pemesongan akidah-kerajaan langit "ayah pin", penagihan dadah dan bakar jalur gemilang,
keruntuhan moral dan akhlak golongan remaja
penghinaan kepada negara, rusuhan
BULI, lumba haram sudah menjadi seperti kebiasaaan anak-anak muda.
APA SUDAH JADI DENGAN ANAK MUDA ZAMAN SEKARANG? SIAPA YANG HARUS DIPERSALAHKAN?
INILAH YANG TERJADI APABILA KURANGNYA PENGHAYATAN RUKUN NEGARA DI KALANGAN MASYARAKAT KITA HARI INI. MEREKA INI ADALAH GOLONGAN YANG TIDAK TAHU BERSYUKUR DAN TIDAK TAHU BERTERIMA KASIH....
MARI KITA SOROTI SEJARAH RUKUN NEGARA YANG MEMBAWA KEPADA PENYATUAN DAN PERPADUAN KAUM DI MALAYSIA SUATU KETIKA DAHULU..............
Kedatangan Inggeris dan dasar imigrasi liberal yang diperkenalkan mereka telah menukar bentuk masyarakat negara ini. Kerajaan Inggeris telah menggalakkan kemasukan tenaga buruh dari negara China, India dan Indonesia untuk bekerja di lombong dan estet serta berniaga di bandar. Di bawah dasar "pecah dan perintah" kerajaan kolonial Inggeris, ketiga-tiga kumpulan etnik ini telah dipisahkan dari segi tempat tinggal dan pekerjaan. Kebanyakan orang Melayu tinggal di desa dan bekerja di sektor pertanian, sementara orang Cina tinggal di bandar dan melibatkan diri dalam perniagaan. Orang India pula tinggal dan bekerja di estet-estet, hanya sebilangan kecil sahaja yang tinggal di bandar. Ketiga-tiga kumpulan etnik ini pula dipisahkan dari segi pendidikan dengan mempunyai sekolah aliran masing-masing tanpa sukatan pelajaran atau kurikulum yang sama. Keadaan ini berterusan sehinggalah negara mencapai kemerdekaan pada 31 Ogos 1957. Pada tahun 1956 iaitu setahun sebelum kemerdekaan, kekacauan telah berlaku di Pulau Pinang semasa perayaan pemberian taraf bandar raya kepada Pulau Pinang. Perbalahan yang sama turut berlaku di Pangkor pada 1960, di Bukit Mertajam pada 1966 dan Pulau Pinang sekali lagi pada 1967. Peristiwa-peristiwa kekacauan ini hanya berlaku secara kecil-kecilan sahaja. Langkah dan usaha yang serius hanya dimulakan oleh pihak kerajaan setelah berlaku satu rusuhan kaum yang serius iaitu peristiwa berdarah 13 Mei 1969. Akibat daripada peristiwa ini kerajaan telah mengambil langkah tegas untuk mencari satu formula bagi mengatasi masalah tersebut supaya tidak berulang lagi. Berikutan itu Majlis Perundingan Negara telah ditubuhkan oleh Pengarah MAGERAN di bawah Undang-Undang Darurat yang diwartakan pada 29 Januari 1970. Anggota-anggota Majlis Perundangan Negara terdiri daripada seorang Pengerusi (Allayarham Tun Abdul Razak bin Dato' Hussein merangkap Pengarah MAGERAN), tiga orang Menteri (Allayarham Tun Dr Ismail bin Dato' Abd. Rahman, Mendiang Tun Tan Siew Sin dan Mendiang Tun V.T. Sambanthan), wakil-wakil kerajaan negeri, wakil-wakil parti politik. Majlis ini juga mempunyai wakil-wakil dari kalangan tokoh agama, badan-badan profesional, perkhidmatan awam, kesatuan sekerja, wartawan, persatuan guru-guru dan wakil-wakil kumpulan kecil. Mesyuarat pertamanya telah diadakan pada 27 Januari 1970 yang dipengerusikan oleh Pengarah MAGERAN Allayarham Tun Abdul Razak bin Dato' Hussein. Setelah berbincang serta mengkaji sedalam-dalamnya selama beberapa bulan, Majlis Perundingan Negara tersebut telah merumuskan supaya satu ideologi negara yang mampu mengatasi garis pemisah antara kaum perlu diadakan di negara ini. Berdasarkan keputusan tersebut maka lahirlah Rukun Negara yang telah diisytiharkan oleh Yang di-Pertuan Agong ke-Empat pada 31 Ogos 1970 sempena ulang tahun ke-13 kemerdekaan negara. (sumber: Jabatan Perpaduan Negara & Integrasi Nasional, Kem. Perpaduan, Kebudayaan, Kesenian & Warisan)
RUKUN NEGARA MERUPAKAN AMALAN RAKYAT MALAYSIA. NAMUN MENGAPA ADA SEGELINTIR RAKYAT MALAYSIA YANG MENJADIKAN RUKUN NEGARA HANYA SEKADAR IKRAR DI BIBIR SAHAJA. KURANGNYA PENGHAYATAN TERHADAP PRINSIP-PRINSIP RUKUN NEGARA MENYEBABKAN WUJUD NYA PENGARUH YANG TIDAK BAIK DALAM PROSES PEMBESARAN KANAK-KANAK. PERKARA TERSEBUT AKAN MENULAR DALAM MASYARAKAT KITA DAN KESANNYA BERLAKULAH PEMESONGAN AKIDAH, PENAGIHAN DADAH, BUDAYA PUNK, LUMBA HARAM, RUSUHAN. TIADA LAGI SEMANGAT CINTAKAN NEGARA DALAM DIRI GOLONGAN INI.
MENJADI TANGGUNGJAWAB KITA BERSAMA UNTUK MEMBENTUK ANAK-ANAK MUDA INI KERANA SEGALA-GALANYA BERMULA DARI RUMAH. ASAS DIDIKAN YANG BAIK DAN SEMPURNA DARIPADA IBU BAPA MAMPU MELAHIRKAN GOLONGAN MUDA YANG BERKETRAMPILAN DAN MEMPUNYAI NILAI-NILAI MURNI SERTA JATI DIRI YANG TINGGI. INI PENTING KERANA GOLONGAN INILAH YANG AKAN MENJADI PEWARIS TAMPUK PEMERINTAHAN NEGARA PADA MASA HADAPAN.