Thursday, April 16, 2009

MASIH TIDAK MENGERTI

Dalam kegairahan sesetengah manusia mengejar cita-cita dan impian mereka, mereka lupa ada yang menderita dan sengsara. Pelbagai ragam manusia yang kita selalu lihat samaada kita tonton di televisyen mahupun yang di baca di dada-dada akhbar. Malah mungkin juga ada antara kita yang menyaksikannya sendiri.

Mustika sedih apabila melihat ada sesetengah pemimpin hari ini yang disanjung tinggi oleh penyokong mereka cuba memperlihatkan kealiman disebalik kekejaman dan kerakusan. Rakyat dijadikan boneka, negara dijadikan subjek eksperimen kekejaman dan agama dijadikan bahan persenda.

Menyoroti kisah Perdana Menteri kita yang terperangkap di Thailand baru-baru sudah cukup menggerunkan hati Mustika. Rusuhan dan tunjuk perasaan yang berlaku di Thailand janganlah direalisasikan di negara bertuah Malaysia ini. Biarlah ia terjadi di negara orang, jangan terjadi di bumi Malaysia.

Puas kah hati kita apabila melihat rakyat menderita, ekonomi terjejas, bumi bagaikan padang jarak padang tekukur dan agama sudah tidak dijadikan panduan dan pedoman lagi? Mahukah kita yang selama ini bebas bergerak ke mana sahaja menjadi patung dan boneka di tempat persembunyian dek kerana darurat yang melanda negara? Anak-anak kecil yang tidak mengerti apa-apa mahukah kita ajari mereka dengan dendam kesumat yang membara?

Janganlah...............

Cukuplah dengan penderitaan yang kita lihat di negara lain.....

Mustika kadang tidak mengerti apa yang pembangkang mahukan? Zaman Tun Mahathir memerintah negara, dianggap pemimpin zalim.....(kerana memecat Anwar Ibrahim), Zaman Pak Lah memerintah, dikatakan lemah pemerintahannya......didesak berundur. Sekarang Najib yang memegang tampuk pemerintahan negara juga dituduh macam-macam. Tak sampai sebulan macam-macam dikatanya, difitnah dan dicabar kredibiliti pemimpin berwibawa ini....

Apa yang mereka (pembangkang) mahukan sebenarnya?

No comments: