Wednesday, May 13, 2009
Zambry memasuki pejabat jam 9.20 pagi
IPOH: Menteri Besar, Datuk Seri Zambry Abdul Kadir tiba di pejabatnya jam 9.20 pagi tadi dan dijadual mempengerusikan mesyuarat mingguan Exco negeri, tengah hari ini. Tinjauan mendapati keadaan di Bangunan Setiausaha Kerajaan Negeri juga tenang, pagi ini.
Mustikaindah: Ketenangan yang dicari............
Thursday, April 16, 2009
MASIH TIDAK MENGERTI
Mustika sedih apabila melihat ada sesetengah pemimpin hari ini yang disanjung tinggi oleh penyokong mereka cuba memperlihatkan kealiman disebalik kekejaman dan kerakusan. Rakyat dijadikan boneka, negara dijadikan subjek eksperimen kekejaman dan agama dijadikan bahan persenda.
Menyoroti kisah Perdana Menteri kita yang terperangkap di Thailand baru-baru sudah cukup menggerunkan hati Mustika. Rusuhan dan tunjuk perasaan yang berlaku di Thailand janganlah direalisasikan di negara bertuah Malaysia ini. Biarlah ia terjadi di negara orang, jangan terjadi di bumi Malaysia.
Puas kah hati kita apabila melihat rakyat menderita, ekonomi terjejas, bumi bagaikan padang jarak padang tekukur dan agama sudah tidak dijadikan panduan dan pedoman lagi? Mahukah kita yang selama ini bebas bergerak ke mana sahaja menjadi patung dan boneka di tempat persembunyian dek kerana darurat yang melanda negara? Anak-anak kecil yang tidak mengerti apa-apa mahukah kita ajari mereka dengan dendam kesumat yang membara?
Janganlah...............
Cukuplah dengan penderitaan yang kita lihat di negara lain.....
Mustika kadang tidak mengerti apa yang pembangkang mahukan? Zaman Tun Mahathir memerintah negara, dianggap pemimpin zalim.....(kerana memecat Anwar Ibrahim), Zaman Pak Lah memerintah, dikatakan lemah pemerintahannya......didesak berundur. Sekarang Najib yang memegang tampuk pemerintahan negara juga dituduh macam-macam. Tak sampai sebulan macam-macam dikatanya, difitnah dan dicabar kredibiliti pemimpin berwibawa ini....
Apa yang mereka (pembangkang) mahukan sebenarnya?
Friday, April 10, 2009
10 APRIL 2009
Thursday, April 02, 2009

Friday, February 27, 2009
'KAPAL' DAH ROSAK
Menurut sumber, Karpal Singh, Ahli Parlimen Bukit Gelugor telah mengeluarkan kenyataan di dalam Dewan Rakyat yang mendakwa kononnya Pemuda UMNO yang bertanggungjawab menghantar peluru dan ugutan bunuh kepada beliau. Malah diakhir tuduhan tersebut, beliau melabelkan Pemuda UMNO sebagai celaka. Bermula dari sini lah berlaku perang mulut antara Ahli Parlimen di dalam dan di luar dewan semalam.
Persoalan lagi, mana Karpal dapat bukti? Kalau betul kemuka kanlah bukti. Semalam Mustika tunggu juga kalau-kalau Karpal boleh kemuka kan bukti yang boleh mensabitkan Pemuda UMNO dengan tuduhan yang tak masuk akal tu....
Karpal dilihat makin berani menuduh, kurang ajar, biadap, tak kenang budi, dasar tak tahu diuntung, kaduk naik junjung, kepala batu, derhaka.
Mustika: 'Kapal' yang berlabuh kat dalam Parlimen Malaysia baik kita alihkan saja... Bukan boleh buat 'belayar' lagi dah....
Tuesday, February 24, 2009
TAHUN PILIHAN RAYA
JUSTERU, PERSIAPAN RAPI HARUS DILAKSANAKAN OLEH SEMUA PIHAK AGAR KEMENANGAN BERPIHAK KEPADA BARISAN NASIONAL (BN).
mustika: redha dan pasrah
Wednesday, February 18, 2009
ISU ADUN BUKIT LANJAN: MEDIA PULA YANG DIPERSALAHKAN
Sebagai ahli Parlimen yang dipilih untuk mewakili suara rakyat di Parlimen, jangan lah bercakap tak pakai akal... Bila terkena tang batang hidung sendiri, sesuka hati jer tuding jari kat media. Tak ada media, Ahli Parlimen pun orang tak kenal tau.
Satu lagi, kenapa nak dibela orang yang bersalah? Kata orang, berani kerana benar. Elizabeth meletakkan jawatan beliau kerana malu dan merasa bertanggungjawab atas kesalahan yang dibuat (bersalah lah tu, kalau tak takkan 'lari' camtu je).
Apa-apa pun biarlah pihak polis yang menentukan nya. Difahamkan sekarang ni polis sedang menjalankan siasatan dan beberapa orang yang berkenaan telah dipanggil untuk memberi keterangan. Tunggu je lah........
p/s: BANGKAI GAJAH MANA BOLEH NAK TUTUP DENGAN SEHELAI DAUN........
Thursday, February 12, 2009
Seingat Mustika, YB Nizar, bekas Menteri Besar Perak ini pernah menyuarakan pada khalayak bahawa beliau redha tindakan ahli parlimen yang bertindak keluar parti namun dalam keredhaan yang disuarakannya, jelas menunjukkan kekecewaan terpancar di wajahnya.. Seketika Perak sepi...... Namun kesepiaan tidak berpanjangan kerana apabila Penasihat PKR, Dato' Seri Anwar Ibrahim (DSAI) turun ke Perak dan mengadakan perjumpaan bersama Nizar dan pemimpin tertinggi PKR yang lain, suasana tenang berubah menjadi huru-hara, keamaanan menjadi semakin runcing di Perak... Mungkin ramai yang melihat Anwar 'senyap' sahaja, namun disebaliknya, Anwar meniupkan api kemarahan dan kebencian penyokong-penyokong PKR supaya terus mencemuh dan menghina pemerintah tertinggi negeri Perak.

Kecewa dan sedih kerana Nizar seolah-olah dicucuk hidungnya. Orang Melayu memang mudah terpedaya. Penyokong-penyokong PAS sendiri bertindak liar dan kurang ajar sehingga ada yang sanggup berbaring di tengah jalan bertujuan menghalang kenderaan Diraja memasuki istana ketika hari angkat sumpah menteri besar yang baru.

Pantang betul mustika dengar orang yang menderhaka ni.... Sultan adalah payung negara, kedaulatan Baginda tidak boleh dicemari. Mengapa disimpan lagi makhluk perosak bangsa, agama dan negara seperti ini? Kalau guna 'ubat gegat' masih tak dapat, apa kata kita guna pulak 'racun'.. Ini memang berkesan. Satu lagi si Nizar ni memang dasar manusia tak tahu malu agaknya.... Sudahlah dapat pangkat dari Sultan, tak mahu berganjak pulak tu..... TAK TAHU MALU............
Cadangan kepada Tuanku Sultan........ tarik balik dan lucut gelaran yang telah tuanku bagi tu.....
Bercakap mengenai Karpal Singh........ Tak nak buat ulasan banyak sebab manusia yang sorang ni memang terkenal dengan kelantangannya yang berapi-api dan menyakitkan hati. Kat Parlimen pun cakap tak beradab, ikut sedap mulut je..tu yang banyak kali kene halau ngan speaker tu...............TAK SEDAR DIRI........ Yang ni Mustika cadangkan BUANG NEGERI
Penyokong-penyokong PKR......... hari tu mustika tengok yang pakai serban pun ramai.......penyokong PASSSSSS............ Hai ni lagi satu masalah orang Melayu yang tak sedar diri......ada ke Sultan nak dihalangnya........ Kalau ikutkan hati....nak aje mustika cakap kat pemandu kereta tu langgar je, biar penyek macam lempeng... Apa yang best sangat baring kat tengah jalan tu? Kat rumah dah tak cukup katil dan tilam ke? Apa tindakan untuk mereka ni? Cuba fikirkan kalau dilucutkan kerakyatan...merempat lah korang..........nak macam tu ke? kalau tak nak kenapa ambil tindakan BODOH macam tu?

Kenapa Kerajaan BN yang menerajui tampuk pemerintahan kerajaan baru negeri Perak, berkhidmatlah atas prinsip kejujuran, adil dan saksama. Perak bukanlah medan eksperimen kejayaan BN tetapi merupakan satu amanat dan tanggunggjawab yang harus dipikul.
Pandangan ikhlas,
Mustikaindah
Tuesday, February 10, 2009
JANGANG NNEBENG
JANGANG NNEBENG
Di dalam slanga Terengganu perkataan nnebeng maknanya satu situasiperbuatan yang melampau - yang melangkaui sesuatu yang berpada-pada. Ianya berasal dari perkataan tebeng yang sebenarnya memberi maksud ‘cuba’. Seorang ibu yang memberi amaran kepada anaknya tentang bahaya semak samun akan berkata : mung jangang tebeng gi kat rokk tu, tebeng-tebeng gi kang nya pagut di ulo ( bhs std. “Kamu jangan cuba ke kawasan semak samun di situ, kalau cuba pergi juga nanti akan di patuk ular).
Tebeng juga kadang-kadang merujuk kepada keadaan yang memaksa-maksa dengan bertubi-tubi. Ia juga merujuk kepada satu desakan. Kadang-kadang seseorang manusia apabila dipaksa dengan bertubi-tubi dia akan membuat reaksi balas. Dan reaksi balas ini selalunya berlawanan dengan apa yang dihajati oleh orang yang memaksa atau mendesak itu. Contohnya kalau seorang itu berhajat untuk memberikan sebiji bola kepada kawannya. Tetapi kawannya mendesak supaya diberikan dengan lima biji bola. Akhirnya kerana di desak dengan bertubi-tubi, dia membuat keputusan untuk tidak memberi walau sebiji bola sekali pun. Maka orang ketiga menyaksikan kejadian itu akan membuat ulasan seperti ini: nye tebeng mitok lima nang utir tu, sudohang sutir dok leh. Mbek nok sangat ! (bhs std. “Dia mendesak supaya diberikan dengan lima enam biji bola, kesudahannya satu pun dia tidak dapat. Itulah, nak sangat!”).
Jadi nnebeng sebenarnya merujuk kepada perbuatan yang melampau-lampau. Orang yang dipaksa tadi akan berkata kepada rakannnya itu: mung jangang nnebeng sangat. orang laeng pong nok jugok. Tebeng tebeng kang, kek gi aku tak mboh wi ke mung wala sutir pong (bhs std. “Kamu janganlah desak saya sampai begitu, orang lain pun memerlukan bola juga. Kalau kamu mendesak saya juga, saya tidak akan berikan bola ini walau sebiji pun kepada kamu”).
Ringkasnya perbuatan nnebeng adalah satu kelakuan yang negatif yang akhirnya memberikan kesan yang negatif juga. Sebab itulah di dalam kehidupan seharian, di dalam teknik pengurusan, di dalam gaya pentadbiran bahkan di dalam sahsiah peribadi kita, kita hendaklah mengelakkan sifat nnebeng ini. Ringkasnya kalau ia mendorong kepada sifat yang negatif ia boleh dikatakan sebagai satu sifat mazmumah - sifat yang dikeji.
Ada cerita di sebalik istilah nnebeng ni. Ada sepasang suami isteri tinggal disebuah kampung. Mereka telah lama berkahwin. Tetapi si suami tidak pernah mengecapi kebahagian di dalam rumah tangga yang didirikan sekian lama. Kenapa? Kerana isterinya tidak ada kerja yang lain melainkan berleter sepanjang masa. Pagi, petang, siang dan malam. Kalau suami duduk dirumah dileternya sebagai pemalas. Kalau suami keluar rumah dibebelnya sebagai tidak ingat rumah tangga. Kalau di bawa balik makanan di katakan membazir kerana dia sudah masak dirumah. Kalau tidak bawa bawa balik makanan dikatakan sanggup biarkan dia kelaparan. Pendek kata, semuanya tak kena. Dan suami menjadi sasaran leteren si isteri. Akhirnya si suami sudah tidak tahan dengan leteran yang berlarutan sehingga bertahun-tahun lalu diceritakan kepada rakan baiknya di warong kopi yang berhampiran.
“Senang saja,” kata sahabatnya. “Di hujung kampung ada sebuah perigi tua yang lama tidak diguna orang. Esok kamu ajak dia ke sana dan kamu buang saja dia ke dalam perigi tu”, sahabatnya meneruskan cadangan. Kadang-kadang sahabat yang merosakkan pun ramai.
Tanpa berfikir panjang selepas subuh keesokkannya, si suami mengajak isterinya “bersiar-siar kehujung kampung”. Si isteri ikut, tetapi di dalam perjalanan leteran tetap diteruskan. “Apa sebab kamu ajak aku kehujung kampung pagi-pagi buta ni. Kamu tak ada kerja lain ka…… “. Sampai di perigi buta tersebut, si suami menyuruh isterinya menjengok ke dalam perigi dan tanpa membuang masa, di tolaknya si isteri ke dalam. Dengan gembira, si suami pulang ke rumah.
Selepas asar, si suami mula merasa kesunyian. Bertahun-tahun mendengar leteran tiba-tiba rumah sunyi sepi. Bagai negeri di langgar garuda lagaknya! Rupa-rupanya leteran isterinya itu adalah muzik kepada telinganya. Halwa telinga. Manusia ini hanya mula menghargai benda apabila sesuatu itu telah tidak ada. Dengan penuh penyesalan, si suami terus mencari tali yang kasar lalu dia terus ke pergi buta dihujung kampung selepas waktu maghrib. Diapun berhati-hati, maklumlah orang yang bersalah memang begitu.
Sampai dihujung kampung, si suami terus mencampakkan tali itu ke dalam perigi buta dan mula mengangkat balik. Terasa berat. Sebab hari sduah gelap, dia tak nampak. Menggunakan segala kudrat dan kekuatannya diangkatnya juga, sehingga dia memegang tangan yang mula keluar dari perigi tersebut. Lalu disambutnya tangan itu, tetapi dia terasa tangan itu penuh dengan bulu, sedangkan tangan isterinya tidak pernah berbulu. Tak kan lah hanya satu malam di dalam pergi buta tangan boleh jadi berbulu?
“Kamu siapa?” tanya si suami.
“Aku penunggu perigi ini. Aku di sini puluhan tahun sehingga semalam ada orang perempuan jatuh dalam telaga ini dan dia berleter-leter sebab suami dia campakkan dia. Tak henti-henti leterannya dari semalam. Asyik membebel saja. Aku tak tahan dengan leteran dia. Aku rela keluar dari perigi ni, tak jaga pun tak apalah.”
Maka, selepas menceritakan kisah ini si ibu akan berkata kepada anaknya: mung tengok! kalau mung nnebeng nnebeng, bukang nang orang jer beci ke mung, jing pong beci jugok! (bhs std. “Lihatlah, kalau kamu berperangai yang melampau-lampau, bukan sahaja manusia yang bencikan kita, jin pun akan benci juga!”).
Oleh itu, apa pun yang kita buat, keputusan apa pun yang kita ambil, jangang nnebeng! Berpada-pada!
Mustikaindah: Loghat Terengganu yang asli kadang-kala membuat kan seseorang itu tercengang, tak faham, lucu dan hairan......
Teringat suatu ketika dahulu..............
PERPECAHAN.............
Bila Pakatan Rakyat Perak berpecah, sesuatu yang telah diduga sebenarnya......
KEMENANGAN..........
Bila BN merampas kembali Perak....... tak terucap dek kata-kata.....
DERHAKA.................
Bila ada rakyat yang menderhaka pada Sultan, mengabaikan serta ingkar pada titah Sultan.....kurang ajar betul...
Mustika akan huraikan nanti........tunggu...........
Wednesday, January 21, 2009
PENGALAMAN DAN PENGAJARAN
Mustika berada di Palestin, bersama-sama berlari menyelamatkan diri dari dibom dan ditembak oleh tentera rejim... Mustika melihat sendiri bagaimana tentera rejim melancarkan peluru berpandu dan mengenai berpuluh-puluh umat Islam Palestin yang sedang cuba menyelamatkan diri. Sekelip mata, di hadapan Mustika... mayat-mayat bergelimpangan dan ada yang hancur...Darah membasahi bumi Palestin. Belum pun reda, pesawat-pesawat tentera rejim yang menceroboh ruang udara juga tidak ketinggalan memperlihatkan aksi kejam dan rakus mereka apabila beberapa butir bom mengenai 'sasaran', umat Islam Palestin.

Mustika berlari dan berlari lagi sehingga kaki sudah tidak berdaya. Tangisan dan deraian air mata mengiringi setiap langkah Mustika apabila mengenangkan umat Islam Palestin yang terbunuh, mengenangkan betapa murahnya nilai nyawa mereka dan betapa kejamnya tentera rejim. Ketakutan yang teramat sangat menyelubungi perasaan sehingga kan tiada apa lagi yang Mustika fikirkan selain mencari tempat untuk berlindung. Hati ini terasa begitu pedih, hiba, geram, marah, benci dan terhina. Didepan mata, Mustika menyaksikan segala-galanya. Anak-anak kecil yang tidak mengerti apa-apa, lelaki dan wanita, tua dan muda semuanya menjadi mangsa. Apalah dosa mereka??????!!!!!!!!!!!!!
Langkah Mustika berhenti di sebuah rumah. Seorang wanita separuh abad telah bermurah hati menawarkan perlindungan kepada Mustika di rumahnya. Namun belum pun sempat Mustika menarik nafas lega.... tiba-tiba diluar rumah tentera-tentera Israel sedang mencari mangsa seterusnya untuk "dihapuskan". Wanita itu berpesan kepada Mustika agar pandai menjaga diri. Kata-kata terakhirnya sebelum hilang dari pandangan Mustika.. "Jika bukan ajalmu di sini, bom dan peluru tidak akan menembusi badanmu". Mustika menangis lagi.... hanya Allah yang tahu betapa hati ini melonjak-lonjak untuk pergi dari tempat yang mengerikan itu dan kembali ke rumah seperti sedia kala....
Kringggggggggggggggggggggggggg..........................
Mustika terjaga, pukul 5:30 pagi.... Ya Allah... Mustika bermimpi dan tangisan dibawa ke alam nyata. Mustika beristighfar.. Memohon dikuatkan semangat, memanjatkan doa kepada Allah supaya penderitaan mereka berakhir.
Ketika dalam perjalanan ke pejabat, Mustika terfikir sejenak, apa hikmah di sebalik mimpi itu?
Mustika menemui jawapannya... Namun biarlah jawapan itu hanya Mustika sahaja yang tahu....
Kepada seluruh umat Islam, walaupun kita tidak boleh berjuang bersama mereka, sekurang-kurangnya kita mampu menyumbang dari sudut yang lain. FIKIR-FIKIRKANLAH......
Wallahualam..............
Wednesday, January 07, 2009
Makin Kalut, Hadi Pandai-pandai Reka
Oleh Lukman Abas
Kuala Terengganu -- Pemuda UMNO negeri ini kesal dengan kenyataan Presiden Pas, Datuk Seri Abdul Hadi Awang yang menuduh ‘orang UMNO dan BN” di Kuala Lumpur menukar laporan yang ditulis wartawan dari kawasan tugasan masing-masing.
Ketua Pemudanya, Badrol Hisham Zaki berkata, Presiden Pas tidak patut mereka-reka cerita sedangkan hal itu tidak berlaku dan tidak benar sama sekali.
Tegasnya adalah lebih baik Presiden Pas berfikir secara matang sebelum mengeluarkan kenyataan palsu di khalayak ramai seperti mana di ceramah mega anjuran Pas, di Kuala Terengganu, malam semalam.
"Pembohongan hanya mengelirukan orang ramai sahaja. Saya dan rakan-rakan saya tidak pernah mengalami keadaan sedemikian setiap kali membuat kenyataan kepada media massa.
"Tidak ada penyiaran berita yang berbeza daripada yang kami hantar atau bercakap kepada wartawan.
"Pengarang akhbar dan pengawal berita di stesen penyiaran bukan ahli politik pun, malah mereka adalah wartawan profesional yang beretika dan berpengalaman. Akhbar dan stesen penyiaran bukan pula milik parti", katanya dalam satu kenyataan kepada laman webPemuda di sini, hari ini.
Ketika berucap pada majlis ceramah malam tadi, Hadi mendakwa dia kesian dengan nasib wartawan kerana apabila laporan berita yang sampai ke ibu pejabat di Kuala Lumpur, “orang UMNO dan BN” menukarnya.
Badrolhisham seterusnya menasihatkan Hadi menyiasat sama ada sudah menjadi kebiasaan pemimpin mereka berbuat demikian apabila pemberita Harakah menghantar berita ke ibu pejabatnya.
"Tambahan pula pengarang dan penulis di Harakah yang menjadi terbitan parti itu, memang ahli politik Pas", ujarnya.
SERUAN KEPADA PENGUNDI PRK.O36 KUALA TERENGGANU
WARITARAKYAT
January 7, 2009 10:58 AM
Tuesday, January 06, 2009
PERSAINGAN 3 PENJURU
CALON Barisan Nasional, Datuk Wan Ahmad Farid Wan Salleh (tengah) bersama calon Pas, Mohd Abdul Wahid Endut dan calon Bebas, Azharudin Mamat ketika pengumuman calon bertanding pilihan raya kecil Parlimen Kuala Terengganu di Stadium Tertutup Negeri Terengganu, Kuala Terengganu, hari ini. - Foto Rosdan Wahid (Bharian Online)Monday, January 05, 2009
Jawapan Yang Tak Terungkai!!
Angkatan Muda Keadilan Terengganu dikhabarkan sedang menunggu kehadiran Ezam di Pilihanraya Kecil Kuala Terengganu ini, bagi mendapatkan penjelasannya mengenai 6 kotak yang didakwa mengandungi salah laku rasuah dikalangan pemimpin UMNO. Mereka juga beranggapan, jika Ezam gagal membuktikan dakwaannya itu, bermakna kredibiliti dan integriti Ezam bakal tercalar.
Dalam waktu yang sama juga, seluruh jentera Barisan Nasional juga turut tidak sabar untuk menanti kedatangan Penasihat PKR Anwar Ibrahim, untuk mendengar alasan baru beliau tentang pembohongan besar-besaran kepada seluruh rakyat Malaysia, termasuk para ulama’ yang totok pada beliau, yang telah dibuat sebelum dan sepanjang Pilihanraya Kecil Permatang Pauh dengan mengatakan bahawa BELIAU AKAN MENUKAR KERAJAAN YANG ADA dan MENJADI PERDANA MENTERI MALAYSIA PADA 16 SEPTEMBER yang lalu.
Selain itu, alasan Anwar juga ditunggu untuk memberikan komen tentang HUKUM HUDUD yang menjadi percakaran antara PAS dan DAP, serta diharapkan agar Ulama’ PAS serta Anwar mampu untuk menjelaskan mengenai dalil yang menyebutkan bahawa HUKUM HUDUD berkait rapat dengan KEDUDUKAN EKONOMI semasa.AMK harus ingat, jangan sentiasa mempertikaikan kredibiliti dan integriti semua orang tanpa melihat individu yang paling hampir dengan mereka, yang disokong dan dipuja keterlaluan.
Ketaksuban tidak pernah dan tidak akan menghalalkan dosa yang telah dilakukan.Bujang SenangPakar Motivasi Malaya
Mustika: Andai ku tahu..... akan ku khabarkan ke seluruh pelusuk dunia akan jawapan yang belum terungkai ini
PEMIMPIN UMNO MASIH ADA BANYAK MASA.
PEMIMPIN UMNO/BN MASIH MEMPUNYAI BANYAK MASA SEHINGGA 17/1/2009 UNTUK BEKERJA DENGAN LEBIH KUAT DIDALAM PRK KUALA TRENGGANU. Bukan seorang, bukan dua orang bukan tiga, empat ataupun 10 orang pemimpin UMNO/BN yang berkampong di Bandaraya Kuala Trengganu sempena Pilihanraya Kecil Kuala Trengganu ketika itu. Malah mungkin ribuan orang.
Apa yang anda sedang lakukan? Apa yang anda telah buat? Apa strategi anda dalam usaha meraih sebanyak mungkin penggundi yang akan mengundi BN?Saya bukan bermaksud mengajar anda semua. Anda selaku pemimpin kami tentunya lebih bijak dan mahir dalam mengatur segala strategi bagi memenangi pilihanraya tersebut.
Saya cuma ingin turut serta memberikan ingatan dari masa kesemasa sebagai satu tanggungjawab bersama selaku ahli UMNO / BN yang ingin melihat kejayaan yang cemerlang dalam pilihanraya tersebut. Saya merasa hampa kerana tidak dapat pergi ke Kuala Trengganu untuk bersama berkempen akibat dari kesibukan ditempat saya sendiri.
Selain saya diberikan tanggungjawab menjaga pejabat, anak sulong saya juga akan melangsungkan perkahwinan dalam waktu terdekat ini.
Kepada rakan-rakan seperjuangan di Kuala Trengganu, misi kita adalah untuk mempertahankan AGAMA, BANGSA DAN NEGARA.
Kita kena jelas yang ini. Kita kena faham bahawa kekalahan UMNO membawa maksud perjuangan memertabatkan Agama dan bangsa akan menjadi lemah dan kekeringan.Kita kena mengetahui sedalamnya, jika kerusi melayu di Parlimen terbahagi dua antara PAS dan UMNO, kekuatan melayu akan menjadi bertambah dikutak katikkan.
Oleh itu semestinya perkara ini kita jelaskan dengan rasa keinsafan kepada pengundi di Kuala Trengganu. Unit sepuluh dalam jentera pilihanraya UMNO/BN mesti berkunjong kesetiap rumah tidak kira rumah PAS dan rumah UMNO, bagi menjelaskan perkara ini. PAS dan UMNO kenalah matang dalam memperjuangkan Agama dan Bangsa melayu kita.Di Sarawak dimana DAP menang Parlimen, Pengundi Cina memberikan kemenangan juga kepada BN diperingkat DUN.
Begitu juga disetengah kawasan lain, pengundi cina yang mengundi DAP dalam masa yang sama mengundi BN juga. Kenapa mereka berbuat demikian? Baca dan fahami sedalamnya dan jelaskan sebaiknya kepada pengundi Kuala Trengganu yang majoritinya melayu itu.Gunakan strategi merayu sebaiknya, memujuk sebaiknya dan gunakan cara-cara yang berhemah serta mulia yang dapat diterima oleh penggundi.
Kerana tugas anda pada pilihanraya kali ini adalah sangat penting kepada survival UMNO/BN, maka jika kena maki, kena ludah, kena tumbuk dan apa sekalipun, kesabaran dan ketahanan adalah merupakan perkara yang sangat mustahak.PUTERI UMNO mestilah bekerja 2 kali ganda daripada biasa. Jangan banyak tidor dan bersantai di Hotel penginapan.
Hampirilah khususnya golongan pengundi muda dan berilah pandangan yang sebenarnya kepada mereka agar mereka tidak diputar-belitkan oleh pemimpin yang menggelarkan diri mereka pejuang agama, tetapi sebenarnya menggunakan agama untuk kepentingan kuasa dan politik mereka.
PEMUDA UMNO jangan hanya berpeleseran dan mengambil kesempatan berkempen untuk KJ, Mukhriz maupun Khir Toyo. Kuala Trengganu bukan masanya berbuat demikian. Di KualaTrengganu, anda mesti pastikan gulungan Muda belia menyokong BN sepenuhnya pada pilihanraya kali ini.
PEMIDATO HANDALAN UMNO, bila lagi nak mengeluarkan taring anda. Masa inilah anda berkesempatan untuk berpidato dan mengeluarkan segala apa yang ada di minda anda. Berilah penerangan yang secukup-cukupnya kepada rakat penggundi KT.
JENTERA URUSETIA...jangan duduk didalam pejabat saja. Anda harus mempastikan makan minum dan segala keperluan yang dikehendaki oleh jentera dilapangan sentiasa mencukupi. Poster juga tersangat penting. Demikian juga dengan kenderaan, komputer, Talian talipon dan sebagainya.
APAPUN JANGAN SAMPAI "RUMAH DAH SIAP, PAHAT MASIH BERBUNYI"..KELAK. DAN JANGAN SAMPAI KITA MENGHADAPI KEKALAHAN YANG TERUK YANG MENYEBABKAN SEMANGAT PEMBANGKANG BERTAMBAH 10 KALI GANDA. BERITA TERAKHIR YANG SAYA PEROLEHI MELALUI SEORANG KAWAN RAPAT DI KUALA TRENGGANU, YANG "TAHI POLITIK", MENGATAKAN SEKARANG PAS MENDAHULUI 60%.BERHATI-HATILAH ANDA DISANA.
Mustika: Chillriver..... setahu mustika sekarang...............di Kuala Terengganu, jentera pilihanraya BN (UMNO) sudah pun menjalankan tugas mereka dengan baik dan penuh kesungguhan. Mustahil usaha keras ini tidak akan membawa apa-apa kejayaan. Paling tidak, Kuala Terengganu dapat ditawan... bukan itu sahaja, pilihanraya ini menyaksikan penyatuan antara parti BN yang sama-sama turun padang bagi memastikan kemenangan berpihak kepada BN/UMNO. Mustika menyaksikannya sendiri, di bumi Kuala Terengganu. (dah berkampung hampir seminggu di sini)


