Wednesday, January 07, 2009
Makin Kalut, Hadi Pandai-pandai Reka
Oleh Lukman Abas
Kuala Terengganu -- Pemuda UMNO negeri ini kesal dengan kenyataan Presiden Pas, Datuk Seri Abdul Hadi Awang yang menuduh ‘orang UMNO dan BN” di Kuala Lumpur menukar laporan yang ditulis wartawan dari kawasan tugasan masing-masing.
Ketua Pemudanya, Badrol Hisham Zaki berkata, Presiden Pas tidak patut mereka-reka cerita sedangkan hal itu tidak berlaku dan tidak benar sama sekali.
Tegasnya adalah lebih baik Presiden Pas berfikir secara matang sebelum mengeluarkan kenyataan palsu di khalayak ramai seperti mana di ceramah mega anjuran Pas, di Kuala Terengganu, malam semalam.
"Pembohongan hanya mengelirukan orang ramai sahaja. Saya dan rakan-rakan saya tidak pernah mengalami keadaan sedemikian setiap kali membuat kenyataan kepada media massa.
"Tidak ada penyiaran berita yang berbeza daripada yang kami hantar atau bercakap kepada wartawan.
"Pengarang akhbar dan pengawal berita di stesen penyiaran bukan ahli politik pun, malah mereka adalah wartawan profesional yang beretika dan berpengalaman. Akhbar dan stesen penyiaran bukan pula milik parti", katanya dalam satu kenyataan kepada laman webPemuda di sini, hari ini.
Ketika berucap pada majlis ceramah malam tadi, Hadi mendakwa dia kesian dengan nasib wartawan kerana apabila laporan berita yang sampai ke ibu pejabat di Kuala Lumpur, “orang UMNO dan BN” menukarnya.
Badrolhisham seterusnya menasihatkan Hadi menyiasat sama ada sudah menjadi kebiasaan pemimpin mereka berbuat demikian apabila pemberita Harakah menghantar berita ke ibu pejabatnya.
"Tambahan pula pengarang dan penulis di Harakah yang menjadi terbitan parti itu, memang ahli politik Pas", ujarnya.
SERUAN KEPADA PENGUNDI PRK.O36 KUALA TERENGGANU
WARITARAKYAT
January 7, 2009 10:58 AM
Tuesday, January 06, 2009
PERSAINGAN 3 PENJURU
CALON Barisan Nasional, Datuk Wan Ahmad Farid Wan Salleh (tengah) bersama calon Pas, Mohd Abdul Wahid Endut dan calon Bebas, Azharudin Mamat ketika pengumuman calon bertanding pilihan raya kecil Parlimen Kuala Terengganu di Stadium Tertutup Negeri Terengganu, Kuala Terengganu, hari ini. - Foto Rosdan Wahid (Bharian Online)Monday, January 05, 2009
Jawapan Yang Tak Terungkai!!
Angkatan Muda Keadilan Terengganu dikhabarkan sedang menunggu kehadiran Ezam di Pilihanraya Kecil Kuala Terengganu ini, bagi mendapatkan penjelasannya mengenai 6 kotak yang didakwa mengandungi salah laku rasuah dikalangan pemimpin UMNO. Mereka juga beranggapan, jika Ezam gagal membuktikan dakwaannya itu, bermakna kredibiliti dan integriti Ezam bakal tercalar.
Dalam waktu yang sama juga, seluruh jentera Barisan Nasional juga turut tidak sabar untuk menanti kedatangan Penasihat PKR Anwar Ibrahim, untuk mendengar alasan baru beliau tentang pembohongan besar-besaran kepada seluruh rakyat Malaysia, termasuk para ulama’ yang totok pada beliau, yang telah dibuat sebelum dan sepanjang Pilihanraya Kecil Permatang Pauh dengan mengatakan bahawa BELIAU AKAN MENUKAR KERAJAAN YANG ADA dan MENJADI PERDANA MENTERI MALAYSIA PADA 16 SEPTEMBER yang lalu.
Selain itu, alasan Anwar juga ditunggu untuk memberikan komen tentang HUKUM HUDUD yang menjadi percakaran antara PAS dan DAP, serta diharapkan agar Ulama’ PAS serta Anwar mampu untuk menjelaskan mengenai dalil yang menyebutkan bahawa HUKUM HUDUD berkait rapat dengan KEDUDUKAN EKONOMI semasa.AMK harus ingat, jangan sentiasa mempertikaikan kredibiliti dan integriti semua orang tanpa melihat individu yang paling hampir dengan mereka, yang disokong dan dipuja keterlaluan.
Ketaksuban tidak pernah dan tidak akan menghalalkan dosa yang telah dilakukan.Bujang SenangPakar Motivasi Malaya
Mustika: Andai ku tahu..... akan ku khabarkan ke seluruh pelusuk dunia akan jawapan yang belum terungkai ini
PEMIMPIN UMNO MASIH ADA BANYAK MASA.
PEMIMPIN UMNO/BN MASIH MEMPUNYAI BANYAK MASA SEHINGGA 17/1/2009 UNTUK BEKERJA DENGAN LEBIH KUAT DIDALAM PRK KUALA TRENGGANU. Bukan seorang, bukan dua orang bukan tiga, empat ataupun 10 orang pemimpin UMNO/BN yang berkampong di Bandaraya Kuala Trengganu sempena Pilihanraya Kecil Kuala Trengganu ketika itu. Malah mungkin ribuan orang.
Apa yang anda sedang lakukan? Apa yang anda telah buat? Apa strategi anda dalam usaha meraih sebanyak mungkin penggundi yang akan mengundi BN?Saya bukan bermaksud mengajar anda semua. Anda selaku pemimpin kami tentunya lebih bijak dan mahir dalam mengatur segala strategi bagi memenangi pilihanraya tersebut.
Saya cuma ingin turut serta memberikan ingatan dari masa kesemasa sebagai satu tanggungjawab bersama selaku ahli UMNO / BN yang ingin melihat kejayaan yang cemerlang dalam pilihanraya tersebut. Saya merasa hampa kerana tidak dapat pergi ke Kuala Trengganu untuk bersama berkempen akibat dari kesibukan ditempat saya sendiri.
Selain saya diberikan tanggungjawab menjaga pejabat, anak sulong saya juga akan melangsungkan perkahwinan dalam waktu terdekat ini.
Kepada rakan-rakan seperjuangan di Kuala Trengganu, misi kita adalah untuk mempertahankan AGAMA, BANGSA DAN NEGARA.
Kita kena jelas yang ini. Kita kena faham bahawa kekalahan UMNO membawa maksud perjuangan memertabatkan Agama dan bangsa akan menjadi lemah dan kekeringan.Kita kena mengetahui sedalamnya, jika kerusi melayu di Parlimen terbahagi dua antara PAS dan UMNO, kekuatan melayu akan menjadi bertambah dikutak katikkan.
Oleh itu semestinya perkara ini kita jelaskan dengan rasa keinsafan kepada pengundi di Kuala Trengganu. Unit sepuluh dalam jentera pilihanraya UMNO/BN mesti berkunjong kesetiap rumah tidak kira rumah PAS dan rumah UMNO, bagi menjelaskan perkara ini. PAS dan UMNO kenalah matang dalam memperjuangkan Agama dan Bangsa melayu kita.Di Sarawak dimana DAP menang Parlimen, Pengundi Cina memberikan kemenangan juga kepada BN diperingkat DUN.
Begitu juga disetengah kawasan lain, pengundi cina yang mengundi DAP dalam masa yang sama mengundi BN juga. Kenapa mereka berbuat demikian? Baca dan fahami sedalamnya dan jelaskan sebaiknya kepada pengundi Kuala Trengganu yang majoritinya melayu itu.Gunakan strategi merayu sebaiknya, memujuk sebaiknya dan gunakan cara-cara yang berhemah serta mulia yang dapat diterima oleh penggundi.
Kerana tugas anda pada pilihanraya kali ini adalah sangat penting kepada survival UMNO/BN, maka jika kena maki, kena ludah, kena tumbuk dan apa sekalipun, kesabaran dan ketahanan adalah merupakan perkara yang sangat mustahak.PUTERI UMNO mestilah bekerja 2 kali ganda daripada biasa. Jangan banyak tidor dan bersantai di Hotel penginapan.
Hampirilah khususnya golongan pengundi muda dan berilah pandangan yang sebenarnya kepada mereka agar mereka tidak diputar-belitkan oleh pemimpin yang menggelarkan diri mereka pejuang agama, tetapi sebenarnya menggunakan agama untuk kepentingan kuasa dan politik mereka.
PEMUDA UMNO jangan hanya berpeleseran dan mengambil kesempatan berkempen untuk KJ, Mukhriz maupun Khir Toyo. Kuala Trengganu bukan masanya berbuat demikian. Di KualaTrengganu, anda mesti pastikan gulungan Muda belia menyokong BN sepenuhnya pada pilihanraya kali ini.
PEMIDATO HANDALAN UMNO, bila lagi nak mengeluarkan taring anda. Masa inilah anda berkesempatan untuk berpidato dan mengeluarkan segala apa yang ada di minda anda. Berilah penerangan yang secukup-cukupnya kepada rakat penggundi KT.
JENTERA URUSETIA...jangan duduk didalam pejabat saja. Anda harus mempastikan makan minum dan segala keperluan yang dikehendaki oleh jentera dilapangan sentiasa mencukupi. Poster juga tersangat penting. Demikian juga dengan kenderaan, komputer, Talian talipon dan sebagainya.
APAPUN JANGAN SAMPAI "RUMAH DAH SIAP, PAHAT MASIH BERBUNYI"..KELAK. DAN JANGAN SAMPAI KITA MENGHADAPI KEKALAHAN YANG TERUK YANG MENYEBABKAN SEMANGAT PEMBANGKANG BERTAMBAH 10 KALI GANDA. BERITA TERAKHIR YANG SAYA PEROLEHI MELALUI SEORANG KAWAN RAPAT DI KUALA TRENGGANU, YANG "TAHI POLITIK", MENGATAKAN SEKARANG PAS MENDAHULUI 60%.BERHATI-HATILAH ANDA DISANA.
Mustika: Chillriver..... setahu mustika sekarang...............di Kuala Terengganu, jentera pilihanraya BN (UMNO) sudah pun menjalankan tugas mereka dengan baik dan penuh kesungguhan. Mustahil usaha keras ini tidak akan membawa apa-apa kejayaan. Paling tidak, Kuala Terengganu dapat ditawan... bukan itu sahaja, pilihanraya ini menyaksikan penyatuan antara parti BN yang sama-sama turun padang bagi memastikan kemenangan berpihak kepada BN/UMNO. Mustika menyaksikannya sendiri, di bumi Kuala Terengganu. (dah berkampung hampir seminggu di sini)
Saturday, January 03, 2009
TERESA IKUT PAS? ATAU PAS IKUT TERESA?
PRK Kuala Trengganu. ORANG MELAYU KENA INGAT!!!
Demi ISLAM & MELAYU, UMNO adalah pilihan yang TEPAT. Di Kuala Trengganu.
Cadangan untuk Pengundi dalam pilihanraya kecil Kuala Trengganu:-Demi ISLAM dan Melayu, UMNO adalah pilihan yang TEPAT.UMNO mempunyai matlamat agama, bangsa dan negara,sedang PAS hanya bermatlamatkan agama semata.
UMNO telah membuktikan perjuangan agama dan bangsa jelas dan nyata,Tiada siapa bisa mempertikaikannya.PAS masih ditahap cita-cita dan belum ada yang dapat dikota.PAS tidak mampu untuk mengotakan apa yang dikata,Lihat saja di Selangor, Perak dan Pulau Pinang.Dan di Kelantan kini serta Trengganu suatu ketika.
Ingat GERAKAN DAN DAP, mereka adalah samaKetika menghadapi masalah Cina.Bila bicara sekolah vernakular tidak ada DAP dan tidak ada GERAKAN.Yang ada hanya CINA.
Bila berbicara Ladang Babi, mereka semuanya sama.Adakah mereka berbeda bila bercakap soal DEB?Jawapannya tetap juga tidak.Selama ini hanya melayu yang mempertahankan HAK MELAYU.Hanya bumiputera yang pertahan HAK BUMIPUTERA.Mereka hanya berkata YA dalam keadaan terpaksa.DAN KITA TETAP SABAR.
Tolonglah,Di Kuala Trengganu kita tunjukkan KUASA KITA..."anak bumi perkasa Malaysia"...Melayu akan hilang dibunia..jika kita berpecah dua.Sedang jika kita bersama.Kita tetap akan berkuasa, sampai bila-bila.UMNO tidak seperti kata Pak Hadi Awang,Orang-orang UMNO ISLAM macam anda orang-orang PAS.
Ada antara kita melompat dari PAS ke UMNO dan dari UMNO ke PAS.Bertukarkah agama mereka?Suatu ketika sebilangan melayu keluar UMNO dan menubuhkan PAS,Mereka keluar UMNO sebagai kafirkah?Dan masuk PAS bermakna masuk ISLAMkah?Jangan terlalu mudah terpesong,Oleh pemimpin anda yang mempunyai lain agenda, tetapi menggunakan ISLAM sebagai alasannya dan berbicara.KEMUNGKARAN? Walau anda dalam PAS, jika keimanan sejangkal cuma, anda tetap melakukannya.
Walau anda dalam UMNO, jika keimanan berjangkal-jangkal, anda akan tetap menjauhi kemungkaran jua.Sebenarnya kita adalah sama.Mungkin kata anda merupakan perkara biasa saja dan elok untuk percambahan fikiran kita, dalam negara demokrasi.Kepada saya sedikit berbeda. Saya nampak keretakkan mula berlaku. Tidak mustahil susah dibendung dan akan menjadi hancur suatu ketika.
Hukum hudud hanya alat perhiasan manifesto pilihan raya

Masakan Husam Musa tidak peka dengan pantang nombor satu DAP bila mendengar perkataan hudud yang hendak di laksanakan bila Pakatan Rakyat memerintah Negara ini! Begitu juga halnya dengan Mursyidul Am PAS yang tentunya menyokong hukum hudud sejak sekian lama.
Telinga Lim Kit Siang, Lim Guan Eng, Karpal Singh dan Tian Chua berdesing setiap kali mereka dengar mana-mana anggota PAS menyebut hukum hudud yang benar-benar menakutkan mereka sekiranya ia menjadi kenyataan.
Sedangkan Husam pun tahu untuk PR memerintah negara ini hanya di peringkat angan-angan sahaja. Itu pun mereka sudah silap percaya dengan Penasihat PKR yang juga Ketua Pembangkang, Datuk Seri Anwar Ibrahim yang begitu gah mengumumkan 16 September lalu adalah tarikh di mana PR akan mengambilalih kerajaan.
Ia sudah nyata Anwar gagal dan tuhan saja yang tahu bagaimana beliau menanggung malu terhadap isu itu.Sepertimana dakwaan ramai, PAS memang sengaja membangkitkan hukum hudud itu berkait rapat dengan kempen awal untuk meraih perhatian pengundi di Pilihan Raya Kecil Kuala Terengganu pada 17 Januari akan datang. Kenyataan itu hanya pencetus kempen yang akan PAS jaja semasa kempen itu nanti.
Hukum hudud yang PAS maksudkan itu sebenarnya umum tahu bahawa ia tidak akan berlaku walaupun ditakdirkan menjadi ahli sekutu BN suatu hari nanti. Lebih lagi ia adalah mustahil jika benar-benarlah PR dapat memerintah Malaysia ini yang sekarang pun kedudukan PAS seperti kata Khairy Jamaluddin dalam wacana Transformasi Politik Malaysia lalu kedudukan PAS ibarat retak menunggu belah.
Kata-kata Khairy itu sebenarnya satu kenyataan yang tidak boleh PAS nafikan sama sekali kerana PAS yang tidur sebantal dengan PKR dan DAP sekarang ini mempunyai mimpi yang berlainan. Bukan kata PAS sahaja yang akhirnya nanti akan keluar dari PR berikutan beberapa isu ketegangan selama mereka bersama, PKR dengan DAP pun boleh dijangka akan berebut kuasa kerana sekurang-kurangnya DAP akan mempertikaikan usia PKR yang jauh lebih mentah dari DAP.
Masakan DAP mahu membenarkan PKR menguasai PR kalau mereka berjaya sekali pun mendapatkan tampuk pemerintahan negara ini. Mereka akan terus bercakaran.
Sekarang ini, masing-masing play safe kerana PKR hanya ada satu negeri untuk cakap banyak. DAP ada dua negeri sementara PAS ada dua negeri. Itupun sifat PKR seolah-olah mengetuai PR apabila Anwar Ibrahim dijadikan ketua pembangkang di Parlimen dan penasihat kepada PR hanya buat sementara waktu belum dapat.
Jika PAS mahu benar-benar melaksanakan hukum hudud, PAS kena dapatkan status pemerintahan mutlak secara bersendirian. Selagi ia bersama DAP dan PKR, selagi itulah PAS hanya akan menyanyi seorang diri tanpa back-up latar dari pihak lain. Tinggallah hukum hudud itu menjadi topik kekal menghiasi manifesto pilihan raya semata-mata.
Melihatkan keadaan hari ini, Datuk Nik Aziz Nik Mat sahaja yang menjadi mentor dan tempat rujukan PAS selagi hayatnya ada. Sebaik sahaja ketiadaan Nik Aziz nanti, nescaya corak PAS akan berubah. Malah generasi muda PAS hari ini pun sudah sedikit demi sedikit menolak pandangan Nik Aziz dalam banyak perkara sama ada secara langsung mahupun tidak langsung.
Oleh Salim Selamat
UMNO TETAP DIHATIKU
UMNO masih relevan. Kita perbaiki mana yang binasa. Bijakpandai islam bertimbun dalam UMNO. Jika kita tambah dengan bijakpandai islam dalam PAS dan termasuk mereka yang tidak berparti, semua mereka kembali kepada UMNO, insyaallah UMNO akan dapat dijadikan sebagai parti yang 'memperjuangkan' islam sebaiknya dan memuaskan hati kita. Bijakpandai ilmu keduniaan bertimbun dalam UMNO dan bisa memacu Malaysia didalam Dunia yang serba mencabar ini. Kita tidak boleh maju didunia ini hanya dengan doa. Itu janji Allah. IA tidak akan mengubah nasib kita jika kita sendiri tidak berusaha mengubahnya. (http://chilliriver.blogspot.com/)
Mustikaindah: Kepimpinan dalam UMNO terserlah... BN pula mampu meneraju negara dengan bijaksana.... Yang pastinya bagi Mustika sendiri, tak ada kerajaan BN/UMNO, mustika tidak akan mampu berada di menaran kejayaan. BN/UMNO TETAP DIHATIKU...
Kepada RAkyAt KuALa TREngganU, KELANTAN SebaGAI CONTOH tERBaik
Ini adalah pandangan saya secara jujur lagi ikhlas. Kalau nak berikan sokongan dan undi anda, berilah sokongan dan undi kepada BN/UMNO ketika pilihanraya kecil ini. Bercontohlah kepada negeri Kelantan yang berhampiran dengan negeri anda. Negeri tersebut sehingga kini, masih merupakan negeri yang paling miskin dalam Malaysia.Jika nak dikatakan Kelantan tak mendapat sebarang Peruntukkan dari Kerajaan Pusat, itu dusta namanya.
Kelantan selalu menerima peruntukkan besar dari Kerajaan Pusat. Malah Gaji kakitangan negeri juga kerap mendapat bantuan kerajaan Pusat. Tanyalah pada mereka yang dipertanggungjawabkan mengenai hal tersebut.Malah, mungkin jika tak mendapat bantuan kewangan dari kerajaan Pusat, gaji kakitangan kerajaan negeripun tak upaya mereka membayarnya. Namun setelah kerajaan Pusat memberikan bantuan, kerajaan negeri tetap tidak berterima kasih dan terus tidak memberikan sokongan kepada Kerajaan Pusat/BN.
Akhirnya mereka berterusan menjadi 'hero' dari segi kemiskinan.Rakyat Kelantan yang berjaya kebanyakannya berada di luar negeri Cik Siti Wan Kembang tersebut. Berkawan rapat dengan kerajaan BN sebaiknya dan mereka ini selalunya membalas jasa BN semula ketika menjelang pilihanraya.
Natijahnya mereka dirahmatiolehNYA dengan kesenangan dunia maupun akhirat. Kenapa kerajaan negeri saja yang termiskin? sedangkan sebahagian rakyatnya kaya raya? Bermunajatlah kepada ALLAH SWT.Di Kuala Trengganu, anda boleh sokong pembangkang.
Tak ada salahnya kerana kita sebuah negara yang mengamalkan sistem demokrasi.Kita bebas memilih siapa saja yang kita kehendaki. Namun apabila pembangkang nanti kalah, jangan tersipu-sipu memohon itu dan ini kepada kerajaan BN/UMNO. Itu tidak adil namanya. Atau menipu. Ketika BN mahu sokongan anda, anda tidak bagi sokongan tersebut.Tapi ketika anda minta bantuan?. Patutkah anda menerimanya?.
Ketika suasana begini berlaku, saya nak bagi tahu, Pak Lah dan Pak Najib tetap akan menyalurkan juga bantuan yang anda pohon, sekalipun Pak Lah mengetahui sepenuhnya bahawa anda dalam pilihanraya kecil Kuala Trengganu tidak memberikan sokongan kepada calun yang dikemukakan oleh Pak Najib.BN dibawah Pak Lah bukan BN yang suka bertindak kejam terhadap rakyat jelata, lebih-lebih lagi anda di Kuala Trengganu yang rata-ratanya sama "warna darahnya" dengan ahli dan penyokong UMNO yang setia.Ketika kini, tahun 2020 sangat tak lama lagi waktunya.
Dimana apabila tiba kelak pemimpin BN sangat ingin melihat penyertaan kaum melayu dalam bidang ekonomi meningkat melebihi 30%. Oleh sebab yang demikian pada masa ini terlalu banyak kemudahan yang dicurahkan kepada rakyat melayu untuk keluar dari tempurung, masing-masing berlumba-lumba meningkat taraf hidup masing-masing.
Berdampinglah secara ikhlaas dan jujur dengan kerajaan BN bagi terlibat sama dalam persaingan kearah kejayaan pembangunan Ekonomi keluarga masing-masing. Apa agama sekalipun, ia sangat menggalakkan kita berusaha keras untuk mencapai kejayaan.Termasuk kejayaan akhirat sekalipun. Bidang Pendidikan anak-anak juga UMNO tidak lupa sejak mula mencapai kemerdekaan negara lagi.
Bahkan ramai anak anak Kuala Trengganu yang berjaya dalam bidang pelajaran, adalah hasil sistem pendidikan yang dilaksanakan oleh UMNO dibantu MCA dll.Saya nak jelaskan disini, bahawa PAS langsung tidak berdaya melaksanakan apa yang mereka janjikan dalam sebarang pilihanraya yang pernah berlangsung di Malaysia.
Malah kini PAS tidak langsung berjuang untuk Melayu. Tak percaya?.Bacalah Perlembagaan PAS yang terbaru sekali. Selepas satu, satu lagi mereka pindah ayat 'Melayu' kepada 'islam'. Sehingga kini perkataan melayu tidak ada lagi didalam perlembagaan PAS. (Posted by bungaraya)
Mustika kagum dengan artikel dari laman bliog ini. Semuanya menyedarkan orang Melayu khususnya dan rakyat Malaysia umumnya. Namun mengapa rakyat masih degil? Bangkitlah dari tido wahai bangsaku....
Friday, January 02, 2009
"TOK GURU!!!! TOK GARU!!!! TOK RAGU!!!!

Assalamualaikum Wahai TOK GARUKU....NOK Tnye ckit....
..Jangan ah .....wat lolok nangis...sedih jugok.... ambe tengok Tok Guru menangis.....
...HOK UMNO WAT SEKOLOH TU LAGU MANE CERITE ? BULEH PALO KE DOSE
...HOK UMNO WAT MASJID LAGU MANE JADI ?.... DOKKAN DOKLEH PAHALE CKITPUN
..HOK UMNO BINA JALANRAYA ???? LAGU MANE PULOK !!.....
DOKKAN TAK DOK PAHALA......KALU TAK ADA JALANRAYA....TOK GURU NOK GI CERAMAH DOK LEH...NOK SEMBAHYANG HAJAT RAMAI-RAMAI DALAM STADIUM DOK LEH...KE GUANE ? ? ?.......

......'".AYAH WAN ..IA SENYUM JE LAWAN DENGAN YB WAHID..PASAL IA LEBIH TAHU RAKYAT AKAN PILIH SIAPA.....WAHID PULOK NAMPOK KURANG ..CERIA ..
..SETOPA ALI DUK LOBI SEMACAM...PEGANG TELEFON SOKMO DARI KEMATIAN ALLAHYARHAM YB DATO RAZALI SAMPAI LENING DOK HENTI2 LOBI NOK JADI CALON.........
".....CUKUPLAH TU SETOPA EH!!!!!!...PUCUK PIMPINAN PAS DAH PILIH YB WAHID ENDUT...DUK TELEFON LOBI NOK KE DIA LAGI...KESIAN KE YB WAHID TU..PALING TANG KE LAIN DIA....TOLONGLAH WAHID TAK PAYAH LAGI LOBI2 NAK JADI CALON..TEFON SITU..TELEFON SINI...
...WAHID PULOK SATU HAL..DAH DIPILIHJADI CALON..JANGANLAH WAT CEMAS..PIKUL GI LAH KALU DOK MENANG REBAH TERAP....REBOH TERTIARAP KATE ORG KL... BOS...""
Posted by toksetiu at 3:58 PM
Wahid Endut Calon PAS
(Gambar: Nyenyaknya YB PAS ini tidur. Lepas ini tidak boleh tidur lena lagi. Mungkinkah ini yang dikatakan undi membawa kebaikan oleh Nik Aziz?). YB Wahid Endut (ADUN Wakaf Mempelam) dipilih sebagai calon PAS dalam pilihan raya kecil di Kuala Terengganu. Wahid Endut dipilih setelah giant candidate seperti Mohd Sabu & Dr Syed Azman (team Erdogan) dan Wan Mutalib & Musthapa Ali (team Ulama) diketepikan oleh PAS. Pastinya ada yang tidak berpuashati dengan pemilihan tersebut.Dalam satu sidang Dewan Undangan Negeri Terengganu, Wahid Endut sendiri mengakui bahawa sepanjang pentadbiran PAS pada 1999-2004, tiada pembangunan yang dibawa oleh PAS ke dalam negeri Terengganu.(Klik di sini). Jika sudah mengakui bahawa PAS tidak membawa pembangunan pun, mengapa masih lagi mahukan jawatan sebagai Ahli Parlimen pula? Jika masuk ke dalam parlimen pun, bolehkah PAS menjadi parti yang dominan melebihi PKR dan DAP dalam Pakatan Rakyat? Kuala Terengganu adalah medan pilihan raya secara demokrasi, jangan jadikan Kuala Terengganu medan membaling batu, meraba, memukul orang dan memprovokasi orang lain. Amalkanlah demokrasi tersebut dengan baik, jangan salah gunakan terma demokrasi untuk berbuat sesuka hati sahaja.
sumber: angin perubahan
Thursday, January 01, 2009
Monday, December 15, 2008
BENARKAH WUJUD "PAKATAN ANWAR" DALAM PAS?
Kumpulan yang diistilahkan sebagai 'Erdogan' atau dipanggil 'Klon PKR dalam PAS' (artikel :Pengaruh Anwar dalam PAS oleh Saudara Zulkiflee Bakar- Mingguan Malaysia 14/12/08) adalah kumpulan yang sentiasa mencari peluang untuk menjatuhkan beberapa nama besar dalam PAS. Tidak pasti apa tujuan Anwar sebenar tetapi kumpulan ini tentunya membangkitkan kerisauan dan kebimbangan dikalangan ahli setia dan pemimpin-pemimpin ulama dalam PAS. Usaha-usaha kumpulan ini termasuklah memburuk-burukkan pemimpin-pemimpin utama PAS agar pemimpin tersebut tidak dipilih menerajui tampuk kepimpinan PAS pada pemilihan pucuk pimpinan parti itu nanti.
Sebelum ini, 'Pakatan Anwar' dalam PAS hanyalah bekerja di 'belakang tabir' sahaja, namun sejak berlaku tsunami pilitik yang melanda negara lalu, kumpulan ini mula menonjolkan diri sedikit demi sedikit. Setuju dengan tulisan saudara Zulkiflee Bakar dalam Mingguan Malaysia semalam, Mustika menganggap kumpulan ini cuba mewujudkan satu parti yang diterajui oleh 'KLON ANWAR' dan bukan lagi golongan ulama seperti yang dikekalkan lebih separuh abad lalu..
Friday, December 05, 2008
Penamaan calon 6 Januari, Pilihan Raya 17 Januari bagi kerusi Kuala Terengganu
Berita Harian online
PUTRAJAYA: Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) hari ini menetapkan hari penamaan calon bagi kerusi Parlimen Kuala Terengganu ialah pada 6 Januari tahun depan dan jika ada pertandingan hari mengundi pada 17 Januari.
Timbalan Pengerusi Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR), Datuk Wan Ahmad Wan Omar berkata, tarikh writ dan notis ditetapkan dikeluarkan pada 7 dan 21 Disember ini.
"Penetapan tarikh ini dilakukan dengan mengambil kira dan meneliti pandangan pelbagai pihak, termasuk ramalan cuaca Jabatan Meteorologikal yang mengatakan Terengganu akan berdepan dengan keadaan cuaca yang tidak menentu dalam masa terdekat.
"17 Januari ialah tarikh yang sangat sesuai kerana ia memberi peluang kepada semua pihak yang terbabit untuk melakukan persediaan rapi, khususnya parti-parti yang akan bertanding dalam menentukan calon yang sesuai," katanya mengumumkan tarikh itu selepas bermesyuarat mengenai perkara tersebut di ibu pejabat SPR di sini hari ini.
Pilihan raya kecil itu diadakan berikutan kematian penyandangnya Timbalan Menteri Pelajaran, Datuk Razali Ismail akibat serangan jantung, di Institut Aminuddin Baki, Genting Highlands, jumaat lepas.
Wan Ahmad berkata, Daftar Pemilih yang akan diguna pakai untuk pilihan raya tersebut ialah Daftar Pemilih yang diperakui dan disahkan semula semalam dan diwartakan hari ini.
Daftar pemilih ini mengandungi 80,229 pemilih berdaftar yang terdiri daripada 79,194 pemilih biasa dan 1,035 pemilih pos dan layak mengundi pada pilihan raya kecil berkenaan, katanya.
Beliau berkata pilihan raya tersebut akan membabitkan 36 pusat mengundi dan 143 saluran mengundi serta 877 petugas di seluruh kawasan pilihan raya itu.
Mesyuarat yang sama juga katanya, telah bersetuju untuk menubuhkan dua pasukan Penguatkuasa Kempen Pilihan Raya (PP-KPR) bagi memantau dan mengawasi keseluruhan perjalanan aktiviti kempen pilihan raya sepanjang tempoh rasmi berkempen.
Pasukan berkenaan yang akan diketuai seorang Pegawai Penguatkuasa antara lain membabitkan wakil calon yang bertanding, anggota Pihak Berkuasa Tempatan dan pegawai polis yang berpangkat Inspektor ke atas sebagai anggota.
Dalam perkembangan berkaitan, Wan Ahmad memberitahu bahawa Datuk Bandar Kuala Terengganu, Datuk Razali Kassim dilantik sebagai Pegawai Pengurus Pilihan Raya manakala enam orang dilantik sebagai Penolong Pegawai Pengurus.
Sementara itu, beliau berkata SPR bersetuju membenarkan kehadiran wakil Badan Bebas Pemantau Pilihan Raya Malaysia (Mafrel) untuk menjalankan pemerhatian dengan syarat yang ditetapkan SPR.
Beliau berkata pemerhati hanya dibenarkan berada di pusat mengundi pada hari pengundian dan mereka sama sekali dilarang memasuki saluran pengundian.
"Undang-undang tidak membenarkan sesiapa saja masuk ke dalam saluran pengundian kecuali petugas pilihan raya, ejen calon, pengundi, anggota SPR dan mereka yang dibenarkan oleh SPR saja.
"Kita masih membenarkan Mafrel membuat pemantauan seperti pada pilihan raya umum ke-12, (8 Mac) dan pilihan raya kecil Permatang Pauh, (26 Ogos) tapi syarat tu ketat kerana kita tak mahu urusan perjalanan pilihan raya diganggu kelancaran," tegas beliau. - Bernama
Wednesday, December 03, 2008
PEMECATAN ZAID WAJAR
Datuk Zaid dengan bangga memperlihatkan tindakan beliau yang menyalahi peraturan parti dan nampaknya beliau sengaja mahu rakyat melihat beliau berpaling tadah daripada UMNO. Tindakan ini dilihat kurang ajar dan beliau tanpa segan silu dan bangganya duduk sebaris dengan pemimpin pembangkang yang 'hipokrit'.......
Mustika melihat tindakan memecat Zaid amat wajar kerana UMNO tak perlu 'simpan' orang yang boleh dianggap talam 2 muka. Tindakan UMNO juga boleh dipuji kerana ia melambangkan keadilan dan kesaksamaan dalam pentadbiran.



