Thursday, August 07, 2008

LEBIH 300 PENYOKONG ANWAR BERKUMPUL DI LUAR MAHKAMAH

Sumber: BERITA HARIAN ONLINE

KUALA LUMPUR: Kira-kira 300 orang termasuk penyokong Datuk Seri Anwar Ibrahim berkumpul di sekitar pekarangan Mahkamah Sesyen Jalan Duta, di sini, bagi mengikuti pendakwaan terhadap Penasihat Parti Keadilan Rakyat (PKR) itu.

Mereka termasuk wartawan media tempatan dan asing mula berkumpul seawal jam 6.30 pagi dengan kawalan ketat di pintu masuk ke pekarangan mahkamah. Tinjauan Berita Harian sehingga jam 9 pagi ini mendapati pasukan keselamatan termasuk Unit Pencegah Rusuhan (FRU) ditempatkan di kawasan terbabit.

Wartawan yang ingin memasuki pekarangan dikehendaki mendaftarkan nama masing-masing di dua kaunter khas yang disediakan. Anwar dijangka sampai di mahkamah kira-kira jam 10 pagi bagi menghadapi tuduhan meliwat bekas pembantunya, Mohd Saiful Bukhari Azlan.

====================================================

Mustika: Plot cerita makin menarik. Tak sabar menunggu perkembangan terkini. Difahamkan juga hanya seorang sahaja wartawan dari setiap agensi samada media tempatan atau media asing di benarkan masuk ke dalam Mahkamah Sesyen, di Jalan Duta. Arahan dikeluarkan bagi memastikan mahkamah tidak sesak ketika pertuduhan dijalankan.

No comments: