MP Wangsa Maju (PKR) dan MP Titiwangsa (PAS) menimbulkan isu pendatang tanpa izin yang berselerak di bandar-bandar seperti di Kuala Lumpur. MP Titiwangsa memberitahu bahawa penjaja-penjaja kecil di kawasan beliau sudah diambil alih oleh PATI. MP Kota Tinggi (Menteri) memaklumkan kepada dewan bahawa pasukan keselamatan terdiri daripada pihak polis, Rela dan Imigresen secara kerjasama telah mengambil tindakan-tindakan yang sepatutnya. Beliau juga memaklumkan bahawa wujudnya PATI di tempat-tempat yang telah disebut adalah disebabkan oleh faktor kita sendiri. Penjaja-penjaja tempatan yang membuka ruang untuk PATI mengambil alih perniagaan kecil mereka.
MP Padang Serai (PKR) meminta Kementerian terbabit mengambil tindakan terhadap persekitaran Kem Kemunting. Beliau mendakwa bahawa persekitarannya agak kotor, semak samun dan menjadi tempat nyamuk membiak. Menteri mengucapkan terima kasih kepada MP Padang Serai kerana rajin melawat kawasan dan memaklumkan kepada beliau.
oleh: Panel
Engkar & Derhaka Kepada Agong
-
TITAH DYMM DI-PERTUAN AGONG SULTAN IBRAHIMPada 18 September 2026, Lembaga
Pengampunan bagi Wilayah-Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur, Labuan dan
Putrajaya t...
2 weeks ago

No comments:
Post a Comment