Saturday, April 17, 2010

10 Sebab Ahli PKR dan PAS Wajib Boikot Zaid di Hulu Selangor



1. Zaid memperlekehkan konsep Ketuanan Melayu dan DEB sebagai konsep atau dasar perkauman yang sudah ketiggalan zaman. Lantaran itu, apakah maknanya jika pengundi di Hulu Selangor, mengundi beliau sebagai calon MP atas tiket mewakili kaum Melayu, andaikata beliau sendiri bersikap anti-ketuanan Melayu? Bukankah itu bermakna para pengundi Melayu di Hulu Selangor ditipu hidup-hidup oleh PKR?

2. Zaid terbukti seorang yang tidak mempunyai prinsip perjuangan yang tulen. Beliau sanggup melompat parti dan masuk PKR atas prinsip yang tidak jelas. Seperti yang kita sedia maklum, PKR merupakan sebuah parti yang tidak mempunyai prinsip perjuangan yang konkrit. PKR seperti lalang - sehingga sekarang kita masih tidak tahu pendirian PKR berhubung banyak isu, umpamanya isu kalimah Allah, isu 16 September, isu Anwar Ibrahim terlibat dalam organisasi pelobi Yahudi antarabangsa, isu Hukum Hudud dengan PAS, Hak Keistimewaan Orang Melayu, isu dasar DEB, isu dasar Bahasa Melayu, isu Malaysia Malaysian dan banyak lagi - semua ini menjelaskan PKR merupakan sebuah parti tiada pendirian dan hanya pandai meneguk di air keruh. Mana-mana isu yang menguntungkan, maka segeralah mereka bertempik dan melolong ke sana ke mari, seolah-olah merekalah juara rakyat, juara kaum India, juara kaum Cina, juara kaum Melayu, juara penganut agama Buddha, juara penganut Kristian dan pelbagai juara lagi. Hakikatnya mereka tiada prinsip dan pendirian! jika ini wajah hodoh PKR, maka ia samalah juga dengan Zaid - manusia yang tiada pendirian. Melompat ke sana dan ke mari - lebih baik jadi seperti Zulkifli atau Zaharin - apabila tidak bersetuju, terus jadi calon bebas! Soalnya, apakah orang yang tiada prinsip seperti Zaid ini hendak kita pilih sebagai wakil rakyat di Hulu Selangor? Hanya orang yag tiada mata hati sahaja yang akan memilihnya.

3. Apakah PAS sudah lupa siapakah individu yang bertanggungjawab mengheret Hukum Allah ke Mahkamah? Walaupun ketika itu Zaid merupakan ahli UMNO, Nah! sekarang apakah dosa beliau itu telah gugur? Semata-mata kerana beliau sudah menjadi ahli PKR yang bersekongkol dengan PAS? Apakah segala caci-maki dan umpat-keji yang dilemparkan oleh PAS terhadap Zaid pada suatu ketika dahulu boleh dilupa begitu sahaja? Di mana prinsip PAS dalam hal ini? Dan pernahkah PAS bertanyakan kepada Zaid apakah prinsip beliau berhubung pelaksanaan hukum Hudud di Malaysia? Masihkah beliau berani menolaknya? Lantaran itu, PAS tidak wajar menyokong Zaid!

4. Zaid bukan orang Hulu Selangor! Beliau tidak kenal pun Pak Ngah, Ayah Ngah dan penduduk-penduduk di Kampung Menyuruk di Hulu Selangor pun. Hakikatnya beliau tidak akan tahu masalah orang Hulu Selangor. Secara logiknya, tak kanlah orang Hulu Selangor masih mahu memilih calon yang bukan dalam kalangan pemimpin-pemimpin PKR di kawasan tersebut. Zaid orang luar. Dan beliau tidak layak mewakili penduduk Hulu Selangor! Mana perginya Dr Halili dan Ketua Pemuda PKR? Mereka jauh lebih layak daripada Zaid. Lagi pun Zaid terlalu muda perjuangannya dalam PKR. Belum diuji dan teruji kesetiaannya. Boleh jadi Zaid bisa sahaja melombat menjadi MP bebas!

5. Penduduk Hulu Selangor tidak memerlukan seorang yang popular dan dibelit dengan pelbagai kontroversi. Zaid merupakan individu yang kaya dengan kontroversi - malah, beliau merupakan kroni rapat Anwar dalam PKR. Kaedah pemilihan wakil rakyat ala-Anwar Ibrahim adalah berpaksikan kepada populariti seseorang individu tertentu - sedangkan pada hakikatnya rakyat menginginkan wakil rakyat yang boleh bekerja dan rapat dengan mereka di peringkat akar umbi.

6. Pemilihan Zaid dilakukan oleh Anwar Ibrahim secara solo, tanpa berunding dengan PAS dan DAP, maka, jelaslah semangat setiakawan sememangnya tiada dalam Pakatan Rakyat - ia hanya slogan yang cuba mengaburi mata rakyat! Oleh itu, Zaid harus ditolak.

7. Tujuan utama pemilihan Zaid adalah untuk menarik undi kaum Melayu, tetapi malangnya, jiwa Melayu yang dimiliki Zaid sangat tipis - jika konsep Ketuanan Melayu sanggup dikatakan sebagai pembaziran sumber, tenaga dan masa, maka apalah yang diharapkan lagi oleh kaum Melayu di Hulu Selangor daripada Zaid? Apakah beliau akan membela dan mempertahankan kepentingan orang Melayu di Hulu Selangor? Saya fikir tidak.

8. Zaid merupakan ahli UMNO yang terbuang. Tak kan penduduk Hulu Selangor masih mahu memilih "orang yang terbuang" sebagai wakil rakyat mereka.

9. Zaid tidak berapa rapat dengan akar umbi PKR di Hulu Selangor. Lantaran itu, beliau tidak memperoleh sokongan kuat daripada ahli PKR akar umbi.

10. Sehingga kini, PAS masih belum dapat memastikan pendirian Zaid berhubung Hukum Hudud. Apakah beliau bersetuju dilaksanakan di negara ini atau pun tidak. Oleh itu, PAS menyokong sesuatu yang tidak pasti. Ahli-ahli PAS perlu menolak Zaid di Hulu Selangor! Selain itu, majoriti ahli-ahli PKR di Hulu Selangor telah menolak Zaid! Mereka tidak menerima Zaid sebagai calon MP di sana. Jadi, Zaid mesti ditolak.


(credit to: Selangor PRU-13)

CERITA KEDAI KOPI (V)




PEMBOHONGAN KHALID TERBONGKAR

SEKADAR PERSINGGAHAN................

CERITA KEDAI KOPI (IV)




Orang-orang kampung kat Hulu Selangor kata, mereka tidak akan mengundi calon ini sebab dia kaki arak. Selalu teguk air kencing setan kata seorang pakcik di kedai kopi tadi. Sempat die beritahu Mustika, "pakcik takut kalau die menang, Hulu Selangor jadi kilang arak pulak!".

Hahahahahahahahaha Mustika dah agak dah orang-orang Hulu Selangor menyampah dengan mamat sorang ni! Peminum Arak TEGAR......

CERITA KEDAI KOPI (III)

Apabila Khalid dan konco-konconya mensabotaj projek pembinaan kampus Uitm yang dicadangkan oleh Yayasan Basmi Kemiskinan (YBK) dibina di Serendah, secara terang-terangan Khalid gagap cuba menutup peluang pendidikan orang Melayu dan Bumiputera. Secara langsung Khalid juga telah menghalang dan menutup peluang pekerjaan dan perniagaan di sana.

Umum mengetahui, tanah di Serendah mempunyai nilai komersial yang tinggi jika dibangunkan. Oleh kerana itulah Khalid gagap terlalu kebulur dan mengidam tanah berkenaan untuk dijual kepada syarikat milik rakan baiknya, I-Berhad. Secara tidak langsung, Khalid akan berjaya memenuhkan kantung poket nya dan poket-poket kroninya tanpa memikirkan kepentingan rakyat dan anak bangsa.

Kenapa orang Selangor masih mahu Menteri Besar macam ini lagi? KHALID GAGAP dan konco-konco dalam Pakatan Rakyat hanya mahu mengaut keuntungan untuk diri sendiri tanpa memikirkan kebajikan rakyat jelata. Pengundi harus lebih bijak. Jangan tertipu dann terpedaya sekali lagi. Sudah tiba masanya rakyat bangkit! Singkirkan Khalid GAGAP dan exco-exco sampahnya. Singkirkan Pakatan Rakyat di Selangor. Justeru, Pilihan Raya Hulu Selangor wajar dijadikan permulaan kepada kejatuhan kerajaan Khalid GAGAP.

PERSAINGAN EMPAT PENJURU


CALON pilihan raya kecil Parlimen Hulu Selangor, (dari kiri) P Kamalanathan (BN), Johan Mohd Diah (Bebas), Datuk Zaid Ibrahim (PKR) dan V S Chandran (Bebas) selepas menyerahkan borang pencalonan di Dewan Serbaguna Pusat dan Kompleks Sukan Daerah Hulu Selanmgor, di Kuala Kubu Bahru pagi ini. - Foto Rosdan Wahid

(Sumber: Berita Harian Online)

Friday, April 16, 2010

CERITA KEDAI KOPI (II)

Alkisah seribu satu penipuan dan penindasan yang dilakukan oleh Khalid gagap sehinggakan ramai rakyat negeri Selangor merasa tertipu dan tertindas. Tanah yang dijanjikan oleh I-City, untuk dibina sekolah Tamil ketika ketika perjanjian I-City dengan Kerajaan Khir Toyo dahulu nampaknya sudah terkubur sama sekali. Apabila Pakatan Rakyat memegang tampuk pemerintahan di Selangor, tanah yang asalnya dijanjikan untuk dibina sekolah kini bertukar status kepada panggung wayang, gelanggang bowling, taman tema, pub, disko, tempat karaoke, spa dan pusat-pusat maksiat dan hiburan yang lain.


Di mana pula janji-janji Pakatan Rakyat Khalid Gagap yang kononnya membela nasib rakyat?

(sumber: Darul Ehsan Today)

CERITA KEDAI KOPI (I)

Khalid dikatakan ingin membantu DAP untuk bertapak dengan selesa dan kukuh di Selangor. Justeru, terbinalah I-City. I-City merupakan anak syarikat I-Berhad. Umum juga mengetahui Khalid mempunyai kaitan yang erat dengan Lim Kim Hong, boss besar I-Berhad.

Ketika proses pembinaan I-City, mereka telah merampas tanah-tanah milik pekebun kelapa sawit dan menghalau pekerja-pekerja estat. Akibat daripada tindakan tersebut, pekerja-pekerja estat hilang tempat berlindung. Kerajaan Negeri ketika itu yang dipimpin oleh Khir Toyo cuba mencari penyelesaian kepada masalah rakyat dan hasil nya I-City bersetuju untuk memperuntukkan sebidang tanah untuk dijadikan sekolah Tamil (ini sahaja yang mampu I-City tawarkan).

Kerajaan Negeri Khir Toyo telah membantu pekerja-pekerja estat dengan memberi rumah kepada mereka (terletak di Flat PKNS kos rendah di Seksyen 7, Shah Alam). Jelas Khir Toyo dan Kerajaan BN sedaya upaya membantu rakyat yang tertindas dek tindakan rakus rakan baik Khalid yang tidak bertanggungjawab itu.

(sambungan di bahagian II)

(sumber maklumat: Darul Ehsan Today)

PENANTIAN....


Sama-sama kita tunggu saat terkuburnya PKR

(gambar: Kita gempur)

Thursday, April 15, 2010

KAMALANATHAN CALON BN PRK HULU SELANGOR


Sumber: UTUSAN ONLINE

15/04/2010 5:04pm

HULU SELANGOR 15 April - Ketua Penerangan MIC, P. Kamalanathan diumumkan sebagai calon Barisan Nasional (BN) bagi Pilihan Raya Kecil (PRK) kerusi Parlimen Hulu Selangor pada 25 April ini.

Pemilihan Kamalanathan, 45, yang merupakan anak jati Rawang diumumkan oleh Timbalan Perdana Menteri, Tan Sri Muhyiddin Yassin dalam satu majlis di sini, hari ini. - Utusan

PILIHANRAYA KECIL PARLIMEN HULU SELANGOR


Masih menunggu senarai nama-nama calon yang bertanding (will be upadate soon)

KEMASUKAN PELAJAR DAN KEUNTUNGAN UNISEL MERUDUM

Statistik mencatatkan bilangan kemasukan pelajar dan keuntungan UNISEL merudum. Ini dapat dilihat dengan jelas berdasarkan jadual dibawah:


TAHUN

2007

2008

2009

2010

BILANGAN PELAJAR

6758

4477

2481

400

JADUAL 1: STATISTIK KEMASUKAN PELAJAR UNISEL TAHUN 2007 HINGGA 2010


TAHUN

2007

2008

2009

KEUNTUNGAN UNISEL

6 JUTA

15 JUTA

NEGATIF 20 JUTA

JADUAL 2: STATISTIK KEUNTUNGAN UNISEL BAGI TAHUN 2007 HINGGA 2009

DI MANAKAH SILAPNYA?

Tuesday, February 09, 2010

SANTAPAN MATA???

Terkedu Mustika melihat gambar ini buat kali pertama.... apa motif pereka gambar ini pun mustika tak pasti. Samada Harakah Daily tempat sumber fitnah pun mustika tak boleh nak pastikan sebab mustika tidak ada bukti. (p/s: kepada pembaca blog Mustika, diingatkan bahawa gambar tersebut bukan hak milik mustika, hanya diambil dari sebuah laman sosial yang popular masa kini.)

Wednesday, January 06, 2010

APA MUSLIHAT SEBENAR?

Mustika pelik dan hairan mengapa parti politik yang selama ini "beroperasi" atas nama agama Islam, cuba bertindak sebaliknya apabila mengeluarkan kenyataan bahawa mereka menyokong penggunaan perkataan Allah oleh masyarakat Kristian Katolik. Dalam kenyataan yang dikeluarkan juga, mereka turut memberi peringatan kepada semua pihak supaya tidak menyalah gunakan perkataan Allah untuk mengelirukan atau menjadikan politik murahan untuk mendapatkan sokongan rakyat.

Pelik bin Ajaib. Apa motif sebenar parti ini? Satu sahaja yang mustika fikirkan. Mereka mungkin berada di haluan kiri (menyokong penggunaan ALLAH oleh gereja Kristian) sebagai menggambarkan mereka memberi sokongan yang jitu terhadap kaum bukan Melayu yang menganuti agama Kristian. Mungkin ini salah satu strategi mereka.

Namun Mustika sedikit janggal dengan kenyataan yang dikeluarkan parti ini. Mereka berjuang untuk menegakkan keadilan, berkhidmat, mentadbir dan "MEMBANGUN BERSAMA ISLAM", tetapi sebaliknya berlaku apabila mereka menuding jari dan menuduh UMNO/BN dan NGO-NGO yang membantah keputusan Hakim Mahkamah Tinggi, Datuk Lau Bee Lan pada 31 Disember 2009 yang memutuskan bahawa Majalah Mingguan Katolik, Herald, boleh menggunakan perkataan ALLAH dalam penerbitannya sebagai salah satu agenda politik dan cuba megelirukan rakyat atas nama agama.

Mengimbau kembali perjuangan parti ini yang "MEMBANGUN BERSAMA ISLAM", Mustika termenung sejenak dan berfikir........, yang menjadikan agama sebagai 'alas perjuangan' politik dan berselindung di sebalik nama agama itu sebenarnya SIAPA? hmmmmm Mustika sudah ada jawapannya.....

lawati http://www.muslimconsumer.org.my/herald untuk menandatangani bantahan terhadap keputusan Mahkamah Tinggi yang membenarkan Gereja Herald menggunakan kalimah ALLAH dalam penerbitannya

Thursday, December 31, 2009

SELAMAT MENYAMBUT TAHUN BARU 2010


SELAMAT MENYAMBUT TAHUN BARU 2010
SEMOGA 2009 YANG KITA TINGGALKAN MEMBERIKAN KITA SERIBU SATU KEMANISAN DALAM KEHIDUPAN. AZAM 2009 YANG MASIH 'TERTUNGGAK' BOLEHLAH CARRY FORWARD KE TAHUN 2010 TETAPI JANGAN PULAK KITA LUPA UNTUK MENETAPKAN KEAZAMAN PENCAPAIAN DAN MATLAMAT HIDUP/ KERJAYA/ PELAJARAN UNTUK 2010. SEMOGA BERJAYA.......USAHA TANGGA KEJAYAAN

Sunday, October 11, 2009

BN MENANG BESAR DI BAGAN PINANG

SUMBER: BERITA HARIAN ONLINE


PORT DICKSON: Calon Barisan Nasional (BN), Tan Sri Isa Samad, menang besar dengan majoriti 5,435 undi pada pilihan raya kecil Dewan Undangan Negeri (DUN) Bagan Pinang.

Bekas Menteri Besar Negeri Sembilan itu memperoleh 8,013 undi berbanding calon Pas, Zulkefly Mohamad Omar, yang mendapat 2,578 undi.

Seramai 11,157 atau 81.65 peratus daripada 13,664 pemilih berdaftar keluar mengundi pada pilihan raya kecil itu hari ini.


MUSTIKAINDAH: TAHNIAH KEPADA TAN SRI ISA SAMAD KERANA MENANG PADA PRK BAGAN PINANG. SYABAS KEPADA PENGUNDI BAGAN PINANG KERANA TELAH MEMBUAT PILIHAN YANG BIJAK.

PRK BAGAN PINANG: BUKTI BN/UMNO MASIH RELEVAN DAN DITERIMA RAKYAT....

Wednesday, September 30, 2009

ISA CALON BN


sumber: Bharian Online


Pemilihan ambil kira pandangan penduduk Bagan Pinang PORT DICKSON:

Ketua Umno Bahagian Telok Kemang, Tan Sri Mohd Isa Samad, dipilih sebagai calon Barisan Nasional (BN) bagi pilihan raya kecil Dewan Undangan Negeri (DUN) Bagan Pinang, 11 Oktober ini. Pemilihan Mohd Isa, 60, diumumkan oleh Timbalan Perdana Menteri, Tan Sri Muhyiddin Yassin pada majlis jamuan Aidilfitri di Batu 6 Jalan Pantai di sini, semalam. Pas pula mencalonkan Pesuruhjaya Pas negeri, Zulkefly Mohamad Omar, 45, yang diumumkan Presiden parti, Datuk Seri Abdul Hadi Awang, malam tadi.

Muhyiddin ketika mengumumkan calon BN, berkata pemilihan Mohd Isa dibuat bukan saja selepas diteliti oleh Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Razak, malah mengambil kira pandangan akar umbi penduduk Bagan Pinang. Beliau yang juga Timbalan Presiden Umno berkata, kerja peringkat bawahan dilakukan sebelum keputusan itu dibuat dengan mendapatkan pandangan semua lapisan masyarakat dan semua kaum. "Oleh kerana ini adalah pilihan raya kecil, apa yang penting ialah rakyat didahulukan, rakyat di Bagan Pinang mesti didahulukan.
Zulkefly Mohamad Omar

"Mana yang rakyat hendakkan, itu yang kita akan beri. Siapa yang rakyat mahu, siapa yang Bagan Pinang mahu," katanya disambut laungan gemuruh orang ramai yang menyebut nama `Mohd Isa' beberapa kali. "Okay, Tan Sri Isa lah menjadi calon BN," kata Muhyiddin dan pengumuman itu sekali lagi disambut dengan laungan serta tepukan gemuruh kira-kira 10,000 orang yang menghadiri majlis itu. Hadir sama, Menteri Besar yang juga Pengerusi Badan Perhubungan Umno Negeri Sembilan, Datuk Seri Mohamad Hasan; Naib Presiden Umno, Datuk Seri Hishammuddin Hussain; Presiden MIC, Datuk Seri S Samy Vellu dan Presiden Gerakan, Tan Sri Koh Tsu Koon. Pilihan raya kecil DUN Bagan Pinang diadakan berikutan kematian penyandangnya dari Umno, Azman Mohammad Noor, 54, pada 31 Julai lalu kerana jangkitan dalam darah.

Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) menetapkan Sabtu ini sebagai hari penamaan calon, manakala pengundian pada 11 Oktober ini. Muhyiddin berkata, pemilihan Mohd Isa turut mengambil kira jasanya dan walaupun melalui tempoh hidup yang sukar dalam politik, bekas Menteri Besar Negeri Sembilan itu masih seorang pejuang, berkorban dan tidak pernah berhenti memberi khidmat kepada parti, kerajaan dan negara. Sehubungan itu, beliau meminta jentera pilihan raya BN melancarkan kempen secara tersusun dan menemui setiap pengundi Bagan Pinang bagi memastikan kemenangan Mohd Isa.
Mustikaindah: Moga Pilihanraya kali ini berpihak kepada BN..........berkat bulan syawal...

Wednesday, September 16, 2009

16 SEPTEMBER

16 September bertandang lagi.......... Mungkin ada yang terlupa apa sebenarnya yang berlaku pada tarikh ini. Biar Mustika imbas kembali. Masihkah anda ingat angan-angan Mat Jenin Anwar Ibrahim? Masihkah anda ingat "Jalan Menuju Putrajaya"? 16 September 2008 merupakan tarikh yang sesuai untuk Anwar Ibrahim 'menawan' Putrajaya. Katanya lagi......... tunggu sajalah 16 September....segala impian akan menjadi kenyataan. Tersenyum Mustika mendengarnya. Geli hati pun ada kerana ada rakan-rakan yang percaya dengan angan-angan Anwar ini.

Tapi melepasi tarikh itu, Mustika lihat Najib masih duduk di kerusi PM. Masih bermastautin di Putrajaya dan masih lagi turun berjumpa rakyat atas nama Perdana Menteri. Sejak memenangi pilihan raya kecil Permatang Pauh, slogan ini senyap dan terus sepi dibawa angin lalu.

Kini 16 September datang lagi....... Apa cerita ya? Kita tunggu sajalah.

Wednesday, September 09, 2009

TAK SEDAR DIRI

Assalamualaikum dan salam sejahtera.... selamat pagi semua.

Mustika ingin berkongsi dengan sahabat semua mengenai berita yang Mustika dengar awal pagi tadi (pukul 7am) di radio Era. Berita tersebut mengatakan bahawa sebilangan rakyat Indonesia di Jakarta (tidak pasti berapa jumlahnya) sedang melancarkan 'misi pencarian' rakyat Malaysia untuk diusir keluar dari negara mereka! Terkedu Mustika mendengarnya. 'Misi' mereka itu berikutan fitnah dan kenyataan media Indonesia mengenai Malaysia yang didakwa meniru/menciplak hasil seni dan budaya negara mereka. Astarghfirullahal Azim.......... Sampai begitu sekali mereka bertindak. Tetapi syukur juga kerana tiada rakyat Malaysia yang berjaya ditahan/diusir/dicederakan oleh mereka.

Apa yang Mustika persoalkan sekarang mengapa mereka sanggup bertindak sedemikian rupa? Tidak sedarkah mereka bahawa selama ini Malaysia banyak membantu rakyat mereka yang miskin dan tertindas di negara sendiri? Tidak sedarkah mereka bahawa Malaysia memberikan peluang pekerjaan yang banyak untuk rakyat Indonesia? Tidak sedarkah mereka Malaysia membenarkan mereka berlindung di bumi bertuah ini?

Rakyat Indonesia memang tak sedar di untung. Kalau ingin Mustika ungkit, siapa pelarian dan pendatang asing yang paling ramai di Malaysia? Siapa yang banyak terlibat dengan kes bunuh, rompak, rogol, pecah rumah dan pelbagai kesalahan jenayah yang lain? Pernahkah Malaysia melancarkan 'perang' ke atas rakyat Indonesia? Pernah kah rakyat negara ini meludah muka mereka? Pernahkah? Pernahkah? Pernahkah? Rakyat mereka pantang dijentik sedikit, terus melatah. Pantang dicuit sedikit terus menggelabah...

Bukan niat Mustika untuk membangkitkan rasa benci pada Indonesia mahupun rakyatnya, tetapi kesabaran ada batasnya. Jangan nanti rakyat Malaysia pula yang melancarkan 'misi' yang sama seperti apa yang rakyat Indonesia buat pada kita hari ini...

update terkini: Sumber dari blog DEPA KATA

'SEMANGAT SERUMPUN' ALA-INDON...

Jabatan Penuntut Malaysia di Jakarta hari ini menasihati semua pelajar Malaysia di seluruh Indonesia supaya sentiasa berhati-hati memandangkan kebencian segelintir rakyat negara itu yang semakin memuncak berikutan penyebaran pelbagai fitnah oleh media massanya kebelakangan ini.

Jabatan itu telah menghantar khidmat pesanan ringkas (SMS) bagi menasihati semua pelajar Malaysia di Jakarta khasnya, agar jangan sekali-kali melalui Jalan Diponegoro bagi mengelak kejadian yang tidak diingini.Kebencian mereka itu memuncak kepada tahap yang serius dan menakutkan, berikutan media tempatan baru-baru ini menyiarkan berita dan visual lebih 360 sukarelawan ilmu kebal yang dilaporkan sudah mendaftar dan bersedia untuk mengganyang Malaysia.

Kebencian mereka itu memuncak lagi apabila hari ini terdapat sekumpulan orang yang menggelar diri mereka sebagai Benteng Demokrasi Rakyat (BENDERA) mula bertindak liar dengan mengugut rakyat Malaysia dengan buluh runcing di Jalan Diponegoro.

Dilaporkan bahawa 50 anggota BENDERA yang bersenjatakan buluh runcing (buluh yang ditajamkan hujungnya) memaksa orang ramai yang melalui jalan itu menunjukkan tanda pengenalan mereka dan jika kebetulannya orang berkenaan seorang rakyat Malaysia maka orang itu akan terus ditahan.

Monday, September 07, 2009

PERMINTAAN MELAMPAU INDONESIA: KERAJAAN PERLU BERTEGAS

Salam semua.......

Minggu lepas hati Mustika sedikit membara apabila mendengar di radio dan menonton di televisyen mengenai berita permintaan Indonesia supaya gaji pembantu rumah dari negara itu ditetapkan RM800 sebulan. Percaya atau tidak, permintaan ini datang dari negara yang banyak mendapat ehsan Malaysia yang selama ini membantu memberikan taraf hidup yang lebih baik kepada rakyat dari negara seberang itu. Kalau bukan kerana Malayasia, ramai rakyat mereka akan hidup merempat malah ramai lagi yang berani bertindak menyeberang lautan secara haram untuk mendapatkan pekerjaan di bumi bertuah ini.

Mustika setuju jika pembantu rumah mereka diberi RM800 dengan syarat:

1) Mereka perlu membayar sewa bilik di rumah majikan atau menyewa di tempat lain;
2) Makan minum ditanggung sendiri oleh pembantu rumah;

Sebelum ini mereka tinggal selesa di rumah majikan, mendapat satu bilik yang sememangnya disediakan majikan. Malah makan minum juga ditanggung, apa yang majikan makan itulah yang mereka makan. Bagi majikan yang tidak sempat ke pasar, mereka akan membekalkan 'duit pasar' atau wang belanja kepada pembantu rumah mereka. Ada ke sebelum ini pembantu rumah yang kena beli dan bayar sendiri barang-barang dapur rumah majikan? Tak masuk akal kan? Lagipun pembantu rumah yang benar-benar boleh buat kerja dan ikhlas bekerja boleh berapa kerat sangatlah? Boleh dibilang dengan jari. Selebihnya, hanya melepaskan batuk di tangga.

http://www.youtube.com/watch?v=PqBtfrp9Cgg

Permintaan keterlaluan Indonesia ini banyak menimbulkan kemarahan warga Malaysia. Ramai yang tidak bersetuju atas permintaan tersebut. Bagi yang mempunyai pendapatan RM5000 ke atas mungkin tiada masalah, tapi bagi mereka yang berpendapatan RM3000 ke bawah, itu mungkin satu bebanan yang tidak tertanggung. Kos sara hidup semakin meningkat.
Peningkatan jumlah ahli keluarga juga akan mempengaruhi perbelanjaan kita.

Mungkinkah kerajaan terlalu berlembut hati dengan Indonesia? Atau mungkinkan kita selama ini tidak menyedari bahawa negara jiran itu cuba menimbulkan ketegangan antara rakyatnya dan Malaysia?

Terbaru yang menjadi topik perbualan yang hangat ialah isu tarian pendet, batik, lagu rasa sayang dan alat muzik. Mereka mendakwa Malaysia meniru hasil karya dan juga kebudayaan mereka. Ingin Mustika tegaskan! Malaysia dan Indonesia adalah serumpun, mempunyai banyak persamaan budaya dan cara hidup. Malah perkara sebegini bagi Mustika tidak perlu dan tidak wajar menjadi isu besar. Hanya Indonesia yang suka memperbesarkan perkara ini.

Sudah tiba masanya Malaysia bertegas dengan Indonesia. Kawal ketat perairan negara dan sempadan negara, kerana ramai sangat pendatang asing Indonesia di negara ini boleh lolos dengan senang.

Sampaikan sekarang, Mustika tidak lagi suka membeli belah di Pasar Seni dan kawasan sekitarnya kerana merasakan berjalan-jalan di situ pada hujung minggu seperti berada di Indonesia pula. Ramai sangat orang Indon berkeliaran. Keselamatan pun tidak terjamin, takut dan rasa kerdil seperti pelarian di bumi sendiri. Kerajaan perlu buat sesuatu!