Sudah lama kiranya mustika tidak meluangkan masa melontarkan pendapat peribadi di laman maya ini. 2-3 minggu yang lepas mustika hanya mengambil pendapat dan rencana dari akhbar-akhbar utama dan sumber-sumber yang lain, bukan malas atau lupa cuma masa tidak mengizinkan. Namun rasanya tidak lengkap tanpa pandangan sendiri.
Mustika tertarik dengan apa yang berlaku semenjak Pak Lah mengumumkan kenaikan harga minyak di negara ini. Apa yang terjadi bukan nya salah kerajaan, bukannya salah Pak Lah dan bukannya salah ibu mengandung.... eh apa pulak kaitannya.... Apa pun pandangan anda, Mustika tetap dengan pendirian bahawa kerajaan dan kepimpinan yang berada di tampuk pemerintahan negara hari ini bukan penyebab kenaikan harga minyak di Malaysia.
Apa yang mustika sedari dan anda juga sedari (mungkin), ada pihak yang cuba memanipulasikan isu ini. Mereka mendakwa kerajaan BN yang memerintah adalah punca masalah ini berlaku. Ingin mustika menarik perhatian anda, jika sekalipun Pakatan Rakyat yang menjadi pemerintah, akan turun ke harga minyak? Mungkin mereka akan turunkan tetapi tak sampai setahun Malaysia akan muflis. Bayangkan, bagaimana malaysia akan bernafas jika harta kekayaan negara sudah habis digunakan? Cuba fikir pula apa mereka boleh berikan kepada kita nanti? Ajar rakyat berdemonstrasi ke? buat perhimpunan haram? menabur janji palsu? memberi harapan yang mustahil?
Tidak berfikirkah mereka selama ini kerajaan berusaha menangani masalah ini, sokonglah kerajaan kita.....bukannya memprotes dengan info yang salah. Kenaikan harga minyak Malaysia adalah kerana harga minyak dunia naik mendadak, jika kita masih mengekalkan harga lama, rakyat pasti akan menderita dalam tempoh tidak sampai 5 tahun. Rakyat harus faham.... wajar kah kita semua menghukum kerajaan? sedar atau tidak sedar, kita selama ini rakyat Malaysia terlalu 'dimanjakan'. Apa saje tuntutan rakyat, kerajaan akan penuhi sehingga gaji kakitangan awam juga sudah dinaikkan (dah lama), tetapi apa pulangan rakyat kepada kerajaan? Jangan tanya apa yang kerajaan bagi pada rakyat tetapi tanyalah diri sendiri apa sumbangan kita pada negara ini... Bersyukurlah dengan apa yang kita dapat nikmati hari ini.
Bersabarlah.....hadapi lah dengan tenang.... kalau dahulu belanja sesuka hati, berjimatlah.... tak rugi pun kalau kita sentiasa beringat....
Untung 1MDB Rakyat Perlu Tahu
-
Jawapan Parlimen (13/8/25) beri gambaran paling jelas tentang untung rugi
1MDB setakat ini. Kerajaan sudah berjaya mendapatkan semula RM29.7 bilion
dana 1M...
3 weeks ago