Wednesday, February 18, 2009

ISU ADUN BUKIT LANJAN: MEDIA PULA YANG DIPERSALAHKAN

Isu gambar bogel ADUN Bukit Lanjan, Elizabeth Wong kini sedang hangat diperkatakan. Di Parlimen semalam, Ahli Parlimen PAS, Dr. Lo' Lo' secara terang-terangan menyalahkan media kerana kononnya media merupakan 'penjenayah' yang harus dituding jari kerana memperbesar-besarkan isu tersebut... Pelik tapi benar, lepas ni media kat Malaysia ni kenelah duduk diam dan akhbar tak perlu dicetak, berita tak perlu disiarkan lagi, dan suara pemberita tak boleh lagi berkumandang di mana-mana corong radio. Almaklumlah, media dah jadi orang yang bersalah so tutup jelah kan semua stesen-stesen TV, radio dan media cetak.....

Sebagai ahli Parlimen yang dipilih untuk mewakili suara rakyat di Parlimen, jangan lah bercakap tak pakai akal... Bila terkena tang batang hidung sendiri, sesuka hati jer tuding jari kat media. Tak ada media, Ahli Parlimen pun orang tak kenal tau.

Satu lagi, kenapa nak dibela orang yang bersalah? Kata orang, berani kerana benar. Elizabeth meletakkan jawatan beliau kerana malu dan merasa bertanggungjawab atas kesalahan yang dibuat (bersalah lah tu, kalau tak takkan 'lari' camtu je).

Apa-apa pun biarlah pihak polis yang menentukan nya. Difahamkan sekarang ni polis sedang menjalankan siasatan dan beberapa orang yang berkenaan telah dipanggil untuk memberi keterangan. Tunggu je lah........

p/s: BANGKAI GAJAH MANA BOLEH NAK TUTUP DENGAN SEHELAI DAUN........

No comments: