Thursday, August 14, 2008

ARIFF SHAH VS ANWAR IBRAHIM

gambar:http://pilihan-anda.blogspot.com/

Mustika: Tengah melayari blog pagi ini terjumpa poster ini.

Malam tadi (13 Ogos 2008), Mustika berkesempatan mengikuti pengumuman nama calon yang akan bertanding menentang Anwar di Sunway Carnival Convention Centre, Pulau Pinang. Antara yang hadir selain pemimpin Parti Komponen BN, juga turut hadir adalah penyokong-penyokong BN yang boleh dianggarkan lebih 2500 orang yang hadir, itu belum campur yang ada diluar dewan lagi. Penyokong bukan sahaja orang Melayu, tetapi juga Cina dan juga India.

Apabila nama Dato' Ariff Shah diumumkan oleh Dato' Seri Najib sebagai calon yang akan bertanding di Parlimen Permatang Pauh, suasana dewan menjadi gamat dengan sorakan gembira dan tepukan gemuruh dari penyokong-penyokong BN. Ada seorang penyokong yang sudah Mustika agak umurnya awal 50-an, memberitahu Mustika bahawa Ariff Shah merupakan seorang pemimpin yang bertanggungjawab, sentiasa mesra dengan rakyat, berhati mulia dan macam-macam lagi sifat mulia yang ada pada seorang pemimpin, ada pada Ariff Shah.

Melihatkan kepada sambutan yang diberikan dan sokongan yang tidak berbelah bahagi kepada Ariff Shah, sudah tentu pemimpin ini mampu menandingi Anwar. Kehebatannya terserlah dan sikap kepimpinan beliau juga mampu menawan hati pengundi di Permatang Pauh.

Kepada Ariff Shah, SELAMAT BERJUANG. Usah gentar dan TERUSKAN PERJUANGAN....

Semalam juga Mustika tabik pada Najib kerana dalam ucapan beliau sebelum pengumuman nama calon, Anwar bukan sebagai topik utama. Cuma sekadar menyatakan bahawa jika seorang isteri berkorban untuk suaminya dengan melepaskan jawatan dan kerusi yang dipegang, itu adalah hak peribadi mereka. Usah kita campur. Memang Mustika tabik spring pada Najib. Gentleman orangnya.... Satu lagi pesan Najib agar semua rakyat bersatu padu dan mengekalkan perpaduan yang ada agar benteng pertahanan kita tidak mudah dicerobohi mana-mana pihak yang cuba mengambil kesempatan.

No comments: