Monday, January 05, 2009

PEMIMPIN UMNO MASIH ADA BANYAK MASA.

sumber: chillriver.blogspot

PEMIMPIN UMNO/BN MASIH MEMPUNYAI BANYAK MASA SEHINGGA 17/1/2009 UNTUK BEKERJA DENGAN LEBIH KUAT DIDALAM PRK KUALA TRENGGANU. Bukan seorang, bukan dua orang bukan tiga, empat ataupun 10 orang pemimpin UMNO/BN yang berkampong di Bandaraya Kuala Trengganu sempena Pilihanraya Kecil Kuala Trengganu ketika itu. Malah mungkin ribuan orang.

Apa yang anda sedang lakukan? Apa yang anda telah buat? Apa strategi anda dalam usaha meraih sebanyak mungkin penggundi yang akan mengundi BN?Saya bukan bermaksud mengajar anda semua. Anda selaku pemimpin kami tentunya lebih bijak dan mahir dalam mengatur segala strategi bagi memenangi pilihanraya tersebut.

Saya cuma ingin turut serta memberikan ingatan dari masa kesemasa sebagai satu tanggungjawab bersama selaku ahli UMNO / BN yang ingin melihat kejayaan yang cemerlang dalam pilihanraya tersebut. Saya merasa hampa kerana tidak dapat pergi ke Kuala Trengganu untuk bersama berkempen akibat dari kesibukan ditempat saya sendiri.

Selain saya diberikan tanggungjawab menjaga pejabat, anak sulong saya juga akan melangsungkan perkahwinan dalam waktu terdekat ini.

Kepada rakan-rakan seperjuangan di Kuala Trengganu, misi kita adalah untuk mempertahankan AGAMA, BANGSA DAN NEGARA.

Kita kena jelas yang ini. Kita kena faham bahawa kekalahan UMNO membawa maksud perjuangan memertabatkan Agama dan bangsa akan menjadi lemah dan kekeringan.Kita kena mengetahui sedalamnya, jika kerusi melayu di Parlimen terbahagi dua antara PAS dan UMNO, kekuatan melayu akan menjadi bertambah dikutak katikkan.

Oleh itu semestinya perkara ini kita jelaskan dengan rasa keinsafan kepada pengundi di Kuala Trengganu. Unit sepuluh dalam jentera pilihanraya UMNO/BN mesti berkunjong kesetiap rumah tidak kira rumah PAS dan rumah UMNO, bagi menjelaskan perkara ini. PAS dan UMNO kenalah matang dalam memperjuangkan Agama dan Bangsa melayu kita.Di Sarawak dimana DAP menang Parlimen, Pengundi Cina memberikan kemenangan juga kepada BN diperingkat DUN.

Begitu juga disetengah kawasan lain, pengundi cina yang mengundi DAP dalam masa yang sama mengundi BN juga. Kenapa mereka berbuat demikian? Baca dan fahami sedalamnya dan jelaskan sebaiknya kepada pengundi Kuala Trengganu yang majoritinya melayu itu.Gunakan strategi merayu sebaiknya, memujuk sebaiknya dan gunakan cara-cara yang berhemah serta mulia yang dapat diterima oleh penggundi.

Kerana tugas anda pada pilihanraya kali ini adalah sangat penting kepada survival UMNO/BN, maka jika kena maki, kena ludah, kena tumbuk dan apa sekalipun, kesabaran dan ketahanan adalah merupakan perkara yang sangat mustahak.PUTERI UMNO mestilah bekerja 2 kali ganda daripada biasa. Jangan banyak tidor dan bersantai di Hotel penginapan.

Hampirilah khususnya golongan pengundi muda dan berilah pandangan yang sebenarnya kepada mereka agar mereka tidak diputar-belitkan oleh pemimpin yang menggelarkan diri mereka pejuang agama, tetapi sebenarnya menggunakan agama untuk kepentingan kuasa dan politik mereka.

PEMUDA UMNO jangan hanya berpeleseran dan mengambil kesempatan berkempen untuk KJ, Mukhriz maupun Khir Toyo. Kuala Trengganu bukan masanya berbuat demikian. Di KualaTrengganu, anda mesti pastikan gulungan Muda belia menyokong BN sepenuhnya pada pilihanraya kali ini.

PEMIDATO HANDALAN UMNO, bila lagi nak mengeluarkan taring anda. Masa inilah anda berkesempatan untuk berpidato dan mengeluarkan segala apa yang ada di minda anda. Berilah penerangan yang secukup-cukupnya kepada rakat penggundi KT.

JENTERA URUSETIA...jangan duduk didalam pejabat saja. Anda harus mempastikan makan minum dan segala keperluan yang dikehendaki oleh jentera dilapangan sentiasa mencukupi. Poster juga tersangat penting. Demikian juga dengan kenderaan, komputer, Talian talipon dan sebagainya.

APAPUN JANGAN SAMPAI "RUMAH DAH SIAP, PAHAT MASIH BERBUNYI"..KELAK. DAN JANGAN SAMPAI KITA MENGHADAPI KEKALAHAN YANG TERUK YANG MENYEBABKAN SEMANGAT PEMBANGKANG BERTAMBAH 10 KALI GANDA. BERITA TERAKHIR YANG SAYA PEROLEHI MELALUI SEORANG KAWAN RAPAT DI KUALA TRENGGANU, YANG "TAHI POLITIK", MENGATAKAN SEKARANG PAS MENDAHULUI 60%.BERHATI-HATILAH ANDA DISANA.

Mustika: Chillriver..... setahu mustika sekarang...............di Kuala Terengganu, jentera pilihanraya BN (UMNO) sudah pun menjalankan tugas mereka dengan baik dan penuh kesungguhan. Mustahil usaha keras ini tidak akan membawa apa-apa kejayaan. Paling tidak, Kuala Terengganu dapat ditawan... bukan itu sahaja, pilihanraya ini menyaksikan penyatuan antara parti BN yang sama-sama turun padang bagi memastikan kemenangan berpihak kepada BN/UMNO. Mustika menyaksikannya sendiri, di bumi Kuala Terengganu. (dah berkampung hampir seminggu di sini)

No comments: