oleh: ATH
Pada malam esok 15 Julai 2008 jam 9:00 malam, akan tercetus satu sejarah di mana rakyat Malaysia buat julung-julung kalinya akan dapat menyaksikan perdebatan di antara YB Menteri Penerangan Dato' Ahmad Shabery Cheek dengan Dato' Sri Anwar Ibrahim atas tajuk "Hari Ini Memerintah, Esok Harga Minyak Turun" yang dianjurkan oleh Agenda Daily. Inilah 'Debate of The Year'.
Ramai orang yang ragu dan kurang yakin bahawa debat itu dapat diadakan kerana ia bukannya satu budaya rakyat Malaysia. Kalau diadakan sekali pun, ramai yang beranggapan YB Menteri Penerangan akan gagal dan tidak akan mampu menandingi DSAI kerana dikatakan DSAI lebih petah berhujah. Ada juga yang merasakan DSAI tidak akan muncul di perdebatan tersebut kerana malu dengan tuduhan liwat ke atasnya (khabarnya DSAI tidak pergi ke Balai Polis Travers untuk membantu siasatan kes liwatnya yang di jadualkan pukul 2 petang tadi-le.......wat lagi nampaknya).
Ada juga pendapat mengatakan DSAI merasa gentar kerana buat pertama kali diuji untuk berdebat secara tertib dan bertamadun dalam mengetengahkan sesuatu isu. Selama ini DSAI dianggap jaguh kerana tidak ada orang yang berani menentang hujahnya, kali ini beliau merasa terperanjat dan tergamam berdepan dengan Menteri Penerangan. Mengikut sumber, beliau dilaporkan lebih senang kalau debat itu tidak dilangsungkan kerana takut berdepan dengan Menteri Penerangan yang cukup petah dan bijak berhujah. Ada sesetengah orang yang berpendapat, kali ini DSAI benar-benar akan 'bertemu buku dengan ruas'.
Kepada Menteri Penerangan, rakyat Malaysia yang cintakan kebenaran dan keamanan serta benci kepada pembohongan dan kepura-puraan, berkeyakinan penuh bahawa Dato' Ahmad Shabery Cheek akan dapat menjelaskan kedudukan isu minyak ini dalam perspektif yang betul dan meyakinkan.
Kesanggupan beliau berdebat saya rasa adalah didorong oleh sifat tanggungjawab beliau sebagai Menteri Penerangan untuk mempertahankan dasar-dasar dan tindakan kerajaan yang selama ini diputar belitkan oleh pihak pembangkang. Keberanian beliau patut diberi pujian dan merupakan satu anjakan paradigma di kalangan Menteri Kabinet Pak Lah untuk menjelaskan sesuatu isu secara konstruktif dan berdepan. Berbeza dengan pendekatan terdahulu, pihak kerajaan selalunya mengambil pendirian mengelak lebih-lebih lagi apabila berhadapan dengan DSAI.
Saya percaya Dato' Ahmad Shabery Cheek mampu menjadi panglima perang di medan yang menggunakan kata-kata dan hujah sebagai peluru untuk membetulkan minda rakyat yang selama ini dikotori dengan fitnah pembangkang. Kita sebenarnya tertunggu-tunggu apakah yang hendak dihuraikan oleh Dato' Ahmad Shabery Cheek.
Kepada Anwar, saya telah menduga hujahnya ibarat 'sekilas ikan di air, sudah ku tahu jantan betinanya'. Harap DSAI tidak berlakon lagi dan menggunakan skrip dan lagu lama yang diulang-ulang. Setahu saya, lagu lama yang sedap diulang-ulang ialah lagu ciptaan P. Ramlee sahaja. Saya telah memberitahu rakan-rakan supaya datang awal menonton tv dan jangan le...le...wat... Nanti rugi.
Monday, July 14, 2008
SULTAN PAHANG SERU RAKYAT TOLAK MAKLUMAT PALSU PENULIS BLOG
BERITA HARIAN ONLINE
KUALA LUMPUR: Sultan Pahang, Sultan Ahmad Shah hari ini mahu rakyat menolak maklumat yang disebarkan oleh penulis blog yang kebanyakannya melaporkan berita tidak benar. Baginda bertitah, tindakan mereka yang menyebarkan berita dalam laman internet itu boleh menimbulkan keadaan tidak selesa serta menggugat keselamatan negara.
@*@*@*@*@*@*@*@*@*@*@*@*@*@*@*@*@*@*@
Mustika: titah sultan jangan di sangkal. Kita dikurniakan akal fikiran yang waras dan sempurna, jadi janganlah terlalu taksub menerima sehingga kebenaran dinafikan dan penjelasan disalah ertikan.

USUL UNDI TIDAK PERCAYA TERHADAP PM OLEH PEMBANGKANG DITOLAK
UTUSAN ONLINE
14/07/2008 1:19pm
Oleh HATA WAHARI
KUALA LUMPUR 10 Julai - Yang Dipertua Dewan Rakyat Tan Sri Pandikar Amin Mulia hari ini menolak usul di bawah Perkara 18(1) dan (2) Ketua Pembangkang, Datin Seri Wan Azizah Wan Ismail mengenai usul undi tidak percaya terhadap kepimpinan Perdana Menteri, Datuk Seri Abdullah Ahmad Badawi .
Tindakan Pandikar Amin Mulia menolak usul tidak percaya itu menyebabkan ahli-ahli Parlimen pembangkang bertindak keluar Dewan kerana tidak puas hati walaupun telah dirayu berulang kali agar menimbangkan semula penolakan usul tersebut.
Wan Azizah yang bangkit sebanyak tiga kali memohon pertimbangan semula terhadap keputusan Pandikar itu dengan menyatakan bahawa rakyat kini tidak lagi mempercayai kepimpinan Abdullah dan berharap usul itu dapat dibahaskan.
Pandikar Amin bagaimanapun menegaskan, beliau tetap dengan keputusannya untuk menolak usul tersebut dan tidak perlu memberi sebarang alasan melakukan penolakan tersebut.
................................................................................................................................
Mustika: Pembangkang jangan buang masa. Dakwaan Wan Azizah bahawa usul undi tidak percaya tersebut adalah untuk kepentingan rakyat adalah tidak berasas sama sekali. Dengan alasan yang tidak jelas, rapuh dan tidak munasabah, usul tersebut ditolak Speaker. Mustika berpendapat, Wan Azizah mengetengahkan usul itu supaya umum beralih dan melupakan kes liwat suaminya. Satu cubaan yang baik namun tak berkesan!

AMARAN EZAM TERHADAP GELAGAT ANWAR PERLU PERHATIAN
Ezam Mohamad Nor, bekas Ketua Pemuda PKR dalam akhbar-akhbar tempatan telah memberitahu semua pembaca-pembaca tentang gelagat dan sifat-sifat Anwar yang suka berdolak-dalik dan tidak konsisten dalam pendiriannya memperjuangkan kononnya hak rakyat. Anwar sentiasa berubah-ubah apabila berbincang perkara-perkara berkaitan DEB dan juga persamaan hak kepada semua rakyat. Ezam seterusnya mengatakan bahawa pendirian baru Anwar ini sangat bahaya kepada kepentingan khususnya orang-orang Melayu yang merupakan teras dalam hala tuju pembangunan politik dan ekonomi negara. Beliau bimbang bahawa sikap Anwar yang sentiasa berubah hanya untuk menepati kepentingan sempit politik beliau ini akan membawa situasi huru-hara dan menjejaskan kestabilan negara.
Ezam juga ada mendedahkan dalam akhbar Star 14 Julai 2008 mengenai "Statutory declaration of Abdul Murad 1999" yang perlu pihak polis membuka kembali penyiasatan nya. Menurut dokumen ini, Anwar memiliki simpanan wang berjumlah RM 3 bilion. Pandangan Ezam ini, perlu pihak tertentu memberi perhatian kerana ini melibatkan wang rakyat yang berunsur akauntabiliti atau kebertanggungjawaban. Peminat blog harus meneliti sumpahan ini supaya menjadi lebih peka dan memahami betapa rakusnya Anwar ini.
Ezam juga telah banyak memberi maklumat secara umum mengenai PKR dan aspirasi sempit mereka di pertemuan-pertemuan dan juga dalam akhbar-akhbar tempatan. Apa yang beliau sebut juga dipetik oleh media antarabangsa.
Wira berpendapat bahawa pendedahan-pendedahan Ezam ini ada nilainya dan eloklah pembaca-pembaca dan pemerhati politik tempatan meneliti maklumat-maklumat Ezam ini kerana beliau lama dalam PKR. Beliau meninggalkan PKR kerana Anwar Ibrahim sudah mula sesat dan sasau yang boleh memudaratkan kepentingan orang-orang Melayu sekarang dan masa hadapan. Beliau berani mengatakan bahawa rakyat perlu berhati-hati kepada setiap tingkah laku Anwar Ibrahim kerana aktiviti beliau tidak bersusila dan liar.
oleh: Pemikir Negara

ANWAR CUBA 'MENGERINGKAN' PETRONAS DAN MENJADIKAN PETRONAS MILIK SYARIKAT MULTI NASIONAL
Menjelang debat Menteri Penerangan dan DSAI pada Selasa malam, 15 Julai 2008, Anwar akan cuba mengoptimakan publisiti mengenai beliau dan kononnya perjuangan hendak menurunkan harga minyak sekiranya PKR memerintah. Dalam akhbar tempatan, beliau telah memberitahu bahawa ada kaedah-kaedahnya untuk menurunkan harga minyak dan seterusnya menguntungkan masyarakat.
Beliau akan menggunakan pelbagai hujah termasuklah bagaimana Petronas boleh membantu dalam hal ini. Anwar yang cuba menggunakan teori-teori Barat dan apa yang beliau dengar dari penasihat-penasihat dalam dan luar negeri bahawa satu daripada kaedah negara pengeluar minyak ini adalah satu kelebihan. Jika beliau hendak mengesyorkan Petronas mengepam minyak lagi melebihi 700,000 tong, maka tidak perlulah buang masa berhujah demikian.
Kita tidak mahu menghabiskan sumber alam yang pun tidak banyak, bahkan mungkin pupus tidak berapa lama lagi. Tetapi jika beliau hendak meneruskan hujah ini, maka ini adalah satu jalan yang bertujuan untuk menghabiskan minyak kita sehingga kering. Pendekatan 'to bleed Petronas' adalah satu yang mungkin dilakukan oleh negara-negara pengeluar minyak yang tidak berfikiran panjang seperti terdapat di negara Amerika Latin yang sebenarnya dipaksa oleh Amerika untuk membayar hutang yang bertimbun kepada IMF, yang dikuasai 70% oleh Washington.
Jangan heret Malaysia ke arah mengeringkan simpanan minyak sehingga ia boleh menjadi papa dan kemudian terpaksa seperti negara Latin menjual Petronas kepada syarikat-syarikat multi nasional yang banyak di kuasai oleh syarikat-syarikat gergasi Amerika.
Wira berpendapat bahawa Malaysia telah melakukan pendekatan terbaik dalam usaha-usaha menghadapi kenaikan harga minyak dan makanan demi keselesaan rakyat. Malaysia telah menggunakan sumber-sumber yang ada secara berhemah khusus untuk semua lapisan masyarakat tidak mengira latar belakang kerana isu kenaikan harga minyak adalah global.

TAHNIAH KEPADA PDRM. DEMI KEAMANAN PARLIMEN DAN DEMOKRASI
Hari ini Parlimen berjalan seperti biasa. Sesi soal jawab agak aman dengan menteri-menteri berkaitan membuat pergulungan masing-masing.
Di luar dewan, terutamanya jalan-jalan menghala ke Parlimen kelihatan sepi kerana kawalan rapi oleh pihak berkuasa memandangkan ada usaha-usaha tidak berkepentingan cuba berdemo berhampiran Parlimen kerana Parlimen katanya akan membincangkan undi tidak percaya sekiranya di terima oleh Speaker Dewan.
Apa yang dilakukan oleh pihak berkuasa terutamnya PDRM diluar kawasan Parlimen adalah pendekatan terbaik supaya Parlimen yang berpegang kepada prinsip demokrasi, dapat berjalan dengan baik. Pihak polis hanya menjalankan tugas dengan menepati lunas undang-undang yang sedia ada supaya ketenteraman awam terjamin dan lalu lintas bergerak lancar. Wira mengambil kesempatan mengucapkan tahniah kepada PDRM kerana menjalankan tugas demi kebaikan semua pihak terutamannya bagi ahli-ahli Parlimen dan petugas-petugas yang diperlukan bagi sesi terakhir Mesyuarat Kedua Parlimen.
OLEH: PEMIKIR NEGARA

Subscribe to:
Posts (Atom)