Wednesday, September 09, 2009

TAK SEDAR DIRI

Assalamualaikum dan salam sejahtera.... selamat pagi semua.

Mustika ingin berkongsi dengan sahabat semua mengenai berita yang Mustika dengar awal pagi tadi (pukul 7am) di radio Era. Berita tersebut mengatakan bahawa sebilangan rakyat Indonesia di Jakarta (tidak pasti berapa jumlahnya) sedang melancarkan 'misi pencarian' rakyat Malaysia untuk diusir keluar dari negara mereka! Terkedu Mustika mendengarnya. 'Misi' mereka itu berikutan fitnah dan kenyataan media Indonesia mengenai Malaysia yang didakwa meniru/menciplak hasil seni dan budaya negara mereka. Astarghfirullahal Azim.......... Sampai begitu sekali mereka bertindak. Tetapi syukur juga kerana tiada rakyat Malaysia yang berjaya ditahan/diusir/dicederakan oleh mereka.

Apa yang Mustika persoalkan sekarang mengapa mereka sanggup bertindak sedemikian rupa? Tidak sedarkah mereka bahawa selama ini Malaysia banyak membantu rakyat mereka yang miskin dan tertindas di negara sendiri? Tidak sedarkah mereka bahawa Malaysia memberikan peluang pekerjaan yang banyak untuk rakyat Indonesia? Tidak sedarkah mereka Malaysia membenarkan mereka berlindung di bumi bertuah ini?

Rakyat Indonesia memang tak sedar di untung. Kalau ingin Mustika ungkit, siapa pelarian dan pendatang asing yang paling ramai di Malaysia? Siapa yang banyak terlibat dengan kes bunuh, rompak, rogol, pecah rumah dan pelbagai kesalahan jenayah yang lain? Pernahkah Malaysia melancarkan 'perang' ke atas rakyat Indonesia? Pernah kah rakyat negara ini meludah muka mereka? Pernahkah? Pernahkah? Pernahkah? Rakyat mereka pantang dijentik sedikit, terus melatah. Pantang dicuit sedikit terus menggelabah...

Bukan niat Mustika untuk membangkitkan rasa benci pada Indonesia mahupun rakyatnya, tetapi kesabaran ada batasnya. Jangan nanti rakyat Malaysia pula yang melancarkan 'misi' yang sama seperti apa yang rakyat Indonesia buat pada kita hari ini...

update terkini: Sumber dari blog DEPA KATA

'SEMANGAT SERUMPUN' ALA-INDON...

Jabatan Penuntut Malaysia di Jakarta hari ini menasihati semua pelajar Malaysia di seluruh Indonesia supaya sentiasa berhati-hati memandangkan kebencian segelintir rakyat negara itu yang semakin memuncak berikutan penyebaran pelbagai fitnah oleh media massanya kebelakangan ini.

Jabatan itu telah menghantar khidmat pesanan ringkas (SMS) bagi menasihati semua pelajar Malaysia di Jakarta khasnya, agar jangan sekali-kali melalui Jalan Diponegoro bagi mengelak kejadian yang tidak diingini.Kebencian mereka itu memuncak kepada tahap yang serius dan menakutkan, berikutan media tempatan baru-baru ini menyiarkan berita dan visual lebih 360 sukarelawan ilmu kebal yang dilaporkan sudah mendaftar dan bersedia untuk mengganyang Malaysia.

Kebencian mereka itu memuncak lagi apabila hari ini terdapat sekumpulan orang yang menggelar diri mereka sebagai Benteng Demokrasi Rakyat (BENDERA) mula bertindak liar dengan mengugut rakyat Malaysia dengan buluh runcing di Jalan Diponegoro.

Dilaporkan bahawa 50 anggota BENDERA yang bersenjatakan buluh runcing (buluh yang ditajamkan hujungnya) memaksa orang ramai yang melalui jalan itu menunjukkan tanda pengenalan mereka dan jika kebetulannya orang berkenaan seorang rakyat Malaysia maka orang itu akan terus ditahan.