-- BERNAMA
***************************************************************************
mustika: Anwar nak kata apa lagi? tak boleh tido lah Anwar setiap malam termimpi-mimpi kerusi Perdana Menteri jadi milik nya..... Kesian Anwar, nampak dah terdesak sangat. Takkan takdak sapa-sapa nak kejutkan Anwar dari tidonya? Mungkin juga rakan sehati sejiwa Anwar (PAS dan DAP) turut sama bermimpi yang sama, manalah tahu, untung dapat duduk sebelah Anwar Ibrahim kat Putrajaya nanti sebab itulah mereka tak nak kejutkan Anwar.
APA YANG PASTI, DAP DAN PAS JUGA SEMAKIN HARI SEMAKIN RAGU-RAGU DENGAN ANWAR. TAPI MEREKA MENAFIKAN KEBENARANNYA KERANA TAKUT ANWAR TERSINGGUNG AGAKNYA. MAKLUMLAH, PAS PERNAH MENGELUARKAN KENYATAAN, HUBUNGAN MEREKA SUDAH TERSIMPUL RAPI, TIADA SESIAPA PUN YANG BOLEH MERAMPAS "KEBAHAGIAAN" MEREKA. BIARLAH........ YANG PENTING, KITA TIDAK MUDAH TERPENGARUH DENGAN MEREKA DAN TETAP SETIA MEMPERTAHANKAN MARUAH AGAMA, BANGSA DAN NEGARA KITA. JANGAN SALAHKAN ORANG LAIN JIKA SUATU HARI NANTI NEGARA INI DIJAJAH SEMULA. MASA DEPAN NEGARA TERLETAK DI TANGAN KITA. KITA YANG MEMBUAT PILIHAN. JANGAN SESEKALI SILAP MEMBUAT PERHITUNGAN. JANGAN PULA MATA KITA DIKABURI DENGAN JANJI MANIS ANWAR IBRAHIM.
FIKIR-FIKIRKANLAH
BUANG MASA? BUANG DUIT? MEMBAZIR?
KLANG 6 Sept. – Menteri Besar Selangor, Tan Sri Abdul Khalid Ibrahim mempertahankan tindakannya tidak turun padang untuk meninjau keadaan mangsa ribut di beberapa kampung di sini dengan menganggap perbuatan tersebut sebagai membuang masa dan membazir wang.
Menurutnya, walaupun pakatan pembangkang sering melaung-laungkan konsep negara berkebajikan, ia tidak bermakna beliau perlu menunjukkan muka kepada rakyat ketika mereka berdepan kesusahan seperti bencana alam.
"Saya ada wakil rakyat dan Exco yang mengendalikan bantuan untuk mangsa dan saya sentiasa berhubung dengan mereka. Jadi, tidak perlu saya turun padang kerana ia membazirkan masa saya.
"Jika saya datang melawat, saya terpaksa membawa bersama 15 hingga 20 orang saya dan ini akan melibatkan kos kewangan," katanya ketika ditemui pemberita selepas menyampaikan bantuan bencana kepada mangsa ribut di sini hari ini.
Ini merupakan lawatan pertama beliau ke lokasi bencana alam itu sejak ia melanda Isnin lalu.
Dalam kejadian pada pukul 3 petang itu, lebih 1,000 keluarga dari beberapa kampung seperti Kampung Sungai Udang serta Kampung Sungai Bertek di Teluk Pulai dan Kampung Rantau Panjang di Kapar menjadi mangsa. BACA LAGI
Des kata : Ish! Tan Sri, Des nak bagitau la kot kot terlupa, kita di bulan puasa nie harus ingat mengingati, Tan Sri mendapat gelaran Tan Sri pasal mangsa-mangsa ribut tu la yang mengundi. Tan Sri juga mempunyai nama lain yang termaktub di dalam perlembagaan. Nama-nama tersebut ialah YANG BERHORMAT, AHLI DEWAN UNDANGAN NEGERI (ADUN) dan yang paling popular ialah WAKIL RAKYAT.
Bila dah nama wakil rakyat, makna dari segi logiknya, Tan Sri ni sebenornye, hamba pada rakyat, orang yang boleh buat kerja bila disuruh, mesti mengorbankan tenaga dan kewangan untuk membantu rakyat-rakyat yang memangkah Tan Sri. Kalau Tan Sri tak turun padang akibat kekangan kewangan dan masa, macam mana Tan Sri nak tahu ada masalah yang menimpa rakyat yang memangkah logo bodoh yang Tan Sri payungi...
Owh....Tan Sri punya wakil-wakil rakyat kawasan dan exco-exco yang berdekatan dan sentiasa berhubung dengan mereka. Abis tu, apa sebenornya job description seorang Menteri Besar? Telefon sahaja untuk mengetahui perkembangan...? Bravo! Bravo! Takper la, lagipun kita di bulan Puasa ni eloklah bersangka baik, mungkin Tan Sri berasa letih akibat berpuasa dan mangsa-mangsa ribut tersebut pula tidak pandai mengerti erti kepenatan dan keletihan...
Tak apalah, Tan Sri duduklah kat bilik Tan Sri samapai berakar punggung tu. Tak payah pegi mana-mana nanti membuang masa dan wang. Rasanya, telefon pun tak payah kot, nanti bil telefon meningkat, buang duit jugak tu...YOU JUST SIT THERE, ENJOY YOUR RAMADHAN, AND "EAT THE BLIND SAW"!ANWAR IBRAHIM MASIH BERMIMPI
Memungkinkan angan-angan ini menjadi satu kenyataan adalah mustahil sama sekali. Berkali-kali kita mendengar dan menonton di kaca-kaca televisyen mengenai pengesahan dan pengakuan Ahli Parlimen yang didakwa akan melompat parti dari BN kepada Pakatan Rakyat. Mereka dengan tegas mendakwa itu hanyalah omong kosong Anwar Ibrahim, tidak terlintas di fikiran mereka untuk berbuat demikian, malah mereka juga tidak sanggup menggadaikan maruah diri, rakyat dan negara semata-mata kerana kepentingan politik individu yang bernama Anwar Ibrahim. Budaya lompat-melompat parti bukanlah budaya mereka dan berkali-kali juga mereka menyanggah dan menyangkal dakwaan tersebut.
Terbaru, Lim Kit Siang sendiri telah menyatakan pendirian DAP bahawa mereka tidak akan menerima mana-mana Ahli Parlimen yang lompat parti. Terserlah sekarang bahawa apa yang didakwa Anwar Ibrahim adalah palsu dan bertentangan dengan pendirian DAP sendiri yang merupakan teman sehati sejiwa Anwar.
Apa motif utama Anwar? Tidak lain dari hanya ingin menutup pandangan umum daripada kesalahan peribadinya sendiri. Alahai Anwar...... Sudah terang lagi bersuluh mana boleh diselubung lagi. Ibarat katil sudah reput, bantal sudah hilang empuknya, selimut sudah koyak rabak dan kelambu pula berlubang sana-sini tetapi Anwar Ibrahim masih bermimpi di siang hari. Biarlah Anwar masih bermimpi, yang penting kita tetap bersatu hati dan setia pada agama, bangsa dan negara.
Sunday, August 17, 2008
ANWAR DAN AZIZAH LUPA DARATAN
Itu antara intipati ceramah Ezam Md. Noor di Kg. Tanah Liat pada 16 Ogos 2008 di hadapan lebih 300 orang pengundi parlimen P44 Permatang Pauh. Ezam membangkitkan perkara tersebut berdasarkan satu peristiwa pada tahun 2004, ketika Anwar masih di dalam penjara. Ketika itu BN baru memperolehi kemenangan besar dalam Pilihanraya Umum 2004, dan Wan Azizah dalam kedudukan yang agak sukar.
Atas dasar simpati dan ingin membantu, Ezam telah mengambil inisiatif mempertemukan Wan Azizah dengan Perdana Menteri, Dato’ Seri Abdullah Ahmad Badawi. Dalam pertemuan tersebut, Wan Azizah telah mengemukakan 3 PERMOHONAN kepada Pak Lah. Permintaan tersebut adalah seperti berikut :
PERMOHONAN 1
WAN AZIZAH MEMOHON KEPADA PM AGAR ANWAR DIBEBASKAN TERUS DAN DIBERIKAN RAWATAN DI HOSPITAL, MEMANDANGKAN KEADAAN KESIHATAN ANWAR KETIKA ITU.
REAKSI PM
PAK LAH TERUS MENGHUBUNGI PIHAK PENJARA PADA MALAM ITU JUGA DAN MENGARAHKAN ANWAR DIBAWA KE HOSPITAL UNTUK MENERIMA RAWATAN. JARANG SEKALI ADA BANDUAN YANG DIBAWA KELUAR DARI PENJARA PADA WAKTU MALAM, TETAPI BERBEZA DENGAN ANWAR YANG DIBERI LAYANAN ISTIMEWA OLEH PAK LAH SELAKU PERDANA MENTERI.
PERMOHONAN 2
WAN AZIZAH MEMOHON AGAR PAK LAH MEMBERI KEBENARAN KEPADA ANWAR UNTUK MENDAPATKAN RAWATAN KE LUAR NEGARA.
REAKSI PM
PAK LAH TIDAK DAPAT MEMBERI JAMINAN KEPADA WAN AZIZAH, DAN BELIAU PERLU BERBINCANG DENGAN BEBERAPA PIHAK DAHULU SEBELUM BOLEH MEMBERIKAN KEBENARAN UNTUK ANWAR MENDAPATKAN RAWATAN KELUAR NEGARA.
PERMOHONAN 3
WAN AZIZAH MENYAMPAIKAN SALAM ANWAR, DAN ANWAR MEMINTA AGAR PAK LAH TIDAK MENGGANGGU PROSES MAHKAMAH YANG SEDANG MENDENGAR RAYUANNYA.
REAKSI PM
PAK LAH MENJAWAB KEPADA WAN AZIZAH, “PERCAYALAH PADA SAYA, SAYA KENAL ANWAR SEJAK DIA KECIL LAGI, SAYA KENAL IBUBAPA DAN KELUARGANYA, SAYA SEORANG ISLAM DAN SAYA TIDAK AKAN MENGANIAYA SEORANG ISLAM YANG LAIN”.BUKTINYA, DALAM PENGHAKIMAN TERSEBUT ANWAR TELAH DIBEBASKAN OLEH PIHAK MAHKAMAH DAN TERBUKTI TIADA LANGSUNG CAMPURTANGAN PAK LAH DALAM PERKARA INI.
KESIMPULAN
Biar apapun istilah yang dilabelkan kepada Pak Lah, jelas membuktikan bahawa Pak Lah mempunyai akhlak dan keperibadian yang sangat tinggi pekertinya. Namun kita hairan, bagaimana pula akhlak dan keperibadian bagi insan bernama Anwar dan Wan Azizah, yang seolah-olah lupa ehsan yang pernah mereka pohon pada Pak Lah di tahun 2004, satu tempoh yang tidak lama dan masih baru.
Tergamak benar mereka, MENABUR ONAR DAN FITNAH kepada Pak Lah sebagai perancang kepada konspirasi ini. Jika di teliti secara mendalam, kalau memang Pak Lah berniat untuk melakukan konspirasi terhadap Anwar, Pak Lah tidak perlu menunggu sehingga pada hari ini, tetapi beliau boleh melakukannya pada tahun 2004 lagi. Namun yang pasti, Pak Lah bukanlah manusia seperti Anwar Ibrahim dan Wan Azizah, yang menggigitnya semula selepas dilepaskan. Moga Allah SWT berkati perjalanan kehidupan Dato’ Seri Abdullah Haji Ahmad Badawi dan pemerintahannya sebagai Perdana Menteri Malaysia serta kita berdoa, moga Allah SWT tunjukkan kepada kita, siapa yang berada di jalan yang benar dan siapa di jalan yang salah,
Insyaallah.
Wassalam.
ANWAR IS THE ONE?
(Gaya orang gila kuasa) ANWAR ENGGAN BERSUMPAH
Sungguh pandai Anwar bermain dengan kata-kata. Bagi golongan yang boleh berfikir dengan waras, tentu mereka dapat membezakan yang mana baik yang mana buruk. Anwar sebenarnya takut dengan bayang-bayang sendiri. Nasihat Mustika kepada penyokong-penyokong Anwar, SEDAR lah dengan sikap pura-pura Anwar, jangan terlalu taksub dengan Anwar sehingga tidak dapat membezakan yang mana intan yang mana kaca.Kepada Anwar, berhentilah berlakon. Jangan nanti yang dikejar tak dapat, yang dikendong berciciran.
Saturday, August 16, 2008
DAP anak PAP sedang cuba menguasai Malaysia
Ogos 16th, 2008 oleh Penulis Lain.
Perhatikan lambang dua Parti ini, untuk makluman terutama penyokong PAKATAN RAKYAT yang tidak sedar mereka sedang menjual bangsa melayu kepada DAP@PAP, lambang yang hampir sama dengan DAP itu adalah lambang parti memerintah Singapura iaitu PAP, jika mahu tahu siapa PAP, merekalah parti yang mengamalkan meritokrasi,yang bermaksud siapa kuat berusaha dan layak dialah dapat habuannya, tetapi didalam definasi PAP di Singapura adalah orang Cina Singapuralah yang berusaha dan layak.
Jadi janganlah penyokong PAKATAN RAKYAT yang sedang berkempen di Permatang Pauh seronok sangat, tuan-tuan sedang melelong negara ini kepada “anak kandung” parti PAP.Teori DAP adalah Malaysian Malaysia dan menuntut kesamarataan, di Selangor, Menteri Besarnya sedang menolong dengan sepenuh hati hasrat DAP itu, di Perak, Menteri Besarnya sedang juga menolong dengan sepenuh hati dan rela hati merealisasikan hasrat DAP.
Tengok, renungkan, dan cuba sedar diri, DAP dan PAP sedang cuba menguasai tuan-tuan, tuan-tuan umpama sedang mabuk gam, semasa menghidu seronok, gembira tetapi sedang memakan otak tuan-tuan , apabila tidak boleh berfungsi tuan-tuan nanti, hai..hai..bye..bye lah jawabnya.
SAIFUL SUDAH BERSUMPAH, ANWAR BILA LAGI?
Berdasarkan kepada pendapat orang ramai termasuk rakan-rakan dan juga saudara mara, mereka menyatakan bahawa jika Anwar tidak bersalah, mengapa beliau tidak turut bersumpah? Jika Anwar berdiam diri dan tidak mengambil apa-apa inisiatif untuk menentang hujah dan sumpah Saiful, rakyat mula meragui kebenaran di pihak Anwar. Mungkin Anwar takut akan musibah yang bakal menimpanya jika beliau berbohong pada sumpahnya.
Ternyata, Anwar cuba menarik perhatian umum dengan bertanding pilihan raya Permatang Pauh. Dengan mempamerkan kesibukannya pada umum kononnya akan melenyapkan pandangan umum daripada kes liwatnya, Anwar silap. YANG BENAR TETAP BENAR.



