Wednesday, January 06, 2010

APA MUSLIHAT SEBENAR?

Mustika pelik dan hairan mengapa parti politik yang selama ini "beroperasi" atas nama agama Islam, cuba bertindak sebaliknya apabila mengeluarkan kenyataan bahawa mereka menyokong penggunaan perkataan Allah oleh masyarakat Kristian Katolik. Dalam kenyataan yang dikeluarkan juga, mereka turut memberi peringatan kepada semua pihak supaya tidak menyalah gunakan perkataan Allah untuk mengelirukan atau menjadikan politik murahan untuk mendapatkan sokongan rakyat.

Pelik bin Ajaib. Apa motif sebenar parti ini? Satu sahaja yang mustika fikirkan. Mereka mungkin berada di haluan kiri (menyokong penggunaan ALLAH oleh gereja Kristian) sebagai menggambarkan mereka memberi sokongan yang jitu terhadap kaum bukan Melayu yang menganuti agama Kristian. Mungkin ini salah satu strategi mereka.

Namun Mustika sedikit janggal dengan kenyataan yang dikeluarkan parti ini. Mereka berjuang untuk menegakkan keadilan, berkhidmat, mentadbir dan "MEMBANGUN BERSAMA ISLAM", tetapi sebaliknya berlaku apabila mereka menuding jari dan menuduh UMNO/BN dan NGO-NGO yang membantah keputusan Hakim Mahkamah Tinggi, Datuk Lau Bee Lan pada 31 Disember 2009 yang memutuskan bahawa Majalah Mingguan Katolik, Herald, boleh menggunakan perkataan ALLAH dalam penerbitannya sebagai salah satu agenda politik dan cuba megelirukan rakyat atas nama agama.

Mengimbau kembali perjuangan parti ini yang "MEMBANGUN BERSAMA ISLAM", Mustika termenung sejenak dan berfikir........, yang menjadikan agama sebagai 'alas perjuangan' politik dan berselindung di sebalik nama agama itu sebenarnya SIAPA? hmmmmm Mustika sudah ada jawapannya.....

lawati http://www.muslimconsumer.org.my/herald untuk menandatangani bantahan terhadap keputusan Mahkamah Tinggi yang membenarkan Gereja Herald menggunakan kalimah ALLAH dalam penerbitannya