Thursday, August 14, 2008
HUBUNGAN PAS, PKR DAN DAP 'TERSIMPUL MATI'
Katanya, Pas tidak mahu berpisah daripada gabungan pembangkang itu sebaliknya segala masalah yang tercetus dalam pakatan pembangkang akan diselesaikan menerusi konsep musyawarah.
Beliau berkata, kemenangan yang diperoleh Pas semasa pilihan raya umum baru-baru ini adalah atas nama pakatan pembangkang dan kerjasama tersebut akan berterusan sampai bila-bila.
Mohamad berkata demikian semasa merasmikan Muktamar Tahunan Dewan Muslimat Pas Ke-48 di sini, hari ini. - Utusan
******************************************************
MUSTIKA: Inilah contoh pemimpin tak sedar diri. Orang dah buat macam-macam pun masih nak menangkan lagi. Mustika percaya jauh di sudut hati pemimpin ini tidak membenarkan dan mengizinkan segala pelakuan kurang ajar dan melampaui batas DAP dan PKR tetapi apakan daya, hubungan mereka sudah 'tersimpul mati', sudah tidak boleh dipisahkan lagi. Kasihan...........
Pemuda PAS juga telah menyarankan supaya jangan terlalu taksub dengan Anwar. Nampaknya ada kepincangan dan perbezaan pendapat antara Pemuda PAS dan juga Naib Presiden PAS sendiri. Apa sudah jadi?
ANWAR DALANG DISEBALIK FORUM ANJURAN MAJLIS PEGUAM?
gambar: http://anginperubahan.blogspot.com/ ARIFF SHAH VS ANWAR IBRAHIM
gambar:http://pilihan-anda.blogspot.com/Mustika: Tengah melayari blog pagi ini terjumpa poster ini.
Malam tadi (13 Ogos 2008), Mustika berkesempatan mengikuti pengumuman nama calon yang akan bertanding menentang Anwar di Sunway Carnival Convention Centre, Pulau Pinang. Antara yang hadir selain pemimpin Parti Komponen BN, juga turut hadir adalah penyokong-penyokong BN yang boleh dianggarkan lebih 2500 orang yang hadir, itu belum campur yang ada diluar dewan lagi. Penyokong bukan sahaja orang Melayu, tetapi juga Cina dan juga India.
Apabila nama Dato' Ariff Shah diumumkan oleh Dato' Seri Najib sebagai calon yang akan bertanding di Parlimen Permatang Pauh, suasana dewan menjadi gamat dengan sorakan gembira dan tepukan gemuruh dari penyokong-penyokong BN. Ada seorang penyokong yang sudah Mustika agak umurnya awal 50-an, memberitahu Mustika bahawa Ariff Shah merupakan seorang pemimpin yang bertanggungjawab, sentiasa mesra dengan rakyat, berhati mulia dan macam-macam lagi sifat mulia yang ada pada seorang pemimpin, ada pada Ariff Shah.
Melihatkan kepada sambutan yang diberikan dan sokongan yang tidak berbelah bahagi kepada Ariff Shah, sudah tentu pemimpin ini mampu menandingi Anwar. Kehebatannya terserlah dan sikap kepimpinan beliau juga mampu menawan hati pengundi di Permatang Pauh.
Kepada Ariff Shah, SELAMAT BERJUANG. Usah gentar dan TERUSKAN PERJUANGAN....
Semalam juga Mustika tabik pada Najib kerana dalam ucapan beliau sebelum pengumuman nama calon, Anwar bukan sebagai topik utama. Cuma sekadar menyatakan bahawa jika seorang isteri berkorban untuk suaminya dengan melepaskan jawatan dan kerusi yang dipegang, itu adalah hak peribadi mereka. Usah kita campur. Memang Mustika tabik spring pada Najib. Gentleman orangnya.... Satu lagi pesan Najib agar semua rakyat bersatu padu dan mengekalkan perpaduan yang ada agar benteng pertahanan kita tidak mudah dicerobohi mana-mana pihak yang cuba mengambil kesempatan.
Wednesday, August 13, 2008
PAKATAN RAKYAT MENUJU PUTRAJAYA: PKR JANGAN BERMIMPI DI SIANG HARI
Jangan harap mereka boleh menerajui Putrajaya jika belum setahun memerintah sudah nampak kepincangan nya, sudah terserlah ketidak matangan kepimpinan mereka dan sudah terobek hati dan perasaan orang Melayu. Wajarkah hak Melayu di jadikan bahan uji kaji bagi mendapatkan sokongan pengundi bukan Melayu? Jawapannya TIDAK!!!
Anwar orang Melayu, Khalid Ibrahim juga orang Melayu.... Sanggup mereka memperdagangkan nasib Melayu. Memang TIDAK BERHATI PERUT LANGSUNG!!!
PAS TERUS_TERUSAN JADI KUDA TUNGGANGAN PKR & DAP
gambar:http://pewarismelayu.blogspot.com/
Mustika: PAS sudah terus-terusan menjadi kuda tunggangan Parti KeAdilan dan juga DAP. Tatkala negara digegarkan dengan kenyataan MB Selangor bahawa kouta pelajar UiTM harus dibuka 10% kepada pelajar bukan Melayu, PAS cuma berdiam diri. Dulu isu babi juga PAS diam. Agaknya PAS takut dan gentar dengan PKR dan DAP. Yelah mereka sekarang bernaung di bawah Pakatan Rakyat yang diterajui PKR dan DAP. PAS diibaratkan "ditelan mati mak di luah mati bapak". Itulah...... UMNO ajak muzakarah, degil, TAK NAK!, sombong! Tengok sekarang apa jadi? PAS sudah terkunci mulut, tergadai maruah!KENAPA KHALID KALUT?

Sakit hatinya saya apabila membaca Utusan Malaysia hari ini pada artikel bertajuk MB akui kerajaan negeri tiada hak. Kenapa si Khalid Ibrahim ni beria-ria sangat nak mempertahankan ideanya untuk membenarkan 10% pelajar bukan bumiputera ke dalam Uitm?
Berikut pandangan penulis:
1) Tahniah kepada pengundi Melayu kerana mengundi PKR pada PRU12 yang lepas.
2) Ini merupakan siri membalas jasa kepada pengundi Melayu selepas projek Kandang Babi Mega Teressa Kok.
3) Kerajaan PKR nampak sangat kerajaan boneka.
Khalid Ibrahim umpama lembu dicucuk hidung, boleh ditarik kesana dan kemari, lembu yang digunakan apabila hanya membajak sawah sahaja. Lepas padi dituai, orang lain yang makan.
4) Khalid Ibrahim sememangnya bukan pejuang Melayu, bukanlah pejuang yang mempertahankan hak dan keistimewaaan Melayu, tetapi Khalid adalah pejuang kesamarataan sama seperti Lim Kit Siang and Co.
5) Nampak sangatlah Khalid Ibrahim ni gila kuasa.
6) Tahniah kepada pelajar Uitm yang terus menyokong PKR dan PR walaupun busuk apabila dihidu.
__________________________________________________
TAKTIK PUKUL BELAKANG DAN SERIBU MUKA DSAI: SATU PENDEDAHAN OLEH NALAKARUPAN DAN M. EZAM
oleh: PENGUNDI BIJAK
Pilihanraya Kecil Permatang Pauh pada 26 Ogos 2008 merupakan peluang kepada semua pengundi untuk menolak Pakatan Rakyat yang telah banyak menimbulkan masalah kepada landskap politik negara yang berteraskan Demokrasi berparlimen dan Raja Berpelembagaan.
Semakin jelas sekarang Pakatan Rakyat yang diterajui oleh Parti KeAdilan Rakyat menggunakan taktik menghasut dan pecah belah serta 'talam dua muka' bagi meraih sokongan pengundi India, Cina dan Melayu.
Yang terbaru ialah pengumuman Setiausaha Agong PKR, Tan Sri Khalid Ibrahim untuk membuka pintu UiTM kepada pelajar-pelajar India dan China dengan memberi kouta kemasukan sebanyak 10% hanya atas dasar mahu melihat wujudnya persaingan yang sihat dikalangan pelajar-pelajar Melayu.
Pengumuman ini yang mendapat arahan daripada Penasihat PKR, Dato' Seri Anwar Ibrahim dilakukan semata-mata untuk meraih sokongan pengundi di Permatang Pauh walhal kedua-dua pemimpin PKR tadi memang telah menelah lebih awal bahawa kenyataan tersebut akan mengundang kemarahan seluruh masyarakat Melayu.
Sebagai pemimpin Melayu dan bekas Timbalan Perdana Menteri serta bekas korporat yang memainkan peranan cukup penting memajukan ekonomi orang-orang Melayu melalui PNB seketika dahulu, orang Melayu percaya hati kecil mereka tidak mengizinkan UiTM itu dibuka kepada orang-orang bukan Bumiputera, bak kata pepatah Inggeris "blood is thicker than water". Tetapi politik 'talam dua muka' mereka atau politik 'seribu muka', kata orang Sabah menghalalkan mereka membuat pembohongan kepada orang-orang bukan Melayu semata-mata untuk menggambarkan bahawa Parti Keadilan Rakyat itu berjuang untuk semua rakyat Malaysia sesuai dengan sifat multi-racial nya konon.
Bagi pengundi Cina dan India, mereka perlu ingat dan sedar bahawa pemimpin PKR khususnya DSAI pernah mengeluarkan kata-kata bahawa beliau akan melenyapkan bunyi loceng kuil dalam peristiwa pergaduhan di Kampung Medan semata-mata untuk memartabatkan dirinya sebagai juara orang Islam.
Yang terbaru seperti didedahkan oleh Dato' Nalakurapan dalam Majlis Membongkar Rahsia Anwar pada malam tadi 12 Ogos 2008 di Permatang Pauh, DSAI sedang sibuk menjaja dirinya dikalangan pengundi-pengundi India di Permatang Pauh sebagai watak Sibaji yang masyhur dalam filem-filem Tamil bagi menarik sokongan pengundi India. Kata Nalakurapan lagi, kalau Tan Sri P. Ramlee masih hidup beliau akan mati terkejut kerana Anwar meniru wataknya ini.
Taktik 'pintu belakang' ini adalah diluar tabii dan itulah yang selalu diamalkan dan akan terus diamalkan oleh DSAI. Sesungguhnya, ia merbahaya kepada masyarakat berbilang kaum dan Negara. Seluruh pengundi Permatang Pauh wajib menolaknya. Gunakan peluang 26 Ogos ini untuk meleburkan PKR.
KETUANAN DAN KEISTIMEWAAN ORANG MELAYU...

TAN SRI KHALID KATA : ''UiTM perlu bersikap global dalam usaha untuk menentukan siswazahnya lebih mesra dan serasi dengan masyarakat yang berbilang kaum dan bangsa agar dapat bersaing secara sihat"Tan Sri Muhammad
“Inilah (orang) yang dikatakan mahu membantu orang Melayu, mahu memperjuangkan orang Melayu... kalau boleh mahu bahagi-bahagikan semua yang ada. “PKR sebenarnya bukan parti Melayu tetapi parti berbilang kaum. Pemimpinnya tidak ada hak memperjuangkan orang Melayu.“Sebab itulah dia membuat cadangan ini dan berita ini pasti akan menggembirakan orang Melayu yang telah mengundi mereka... terimalah hadiah ini,”
Penulis KATA :Tan Sri Khalid nampak gayanya memang nak gadaikan segala keistimewaan hak orang Melayu di negara ni nampak gayanya. Itu pasal PKR tak pernah setuju dengan konsep Ketuanan Melayu. Apa yang mereka perjuangkan ialah kononnya kesamarataan hak rakyat dan tidak semestinya semuanya di bolot Melayu.
Konsep ketuanan Melayu sebenarnya adalah satu konsep yang cukup mudah untuk difahami tetapi telah disalah tafsirkan oleh kebanyakan pihak. Ianya umpama, benda yang halal, dipakaikan dengan sesuatu yang tidak kena pada tempatnya...maka ianya nampak seperti haram. Begitu juga dengan konsep Ketuanan Melayu ini. Ada pihak mentafsirnya sebagai dominasi Melayu. Ianya silap serta lari dari konsep.
Di Malaysia tidak ada dominasi mana-mana pihak. Tidak ada dominasi Melayu, tidak ada dominasi Cina, tidak ada dominasi India atau mana kaum di sini.
Sebelum kehadiran etnik-etnik lain ke Tanah Melayu, ada satu etnik majoriti yang menduduki, menjaga, mengusahakan, mentadbir tempat ini. Namanya MELAYU! Oleh kerana pentadbirannya dijaga dan diusahakan oleh orang MELAYU, maka tempat ini (Tanah Melayu), dulunya berpenghuni dan dan juga berTUAN. Tuannnya pula bernama ORANG MELAYU. Oleh itu, kenapa susah sangat nak faham konsep KETUANAN MELAYU.
Kemudian tibalah orang-orang Cina dari Tanah Besar dan orang India dari semenanjung India untuk berkhidmat dan bekerja di sini. Orang Melayu ni, pemurah, dia bagi etnik-etnik lain masuk ke tempatnya untuk bekerja dan mencari rezeki. Kemudian, bagi pulak hak kerakyatan menjadi warganegara kekal di sini.
Sekarang, penduduk Tanah Melayu bertambah ramai, ekonomi bertambah makmur, politik kejap ok, kejap merapu. Di sini lah bermulanya pertikaian hak-hak masing, dan orang Melayu mahu mengisytiharkan hak-hak istimewanya jangan diganggu gugat. Orang Cina pun mahukan hak, orang India pun mahukan hak.
Perlu diingatkan di sini, etnik-etnik luar yang datang ke nagara ini, kemudian menjadi warganegara di sini adalah etnik serpihan dari keseluruhan rakyat di Tanah Melayu. The originality is still Malays. Sebab itu kita sebut KETUANAN MELAYU dan orang Melayu punya hak dan keistimewaan yang harus dipertahankan.Kemudian muncul pertikaian yang mengatakan hak-hak istimewa seperti ini menonjolkan dominasi Melayu. Dominasi apa?
Kalau dominasi, masyarakat serpihan lansung tidak boleh bersuara dan tiada apa-apa hak untuk dipertikaikan. Masyarakat lain turut punya hak yang diberi oleh Tuan punya tempat. Nak lihat dominasi sebenar? Pergilah ke negara jiran kita Indonesia, ada cina dia nak sibuk-sibuk buat bising...silap-silap haribulan kena penggal kepala...Apa yang dikecewakan, perkara-perkara berbangkit ini dibisingkan oleh Orang Melayu itu sendiri. Kenapa? Kerana dia sendiri tidak memahami konsep KETUANAN MELAYU.
Tan Sri Khalid nak buka 10% kuota pada bangsa asing untuk masuk UITM. UITM itu jelas menunjukkan hak-hak keistimewaan orang Melayu. Dengan membenarkan kuota tersebut, Tan Sri telah mengangkat kedudukan masyarakat serpihan sama seperti Tuannya. Ini sudah salah konsep.
Sama juga kalau kita samakan hak-hak masyarakat di seluruh Malaysia, ini menunjukkan bahawa kita sudah merendahkan kedudukan Tuan punya tempat dengan masyarakat serpihan. Orang Melayu dengan rela dan bermurah hati untuk membenarkan kaum-kaum lain bersama-sama mencari rezeki di sini. Oleh yang demikian, janganlah dipertikaikan kuasa dan hak-hak empunya tempat asal ini. Penulisan kali ini bukanlah berniat dan bertujuan untuk membangkitkan isu-isu perkauman, Des menghormati rakan-rakan yang berlainan bangsa yang faham dengan konsep KETUANAN MELAYU secara amnya, terima kasih.
Perkataan "masyarakat dan etnik serpihan" bukanlah bermakna bangsa-bangsa lain seolah-olah seperti sampah di tepi jalan, ianya hanya satu konsep yang boleh dipakai guna di dalam negara yang dulunya mempunyai penghuni asal dan kemudian muncul masyarakat lain dan bergabung menjadi satu komuniti yang besar.
Mustika KATA: Sudah terang lagi bersuluh PKR cuba melenyapkan Melayu di muka bumi ini. Kalau sekarang hak dan keistimewaan orang Melayu sudah mula diperdagangkan, sudah pasti suatu hari nanti jika PKR memerintah (jika lah), orang Melayu akan 'meminta sedekah' di bumi sendiri. Kata-kata Hang Tuah, pahlawan Melayu yang masyhur bahawa "takkan Melayu hilang di dunia" tidak akan membawa makna dan akan hanyut di bawa arus kekejaman PKR dan DSAI khususnya.
Monday, August 11, 2008
PAS BANTAH & PAS SOKONG!
Ogos 11th, 2008 oleh taminsari
Pas bantah yang ini :
Pas membantah sekeras-kerasnya hasrat Majlis Peguam mengadakan forum awam ‘Memeluk Islam’ Sabtu ini kerana ia boleh mencetuskan syak wasangka dan ketegangan hubungan antara umat Islam dan penganut agama lain di negara ini.
Presiden Pas, Datuk Seri Abdul Hadi Awang, berkata jika Majlis Peguam masih meneruskan tindakannya itu, ia akan merugikan semua pihak. “Sebarang perbincangan berkenaan dengannya perlulah melibatkan pihak yang memiliki ilmu dan kuasa kerana Islam berdiri berteraskan sumbernya sendiri,” katanya dalam laman web parti itu.
Abdul Hadi berkata Majlis Peguam perlu membatalkan forum itu demi menjamin kestabilan dan keharmonian hubungan antara agama dan kaum di negara ini. Ketua Dewan Pemuda Pas, Salahuddin Ayub berkata forum awam itu tidak sepatutnya diadakan secara terbuka. Salahuddin yang juga Ahli Parlimen Kubang Kerian berkata forum yang akan diadakan dalam tempoh yang singkat akan menimbulkan prasangka dan prejudis di kalangan umat Islam di negara ini.
Akan tetapi,
Pas sokong yang ini :
YB Khalid Samad ( Ahli Parlimen PAS Shah Alam ) menyatakan bahawa masyarakat Kristian tidak perlu takut dan gentar untuk menggunakan terjemahan ‘Allah’ untuk merujuk kepada kalimah ‘God’ dalam Kristian dan ajarannya. Khalid juga berpendapat bahawa perkataan ‘Allah’ hanyalah terjemahan kepada perkataan ‘God’. Pada 27 Disember 2007, dalam satu majlis sambutan hari Krismas di Klang, Irene Fernandez ( Bekas Timbalan Ketua Wanita PKR ) mempersoalkan kenapa ‘Allah’ tidak boleh digunakan dalam akhbar Herald Tribune edisi Bahasa Inggeris.Selepas 19 hari menang sebagai Ahli Parlimen, Khalid Samad pula seolah senada dengan Irene Fernandez. Anwar Ibrahim yang dianggap sebagai Ketua Pakatan Rakyat berada sama dalam majlis di Klang ketika Irene mempersoalkan kalimah ‘Allah’. Mengapa Anwar diam dan tidak menegur ketelanjuran yang dilakukan oleh Irene dan Khalid?
Kenapa yang ini lagi penting tapi Pas tak membantah? Ini soal aqidah..mengapa Pas menyokongnya…Jangan sesatkan lagi umat Islam di Malaysia….
Friday, August 08, 2008
SELAMAT TINGGAL SABAH
ANWAR IBRAHIM: PEMBOHONG, PENGECUT DAN PENGKHIANAT
Pada tahun 1998 selepas Anwar dipecat dari jawatan TPM dan Timbalan Presiden UMNO, Anwar seperti hilang akal dan bertutur semacam orang gila talak. Lebih banyak Anwar berucap, lebih banyak pula terkeluar penipuan dan manipulasi beliau. Untuk kes liwat 2 ini pun sama juga. Macam-macam putar belit yang dilakukan untuk melepaskan diri?
Penulis kasihan kepada bekas Ketua Pemuda UMNO ketika itu, Datuk Zahid Hamidi. Semasa perhimpunan agung UMNO diadakan pada tahun itu, beliau telah menimbulkan soal kronisme dan nepotisme dan telah dikritik secukup-cukupnya oleh Perdana Menteri dan pemimpin UMNO. Lepas itu, kembiri-kembiri politik Anwar yang datang berpusu-pusu ke merata cerok PWTC dan berkata bahawa Anwar tiada kaitan dengan apa yang diluahkan Zahid.
Tetapi apabila Anwar dipecat, Anwar berkata bahawa beliaulah yang menyuruh Zahid bercakap mengenai kronisme dan nepotisme. Ini menunjukkan betapa hipokrit dan pengecutnya Anwar. Anwar berlindung di sebalik Zahid ketika itu. Kemudian Anwar tidak pedulikan Zahid yang terkontang konteng selepas cerita sebenar diketahui umum.
Anwar sanggup mengatakan demikian walaupun beliau tahu bahawa Zahid akan terima bahana. Entah berapa orang lagi yang Anwar sisihkan demi menjaga hati Nalla dan Azmin. Orang ABIM nak buat appointment dengan Anwar pun kena melalui Azmin, bapa mertua Anwar pun kena dapat keizinan Azmin sebelum dapat bercakap melalui telefon dengan beliau. Apa istimewanya Nalla dan Azmin?
Semasa dalam parti, Anwar kata bahawa beliau tidak akan menentang Tun Dr. Mahathir. Selepas keluar, Anwar kata bahawa Dr. Mahathir memecatkan beliau kerana Anwar akan menentangnya pada pemilihan parti akan datang. Bukankah ini mendusta namanya.
Anwar mengaku bahawa beliau telah memberikan sample darah beliau untuk ujian DNA tetapi bila Rahim Noor menafikannya, Anwar gelabah dan tak mahu lagi bercakap tentang perkara itu lagi. Bukankah ini dusta juga?
Lagi banyak cakap, lagi banyak Anwar berbohong dan menipu. Orang ramai tahu bahawa Anwar cakap tak serupa bikin. Dulu cakap lain, sekarang lain, macam orang tak siuman. Habis, macamana orang nak percaya cakap Anwar? Untuk kes liwat terbaru inipun beliau banyak berdolak dalih. Macam-macam alasan yang diberikannya hinggakan polis terpaksa mendapatkan perintah mahkamah untuk mendapatkan sample DNA beliau.
Anwar mengkritik media, mengatakan bahawa mereka berat sebelah di dalam laporan mereka. Tetapi semasa beliau menentang Allahyarham Tun Ghafar dulu, Anwar gunakan orang kuat-kuat beliau dalam media ( yang sekarang ini telah dibuang ) untuk menjatuhkan hamba Allah itu. Itu tak mengapa sebab orang lain yang terkena. Kalau kena batang hidung sendiri, semua orang di salahkannya. Semua orang dari hakim, mahkamah, polis, Dr. Mahathir, rakan Kabinet beliau dan rakyat salah belaka. Anwar (yang tak angkat sumpah junjung Quran untuk membersihkan diri beliau dari tuduhan homoseks dan seks) sahajalah yang betul.
Hidup Anwar sekarang ini bukan bersandarkan Islam lagi, semuanya berteraskan penipuan dan pembohongan. Bila beliau gelabah, hilanglah pedoman dan pegangannya. Yang beliau tahu ialah untuk memuaskan dendam dan amarah beliau.
Sebaik sahaja Anwar dipecat, beliau berucap dengan panjang lebar tentang kononnya beliau akan ditangkap polis di bawah ISA. Apabila polis tidak menangkapnya dan kerana termalu dengan hal ini, beliau pun memimpin para demonstrasi ke Pusat Dagangan Dunia Putra untuk memecahkan barangan di sana. Ini adalah untuk memaksa polis supaya menangkapnya. Anwar juga merasuk para demonstrasi supaya berjalan ke kediaman PM untuk membakarnya. Dan apabila beliau ditangkap polis kerana tindakan tersebut, beliau dengan lantang berkata kepada penyokongnya, “ bukan aku dah kata ” untuk menunjukkan bahawa betul ramalan beliau akan ditangkap polis.
Anwar tahu bahawa beliau berkemungkinan ada virus HIV kerana pergaulan homoseks. Sebagai mengelak dari apa-apa tanggapan, beliau berkata bahawa polis akan menyuntiknya dengan kuman HIV semasa dalam tangkapan. Taktik ini Anwar gunakan supaya sekiranya darah beliau benar-benar mempunyai kuman HIV, beliau bolehlah berkata bahawa ianya adalah sebab beliau disuntik.
Anwar mahukan demonstrasi agar beliau tidak dibawa ke mahkamah kerana takutkan rahsia terperinci skandal seksnya akan diketahui umum. Beliau gagal dan terpaksa menghadapi perbicaraan. Namun, Anwar sudah ada rancangan lain. Beliau mengheboh-hebohkan kepada masyarakat asing yang sistem perundangan di Malaysia ini berat sebelah. Tujuannya adalah apabila beliau didapati bersalah di mahkamah , beliau akan berkata kepada para penyokong : “ bukan aku dah kata “.
Kalau nak jadi pemimpin jadilah pemimpin yang sebenar dan harungilah cabaran bersama. Tetapi Anwar lain pula halnya. Semasa beliau mengetuai para penyokongnya melalui Jalan Tunku Abdul Rahman, Anwar sanggup tinggalkan penyokong, isteri dan anak-anaknya sementara beliau menaiki motosikal ke rumah untuk menyelamatkan diri. Apakah tidak dayus pemimpin macam Anwar ini?
Begitu juga semasa Anwar ingin menentang Allahyarham Tun Ghafar, beliau telah memanggil ke semua anggota kabinet untuk berdiri bersama beliau semasa mengumumkan keputusannya untuk menentang Tun Ghafar. Sebelum itu, mati-mati beliau menafikan yang beliau akan menentang Tun Ghafar. Sampai sekarang pun Anwar perlukan ramai orang di sekeliling kerana beliau pengecut dan juga pembohong.Tak cukup berselindung di kedutaan Turki, panggil lagi 38 kedutaan asing lain mengadapnya. Tak cukup nak buat PROTES dijalanan, dimintanya satu stadium dengan harapan sejuta orang akan datang. Malangnya bukan ramai yang datang malah di hiburkan pula “ tayangan bontot “ oleh penyokongnya.
Apabila melihat sandiwaranya kurang mendapat sambutan akhir-akhir ini, bolehlah Anwar Ibrahim memikirkan pula skrip baru yang perlu di lakonkan selepas ini. Kami sebagai penonton akan menanti dengan penuh minat dan kesabaran. Sama-samalah kita tunggu dan lihat.
Taminsari
Shah Alam
AMERIKA YANG DEGIL!!!
Jelas Amerika mempunyai kepentingan terhadap pemimpin politik parti pembangkang yang dimaksudkan. Mustika sedia maklum perkara ini, namun hari demi hari Amerika sudah semakin berani dan kurang ajar! Amerika semakin berani campur tangan dalam hal ehwal politik dan perundangan negara.
Takkan kita sanggup melihat mereka bermaharajalela begitu?
Cukuplah negara di jajah setelah sekian lama. Jangan biarkan negara di jajah lagi.
Thursday, August 07, 2008
LEBIH 300 PENYOKONG ANWAR BERKUMPUL DI LUAR MAHKAMAH
KUALA LUMPUR: Kira-kira 300 orang termasuk penyokong Datuk Seri Anwar Ibrahim berkumpul di sekitar pekarangan Mahkamah Sesyen Jalan Duta, di sini, bagi mengikuti pendakwaan terhadap Penasihat Parti Keadilan Rakyat (PKR) itu.
Mereka termasuk wartawan media tempatan dan asing mula berkumpul seawal jam 6.30 pagi dengan kawalan ketat di pintu masuk ke pekarangan mahkamah. Tinjauan Berita Harian sehingga jam 9 pagi ini mendapati pasukan keselamatan termasuk Unit Pencegah Rusuhan (FRU) ditempatkan di kawasan terbabit.
Wartawan yang ingin memasuki pekarangan dikehendaki mendaftarkan nama masing-masing di dua kaunter khas yang disediakan. Anwar dijangka sampai di mahkamah kira-kira jam 10 pagi bagi menghadapi tuduhan meliwat bekas pembantunya, Mohd Saiful Bukhari Azlan.
====================================================
Mustika: Plot cerita makin menarik. Tak sabar menunggu perkembangan terkini. Difahamkan juga hanya seorang sahaja wartawan dari setiap agensi samada media tempatan atau media asing di benarkan masuk ke dalam Mahkamah Sesyen, di Jalan Duta. Arahan dikeluarkan bagi memastikan mahkamah tidak sesak ketika pertuduhan dijalankan.
PILIHAN RAYA PERMATANG PAUH 26 OGOS
PUTRAJAYA: Penamaan calon pilihan raya kecil kerusi Parlimen Permatang Pauh ditetapkan pada Sabtu, 16 Ogos ini, manakala pengundian Selasa, 26 Ogos dengan tempoh berkempen selama 10 hari.
Tarikh itu diumumkan Pengerusi Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR), Tan Sri Abdul Rashid Abdul Rahman, dalam kenyataan yang diedarkan Pegawai Perhubungan Awamnya, Sabri Said, di lobi Ibu Pejabat SPR di sini selepas mesyuarat panel suruhanjaya itu selama kira-kira empat jam, tengah hari semalam Dalam kenyataan itu, Abdul Rashid berkata, writ pilihan raya kecil itu dikeluarkan hari ini, manakala notis mengenainya pula esok.
Seramai 58,459 pemilih iaitu 57,969 pemilih biasa dan 490 pemilih pos, layak mengundi dalam pilihan raya kecil itu berikutan penggunaan Daftar Pemilih Induk 2007 yang diwartakan pada 5 Februari serta Daftar Pemilih Tambahan Suku Tahun Pertama 2008 yang diwartakan pada 19 Jun dan dikemaskinikan sehingga 31 Julai lalu. Pegawai Daerah Seberang Perai Tengah, Roslan Yahaya pula dilantik sebagai Pegawai Pengurus, manakala Setiausaha Majlis Perbandaran Seberang Perai, Zainol Abidin Md Noh, Ketua Penolong Pegawai Daerah (Pengurusan) Seberang Perai Tengah, Kamarul Haizal Koderat dan Penolong Pegawai Daerah (Tanah) Seberang Perai Tengah, Azizal Ahmad sebagai Penolong Pegawai Pengurus. Abdul Rashid turut mengingatkan semua pihak supaya mematuhi arahan pihak keselamatan dalam menjaga ketenteraman dan keselamatan awam sepanjang tempoh pilihan raya kecil itu.
Calon juga dilarang menyentuh isu yang membabitkan kes petisyen Pilihan Raya Umum 2008 ketika berkempen kerana beberapa kes berkenaan masih dalam perbicaraan. "Oleh itu, semua pihak terutama parti politik, calon, petugas parti dan individu lain yang terbabit perlu sentiasa mematuhi undang-undang pilihan raya serta tatasusila berkempen yang ditetapkan," katanya. Pilihan raya kecil itu diadakan berikutan peletakan jawatan Ahli Parlimennya, Datin Seri Dr Wan Azizah Wan Ismail, 31 Julai lalu bagi memberi laluan kepada suaminya yang juga Penasihat Parti Keadilan Rakyat (PKR), Datuk Seri Anwar Ibrahim, untuk bertanding kerusi itu semula. Pada Pilihan Raya Umum 8 Mac lalu, Presiden PKR itu mengalahkan calon Barisan Nasional (BN), Datuk Pirdaus Ismail dengan majoriti 13,388 undi.
===========================================================
Mustika: Layakkah Anwar menerajui Parlimen Permatang Pauh? Mustika harap pengundi di kawasan itu bijak menilai. Wan Azizah sanggup mengkhianati kepercayaan pengundi di Permatang Pauh semata-mata untuk memberi laluan kepada Anwar untuk berkuasa...
Semalam, Ketua Bahagian Siasatan Jenayah Ibu Pejabat Polis Daerah Brickfields, Deputi Superintendan Jude Pereira telah menyampaikan sapina di kediaman Anwar di Bukit Segambut. Anwar diarahkan hadir ke mahkamah 10 pagi ini.
Mustika: SAMA-SAMA KITA TUNGGU DAN LIHAT
Wednesday, August 06, 2008
BEKERJA SAMBIL MELANCONG
Hari ni terus masuk ofis di sini dan buat keje... Cadangnya selesai keje nak ronda-ronda. Hmmmm dapatlah tengok apa yang menarik di Sabah ni.
Penat mengadap komputer dan bekerja seharian apa salahnya bertukar angin sekejap.
JANJI PAS HANYA TINGGAL KENANGAN

Mustika:
Lain dahulu lain sekarang...
Impian membina negara Islam oleh PAS hanya omong kosong. PAS hari ini dilihat hanya mmperlihatkan kegagalan mereka mengaplikasikan matlamat dan cita-cita mereka. Sudah semestinya rakyat tertunggu-tunggu pelaksanaan janji PAS. Perjuangan PAS adakah masih relevan?
Mustika melihat PAS kini tersepit antara 2 parti. KeAdilan dan juga DAP yang sah-sah menjadikan Melayu sebagai mangsa. Kedegilan dan keangkuhan PAS sudah menjerat diri sendiri. RUGI, RUGI.......
Friday, August 01, 2008
MASIH SAYANGKAH PAS PADA PAKATAN RAKYAT?
PETIKAN DARI: PEMBELAMELAYU
Untuk mendapatkan kuasa, Pas sanggup menggugurkan perjuangan penubuhan negara Islam. Pas sanggup berkompromi ataupun bekerjasama dengan DAP dan Parti Keadilan Rakyat (PKR) dengan memperjudikan prinsip perjuangan, semata-mata untuk dapat merasai kerusi empuk Yang Berhormat ataupun Menteri Besar.
Pas langsung tidak merasa bersalah mengata UMNO dan orang-orang UMNO kafir kerana bekerjasama dengan parti komponen terbesar BN iaitu MCA dan MIC, tetapi pada masa yang sama apabila mereka bekerjasama dengan DAP dan PKR semuanya menjadi halal .
Dengan kata lain menghalalkan apa yang mereka haramkan sebelum ini. Bagi Pas, UMNO itu terlalu keji manakala DAP dan PKR adalah terlalu baik bagi mereka.
Sudah siang lagi bersuluh. Itulah rasa-rasanya kata-kata perumpamaan yang tepat digunakan untuk Pas ketika ini. Adakah Pas sedar akan kehadiran mereka untuk menceriakan Pakatan Rakyat sebenarnya telah menimbulkan kesangsian di kalangan ahli penyokong Pas itu sendiri.
Siapakah yang membenarkan penggabungan itu sehingga menyebabkan Pas kini hilang cengkamam dalam usaha menubuhkan Negara Islam Pas. Adakah arahan dari Presiden Pas, Datuk Seri Abdul Hadi Awang ataupun Mursyidul Amnya, Datuk Nik Aziz Nik Mat? Bukankah ketaatan kepada pemimpin khususnya kepada Sultan merupakan salah satu ajaran Islam?
Adakah Pas sedar yang Karpal Singh telah berjaya menguji kekuatan dan ketaatan Pas kepada ajaran Islam. Adakah Pas sedar ini adalah perancangan yang licik oleh Karpal Singh dan rakan-rakan dalam DAP untuk menguji kesetiaan orang Melayu kepada Sultan dan Raja-raja mereka.
Pada pemikiran Karpal Singh, Pas hanya mementingkan kuasa pemerintahan berbandingkan agamanya dan Pas boleh pada bila-bila masa saja dijadikan budak suruhan dalam menjayakan agenda DAP.
Apabila ditegur, Pas akan cepat melenting sambil mempertahankan diri dengan menyatakan bahawa akhbar atau media massa yang lain cuba memperbesarkan isu Karpal Singh ini.
Pas akan cuba sedaya upaya untuk menangkis segala dakwaan dan kenyataan dari pihak media seolah-olah cuba menegakkan benang yang basah. Contoh yang mudah kita boleh lihat dengan apa yang sudah terjadi di negeri Perak sekarang.
Walau apapun berlaku, Pas akan tetap mempertahankan Karpal Singh dan DAP kerana bagi mereka DAP adalah “abang besar”. Kalau hitam kata DAP, maka hitamlah. Kalau putih, maka putihlah.
Memanglah benar Pas hanya berkuasa di Kelantan dan Kedah, manakala di tiga negeri lain Pas hanya diibaratkan sebagai “Pak Turut”, menyokong setiap ketetapan dan keputusan yang dibuat oleh DAP.
PKR pula hanyalah penumpang dalam kesemua negeri Pakatan Rakyat. Secara tak langsung DAP telah menjadi kuasa penentu yang berkuasa kepada PKR dan Pas.
Takutkah Pas kepada DAP sehingga sanggup diperbudak-budakkan, diperkotak katikkan supaya terus kekal di dalam Pakatan Rakyat. Sayang sangatkah Pas pada DAP. Adakah Pas lebih takut dan sayangkan DAP daripada Allah S.W.T.
Di manakah sinar penubuhan negara Islam Pas yang dilaung-laungkan selama ini. Adakah ulama-ulama Pas lemah dan terkulai layu selepas di pergunakan oleh DAP tanpa mampu bangkit menentang.
Berkuasa betul DAP sehingga dapat mengunci mulut pemimpin-pemimpin Pas daripada menegur atau berkata sesuatu. Mereka lebih rela mencari kesalahan dalam apa jua yang dilakukan oleh UMNO kerana bagi mereka UMNO adalah sangat keji walaupun mereka tahu ahli-ahli UMNO adalah beragama Islam.
Inilah jadinya apabila memperalatkan agama untuk kepentingan politik. Betapa ramai cendiakawan dalam Pas tetapi tak mampu memikirkan kesan kepada Pas. Islam bukan lagi menjadi agenda perjuangan Pas tatkala ini. Mereka hanya mahukan kerusi.
Dan menjadi bertambah parah apabila Penasihat PKR, Datuk Seri Anwar Ibrahim pula mengatakan beliau menolak penubuhan negara Islam.
Beliau mengumumkan bahawa beliau memilih jalan moderate di mana Pas sebelum ini mengatakan moderate itu adalah sekular iaitu tolak Islam dan tolak ketuanan Melayu ke Ketuanan Rakyat.
Sanggupkah Pas bekerjasama dengan PKR untuk menubuhkan Negara Islam bilamana Penasihat PKR, Anwar Ibrahim secara terang-terang menolak penubuhan sebuah Negara Islam di Malaysia.
Sanggupkah Pas bekerjasama dengan kumpulan yang anti-Islam iaitu IFC yang mana rata-rata ahlinya adalah dari PKR. Sebab itulah Anwar Ibrahim sanggup mengenepikan cita-cita Pas untuk menubuhkan negara Islam Pas.
Bagaimana pula dengan alim ulama dalam PKR. Masih sanggupkah bersama PKR untuk menperjuangkan Islam bilamana ketua anda sendiri yang tolak Islam.
Dalam apa jua hal pun, UMNO konsisten dalam memperjuangkan syiar Islam di bumi Malaysia. Cuma Pas dan PKR sahaja yang tidak tahu menilai dan menghargainya. DAP melalui Lim Kit Siang dan Karpal Singh sejak penubuhannya telah lama menolak Negara Islam.
Manakala Anwar selepas bebas untuk membolehkan beliau berpolitik, menukar haluan PKR untuk menolak penubuhan Negara Islam. Jadi di manakah hala tuju Pas yang sebenarnya? Adakah Pas mahu atau masih setia dengan Pakatan Rakyat? Masih adakah hari esok buat Pas dengan negara Islamnya.
Apa gunanya Pas bekerjasama dengan Pakatan Rakyat kalau semata-mata untuk mendapatkan kuasa.
Di mana letaknya darjat Islam itu sendiri apabila untuk mendapatkan kuasa adalah lebih penting dari mempertahankan penubuhan Negara Islam Pas. Nasihat buat Pas, kembalilah ke pangkal jalan. Sama-samalah kita renung dan fikirkan.
Taminsari
Shah Alam
MALAYSIA TODAY PAPARKAN POSTER BURUKKAN PEMIMPIN PAS
Hanya kerana tidak puashati dengan Haji Hadi yang mengadakan perbincangan dengan UMNO, Malaysia-Today mula menyebarkan poster yang seolah-olah Haji Hadi telah dibeli. Ini kerana RPK sememangnya tidak suka Melayu bersatu kerana dia merasakan dia berbangsa bukan Melayu dan suka Melayu berpecah. Banyak kenyataan yang dikeluarkan oleh RPK seolah-olah membuktinya bukan lagi Islam walaupun dia tidak pernah mengatakan dirinya telah murtad.
Anda lihatlah sendiri poster yang digunakan untuk menjatuhkan imeJ pemimpin no 1 PAS ini.
Tetapi, amat menghairankan kerana masih ramai orang Melayu dan Islam meliwati (opss) laman web ini dan mempercayai kandungan artikel bodoh Malaysia-Today.
BONEKA ANWAR
PAS lebih rela berpakat dengan Pakata Rakyat. Sedarkah PAS bahawa mereka rugi dan terus ditipu dalam diam oleh PKR dan DAP?



