sumber: pilihan-anda.blogspot
Sarawak Adalah Kunci Kerajaan PKR, Kata Anwar
SIBU, 16 Nov (Bernama) -- Penasihat Parti Keadilan Rakyat (PKR) Datuk Seri Anwar Ibrahim berkata Sarawak, yang mempunyai 30 anggota Parlimen adalah kunci kepada kerajaan Pakatan Rakyat di negara ini."Apabila Sarawak mengubah haluannya, kerajaan Barisan Nasional akan runtuh," katanya pada majlis makan malam anjuran "Friends of PKR" di Pusat Perdagangan dan Pameran Sibu di sini malam tadi. READ MORE HERE
Des : Dah lama dia diamkan diri, sibuk dengan urusan mempertahankan maruah, naik turun makamah, tiba-tiba ada orang jemput ke Sarawak, dan lembaran baru pun bermula...
DSAI kali ini memberi jaminan dan kali ini lebih jelas siapa yang bakal melompat parti. Kalau dahulu, beliau membayangkan anggota Parlimen dari Sabah akan melompat parti dan setelah pelbagai penafian dilakukan oleh anggota-anggota tersebut maka ianya terus senyap begitu sahaja.
Kini setelah mendapat seorang lagi ahli Bebas yang bingung hala tuju politiknya yang datang menyerahkan borang keahlian PKR, DSAI kini memberi keyakinan baru kepada penyokong-penyokong fanatiknya dengan menamakan Sarawak sebagai kunci kerajaan baru untuk Pakatan Rakyat...