
PAS FOR ALL= ISRAEL FOR ALL
"PENA MENARI DI DUNIA CYBER"
Bagi menjana kewangan negeri untuk membuat semua program ”kebajikan” negeri, Khalid hanya mempergunakan kesenangan yang telah tersedia.
Liciknya Khalid sehingga mampu mengaburi mata rakyat. namun apa yang Khalid lakukan di Selangor. hanya goyang kaki sambil menunggu kantung poketnya penuh..........
JAWAPAN ISU-ISU TANAH YANG DIBANGKIT OLEH
KERAJAAN NEGERI SELANGOR
“Selepas ‘merampas’ tanah Yayasan Basmi Kemiskinan di Serendah, Kerajaan Negeri mengarahkan Jabatan Audit Negeri menyemak harta-harta lain yang dimiliki oleh YBK”.
Merujuk kepada kenyataan di atas, pihak Yayasan ingin menyatakan bahawa tidak ada peruntukan undang-undang dalam UNDANG-UNDANG TUBUH YBK, yang membolehkan Kerajaan Negeri Selangor mengaudit urusan kewangan YBK. Perkara ini jelas terkandung di dalam KLAUSA 16 UNDANG-UNDANG TUBUH YBK, yang turut memperuntukan bahawa hanya firma akauntan bertauliah yang dilantik Lembaga Pemegang Amanah berhak untuk mengaudit urusan kewangan YBK.
MUSTIKA: DALAM ERTI KATA YANG MUDAH, KERAJAAN NEGERI TIDAK MEMPUNYAI HAK UNTUK CAMPUR TANGAN DALAM URUSAN KEWANGAN YBK.
Bagaimanapun, kami tidak ada halangan kepada usaha Kerajaan Negeri Selangor untuk menyenaraikan dan mengaudit harta-harta yang telah diluluskan kepada YBK. Usaha tersebut akan turut mengesahkan kenyataan kami mengenai senarai tanah yang telah diluluskan kepada YBK.
Untuk makluman umum, projek-projek berikut telah dibangunkan ke atas tanah-tanah yang telah diluluskan kepada YBK.
1 - TANAH DI SERENDAH ( 6 ekar)
Tanah ini telah dibangun sebuah Kompleks Asrama Kasih yang dibina pada tahun 1994 bagi menempatkan seramai 300 orang pelajar yang terdiri daripada anak-anak yatim dan fakir miskin. Sehingga kini seramai 2173 orang telah mendapat manfaat daripada program ini.
MUSTIKA: YBK TELAH MENAUR BAKTI DEMI MEJAGA KEPENTINGAN ANAK YATIM DAN FAKIR MISKIN2 - TANAH DI KUALA SELANGOR @ MUKIM API-API ( 5.4 EKAR)
Tanah ini telah dibangunkan sebuah Pusat Latihan Kemahiran yang dikenali sebagai Pusat Latihan YBK yang dibina pada tahun 1992. Sehingga kini PLYBK telah melahirkan seramai 1504 pekerja mahir. Antara kursus-kursus yang ditawarkan ialah Kursus Mekanik Kenderaan Motor (Automotif), Kursus Lukisan Pelan, Kursus Lanskap, Kursus Elektrik dan Kursus Pemasangan Penyaman Udara.
MUSTIKA: YBK BERUSAHA MELAHIRKAN TENAGA KERJA MAHIR DEMI MENINGKATKAN TARAF EKONOMI RAKYAT
3 - TANAH DI RAWANG ( 8 EKAR) & SERENDAH ( 8 EKAR)
Tanah ini sedang dibangunkan sebagai projek perumahan dan kormesil sebagai usaha YBK untuk mempertingkatkan nilai tanah. Projek ini diharap dapat membiayai semua program pembasmian kemiskinan oleh YBK tanpa mengharap ehsan masyarakat di masa akan datang.
MUSTIKA: YBK BERUSAHA MENAIKKAN TARAF HIDUP RAKYAT DI SELANGOR
MUSTIKA: KERAJAAN KHALID GAGAP SEOLAJ-OLAH TERLALU 'TERLIUR' UNTUK 'MELAHAP' KEPENTINGAN YBK. MENGAPA? KERANA NILAIAN TANAH YBK MAMPU MEMBUATKAN KHALID GAGAP DAN KRONI-KRONINYA MAMPU 'MAKAN MEWAH' WALAUPUN SUDAH TIDAK MEMEGANG TAMPUK PEMERINTAHAN NEGERI SELANGOR
Dosa Pakatan Rakyat Kepada Rakyat Selangor | |
Masih adakah Melayu yang sanggup memberi undi kepada pakatan hina ini.Pemimpin Melayu dan Islam di dalam Pakatan Rakyat hanyalah sebagai boneka kepada lanun-lanun tamak bertaraf pendatang.Fikir-fikirkanlah | |
Calon Barisan Nasional (BN) bagi Pilihan Raya Kecil (PRK) Parlimen Hulu Selangor, P Kamalanathan yakin kepada kempen secara bersih dan telus.
Fitnah sama sekali ditolak oleh anak jati Selangor yang pernah bersusah payah merebut peluang belajar itu.
Sepanjang pengalaman beliau dalam proses perebutan kerusi dalam mana-mana pilihan raya, fitnah merupakan sentimen yang sering dimainkan untuk memancing undi di samping menjatuhkan keperibadian seseorang calon.
“Berdasarkan pengalaman dari siri kempen yang lepas, mewujudkan fitnah merupakan satu kesalahan besar yang harus dielakkan.
“Saya telah berpesan kepada jentera BN kita hanya akan berkempen cara bersih, berpandukan apakah pencapaian saya sebelum ini, apa yang BN mampu lakukan dan apa yang Kamalanathan mampu lakukan jika diberikan peluang oleh para pengundi,” katanya dalam rancangan bual bicara Soal Jawab yang disiarkan di TV3 malam Isnin.
Ketika disoal tentang janji beliau pada penduduk Hulu Selangor, Kamalanathan menegaskan penyediaan keperluan asas akan diberi penekanan dalam agenda kempen beliau.
Kamalanathan berkata antara keutamaan beliau jika menang ialah, penyediaan keperluan asas yang secukupnya, pembangunan tanah-tanah kosong di sekitar Hulu Selangor dan pembinaan kampus baru Universiti Teknologi MARA (UiTM).
“Pembangunan tanah kosong dan kampus UiTM ini dilihat mampu meningkatkan petumbuhan industri-industri di sekitar kawasan sekaligus mampu mewujudkan peluang perniagaan dan pekerjaan yang lebih banyak,” katanya lagi.
Selain itu Kamalanathan yang fasih bahasa Melayu, Tamil dan Inggeris serta sedikit Mandarin berkata penguasaan melebihi satu bahasa merupakan satu ‘advantage’ bagi seseorang , khususnya ahli politik.
Beliau berkata setiap rakyat Malaysia harus fasih dalam Bahasa Melayu kerana statusnya sebagai bahasa kebangsaan dapat menghubungkan semua kaum di Malaysia serta dapat mengikat silaturrahim antara rakyat.
HULU BERNAM, 20 April – Kepada ahlinya pemimpin PKR diktator, tetapi kepada Dap mereka tunduk.
Sudahlah krisis dalaman PKR parah, Wanita PKR pula pula saksikan Dap pengaruhi pakatan pembangkang.
Ketua Penerangan Wanita PKR Negeri Perak, Soraya Sulaiman hari ini tampil mendedahkannya bersama Timbalan Ketua Wanita PKR Bagan Serai, Roshanita Mohd Basir ketika mengumumkan mereka keluar dari parti itu berkuatkuasa serta-merta.
Dalam kenyataannya, mereka memaklumkan amat kecewa dan telah hilang kepercayaan kepada kepimpinan PKR.
Soraya mendedahkan, Dap kini semakin menguasai dan menentukan corak pentadbiran pakatan pembangkang di negeri yang mereka kuasai.
“Ini bukan soal perkauman, tapi kami bimbang suara Melayu hilang, kerana pakatan pembangkang dan PKR dikuasai Dap.
“Jadi saya menyeru semua wanita di dalam PKR keluar.”
TOKYO, 21 April – Perdana Menteri, Datuk Seri Mohd Najib Tun Abdul Razak menegaskan Malaysia tidak pernah dan tidak akan melutut kepada sesiapapun, termasuk Amerika Syarikat kerana kerajaan mempunyai pendirian sendiri atas dasar dan prinsip serta cara dan pendekatan yang berbeza.
Perdana Menteri kesal kerana kunjungannya ke Amerika Syarikat atas jemputan Presiden Barack Obama, baru-baru ini, diputarbelitkan pihak pembangkang dalam kempen di Hulu Selangor bagi menggambarkan kononnya Malaysia tunduk kepada Obama dan Amerika Syarikat
“Bila kita tak berbaik dengan Amerika Syarikat, mereka dakwa Amerika ‘reject’ kita. Bila kita baik dengan Amerika, mereka tuduh pula kita melutut kepada Amerika. Mereka akan pusing dan putar belit apa saja yang kita buat untuk mengelirukan rakyat.
“Inilah taktik politik tidak beretika. Malah, ada yang sanggup bayar sehingga menggoncangkan iman seseorang semata-mata untuk menyebarkan fitnah,” katanya pada sidang media di akhir lawatannya ke Jepun, malam tadi.
Najib sepatutnya mengakhiri lawatannya hari ini, namun lawatan rasmi empat harinya terpaksa dipendekkan kepada tiga hari bagi membantu kempen di Hulu Selangor, sekali gus memperbetulkan fakta yang diputarbelitkan pihak tidak bertanggungjawab mengenai lawatannya ke Amerika Syarikat.
Bagaimanapun, semua acara rasminya di Jepun sudah selesai malam tadi dan hari ini beliau hanya dijadualkan mengadakan sidang media kepada media Malaysia sebelum berlepas pulang, kira-kira jam 10 pagi ini. Justeru, kepulangan beliau kira-kira 12 jam lebih awal itu tidak menjejaskan jadual lawatan rasminya ke Jepun.
Terdahulu, ketika berucap pada majlis ramah mesra dengan pelajar dan rakyat Malaysia di Jepun, Najib berkata, beliau akan turun padang di Hulu Selangor sebaik pulang ke tanah air, hari ini.
“Saya akan pulang malam ini (malam tadi) dan sampai di Kuala Lumpur subuh esok (pagi ini). Esok (hari ini) saya akan turun padang ke Hulu Selangor. Saya akan ambil peluang perbetulkan keadaan dan fitnah yang disebarkan,” katanya.
Beliau berkata, kehadirannya pada Sidang Kemuncak Keselamatan Nuklear di Washington seharusnya dianggap sebagai penghormatan kepada negara kerana hanya 47 ketua negara dijemput dan pemimpin sembilan negara termasuk Malaysia saja diberi peluang mengadakan pertemuan dua hala dengan Obama, manakala lebih 150 negara tidak dijemput ke persidangan itu.
“Saya tidak anggap ini sebagai menandakan kita nak melutut kepada Amerika Syarikat. Jauh dari itu ia adalah satu pengiktirafan besar buat Malaysia.
“Kalau tidak kerana kita berjaya, jika tidak kerana kita memberi nilai kepada hubungan dua hala dengan Amerika Syarikat dalam menangani isu global dan kalau tidak kerana Malaysia sebuah negara yang diiktiraf, saya tidak fikir Obama akan beri masa kepada saya untuk mengadakan pertemuan dua hala dengan beliau, malah Malaysia mungkin tidak diundang ke persidangan itu,” katanya.
Najib berkata, apabila Malaysia menjalin hubungan baik dengan Amerika Syarikat, ia tidak bermakna Kuala Lumpur melutut kepada negara terbabit.
“Bila kita rapat dengan pemimpin dunia, kita boleh menegur mereka secara berhemah sebagai rakan yang saling hormat menghormati antara satu sama lain, bukan dengan mengkritik atau berbalah secara terbuka,” katanya.
Mengenai lawatannya ke Jepun, Najib menganggapnya sebagai berjaya dan menyeluruh dengan beliau sendiri berpuas hati dengan lawatan sulungnya ke Jepun sebagai Perdana Menteri itu.
“Lawatan ini mengesahkan komitmen mendalam kedua-dua negara untuk terus bukan saja memperkukuhkan hubungan dua hala, tetapi juga mengembang, membangun dan menentukan hala tuju baru dalam konteks hubungan antara dua negara,” katanya yang terharu kerana lawatannya dinaik taraf menjadi lawatan negara dengan beliau ditempatkan di Istana Akasaka selama di sini. -MediaUMNO/BHarian
Saya menggesa kepada rakyat Hulu Selangor agar jangan sesekali memilih Zaid Ibrahim pada 25 April ini.
P Kamalanathan 44 tahun ialah Ketua Penerangan MIC Malaysia. Beliau kelulusan daripada Edith Cowan University, Australia dan menjadi anak tempatan dari Rawang. Kamalanathan sangat hampir dengan penduduk Hulu Selangor, mempunyai masa dan tenaga untuk rakyat, fasih berbahasa Melayu, rajin turun padang dan boleh menjadi Ahli Parlimen yang komited untuk semua kaum. Beliau merupakan calon yang terbaik yang boleh membela nasib rakyat Hulu Selangor.Aset jutaan ringgit dicuri di Selangor | |
(sumber: KITA GEMPUR) Kemusnahan hutan dan kecurian balak di Hulu Selangor berlaku secara berleluasan semenjak Pakatan Rakyat memerintah Selangor sejak 2 tahun yang lepas. Kawasan seluar 120 hektar di Hulu Tamu, Ulu Renting dan beberapa kawasan berdekatan telah dinodai dengan rakus.Begitu juga dengan kawasan hutan simpan di sepanjang jalan Batang Kali-Genting Highlands. Balak bernilai jutaan ringgit telah dikeluarkan daripada kawasan itu oleh pihak tertentu sejak 2008 lagi. Jabatan Hutan telah menyerbu kawasan Hulu Tamu pada Januari lalu dan menjumpai 1500 batang kayu balak bernilai RM 2 juta.Kesemua balak itu telah dirampas.Tidak lama kemudian satu rampasan balak bernilai RM 2juta bersamaan dengan 1500 batang balak turut dirampas bersama dengan jentolak,traktor dan lori yg digunakan untuk aktiviti tersebut. Di Batang Kali,sindiket mencuri balak juga berleluasa dengan kawasan tanah rezab orang asli di Ladang Sungai Remuk seluas 120 hektar turut menjadi mangsa mereka.Hasil maklumat ramai,Pejabat Daerah dan Tanah Hulu Selangor dan Jabatan Hutan berjaya merampas 400 batang balak bernilai lebih RM400 ribu di Jalan Kg Congkak, Batang Kali.Perkara ini mendapat pengesahan daripada pegawai daerah Hulu Selangor, Nor Hisham Ahmad Dahlan.Kumpulan Orang Asli Semelai dan Melayu Porto akan menghantar petisyen kepada Menteri Pembangunan Luar Bandar aga memberi perhatian serius terhadap kegagalan kerajaan Selangor melindungi kawasan mereka. Bagaimana kerajaan Selangor boleh terlepas pandang mengenai jenayah terang-terangan ini? Rakyat sangsi sehingga ada yang berpendapat kerja haram ini dilindungi oleh "orang besar".Jika tidak masakan beribu2 balak boleh dikeluarkan setiap hari selama 2 tahun tanpa sebarang tindakan tegas daripada pihak berkuasa.Exco Alam Sekitar, Ratu Bogel Eli masih tidak mahu memberikan sebarang komen.Kenapa?? Adakah disebabkan adanya kepenting pihak tertentu yang perli dilindungi menyebabkan kerajaan negeri tidak mahu mengeluarkan sebarang kenyataan walaupun serbuan dan rampasan bernilai jutaan ringgit. Terbaru, orang ramai membuat aduan terhadap kegiatan mencuri pasir di Taman Glenmarie dan Taman Ladang Jaya di Shah Alam, berdepan TTDI Jaya yang mana pasir dikorek daripada Sungai Damansara.Kegiatan ini dikatakan bermula hujung Januari lalu dan lebih 30 buah lori mengangkut pasir keluar daripada kawasan ini setiap hari. Sebelum ini ada penduduk mengadu kegiatan curi pasir berleluasa di Sungai langat Bandar Baru Bangi dan Sungai Tangkas.Banyak aduan telah dibuat kepada Pejabat Tanah dan Daerah Hulu Langat.Korang boleh rujuk kepada mereka berapakah jumlah aduan yang telah diterima Kegiatan menyedut pasir secara haram turut dikesan berlaku di Rasa.Aktiviti ini dipercaya berselindung disebalik kerja-kerja mengorek pasir sungai di Sungai Selangor.Semua kegiatan haram ini seolah-olah dilindungi oleh pihak2 tertentu ataupun orang besar didalam kerajaan negeri dalam memastikan poket masing-masing penuh sebelum disampahkan oleh orang-orang Selangor pada PRu 13 nanti.Kegagalan MB Sahak Gagap memantau ketamakkan lanun-lanun mengaut keuntungan daripada hasil bumi Selangor ini telah menyebabkan rakyat semakin hilang kepercayaan kepada kerajaan negeri sekarang. Kepada rakyat Selangor, ayuh bangkit dan tunjukkan kepada pakatan haprak mereka tidak diperlukan lagi.Jangan mintak mereka berubah kerana perubahan hanya sementara.Kepada pengundi P94 Hulu Selangor- Sayangi Selangor Yakini BN. _____________________________________________________________________________________ Mustika: KERAJAAN SELANGOR PIMPINAN KHALID GAGAP BUKANNYA TERLEPAS PANDANG, TETAPI DENGAN SENGAJA MENUTUP MATA DAN MENGORBANKAN ASET NEGERI SELANGOR DEMI KEPENTINGAN SENDIRI..... MASUK POKET BERJUTA-JUTA MANA BOLEH KHALID GAGAP TOLAK..... HAK DAN KEPENTINGAN RAKYAT DINAFIKAN, RAKYAT PERLU BANGKIT MENUNTUT KEADILAN. SELANGOR PASTI AKAN LEBIH AMAN DAN MAKMUR DIBAWAH PEMERINTAHAN BN. | |