Pemimpin 'Agung' PKR, Anwar Ibrahim menyatakan bahawa BN sedang sibuk menjaja perihal keperibadian calon PKR di Hulu Selangor. Namun harus diingat, dahulu di Permatang Pasir, PAS sibuk menjaja isu calon BN yang mempunyai 2 orang isteri. Apabila terkena batang hidung sendiri, PKR diibaratkan seperti "daun semalu, baru disentuh, sudah kuncup", dan tak kembang-kembang lagi selepas itu......

PKR dan Anwar Ibrahim sebenarnya sudah tidak mempunyai calon-calon yang bewibawa yang boleh diangkat menjadi pemimpin sehinggakan "si peminum arak tegar" menjadi ayam taruhan mereka. Dalam keterpaksaan Brader Anwar Berahim terpaksa memilih Zaid yang merupakan 'bapa segala katak'. Ibarat tewas sebelum berjuang, PKR menjadi lemah dan hanya menunggu saat-saat kejatuhan dek kerana penangan Brader Anwar Berahim yang 'berahi' untuk menjadi Perdana Menteri Negara Boneka ciptaannya sendiri.
Mustika percaya pengundi-pengundi di Hulu Selangor bijak memilih. Kata orang;
KALAU MEMILIH PEMIMPIN,
YANG PERTAMA ELOK, KEDUA PANDAI.
Elok dalam ertikata baik budi bahasanya, pekertinya dan perangainya. Dan calon yang wajar dipilih adalah P Kamalanathan.
JADILAH PENGUNDI YANG BIJAK
UNDILAH BARISAN NASIONAL.
No comments:
Post a Comment