

Pemimpin-pemimpin Pakatan Rakyat memang kurang ajar dan biadap apabila mengingkari titah Sultan yang tidak mahu Masjid dicemari dengan ceramah-ceramah politik murahan.
Budaya kurang ajar dan biadap ini sudah menjadi darah daging Pakatan Rakyat.
"PENA MENARI DI DUNIA CYBER"


Tindakan Pakatan Rakyat menabur fitnah di saat-saat akhir tempoh berkempen telah pun dijangka oleh Barisan Nasional. Ini kerana, Pakatan Rakyat terdesak kerana tiada isu untuk menghentam calon Barisan Nasional yang dianggap bersih. Tujuan Pakatan Rakyat menabur fitnah agar pengundi-pengundi di Hulu Selangor menyimpan perasaan buruk dan ragu-ragu terhadap Barisan Nasional. Tindakan pakatan rakyat dilihat keterlaluan dan tidak wajar. Mereka terdesak dan tersepit dalam permainan yang mereka atur sendiri.
Masihkan ingat pada peristiwa Kampung Buah Pala yang menjadi hangat diperkatakan di seluruh negara sekitar akhir tahun 2009?
Kampung ini pada asalnya adalah penempatan untuk pekerja ladang yang bekerja dengan keluarga Mr. Brown. Apabila keluarga Brown meninggalkan Pulau Pinang, tanah Kampung Buah pala telah dijanjikan kepada penduduk-penduduk di sana melalui penubuhan Amanah Perumahan (Housing Trust). Kampung Buah Pala yang juga dikenali sebagai High Chaparral oleh rakyat Pulau Pinang kerana kampung ini terletak di atas sebuah bukit kecil di Bukit Gelugor. Penduduk Kg. Buah Pala sudah menetap di kampung tersebut sejak 5 generasi atau hampir 200 tahun.
kerajaan DAP yang ditubuhkan selepas Pilihan Raya Umum Ke-12 pada tahun 2008 yang meluluskan dokumen tukar hak milik Kampung Buah Pala. Kerajaan kepimpinan Pakatan Rakyat meluluskan cadangan projek oleh Koperasi Pegawai Kerajaan Negeri Pulau Pinang dan Nusmetro Venture Sdn Bhd untuk membina kondominium mewah di tapak tanah Kampung Buah Pala. Kerajaan Negeri (Pakatan Rakyat) tidak mengambil tindakan untuk memberhentikan atau membekukan proses pindah milik tanah, sebaliknya berpihak kepada pemaju dalam mengusir penduduk dari Kampung Buah Pala. Kerajaan Pakatan Rakyat seharusnya membela rakyat dan bukannya berdegil dan mendahulukan kepentingan pemaju.
Apa yang berlaku sebenarnya rakyat di Pulau Pinang terpedaya dengan janji-janji Pakatan Rakyat yang hanya mementingkan perjuangan individu semata-mata.
Justeru, Penolong Setiausaha Pertubuhan Penduduk Kampung Buah Pala, C Thamaraj meminta pengundi-pengundi di Hulu Selangor agar tidak termakan dengan janji-janji manis Pakatan Rakyat yang hanya pandai menabur janji , tidak amanah dan jujur dalam mentadbir. Beliau juga mendakwa, Pakatan Rakyat Pulau Pinang telah menjanjikan sebuah banglo untuk pampasan kepada penduduk Kampung Buah Pala namun ianya hanya janji kosong semata-mata.
Mustika juga ingin menyeru kepada semua pengundi-pengundi di Hulu Selangor agar membuat pilihan yang bijak dan tidak terjerat dengan helah Pakatan rakyat yang terang-terangan sudah TIDAK RELEVAN....
Sesuatu yang agak memeranjatkan apabila Tun Mahathir, idola kepada seluruh rakyat Malaysia turun berkempen untuk calon Barisan Nasional, P.Kalamanathan. Sesuatu yang tidak terduga, apabila Tun Mahathir yang pada awalnya mengatakan yang beliau tidak akan turun berkempen di dalam pilihanraya kecil Hulu Selangor tiba-tiba muncul di Serendah untuk membantu jentera pilihanraya BN dan calon BN. Jutaan terima kasih kita ucapkan kepada Tun Mahathir kerana sudi meluangkan masa membantu. Sebenarnya ucapan terima kasih ini tidak memadai sekiranya hendak dibandingkan dengan jasa yang telah Tun curahkan kepada Malaysia.Sambil mendengar ucapan Tun Mahathir tadi, kepala aku ligat berpusing memikirkan sebab dan musabab Tun turun berkempen sedangkan Tun telah mengatakan yang Tun tidak akan turun berkempen di Hulu Selangor. Inilah kehebatan yang ada pada Tun kerana semasa ucapannya itu, Tun telah memberikan aku jawapan kepada persoalan yang berlegar di dalam kepala aku. Sebabnya Tun turun berkempen di Hulu Selangor : KERANA TUN PERCAYA AKAN KEBOLEHAN YANG ADA PADA DATO' SRI NAJIB. Ini diakui oleh Tun sendiri bilamana Tun mengatakan yang rakyat akan kembali kepada BN kerana Malaysia sekarang mempunyai Perdana Menteri yang bijak.
Di dalam ucapannya, Tun turut memuji calon BN yang katanya ikhlas, baik dan fasih berbahasa Melayu walaupun berbangsa India. Tun turut berkata, rakyat Hulu Selangor tidak seharusnya memilih Zaid Ibrahim dan Zaid Ibrahim diibaratkan seperti katak dan kacang yang lupakan kulit. Tambah Tun, Zaid Ibrahim menjadi kaya raya kerana syarikat guamannya banyak dibantu oleh kerajaan Barisan Nasional dan apabila sudah kaya Zaid Ibrahim menjadi lupa diri dan lupakan orang yang membantunya. Dan keadaan ini memungkinkan Zaid melupakan orang-orang Hulu Selangor justeru Zaid Ibrahim tidak selayaknya menjadi wakil rakyat bagi orang-orang Hulu Selangor.
Kita terimalah nasihat dari Tun, orang yang telah banyak berjasa kepada Malaysia. Jika satu dunia mengagumi kebolehan dan menerima pakai apa yang Tun katakan, adalah amat malang jika orang-orang Hulu Selangor sendiri tidak mahu mengambil pakai apa yang Tun nasihatkan.
Mustikaindah: TUN MAHATHIR SANGGUP TURUN BERKEMPEN UNTUK CALON BN. TABIK SPRINGGGGG UNTUK TUN. TERIMA KASIH TUN. WALAUPUN SUDAH BERSARA DARI KERAJAAN, TUN MASIH SETIA DENGAN MENYOKONG DAN MEMBERI SEMANGAT KEPADA PEMIMPIN-PEMIMPIN BN YANG LAIN. KEPADA PEMIMPIN-PEMIMPIN BN, TERUSKAN PERJUANGAN. KERANA PERJUANGAN KITA MASIH BELUM SELESAI......................
Bagi menjana kewangan negeri untuk membuat semua program ”kebajikan” negeri, Khalid hanya mempergunakan kesenangan yang telah tersedia.
Liciknya Khalid sehingga mampu mengaburi mata rakyat. namun apa yang Khalid lakukan di Selangor. hanya goyang kaki sambil menunggu kantung poketnya penuh..........
JAWAPAN ISU-ISU TANAH YANG DIBANGKIT OLEH
KERAJAAN NEGERI SELANGOR
“Selepas ‘merampas’ tanah Yayasan Basmi Kemiskinan di Serendah, Kerajaan Negeri mengarahkan Jabatan Audit Negeri menyemak harta-harta lain yang dimiliki oleh YBK”.
Merujuk kepada kenyataan di atas, pihak Yayasan ingin menyatakan bahawa tidak ada peruntukan undang-undang dalam UNDANG-UNDANG TUBUH YBK, yang membolehkan Kerajaan Negeri Selangor mengaudit urusan kewangan YBK. Perkara ini jelas terkandung di dalam KLAUSA 16 UNDANG-UNDANG TUBUH YBK, yang turut memperuntukan bahawa hanya firma akauntan bertauliah yang dilantik Lembaga Pemegang Amanah berhak untuk mengaudit urusan kewangan YBK.
MUSTIKA: DALAM ERTI KATA YANG MUDAH, KERAJAAN NEGERI TIDAK MEMPUNYAI HAK UNTUK CAMPUR TANGAN DALAM URUSAN KEWANGAN YBK.
Bagaimanapun, kami tidak ada halangan kepada usaha Kerajaan Negeri Selangor untuk menyenaraikan dan mengaudit harta-harta yang telah diluluskan kepada YBK. Usaha tersebut akan turut mengesahkan kenyataan kami mengenai senarai tanah yang telah diluluskan kepada YBK.
Untuk makluman umum, projek-projek berikut telah dibangunkan ke atas tanah-tanah yang telah diluluskan kepada YBK.
1 - TANAH DI SERENDAH ( 6 ekar)
Tanah ini telah dibangun sebuah Kompleks Asrama Kasih yang dibina pada tahun 1994 bagi menempatkan seramai 300 orang pelajar yang terdiri daripada anak-anak yatim dan fakir miskin. Sehingga kini seramai 2173 orang telah mendapat manfaat daripada program ini.
MUSTIKA: YBK TELAH MENAUR BAKTI DEMI MEJAGA KEPENTINGAN ANAK YATIM DAN FAKIR MISKIN2 - TANAH DI KUALA SELANGOR @ MUKIM API-API ( 5.4 EKAR)
Tanah ini telah dibangunkan sebuah Pusat Latihan Kemahiran yang dikenali sebagai Pusat Latihan YBK yang dibina pada tahun 1992. Sehingga kini PLYBK telah melahirkan seramai 1504 pekerja mahir. Antara kursus-kursus yang ditawarkan ialah Kursus Mekanik Kenderaan Motor (Automotif), Kursus Lukisan Pelan, Kursus Lanskap, Kursus Elektrik dan Kursus Pemasangan Penyaman Udara.
MUSTIKA: YBK BERUSAHA MELAHIRKAN TENAGA KERJA MAHIR DEMI MENINGKATKAN TARAF EKONOMI RAKYAT
3 - TANAH DI RAWANG ( 8 EKAR) & SERENDAH ( 8 EKAR)
Tanah ini sedang dibangunkan sebagai projek perumahan dan kormesil sebagai usaha YBK untuk mempertingkatkan nilai tanah. Projek ini diharap dapat membiayai semua program pembasmian kemiskinan oleh YBK tanpa mengharap ehsan masyarakat di masa akan datang.
MUSTIKA: YBK BERUSAHA MENAIKKAN TARAF HIDUP RAKYAT DI SELANGOR
MUSTIKA: KERAJAAN KHALID GAGAP SEOLAJ-OLAH TERLALU 'TERLIUR' UNTUK 'MELAHAP' KEPENTINGAN YBK. MENGAPA? KERANA NILAIAN TANAH YBK MAMPU MEMBUATKAN KHALID GAGAP DAN KRONI-KRONINYA MAMPU 'MAKAN MEWAH' WALAUPUN SUDAH TIDAK MEMEGANG TAMPUK PEMERINTAHAN NEGERI SELANGOR
Dosa Pakatan Rakyat Kepada Rakyat Selangor | |
Masih adakah Melayu yang sanggup memberi undi kepada pakatan hina ini.Pemimpin Melayu dan Islam di dalam Pakatan Rakyat hanyalah sebagai boneka kepada lanun-lanun tamak bertaraf pendatang.Fikir-fikirkanlah | |
Calon Barisan Nasional (BN) bagi Pilihan Raya Kecil (PRK) Parlimen Hulu Selangor, P Kamalanathan yakin kepada kempen secara bersih dan telus.
Fitnah sama sekali ditolak oleh anak jati Selangor yang pernah bersusah payah merebut peluang belajar itu.
Sepanjang pengalaman beliau dalam proses perebutan kerusi dalam mana-mana pilihan raya, fitnah merupakan sentimen yang sering dimainkan untuk memancing undi di samping menjatuhkan keperibadian seseorang calon.
“Berdasarkan pengalaman dari siri kempen yang lepas, mewujudkan fitnah merupakan satu kesalahan besar yang harus dielakkan.
“Saya telah berpesan kepada jentera BN kita hanya akan berkempen cara bersih, berpandukan apakah pencapaian saya sebelum ini, apa yang BN mampu lakukan dan apa yang Kamalanathan mampu lakukan jika diberikan peluang oleh para pengundi,” katanya dalam rancangan bual bicara Soal Jawab yang disiarkan di TV3 malam Isnin.
Ketika disoal tentang janji beliau pada penduduk Hulu Selangor, Kamalanathan menegaskan penyediaan keperluan asas akan diberi penekanan dalam agenda kempen beliau.
Kamalanathan berkata antara keutamaan beliau jika menang ialah, penyediaan keperluan asas yang secukupnya, pembangunan tanah-tanah kosong di sekitar Hulu Selangor dan pembinaan kampus baru Universiti Teknologi MARA (UiTM).
“Pembangunan tanah kosong dan kampus UiTM ini dilihat mampu meningkatkan petumbuhan industri-industri di sekitar kawasan sekaligus mampu mewujudkan peluang perniagaan dan pekerjaan yang lebih banyak,” katanya lagi.
Selain itu Kamalanathan yang fasih bahasa Melayu, Tamil dan Inggeris serta sedikit Mandarin berkata penguasaan melebihi satu bahasa merupakan satu ‘advantage’ bagi seseorang , khususnya ahli politik.
Beliau berkata setiap rakyat Malaysia harus fasih dalam Bahasa Melayu kerana statusnya sebagai bahasa kebangsaan dapat menghubungkan semua kaum di Malaysia serta dapat mengikat silaturrahim antara rakyat.