
Dalam satu sidang Dewan Undangan Negeri Terengganu, Wahid Endut sendiri mengakui bahawa sepanjang pentadbiran PAS pada 1999-2004, tiada pembangunan yang dibawa oleh PAS ke dalam negeri Terengganu.(Klik di sini). Jika sudah mengakui bahawa PAS tidak membawa pembangunan pun, mengapa masih lagi mahukan jawatan sebagai Ahli Parlimen pula? Jika masuk ke dalam parlimen pun, bolehkah PAS menjadi parti yang dominan melebihi PKR dan DAP dalam Pakatan Rakyat? Kuala Terengganu adalah medan pilihan raya secara demokrasi, jangan jadikan Kuala Terengganu medan membaling batu, meraba, memukul orang dan memprovokasi orang lain. Amalkanlah demokrasi tersebut dengan baik, jangan salah gunakan terma demokrasi untuk berbuat sesuka hati sahaja.
sumber: angin perubahan
No comments:
Post a Comment