Ada sebuah kapal yang diberi nama Armada Pakatan Rakyat..... Kapal yang diterajui oleh seorang kapten yang dikenali dengan nama Anwar Ibrahim ini membawa bersama 5 orang anak kapal.
Nak dijadikan cerita, kapal yang sedang belayar ini terumbang-ambing di pukul ombak tsunami yang teramat dahsyat sehingga akhirnya kapal yang rosak 90% itu terdampar di sebuah pulau.
Kapten yang tidak tahu selok belok di pulau tersebut mengarahkan supaya anak kapalnya mencari kawasan untuk didirikan khemah.....
Anak kapal yang kebingungan cuba mencari tapak yang sesuai. Mereka sepakat untuk tidak berkongsi khemah yang sama kerana takut berjangkit bermacam jenis penyakit merbahaya yang dikhuatiri ada pada anak kapal yang lain.....
Kapten kapal hanya tersenyum sinis melihat kebodohan anak kapalnya. Masakan tidak, kapten tersebut sebenarnya sudah menemui gua yang cantik untuk berteduh.
Hanya anak kapal nya sahaja yang masih terkial-kial membina khemah masing-masing dengan hanya bertiangkan ranting pokok dan berbumbungkan pelepah kelapa. Setelah yakin mereka membina khemah yang kukuh dan kuat, anak kapal-anak kapal ini pun masuk ke dalam khemah masing-masing.
Nak dijadikan cerita pula, salah satu khemah yang dihuni anak kapal bernama Nizar rosak teruk dipukul ribut dan angin kencang yang tiba-tiba sahaja melanda. Habis basah kuyup si Nizar, namun dia tetap bersikap sombong dengan mengatakan kepada rakan-rakannya bahawa dia masih boleh membina khemah baru yang lebih elok dan kukuh. Malangnya, Nizar tidak menemui satu pun ranting pokok mahupun pelepah kelapa untuk membuat khemah yang baru. Nizar yang kecewa dan malu akhirnya lari bersembunyi di dalam hutan.
Tetapi sebenarnya bukan sahaja khemah Nizar yang ranap, khemah-khemah yang lain juga hampir-hampir rosak dan nampak rompong sana-sini. Namun masing-masing tidak mahu mengakui nya dan dengan angkuh mereka berkata, "Khemah aku elok lagi.........".
Si Kapten hanya memandang dan berkata dalam hatinya.......... "Itu bukan masalah aku", sambil menggoyang kakinya dan akhirnya terlena dibuai mimpi indah menjadi raja di pulau yang tidak berpenghuni itu.....
Sekian.........................................
No comments:
Post a Comment