Wednesday, January 21, 2009

PENGALAMAN DAN PENGAJARAN

Mustika ingin berkongsi satu kisah yang penuh makna yang mustika 'alami'. Mengenai kekejaman Israel dan kerakusan tentera rejim menjadikan anak-anak kecil dan wanita sebagai sasaran mereka dan tanah bertuah Palestin sebagai medan pertumpahan darah umat Islam yang tidak berdosa...



Mustika berada di Palestin, bersama-sama berlari menyelamatkan diri dari dibom dan ditembak oleh tentera rejim... Mustika melihat sendiri bagaimana tentera rejim melancarkan peluru berpandu dan mengenai berpuluh-puluh umat Islam Palestin yang sedang cuba menyelamatkan diri. Sekelip mata, di hadapan Mustika... mayat-mayat bergelimpangan dan ada yang hancur...Darah membasahi bumi Palestin. Belum pun reda, pesawat-pesawat tentera rejim yang menceroboh ruang udara juga tidak ketinggalan memperlihatkan aksi kejam dan rakus mereka apabila beberapa butir bom mengenai 'sasaran', umat Islam Palestin.




Mustika berlari dan berlari lagi sehingga kaki sudah tidak berdaya. Tangisan dan deraian air mata mengiringi setiap langkah Mustika apabila mengenangkan umat Islam Palestin yang terbunuh, mengenangkan betapa murahnya nilai nyawa mereka dan betapa kejamnya tentera rejim. Ketakutan yang teramat sangat menyelubungi perasaan sehingga kan tiada apa lagi yang Mustika fikirkan selain mencari tempat untuk berlindung. Hati ini terasa begitu pedih, hiba, geram, marah, benci dan terhina. Didepan mata, Mustika menyaksikan segala-galanya. Anak-anak kecil yang tidak mengerti apa-apa, lelaki dan wanita, tua dan muda semuanya menjadi mangsa. Apalah dosa mereka??????!!!!!!!!!!!!!



Langkah Mustika berhenti di sebuah rumah. Seorang wanita separuh abad telah bermurah hati menawarkan perlindungan kepada Mustika di rumahnya. Namun belum pun sempat Mustika menarik nafas lega.... tiba-tiba diluar rumah tentera-tentera Israel sedang mencari mangsa seterusnya untuk "dihapuskan". Wanita itu berpesan kepada Mustika agar pandai menjaga diri. Kata-kata terakhirnya sebelum hilang dari pandangan Mustika.. "Jika bukan ajalmu di sini, bom dan peluru tidak akan menembusi badanmu". Mustika menangis lagi.... hanya Allah yang tahu betapa hati ini melonjak-lonjak untuk pergi dari tempat yang mengerikan itu dan kembali ke rumah seperti sedia kala....


Kringggggggggggggggggggggggggg..........................

Mustika terjaga, pukul 5:30 pagi.... Ya Allah... Mustika bermimpi dan tangisan dibawa ke alam nyata. Mustika beristighfar.. Memohon dikuatkan semangat, memanjatkan doa kepada Allah supaya penderitaan mereka berakhir.



Ketika dalam perjalanan ke pejabat, Mustika terfikir sejenak, apa hikmah di sebalik mimpi itu?



Mustika menemui jawapannya... Namun biarlah jawapan itu hanya Mustika sahaja yang tahu....



Kepada seluruh umat Islam, walaupun kita tidak boleh berjuang bersama mereka, sekurang-kurangnya kita mampu menyumbang dari sudut yang lain. FIKIR-FIKIRKANLAH......

Wallahualam..............


No comments: