TAN SRI KHALID IBRAHIM KATA :
Rakyat berhak mempersoalkan Kontrak Sosial sekiranya terdapat kepincangan ketika melaksanakan mana-mana peruntukan yang terkandung dalam Perlembagaan Persekutuan itu. Kewujudan kontrak tersebut tidak bermakna rakyat boleh disekat daripada bersuara jika mendapati hak mereka dinafi atau dipertikaikan.TUN MAHATHIR KATA :
Dia ini tidak faham apa maksud kontrak sosial. Saya ada pada masa itu. Kontrak sosial adalah satu perjanjian yang cukup adil yang diberikan kepada kaum lain di Tanah Melayu ketika itu. Apa sahaja yang orang Melayu dapat, kaum lain juga akan diberi ganti hak-hak yang lain. Sebagai contoh, agama Islam telah dipersetujui sebagai agama rasmi dan penganut agama-agama lain diberi kebebasan dalam menjalankan aktiviti keagamaan mereka!DES KATA :
Jika benar seperti yang Tan Sri Khalid kata "ada kepincangan di dalam kontrak sosial", rasanya beliau tidak akan merasa menjadi Menteri Besar Selangor seperti mana yang dirasainya sekarang. Bagi Des juga kesamarataan yang hendak dibincangnya sudah lari dari konsep keadilan. Keadilan tidak bermakna sama rata. Des rasa semua orang faham konsep ini. Jika semua orang mendapat hak yang sama rata, tanpa memikirkan status latar belakangnya, keadilan tidak akan wujud kerana konsep keadilan adalah meletakkan sesuatu yang hak di tempat yang betul. Tapi nama parti Parti Keadilan Rakyat. Lain kali tukar nama Parti Sama Rata ka, Parti Samarenda ka....
Wallahualam...
Mustika KATA:
Dieorang yang mempertikaikan ni adalah golongan yang tak reti bahasa. Buang masa je layan orang yang macam ni.
2 comments:
Ini MB Selangor aa..dia masih tido looo..Dia tak dak paham jugak..pasai masa jadi ahli koparat dulu pon..bukannya dia yg uruskan syarikat tu tp org lain..
Begitulah jugak sekarang..MB dia tu tersurat saja..Yg tersirat org lain yg memainkan peranan dan fungsi sbg MB..Jadi kalau dia tak reti apa kontrak sosial dan tak reti bahasa..memang layak dan betul la tu.
Sekurang-kurangnya anda mengambilkira soal semasa..bravo.
Post a Comment