Wednesday, July 02, 2008

MP PARIT BUNTAR BERFIKIRAN SEMPIT

MP Parit Buntar (PAS), Dr. Mujahid Yusof dalam hujahnya mengatakan bahawa beliau tidak bersetuju dengan tindakan kerajaan untuk menstrukturkan semula subsidi minyak. Apa yang beliau fikir pun mustika tak tahu. Mungkin ada agenda sendiri.

Tak fikirkah mustika yang penstrukturan semula subsidi minyak ini amat penting untuk rakyat? Cuba lah jangan berfikiran sempit. Apa yang kerajaan buat adalah untuk kesenangan rakyat. Tiada cubaan untuk mengenetepikan kepentingan rakyat. MP Parit Buntar, jangan lah 'syok' sendiri. Pesan Mustika, berfikiran jauh dan jangan macam katak di bawah tempurung, tak berkembang dan tak sensitif kepada isu-isu semasa

DEWAN KECOH ISU PERATURAN

UTUSAN ONLINE:

Kuala Lumpur, 1 Julai: Sidang Dewan Rakyat hari ini kecoh seketika apabila Timbalan Yang Dipertua Dewan Rakyat, Datuk Wan Junaidi Tuanku Jaafar mencadangkan supaya peraturan mesyuarat tidak digunakan bagi membolehkan ahli Dewan mencelah pada sesi soal jawab.

Langkah itu menyebabkan Fong Po Kuan (DAP-Batu Gajah) membantah dan menyatakan rasa tidak puas hati dengan keputusan tersebut.

Wan Junaidi menjelaskan, cadangan itu bertujuan supaya urusan soal jawab tidak terganggu dengan perkara tidak berkaitan bagi membolehkan lebih banyak soalan dapat dijawab oleh menteri berkaitan.

''Saya telah merujuk dengan amalan Dewan Rakyat di beberapa negara maju seperti England dan New Zealand yang juga tidak membenarkan peraturan mesyuarat dibangkitkan dalam sesi soal jawab. ''Kita bukan melarang terus peraturan mesyuarat dibangkitkan tetapi kita mahu ia dihadkan hanya jika ada pelanggaran yang nyata berlaku," katanya menjawab kritikan Po Kuan itu.

Po Kuan mendakwa cadangan itu melampaui kuasa Yang Dipertua Dewan yang juga tertakluk pada peraturan mesyuarat ketika mempengerusikan persidangan.

Terdahulu, sebelum sesi soal jawab di Dewan Rakyat hari ini, Wan Junaidi mengemukakan cadangan itu selepas mendengar Peraturan Mesyuarat 36.12 yang dibangkitkan Datuk Tajuddin Abdul Rahman (BN-Pasir Salak).

Tajuddin ketika membangkitkan peraturan itu, meminta Dewan Rakyat mengambil tindakan terhadap Gobind Singh Deo (DAP-Puchong) yang didakwa menghina dan mempertikai kewibawaan Yang Dipertua Dewan Rakyat, Tan Sri Pandikar Amin Mulia di luar dewan.
Semalam, Pandikar Amin mengarah Gobind keluar dewan dan digantung dua hari daripada Dewan Rakyat kerana mencabar kewibawaan Yang Dipertua.
Saranan Tajuddin itu turut disokong Bung Moktar Radin (BN-Kinabatangan) yang menyifatkan tindakan Gobind sebagai keterlaluan. ''Kita adalah pembuat undang- undang, bukannya pelanggar undang-undang," katanya merujuk tindakan Gobind yang terus mencabar kewibawaan Pandikar di luar dewan.

Mengulas perkara yang dibangkitkan itu, Wan Junaidi berkata, isu itu tidak akan dibahaskan dalam dewan sebaliknya akan dibincangkan dengan Pandikar Amin dan seorang lagi Timbalan Yang Dipertua, Datuk Ronald Kiandee untuk menetapkan keputusan

=======================================

mustika: Berpeluang menyaksikannya. Apa yang mustika dapat simpulkan dari pemerhatian, MP pembangkang yang sentiasa cuba membuat kecoh, sesekali dibidas oleh Yang Dipertua Dewan, namun walaupun berulang kali di tegur, mereka masih lagi begitu.... Hari ini buat lagi. Pesanan dan nasihat Yang Dipertua Dewan seolah-olah "mencurahkan air ke daun keladi". Keras kepala!

BERI PELUANG MAHATHIR JELAS TUDUHAN DI MAHKAMAH: GHAPUR

BERITA HARIAN ONLINE

Seorang penyokong kerajaan hari ini mencadangkan di Dewan Rakyat hari ini supaya Tun Dr Mahathir Mohamad diberi peluang di mahkamah untuk menjelaskan sendiri beberapa tuduhan yang dilemparkan terhadapnya berhubung krisis kehakiman negara. Datuk Abdul Ghapur Salleh (BN-Kalabakan) berkata, tindakan itu dapat menamatkan pertikaman lidah antara Dr Mahathir dan kerajaan serta menyelesaikan isu mengenai krisis kehakiman yang berlaku semasa pentadbiran bekas Perdana Menteri itu. “Kenapa tidak kita bawa saja Dr Mahathir ke mahkamah untuk buat penjelasan, saya rasa beliau juga rela dibawa ke mahkamah supaya beliau boleh menerangkan sendiri apa masalahnya dalam (bidang) kehakiman, sama ada wujud salah guna kuasa atau tidak,” katanya ketika membahaskan usul Kajian Separuh Penggal Rancangan Malaysia Kesembilan.

+++++++++++++++++++++++++++++++++++++++

MUSTIKA: Hari ini di Parlimen, isu ini dibangkitkan sepintas lalu bukan secara khusus. Namun mustika juga akan setia menantikan jawapan samada Tun bersedia memberikan penjelasan ataupun sebaliknya. Tunggu sajalah.

ANWAR 'TUKANG LAPOR'KEPADA WASHINGTON : SYED HAMID

BERITA HARIAN ONLINE


Menteri Dalam Negeri, Datuk Seri Syed Hamid Albar hari ini menyifatkan Penasihat Parti Keadilan Rakyat (PKR), Datuk Seri Anwar Ibrahim berperanan sebagai 'tukang lapor' kepada Washington mengenai perkembangan dalam negara. Bercakap kepada pemberita di lobi Parlimen, beliau berkata tindakan bekas Timbalan Perdana Menteri itu amat dikesali dengan melaporkan segala perkembangan dalam negara, termasuk dakwaan liwat membabitkannya. Semalam, Perdana Menteri, Datuk Seri Abdullah Ahmad Badawi membidas Washington kerana cuba campur tangan dalam urusan negara dengan membuat kenyataan berunsur amaran mengenai dakwaan kes liwat membabitkan Anwar.

++++++++++++++++++++++++++++++

mustika: seperti artikel-artikel sebelum ini di dalam laman blog ini, sudah banyak pendedahan mengenai 'hubungan baik' Anwar dengan 'polis dunia' iaitu Washington. Apa yang Mustika kesali, mengapa Anwar dengan senang hati menggadaikan maruah dan kedaulatan negara ini kepada kuasa asing? Adakah Anwar sudah disogok dengan kemewahan yang tak habis dimakan sampai tujuh keturunan oleh Washington? Cuma Anwar boleh beri jawapan.

USA TO DISTANCE FROM ANWAR: STRAIGHT FORWARD SODOMY

The United States State Department said that any legal action "would not be anything that was a politically motivated investigation or prosecution". The Americans are pretty careful in issuing this particular phrase.

The Malaysian Police had classified that the case of Anwar is sodomy. It is, therefore clear that there are no political linkages to the matter. Perhaps, out of courtsey, the Foreign Ministry should provide a copy of the press statement by the police to the American Embassy in Kuala Lumpur. This is not in any way that Malaysia is subservient to Washington but purely to share our dispositions on this case of sodomy involving high profile person whom the Americans have shown great interest for a purpose which puzzle most Malaysians.

We are transparent and this is in line with the government to keep the people abreast on all developments taking place in this country. The Americans may have misunderstood the real life multi-religious and multicultural settings of Malaysia except from what they have gathered from books and documentary films. It is a great pity that the Americans choose to close their eyes not wanting to really know about Malaysia.

It is common knowledge that Anwar likes to cohabit with partners. This is his right and nobody is allowed to show disrespect to his privacy. Malaysia is not ready to impose legislation concerning sex between consenting citizens of legal age in private. For the moment, our Penal Code still categorises sodomy as a criminal offence. Malaysia is not prepared to be like Norway and California allowing same-sex couples to enter into binding partnerships.

We hope that the Americans have begun to understand the problem of Anwar Ibrahim and his sodomy case which is disallowed in Malaysia. What he committed has nothing to do with politics of the day. What happens is that, he is quietly having an affair with a victim who finally decided to logde a police report on his own accord.

Anwar should be regretting with his this shameful act and come to sanity. Perhaps, he would be courageous enough to admit his malpractices and submit to God for His Forgiveness.

by: Pemikir Negara

PKR MEMBERS TO REVIEW SUPPORT FOR ANWAR?

PKR and supporters are beginning to recover from their senses about their 'beloved' leader who is also advisor to the other components namely, DAP, PAS and PKR. The recent announcement by the police that sodomy had really taken place in Damansara Heights, should be treated with intense interest and seriousness.

It is very strange that PKR leaders who have upheld moral principles and respect for decorum, cannot accept the reality which had befallen on Anwar Ibrahim. They still hold on to conspitorial theories which are mere conjectures. Such behaviour is counter productive and if unchecked, it can escalate into more misunderstandings and confusions within the ranks of PKR.

PKR members should not sit and fold up their hands and allow matters to roll on. They should question their own leaders whether Anwar Ibrahim is worth their support because this involves credibility and intergrity PKR in the eyes of Malaysians who had given their support during the March election.

According to press reports, sodomy acts by Anwar Ibrahim are not new. It is illogical for us to assume that the most recent sodomy charged for the second time, has conspitorial elements. Anwar had slammed the authorities in the same manner when he was charged for sodomy in 1990s. He is doing again this time, perhaps, he is at loss for ideas.

Anwar is caught in his own web and if he is a spiderman, then he can easilly escape. Unfortunately, he continues to pile up more absurdities and silly remarks to the public and particularly the press.

He is so weak now and he has to depend on Washington and the American people to back him. Does he understand that Malaysians and Americans are poles apart? Are the Americans represented in our parliament? Did they vote in our general elections? Where is his honour as Malaysian to surrender his soul and body to Washington which is a good friend of Kuala Lumpur? Wira would like to advise Washington not to twist the hands of the Malaysian government just for the sake of Anwar who had violated the basic laws of Malaysia which is a member of the United Nations.

To PKR members and supporters, do review your support for PKR leaders. Continuing to support a leader who has consciously indulged in immoral, unacceptable and sickly lifestlye is going to be unpopular and disastrous for members who believe in morality and good religous teachings.

by: Pemikir Negara

KERAJAAN BELANJA RM5.9 BILLION BAGI KOS PEMBELAJARAN PENUNTUT IPTA TAHUN INI - MOHAMED KHALED

SHAH ALAM, 2 Julai (Bernama) -- Kerajaan membelanjakan hampir RM6 bilion untuk menanggung kos pembelajaran penuntut di Institusi Pengajian Tinggi Awam (IPTA) tahun ini, kata Menteri Pengajian Tinggi Datuk Seri Khaled Nordin.Setiap tahun kerajaan terpaksa menanggung sehingga 80 peratus kos subsidi bagi membolehkan penuntut meneruskan pengajian mereka di IPTA, katanya semasa berucap merasmikan Minggu Mesra Siswa Universiti Teknologi Mara (UiTM) yang menyaksikan lebih 7,000 penuntut diterima masuk bagi sesi Julai-Disember 2008 di sini, malam Selasa.Buat pertama kalinya, perasmian program itu dipancarkan secara langsung ke seluruh kampus cawangan UiTM di Malaysia menerusi laman web televisyen UiTM.Khaled mahu mereka yang terpilih memasuki IPTA supaya belajar dengan bersungguh-sungguh dan tidak mensia-siakan peluang itu.Baru-baru ini, katanya, 67,000 pelajar lulusan matrikulasi dan Sijil Pelajaran Tinggi Malaysia (STPM) telah memohon memasuki IPTA bagi melanjutkan pelajaran dalam bidang ijazah tetapi yang berjaya mendapat tempat hanya 40,184 orang."Bagi mereka yang memohon memasuki program diploma dan asasi sains, kita dapati permohonannya sebanyak 156,000 tetapi tempat yang disediakan hanya 30,000 sahaja."Jadi jagalah tempat anda dan kalau tak jaga kita masukkan orang lain kerana ramai yang sedang menunggu di luar sana," katanya.Khaled berkata pelajar yang diterima masuk ke UiTM seharusnya merasa bangga menjadi sebahagian warga universiti yang sehingga hari ini melahirkan 332,000 graduan di seluruh negara dengan menyediakan sejumlah 118,000 tempat pada ketika ini, melebihi universiti yang lain."Kementerian berharap sebelum 2010, UiTM mengambil tanggungjawab untuk memberi ilmu kepada sejumlah 200,000 pelajar Melayu dan bumiputera," katanya.-- BERNAMA


......................................................................................

MUSTIKA: Bertuah pelajar Malaysia. Harap-harap lepas tamat universiti, mereka dapat memberikan khidmat kepada negara. Jangan jadi 'seperti kacang lupakan kulit'. Hargailah pengorbanan dan usaha kerajaan. Jangan pula kerajaan dianggap musuh, ibarat nya seperti 'melepaskan anjing yang tersepit'. Jangan jadi begitu...... berterima kasih lah kepada kerajaan yang sentiasa prihatin kepada keperluan semasa dan kehendak pasaran yang memerlukan tenaga kerja mahir dan berwibawa.

ANWAR SHOULD RESIGN AND DEVOTE ON THE PENDING SODOMY CASE

Anwar Ibrahim loves publicity and headlines. He is using the media to promote himself and all the lies about what happened to him in the last few days. The Malaysian media equally likes Anwar and they are giving front pages on anything to do with Anwar. As a result, their sales go up and they make the shareholders very happy.

We thank the media, especially the main newspapers for their highlights which appear to be objective. Their efforts have helped to keep the public informed and majority are beginning to see the light of this case of sodomy by Anwar Ibrahim.

Anwar Ibrahim should be satisfied with such media response especially now when the nation is facing other more important issues affecting the citizens and the nation. His acts of sodomy are not that crucial as compared to the needs of all citizens. When the Malaysians are grappling with the issue of oil price hike, Anwar Ibrahim is having good time with his 'partner' at the condo in Damansara Heights.

We understand his personal needs but he as a leader should be more careful and discreet. There is a Malay proverb which says "sepandai-pandai tupai melompat, akhirnya jatuh ke tanah juga". Maybe his age is catching up and he is no longer agile like before.

His wife, the leader of opposition in Parliament, is conditionally contented with the words of assurance by the Prime Minister as to the safety of her hubby. It is hoped that his husband would also be decent enough to reciprocate positively to PM's good nature. Anwar should follow a proverb "orang berbudi kita berbahasa".

Wira sincerely would like to advise YB Datin Sri Wan Azizah to calm down his husband not to overwork and overdo things. Maybe he should resign from PKR and do something else for the good of himself and family. Ask him to self-examine and curtail his desires and archaic ambitions to be a leader of this country which upholds Islam as its sole religion.

by: Pemikir Negara

MP PUCHONG PERLU BELAJAR LAGI

MP Pasir Mas (BEBAS), menimbulkan laporan akhbar berkaitan dengan isu mohon maaf kepada Speaker Dewan oleh MP Puchong (DAP). MP Pasir Mas tidak faham kenapa MP Puchong menafikan bahawa beliau meminta maaf di luar dewan tetapi ada menyebut minta maaf kepada Tuan Speaker di dalam biliknya.

MP Pasir Mas menganggap ini sebagai satu perkara yang tidak baik kerana cakap tak serupa bikin. Beliau meminta penjelasan Speaker Dewan Rakyat. Karpal Singh mencelah membidas MP Pasir Mas tentang sikap beliau seperti katak yang suka melompat-lompat. Berlakulah perang mulut di mana MP Pasir Mas mendedahkan kelemahan Karpal yang pernah di tangkap di bawah ISA. Speaker kemudiannya memaklumkan keadaan sebenar yang berlaku dan meminta ahli dewan bertenang dan mempamerkan keterampilan mereka sebagai MP. Ahli dewan mendengar dan dewan agak sepi buat seketika diikuti dengan Tan Sri Speaker berundur kerana urusan rasmi dan diganti oleh Timbalan Speaker.

Sebenarnya, MP Puchong ini telah menunjukkan contoh negatif kepada dewan dan juga kepada pelajar-pelajar di galeri. Beliau dianggap 'over-react' dan ini merugikan masa ahli dewan yang sedang membincangkan perkara-perkara penting untuk rakyat. MP Puchong masih muda dan mentor beliau adalah MP Karpal Singh yang juga MP berpengalaman. Sepatutnya MP baru ini lebih berhati-hati dan jangan gopoh kerana apa yang berlaku di dalam dan luar dewan menjadi bahan ketawa.

Wira sungguh dukacita dengan tabiat MP Puchong, Gobind Singh Deo yang hilang peluang untuk menjadi jaguh politik pada masa akan datang. Belajarlah ilmu-ilmu yang telah diturunkan oleh bapa anda dan cermatlah dalam pertuturan.

oleh: Pemikir Negara