Mustika sempat melalui pengalaman melihat betapa rakyat begitu taksub dengan Anwar Ibrahim.
Anwar pernah turun ke Terengganu, negeri kelahiran Mustika selepas beliau dipecat daripada sebagai Timbalan Perdana Menteri.
Ketika itu, satu perhimpunan telah dianjurkan di Pantai Batu Burok, Kuala Terengganu dan Anwar seperti kelazimannya ditemani Wan Azizah, dengan semangat berkobar-kobar telah memuntahkan ketidak puasan hati beliau dan melaungkan ketidak adilan Kerajaan Malaysia dan Perdana Menteri ketika itu.
Ingat lagi Mustika, tika itu juga beribu-ribu rakyat Terengganu turun menyokong Anwar, tidak menghiraukan panas dan hujan.... Dengan menjadikan PAS Terengganu sebagai alat untuk memperdayakan rakyat Terengganu, Anwar memperlihatkan 'kehebatan' beliau berlakon. Simpati dengan Anwar yang kononnya dianiaya, rakyat Terengganu telah berpaling dari menyokong UMNO dan BN. Jasa UMNO dan BN juga dinafikan. Melihat gelombang politik yang 'didramakan' oleh Anwar, terpedaya dengan lakonan baik Anwar, Terengganu akhirnya jatuh ke tangan PAS pada Pilihanraya 1999. Anwar berjaya.... Berjaya memperdayakan rakyat Terengganu dan berjaya memperalatkan PAS Terengganu untuk kepentingan peribadi.
5 tahun rakyat Terengganu menderita. 5 tahun juga tiada langsung pembangunan di Terengganu. Terengganu yang dahulunya penuh warna warni, keriangan dan keriuhan bertukar sepi dan suram.
Mustika ingat lagi, antara langkah yang di buat oleh PAS setelah berjaya menawan Negeri Terengganu adalah menghapuskan mercu tanda Kuala Terengganu iaitu replika penyu. Bulatan penyu sudah tiada nama lagi. Kebanggaan Terengganu hilang sekelip mata. Kecewa dan sedih. Mereka mendakwa mercu tanda itu haram kerana ia seolah-olah patung yang disembah. Sempit sungguh fikiran mereka. Yang peliknya, mengapa replika sotong di daerah Marang tidak dibuang sedangkan Marang adalah kubu mereka? Pemimpin mereka juga bermastautin disitu.
Menyoroti era kepimpinan dan penguasaan PAS di Terengganu selama 5 tahun, tiada apa yang boleh dibanggakan. Terengganu menjadi negeri yang terpinggir, ramai pekerja diberhentikan, pengangguran meningkat dan ekonomi jatuh.
Sedikit demi sedikit rakyat Terengganu tersedar. Mereka bangkit dari 'tidur yang lena' berbantalkan janji-janji kosong PAS. Betapa peritnya berada di bawah pemerintahan PAS yang tidak mampu mentadbir negeri dengan baik sebagaimana UMNO dan BN sebelum-sebelum ini. Cukuplah 5 tahun. UMNO dan BN akhirnya kembali menguasai tampuk pemerintahan kerajaan Negeri Terengganu pada Pilihanraya Umum 2004. Rakyat kembali 'bernafas'. Terengganu aman dan makmur sehingga kini.
Namun, perjuangan Anwar tidak terhenti di situ. Di saat rakyat Terengganu menikmati keamaan dan kesenangan, sekali lagi mereka dikejutkan dengan tindakan PAS dan KeAdilan melancarkan rusuhan di Batu Burok pada akhir 2007. Tercalar sedikit keamanan. Penyokong mereka dengan rakus merosakkan harta benda awam dan mencederakan anggota polis. Apakah ini yang diajar oleh Anwar Ibrahim ? Apakah ini yang ditarbiah oleh Tok Guru Hj. Hadi Awang? Rosak orang Melayu....... Keamaan sudah semakin terhakis. Inikah yang rakyat mahukan? Anwar menyokong rusuhan, menganjur demonstrasi dan kaki penipu.
Sudah berkali-kali Anwar memperdaya rakyat Malaysia, bukan sahaja orang Melayu tetapi India dan Cina juga jadi mangsa....... Sudah berkali-kali juga parti pembangkang lain menjadi alat, dipergunakan Anwar. Kali ini apa pula muslihat Anwar?????
Agenda perjuangan Anwar memang sudah diramal. Songsang! Putar Belit! Perisik Amerika!.
Adakah perjuangan ini yang harus kita sokong?
Bangkitlah wahai rakyat Malaysia. Jangan biarkan Anwar menggadaikan tanah air ini. Sayang negara......... Malaysiaku tercinta.
Thursday, July 17, 2008
Subscribe to:
Posts (Atom)