Tuesday, October 21, 2008

TAK PAHAM BAHASA LAGI KA?

http://pilihan-anda.blogspot.com/

TAN SRI KHALID IBRAHIM KATA :
Rakyat berhak mempersoalkan Kontrak Sosial sekiranya terdapat kepincangan ketika melaksanakan mana-mana peruntukan yang terkandung dalam Perlembagaan Persekutuan itu. Kewujudan kontrak tersebut tidak bermakna rakyat boleh disekat daripada bersuara jika mendapati hak mereka dinafi atau dipertikaikan.
TUN MAHATHIR KATA :
Dia ini tidak faham apa maksud kontrak sosial. Saya ada pada masa itu. Kontrak sosial adalah satu perjanjian yang cukup adil yang diberikan kepada kaum lain di Tanah Melayu ketika itu. Apa sahaja yang orang Melayu dapat, kaum lain juga akan diberi ganti hak-hak yang lain. Sebagai contoh, agama Islam telah dipersetujui sebagai agama rasmi dan penganut agama-agama lain diberi kebebasan dalam menjalankan aktiviti keagamaan mereka!
DES KATA :

Jika benar seperti yang Tan Sri Khalid kata "ada kepincangan di dalam kontrak sosial", rasanya beliau tidak akan merasa menjadi Menteri Besar Selangor seperti mana yang dirasainya sekarang. Bagi Des juga kesamarataan yang hendak dibincangnya sudah lari dari konsep keadilan. Keadilan tidak bermakna sama rata. Des rasa semua orang faham konsep ini. Jika semua orang mendapat hak yang sama rata, tanpa memikirkan status latar belakangnya, keadilan tidak akan wujud kerana konsep keadilan adalah meletakkan sesuatu yang hak di tempat yang betul. Tapi nama parti Parti Keadilan Rakyat. Lain kali tukar nama Parti Sama Rata ka, Parti Samarenda ka....

Wallahualam...

Mustika KATA:

Dieorang yang mempertikaikan ni adalah golongan yang tak reti bahasa. Buang masa je layan orang yang macam ni.

Thursday, October 16, 2008

Penduduk terkejut MBI naikkan cukai pintu 500%

UTUSAN ONLINE

Shahruzzaman Abdul Halim menunjukkan bil cukai pintu Majlis Bandaraya Ipoh yang naik sebanyak hampir enam kali ganda semasa berkunjung ke pejabat Utusan Malaysia di Ipoh semalam. – Gambar HANAFI KHAMIS


IPOH 15 Okt. – Penduduk di Bandar Baru Sri Klebang, Chemor di sini terkejut apabila menerima notis Majlis Bandaraya Ipoh (MBI) yang bercadang menaikkan cukai pintu hartanah di kawasan itu 500 peratus bermula November ini.

Sambil melahirkan rasa marah dan kesal, mereka memberitahu, cadangan kenaikan cukai taksiran MBI itu tidak munasabah dan tidak masuk akal.

Seorang penduduk, Shahruzzaman Abd. Halim, berkata, beliau yang baru dua tahun mendiami rumah banglo yang dibelinya di Jalan Sri Klebang 3, Bandar Baru Sri Klebang selama ini hanya dikenakan cukai pintu sebanyak RM108.80 setahun semasa kerajaan Barisan Nasional (BN) berkuasa di Perak.

Menurut beliau, kadar cukai tersebut naik mendadak pada tahun ini selepas MBI mengeluarkan notis mencadangkannya membayar cukai taksiran sebanyak RM691.20 setahun.

“Pada 15 September lalu, MBI telah menghantar notis kepada saya memaklumkan bahawa mereka akan meminda nilai tahunan harta atau cukai pintu ke atas rumah saya yang beralamat di Lot PT 186990, 13 Jalan Sri Klebang 3, Bandar Baru Sri Klebang, 31200 Chemor.

HINGRAF DIISYTIHAR PERTUBUHAN HARAM: TINDAKAN KERAJAAN TEPAT

Barisan Bertindak Hak-Hak Hindu atau lebih popular dengan panggilan Hindraf telah diisytiharkan sebagai pertubuhan HARAM berikutan kegiatan mereka yang bertentangan dengan Akta Pertubuhan 1966 (Akta 335) serta memudaratkan ketenteraman awam, keamanan, keselamatan, ketertiban dan nilai moral negara ini.

Hindraf mula dikenali apabila kumpulan itu memfailkan saman menuntut pampasan 4 trilion pound sterling (RM27.7 trilion) daripada kerajaan Britain yang didakwa membawa dan membiarkan masyarakat India terpinggir di negara ini.

Pada 25 November lalu, Hindraf mencetuskan kekacauan dalam perhimpunan haram di sekitar ibu negara dalam usaha mendesak Ratu Elizabeth II menyokong tuntutan itu.

Terbaru, kumpulan itu melakukan kekecohan di Rumah Terbuka Aidilfitri bersama Perdana Menteri dan Menteri Kabinet beragama Islam di Pusat Dagangan Dunia Putra (PWTC) di sini, 1 Oktober lalu bagi mendesak lima pemimpinnya dibebaskan daripada tahanan Akta Keselamatan Dalam Negeri (ISA). (petikan BERITA HARIAN).

Apa yang dirisaukan sekarang ini, akan ada segelintir pihak yang seperti biasa akan berusaha memutar belitkan fakta dan membuat kan semua orang keliru dengan tindakan kerajaan. Apa-pun, Mustika melihat pengharaman HINDRAF yang diwartakan dan dikuat kuasakan semalam adalah tepat dan tidak perlu disanggah lagi.

Tuesday, October 14, 2008

CAKAP TAK SERUPA BIKIN

MP Batu Pahat (BN) petangpa ini di Dewan Rakyat, menegur segelintir pemimpin pembangkang yang kononnya memperjuangkan ketelusan dalam pentadbiran tetapi pada masa yang sama menyaman BPR kerana merasakan penahanan mereka oleh BPR tidak relevan.Di mana pendirian mereka terhadap rasuah?

Sebelum berjaya memegang tampuk pemerintahan suatu ketika dahulu, pelbagai dakwaan yang mereka dan pemimpin-pemimpin pembangkang yang lain lemparkan kepada pemimpin kerajaan, kononnya ramai pemimpin kerajaan terlibat rasuah. Nampaknya sekarang, mengetuk dulang paku serpih, mengata orang dia pulak yang lebih.Inilah dia contoh manusia yang cakap tak serupa bikin. Kemudian bila dah pecah lubang, mulalah berusaha menutup kesalahan masing-masing dengan tindakan yang sudah dijangka, saman-menyaman pulak.Biarlah BPR membuat kerja mereka. Mustika selalu menekankan, "berani kerana benar, takut kerana salah"

KEAHLIAN DALAM BN: KENYATAAN PAK LAH DIPUTAR BELITKAN

Memang sudah menjadi lumrah pembangkang dalam memutar belitkan fakta dan menggembar-gemburkan isu yang kecil menjadi satu masalah yang besar dan sensitif. Ini berlaku apabila kenyataan Perdana Menteri telah disalah tafsirkan oleh golongan pembangkang. Perdana Menteri dalam satu kenyataan nya telah mencadangkan supaya BN menjadi satu parti yang boleh dianggotai oleh pelbagai kaum.

Sebelum ini seperti yang kita ketahui, MCA (Cina), MIC (India) dan UMNO (Melayu). Ada segelintir masyarakat yang tidak berminat untuk menyertai parti yang dianggotai atau dipelopori satu kaum sahaja. Mereka tergolong sebagai rakyat yang menyokong kerajaan tetapi mereka menginginkan keahlian dalam multi-racial party. Maka PM telah mencadangkan supaya BN membuka peluang untuk golongan ini menjadi ahli dengan membuka keahlian terus kepada mereka.

Apabila pembangkang mendapat tahu, mereka menggelabah....berpeluh dan mungkin sedikit perasaan takut. Bimbang sokongan terhadap mereka goyah (sememangnya dah goyah pun), mereka cuba menghasut rakyat dengan mengatakan bahawa Perdana Menteri ingin menghapuskan parti kaum macam MCA dan MIC di Malaysia.... Mereka ni lembab ke bengap? Pak Lah cakap lain hangpa duk corner tang lain buat pa? Rakyat Malaysia pandai menilai........

TERESA BIKIN KECOH DI DEWAN RAKYAT

Ahli Parlimen Seputeh, Teresa Kok semalam menimbulkan kekecohan apabila mendakwa penahanan beliau di bawah ISA baru-baru ini sama dengan penculikan oleh pihak polis. Dakwa Teresa lagi, ketika polis menahannya di bawah ISA, caranya sama dengan penculikan dan beliau ditegah memberitahu penahanannya kepada keluarganya. Dakwaan Teresa ini dianggap melampaui batas dan beliau sengaja kesempatan untuk mengutuk dan memperlekahkan pihak polis.

Bagi Mustika, tiada apa lagi yang mearik mengenai Teresa Kok yang boleh diuar-uarkan selain sikapnya yang biadap dan tidak tahu serta tidak pandai menjaga tatasusila serta tidak menghormati orang lain.

ANWAR GAGAL LAGI

Ucapan perbahasan sulung Anwar Ibrahim di Dewan Rakyat semalam nampaknya gagal menarik perhatian ahli Dewan yang juga penyokong BN apabila ucapannya selama 5 jam dianggap membosankan. MP BN kerap kali dilihat keluar masuk dewan dan tidak berminat untuk mendengar ucapan perbahasan dari Anwar.

Manakala di luar dewan pula, ketika ditanya media mengenai tarikh baru peralihan kuasa oleh PAkatan Rakyat, Anwar enggan memberitahu bahawa beliau tidak akan memberikan tarikh baru tersebut. Pada pandangan Mustika, pertanyaan media sebenarnya agak sinis. Dan nampaknya Anwar terlepas pandang.... Media memperlekehkan Anwar dengan pertanyaan yang sebenarnya media sudah tahu jawapannya.

Menurut kenyataan Anwar baru-baru ini, Pakatan Rakyat akan mengambil alih kerajaan Persekutuan selepas Aidiladha, awal Disember tahun ini. Apa yang Mustika boleh katakan, Anwar sedar hasrat dan cita-citanya mustahil sebab itulah beliau sendiri gagal memberikan tarikh baru yang mutlak seperti yang diminta media semalam.

Thursday, October 09, 2008

NEW JOB OFFER!

http://pilihan-anda.blogspot.com/

Teresa Kok mahu upah pengawal peribadi

KUALA LUMPUR: Ahli Parlimen Seputeh, Teresa Kok berhasrat mengupah pengawal peribadi dan memasang kamera litar tertutup (CCTV) di rumah ibu bapanya, di sini kerana mendakwa keselamatan beliau serta keluarganya kini terancam.

Beliau berkata langkah itu berikutan kejadian pada 27 September lalu, apabila kediaman ibu bapanya di Taman Rainbow di sini dibaling bom molotov koktail.

"Saya telah dinasihatkan polis supaya menjaga diri serta berhati-hati memandangkan pelbagai perkara buruk dan reaksi negatif yang dilemparkan terhadap saya setelah isu saya (berhubung laungan azan) diperbesar-besarkan. BACA LAGI...

DES: Baru hang tau langit tinggi rendah...

+++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++

Mustika: TAKUT KERANA SALAH

TERESA SAMAN UTUSAN RM30 JUTA

BERITA HARIAN ONLINE (09/10/08)

KUALA LUMPUR: Ahli Parlimen Seputeh, Teresa Kok Suh Sim hari ini memfailkan saman RM30 juta terhadap Utusan Melayu (M) Bhd dan editornya berhubung satu artikel yang didakwanya memfitnah beliau.

Saman itu difailkan di pejabat Pendaftar Mahkamah Tinggi Sivil di Kompleks Mahkamah Jalan Duta di sini menerusi syarikat guaman S N Nair & Partner.

Dalam kenyataan tuntutannya, Kok yang juga Ahli Exco Selangor, mendakwa artikel bertajuk “Azan, Jawi, Jais, UiTM dan ba-alif-ba-ya”, yang disiarkan oleh akhbar syarikat itu pada 1 September lalu yang membawa maksud beliau seorang yang tidak boleh dipercayai, ahli politik yang jahat, bersikap perkauman dan anti-Islam.

Kok, 44, berkata artikel itu disiarkan semula dan diedar di seluruh Malaysia dan dunia menerusi perkhidmatan online Utusan, dan akibatnya, reputasi dan kewibawaan beliau tercemar di dalam negeri dan di peringkat antarabangsa.

Pada 15 September lalu, Kok menuntut supaya akhbar itu menarik balik dan memohon maaf tetapi tidak diendahkan. - Bernama

______________________________________________________________________

DIA DAH TAK DAK DUIT KOT........ YELAH NAK BAYAR PENGAWAL KESELAMATAN LAGI MESTI BANYAK NAK PAKAI DUIT, TU YANG DIA SAMAN UTUSAN KOT...... HEHEHEHEHEHE

SUDAH-SUDAH LAH TU TERESA..........

HINDRAF BUAT KECOH LAGI

Ketika rakyat Malaysia sedang bergembira menyambut aidilfitri, negara dikejutkan dengan kekecohan yang sengaja dicipta oleh kumpulan Hindraf pada Rumah Terbuka Aidilfitri Perdana Menteri dan Menteri Kabinet di PWTC.

Tanpa mempedulikan peraturan, mereka bertindak mendahului barisan pengunjung lain yang sudahpun beratur untuk memasuki dewan sejak pukul 10 pagi. Walaupun timbul kekecohan, mereka dibenarkan memasuki dewan atas semangat hari raya. Menurut saksi, kumpulan itu mula memotong barisan orang ramai menjelang tengah hari untuk menyerahkan patung beruang dan kad hari raya yang mereka dakwa mengandungi 300 tandatangan bagi mendesak pembebasan pemimpin Hindraf yang ditahan di bawah ISA.

Hakikatnya, daripada sekumpulan Hindraf yang masuk, hanya seorang sahaja yang mengucapkan selamat hari raya kepada Perdana Menteri (kenyataan Perdana Menteri sendiri), yang lain hanya menyuarakan supaya Perdana Menteri membebaskan pemimpin mereka dari ISA dan menghapuskan ISA. Di mana sebenarnya maksud sebenar disebalik hasrat untuk berhari raya dan bermaaf maafan seperti yang didakwa oleh seorang ahlinya R. Thanenthiran?

Hindraf dilihat semakin berani menunjukkan belang mereka. Sikap mereka yang biadab menjelikkan sesiapa sahaja yang melihatnya.

Sedarlah Hindraf di bumi mana anda berpijak sekarang.

Wednesday, October 08, 2008

MUSTIKA KEMBALI

Salam semuanya

Masih lagi dalam mood lebaran.... Tapi Mustika dah masuk kerja hari ini setelah hampir seminggu tidak menjengah laman blog sendiri.

Harap semuanya masih bersemangat bekerja.... Kerja tetap kerja

Friday, September 26, 2008

KEPUTUSAN MT HASIL PANDANGAN PEMIMPIN, AKAR UMBI UMNO

BERITA HARIAN ONLINE
26 SEPTEMBER 2008

KUALA LUMPUR: Datuk Seri Najib Razak berkata keputusan yang dibuat mesyuarat khas Majlis Tertinggi (MT) Umno hari ini dilakukan dengan penuh bijaksana selepas mendapat pandangan pemimpin dan akar umbi parti.

Timbalan Perdana Menteri berkata demikian kepada pemberita selepas sidang akhbar oleh Perdana Menteri, Datuk Seri Abdullah Ahmad Badawi di sini, hari ini.

Abdullah mengumumkan perhimpunan agung Umno dan pemilihan parti yang sepatutnya Disember ini, ditangguhkan Mac tahun depan

Thursday, September 25, 2008

IKLAN RAYA PETRONAS YANG MUSTIKA PALING SUKA (SEMUA IKLAN RAYA DARI PETRONAS MUSTIKA SUKA)

AKHIRNYA TERESA KOK MENGAKU JUGA

(Gambar: Utusan Malaysia, 25 September 2008).

http://anginperubahan.blogspot.com/

Akhirnya Teresa mengalah dan mengakui kesilapan sendiri. Pada 24 September, dalam satu forum ISA anjuran DAP, Teresa Kok akhirnya mengaku membuat kenyataan bercanggah mengenai makanan semasa dalam tahanan ISA.

Pada 19 September lalu Teresa mendakwa makanan itu “sama seperti makanan anjing” tetapi pada 22 September menukarnya kepada “baik sedikit daripada makanan anjing. “Okey baiklah. Awak mengesan kesilapan saya dengan bantuan rakaman video dan sebagainya, dan saya boleh terima kritikan,” kata Teresa Kok. Apakah Teresa tidak sedar semasa membuat kenyataan? Hingga perlu disedarkan oleh orang lain bahawa kenyataannya bercanggah?

Teresa menyatakan dia “tersilap membuat kenyataan” kerana keletihan. Mungkin sebab keletihan juga, Teresa terlupa apakah menu terakhir makan malam, sebelum dia dibebaskan. Jika keletihan, tenangkan dulu fikiran. Jangan buat tuduhan yang melulu dengan sewenang wenangnya. Kes ini menjadi pengajaran yang berguna kepada mereka-mereka yang enggan mengaku kesilapan sendiri.

Menurut Tian Chua (Ketua Penerangan PKR), tarikh baru pembentukan kerajaan Pakatan Rakyat telah ditukarkan kepada 1 Oktober 2008. Tukar kerajaan ketika umat Islam berhari raya Aidilfitri? Sesudah 16 dan 23 September tinggal angan-angan, ada pula kenyataan baru untuk terus mengelirukan rakyat. Bilakah Anwar Ibrahim hendak mengaku kenyataan 16 September yang dibuatnya adalah silap?

AZRINIZAM IBRAHIM

HARGA PETROL DAN DIESEL TURUN LAGI

Perdana Menteri Datuk Seri Abdullah Ahmad Badawi telah mengumumkan penurunan harga runcit petrol sebanyak 10 sen seliter kepada RM2.45 seliter daripada RM2.55. Harga diesel juga turun 10 sen seliter kepada RM2.40 seliter daripada RM2.50.

Ini lah yang dikatakan rezeki nak raya. Kerajaan sedaya upaya cuba meringankan beban rakyat, namun rakyat bersyukur atau tidak terpulanglah. Walaupun penurunan nya hanya 10 sen, tetapi ia mampu buat kita menarik nafas lega. Dan harapnya, ada lagi penurunan selepas ini.

Tetapi pesan Mustika, beringatlah selalu, jangan boros berbelanja. Dalam kegairahan membuat persiapan hari raya yang bakal memjelang beberapa hari lagi, janganlah kita lupa pada insan yang merintih dan mengharapkan bantuan daripada kita.

Wednesday, September 24, 2008

ANWAR DAH MENGGIGIL

Ini Mustika petik dari harakahdaily.

Pakatan Rakyat membantah keras tindakan Menteri Dalam Negeri, Dato' Seri Syed Hamid Albar terus menahan penulis blog Malaysia-Today, Raja Petra Kamaruddin di bawah ISA kerana hanya mendedahkan kepincangan pemimpin kerajaan. Kerajaan sepatutnya membebaskan Raja Petra sebagaimana pembebasan yang dilakukan ke atas anggota Parlimen Seputih, Teresa Kok dan wartawan Sin Chew Daily, Tan Hoon Cheng yang juga turut ditahan di bawah ISA. "Tindakan itu sebagai satu ugutan kerajaan untuk menakutkan rakyat. ISA sebenarnya akan memburukkan lagi imej pentadbiran pemimpin negara di bawah Barisan Nasional," - ANWAR IBRAHIM

Apa yang Mustika faham, Anwar Ibrahim sebenarnya takut dengan bayang-bayang sendiri. Boleh Mustika andaikan bahawa Raja Petra adalah orang yang selalu memainkan sesuatu isu yang merujuk kepada hasrat dan cita-cita (Mustika andaikan lagi, ANGAN-ANGAN) Anwar Ibrahim melalui blog Malaysia-Today. Dalam kerakusan Anwar mencapai cita-citanya itu, Raja Petra bersamanya. Mungkin banyak rahsia Anwar yang Raja Petra tahu. Kalau kena tahan, tentulah kena soal siasat, maka tentunya akan terbongkar rahsia, tentu juga gementar sekarang, dan tentunya Anwar takut! Dan apa yang Anwar buat, keluar kan kenyataan ISA tidak adil, boleh burukkan imej pemimpin kerajaan. Anwar bercita-cita nak keluarkan Raja Petra dari tahanan ISA sebelum Raja Petra membongkarkan semuanya (mungkin apa sahaja tentang Anwar) Wah banyaknya andaian Mustika? Andaian semata-mata.

Apa pendapat anda?

Tuesday, September 23, 2008

ISU MAKANAN TERESA SEMASA MENJADI TAHANAN ISA: MEDIA DISALAHKAN

Teresa Kok sekali lagi membuat kejutan berganda apabila mengeluarkan kenyataan bahawa makanan yang diberikan ketika beliau di dalam tahanan ISA sama macam makanan anjing! Kenyataan ini keluar dalam Utusan (mustika lupa tarikhnya). Apa yang mengejutkan, semalam dalam Buletin Utama (TV3), Teresa menyalahkan media cetak tersebut kerana kononnya media tersebut telah memutar belitkan apa yang di ceritakan kepada media sebelum ini. Hai Teresa, ari tu cakap lain, semalam cakap lain. Memang tak pakai lah cakap YB yang sorang ni.

Wednesday, September 17, 2008

PM SERAH JAWATAN MENTERI KEWANGAN 1 KEPADA TPM

PERDANA Menteri, Datuk Seri Abdullah Ahmad Badawi di Putrajaya hari ini mengumumkan menyerahkan jawatan Menteri Kewangan I yang disandangnya kepada Timbalan Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak berkuatkuasa serta merta. - Bernama

PM AMBIL ALIH JAWATAN MENTERI PERTAHANAN

PERDANA Menteri, Datuk Seri Abdullah Ahmad Badawi mengambil alih jawatan Menteri Pertahanan dari Datuk Seri Najib Tun Razak berkuatkuasa serta merta. - Bernama

16 SEPTEMBER YANG BERLALU

Berakhirnya 16 September. Angan -angan Mat Jenin harap-harap berakhirlah juga. Jangan lah diperbodohkan lagi rakyat jelata. Rakyat pula, janganlah cepat sangat percaya dengan Anwar Ibrahim dan rakan-rakan sebantalnya...oppppssss......sekutunya.