Friday, August 01, 2008

MASIH SAYANGKAH PAS PADA PAKATAN RAKYAT?

PETIKAN DARI: PEMBELAMELAYU

Untuk mendapatkan kuasa, Pas sanggup menggugurkan perjuangan penubuhan negara Islam. Pas sanggup berkompromi ataupun bekerjasama dengan DAP dan Parti Keadilan Rakyat (PKR) dengan memperjudikan prinsip perjuangan, semata-mata untuk dapat merasai kerusi empuk Yang Berhormat ataupun Menteri Besar.

Pas langsung tidak merasa bersalah mengata UMNO dan orang-orang UMNO kafir kerana bekerjasama dengan parti komponen terbesar BN iaitu MCA dan MIC, tetapi pada masa yang sama apabila mereka bekerjasama dengan DAP dan PKR semuanya menjadi halal .

Dengan kata lain menghalalkan apa yang mereka haramkan sebelum ini. Bagi Pas, UMNO itu terlalu keji manakala DAP dan PKR adalah terlalu baik bagi mereka.

Sudah siang lagi bersuluh. Itulah rasa-rasanya kata-kata perumpamaan yang tepat digunakan untuk Pas ketika ini. Adakah Pas sedar akan kehadiran mereka untuk menceriakan Pakatan Rakyat sebenarnya telah menimbulkan kesangsian di kalangan ahli penyokong Pas itu sendiri.

Siapakah yang membenarkan penggabungan itu sehingga menyebabkan Pas kini hilang cengkamam dalam usaha menubuhkan Negara Islam Pas. Adakah arahan dari Presiden Pas, Datuk Seri Abdul Hadi Awang ataupun Mursyidul Amnya, Datuk Nik Aziz Nik Mat? Bukankah ketaatan kepada pemimpin khususnya kepada Sultan merupakan salah satu ajaran Islam?

Adakah Pas sedar yang Karpal Singh telah berjaya menguji kekuatan dan ketaatan Pas kepada ajaran Islam. Adakah Pas sedar ini adalah perancangan yang licik oleh Karpal Singh dan rakan-rakan dalam DAP untuk menguji kesetiaan orang Melayu kepada Sultan dan Raja-raja mereka.

Pada pemikiran Karpal Singh, Pas hanya mementingkan kuasa pemerintahan berbandingkan agamanya dan Pas boleh pada bila-bila masa saja dijadikan budak suruhan dalam menjayakan agenda DAP.

Apabila ditegur, Pas akan cepat melenting sambil mempertahankan diri dengan menyatakan bahawa akhbar atau media massa yang lain cuba memperbesarkan isu Karpal Singh ini.

Pas akan cuba sedaya upaya untuk menangkis segala dakwaan dan kenyataan dari pihak media seolah-olah cuba menegakkan benang yang basah. Contoh yang mudah kita boleh lihat dengan apa yang sudah terjadi di negeri Perak sekarang.

Walau apapun berlaku, Pas akan tetap mempertahankan Karpal Singh dan DAP kerana bagi mereka DAP adalah “abang besar”. Kalau hitam kata DAP, maka hitamlah. Kalau putih, maka putihlah.

Memanglah benar Pas hanya berkuasa di Kelantan dan Kedah, manakala di tiga negeri lain Pas hanya diibaratkan sebagai “Pak Turut”, menyokong setiap ketetapan dan keputusan yang dibuat oleh DAP.

PKR pula hanyalah penumpang dalam kesemua negeri Pakatan Rakyat. Secara tak langsung DAP telah menjadi kuasa penentu yang berkuasa kepada PKR dan Pas.

Takutkah Pas kepada DAP sehingga sanggup diperbudak-budakkan, diperkotak katikkan supaya terus kekal di dalam Pakatan Rakyat. Sayang sangatkah Pas pada DAP. Adakah Pas lebih takut dan sayangkan DAP daripada Allah S.W.T.

Di manakah sinar penubuhan negara Islam Pas yang dilaung-laungkan selama ini. Adakah ulama-ulama Pas lemah dan terkulai layu selepas di pergunakan oleh DAP tanpa mampu bangkit menentang.

Berkuasa betul DAP sehingga dapat mengunci mulut pemimpin-pemimpin Pas daripada menegur atau berkata sesuatu. Mereka lebih rela mencari kesalahan dalam apa jua yang dilakukan oleh UMNO kerana bagi mereka UMNO adalah sangat keji walaupun mereka tahu ahli-ahli UMNO adalah beragama Islam.

Inilah jadinya apabila memperalatkan agama untuk kepentingan politik. Betapa ramai cendiakawan dalam Pas tetapi tak mampu memikirkan kesan kepada Pas. Islam bukan lagi menjadi agenda perjuangan Pas tatkala ini. Mereka hanya mahukan kerusi.

Dan menjadi bertambah parah apabila Penasihat PKR, Datuk Seri Anwar Ibrahim pula mengatakan beliau menolak penubuhan negara Islam.

Beliau mengumumkan bahawa beliau memilih jalan moderate di mana Pas sebelum ini mengatakan moderate itu adalah sekular iaitu tolak Islam dan tolak ketuanan Melayu ke Ketuanan Rakyat.

Sanggupkah Pas bekerjasama dengan PKR untuk menubuhkan Negara Islam bilamana Penasihat PKR, Anwar Ibrahim secara terang-terang menolak penubuhan sebuah Negara Islam di Malaysia.

Sanggupkah Pas bekerjasama dengan kumpulan yang anti-Islam iaitu IFC yang mana rata-rata ahlinya adalah dari PKR. Sebab itulah Anwar Ibrahim sanggup mengenepikan cita-cita Pas untuk menubuhkan negara Islam Pas.

Bagaimana pula dengan alim ulama dalam PKR. Masih sanggupkah bersama PKR untuk menperjuangkan Islam bilamana ketua anda sendiri yang tolak Islam.

Dalam apa jua hal pun, UMNO konsisten dalam memperjuangkan syiar Islam di bumi Malaysia. Cuma Pas dan PKR sahaja yang tidak tahu menilai dan menghargainya. DAP melalui Lim Kit Siang dan Karpal Singh sejak penubuhannya telah lama menolak Negara Islam.

Manakala Anwar selepas bebas untuk membolehkan beliau berpolitik, menukar haluan PKR untuk menolak penubuhan Negara Islam. Jadi di manakah hala tuju Pas yang sebenarnya? Adakah Pas mahu atau masih setia dengan Pakatan Rakyat? Masih adakah hari esok buat Pas dengan negara Islamnya.

Apa gunanya Pas bekerjasama dengan Pakatan Rakyat kalau semata-mata untuk mendapatkan kuasa.

Di mana letaknya darjat Islam itu sendiri apabila untuk mendapatkan kuasa adalah lebih penting dari mempertahankan penubuhan Negara Islam Pas. Nasihat buat Pas, kembalilah ke pangkal jalan. Sama-samalah kita renung dan fikirkan.

Taminsari

Shah Alam

MALAYSIA TODAY PAPARKAN POSTER BURUKKAN PEMIMPIN PAS

PETIKAN DARI: pembelamelayu

Hanya kerana tidak puashati dengan Haji Hadi yang mengadakan perbincangan dengan UMNO, Malaysia-Today mula menyebarkan poster yang seolah-olah Haji Hadi telah dibeli. Ini kerana RPK sememangnya tidak suka Melayu bersatu kerana dia merasakan dia berbangsa bukan Melayu dan suka Melayu berpecah. Banyak kenyataan yang dikeluarkan oleh RPK seolah-olah membuktinya bukan lagi Islam walaupun dia tidak pernah mengatakan dirinya telah murtad.

Anda lihatlah sendiri poster yang digunakan untuk menjatuhkan imeJ pemimpin no 1 PAS ini.

hadiwantednf9 Malaysia-Today paparkan poster burukkan pemimpin PAS
Seingat saya UMNO sendiri tidak pernah menuduh PAS sebagai sebuah parti mata duitan. Berbeza sekali dengan media alternative PR ini yang sememangnya sejak dahulu amat anti kepada bangsa Melayu. Banyak artikel dan komen yang disiarkan oleh laman web anti Melayu dan Islam ini sentiasa menghina dan memperkecilkan bangsa Melayu dan umat Islam.

Tetapi, amat menghairankan kerana masih ramai orang Melayu dan Islam meliwati (opss) laman web ini dan mempercayai kandungan artikel bodoh Malaysia-Today.

BONEKA ANWAR

PAS lebih rela berpakat dengan Pakata Rakyat. Sedarkah PAS bahawa mereka rugi dan terus ditipu dalam diam oleh PKR dan DAP?






KLIK PADA GAMBAR UNTUK LEBIH JELAS



'DO OR DIE' DI PERMATANG PAUH

OLEH: DR. NOVANDRI (http://novandri.blogdspot.com)

Akhirnya, Anwar Ibrahim akan bertanding di kawasan parlimen milik isteri beliau, Dr Wan Azizah.

Sebelum ini, Anwar Ibrahim dikatakan akan bertanding di parlimen Kulim-Bandar Baharu (klik di sini)

Sebelum itu pula, ialah parlimen Bandar Tun Abdul Razak (klik sini) walau pun kerusi tersebut tidak mungkin akan dikosongkan oleh Tan Sri Abdul Khalid Ibrahim yang juga merupakan Menteri Besar Selangor sekarang.

Yang menarik perhatian penulis ialah keputusan yang dibuat itu amat berlawanan dengan prinsip Anwar Ibrahim yang pernah mengatakan bahawa PKR tidak akan melepaskan kerusi-kerusi yang dimenangi oleh parti itu untuk beliau bertanding. Beliau akan bertanding untuk menambah satu lagi kerusi untuk parti PKR.

Akan tetapi, berdasarkan kepada perkembangan semasa dan protokol pilihanraya, Anwar Ibrahim berkemungkinan besar akan menghadapi masaalah untuk layak menjadi calon.

Dan keputusan 'mengejut' melepaskan kerusi parlimen Permatang Pauh dilihat bersangkut paut dengan time frame yang dikejar oleh Anwar Ibrahim.

Buat masa ini, siasatan mengenai kes liwat beliau, baru sahaja selesai (sama waktu dengan keputusan Wan Azizah melepaskan kerusi beliau). (klik di sini)

Dan jika terdapat bukti-bukti yang lengkap, Anwar Ibrahim akan didakwa di mahkamah dan jika beliau di dapati bersalah, Anwar Ibrahim dengan automatik tidak layak untuk bertanding.

Ini adalah kerana, SPR mengatakan bahawa seseorang calon hilang kelayakan jika dia:

Telah didapati bersalah oleh mahkamah di Malaysia dan dijatuhi hukuman penjara untuk tempoh tidak kurang dari 1 tahun atau denda tidak kurang dari RM2000 dan belum mendapat pengampunan.

SPR juga mengatakan bahawa :-

Pilihan Raya Kecil juga diadakan di dalam tempoh 60 hari dari tarikh kekosongan, sama ada disebabkan kematian, peletakan jawatan atau seseorang Ahli Dewan Rakyat dan Dewan Undangan Negeri itu hilang kelayakan. Dalam hal ini tarikh kekosongan kerusi akan ditetapkan oleh Suruhanjaya.

Maka untuk memastikan Anwar Ibrahim tidak terlucut secara automatik, beliau mesti bertanding di dalam masa 60 hari ini (selepas Wan Azizah melepaskan kerusi) dan sebelum mahkamah menjatuhkan hukuman, jika beliau bersalah.

Inilah time frame yang penulis maksudkan.

Dan perkara yang akan terjadi selepas ini adalah lebih menarik dan mendebarkan iaitu yang mana dulu?

1.Pilihanraya kecil (di dalam tempoh 60 hari ini) ? atau pun

2. Keputusan akhir mahkamah mengenai kes liwat Anwar Ibrahim (yang baru sahaja selesai siasatan) ?

Jika pilihanraya dulu dan berdasarkan kepada rekod PKR di Permatang Pauh, Anwar Ibrahim mungkin akan menang dan menjadi Ahli Parlimen semasa prosiding mahkamah masih dipertengahan jalan.

Bagaimana pun, jika prosiding mahkamah boleh diselesaikan sebelum 60 hari (mulai hari ini) dan jika Anwar Ibrahim bersalah, beliau akan terlucut pencalonan secara automatik.

Walaubagaimana pun, jika kita amati kebanyakan kes-kes di dalam mahkamah hari ini (terutamanya kes-kes yang melibatkan orang 'penting'), kes liwat Anwar Ibrahim akan mengambil masa yang agak lama.

Tempoh itu belum lagi dicampur dengan tempoh jika kes tersebut di bawa ke Mahkamah Rayuan jika Anwar di dapati bersalah.

Kesimpulannya, pilihanraya kecil di parlimen Permatang Pauh akan tetap dijalankan.

Beberapa lagi perkara yang dinanti-nantikan ialah,

1. Siapakah calon BN ?
2. Apakah proses pilihanraya itu berjalan dengan lancar?
3. Apakah kita akan menyaksikan tempoh dan kaedah berkempen yang paling kotor atau pun sengit di dalam sejarah negara Malaysia?

Sama ada Anwar Ibrahim atau pun BN, pilihanraya kecil ini merupakan gelanggang 'kalah mati' @ 'do or die'.

Tidak ada kompromi di dalam keputusan pilihanraya itu.

Bagi pendapat penulis, tidak kira pihak mana yang menang, keputusan pilihanraya kecil Permatang Pauh pasti menukar lanskap dan kerangka politik keseluruhan negara Malaysia!

ANGAN-ANGAN ANWAR: GELAP GELITA

Antara isu menarik hari ini, terpampang di dada-dada akhbar ialah mengenai pengumuman perletakan jawatan Wan Azizah sebagai Ahli Parlimen Permatang Pauh. Terkejut juga Mustika kerana sebelum ini, Anwar pernah berkata bahawa beliau tidak akan meminta isterinya melepaskan jawatan untuk memberi laluan kepada beliau. Cakap tak serupa bikin rupanya......

Antara kasih atau kasihan? Melihatkan kesungguhan Wan Azizah yang mahukan suaminya bertanding dalam Pilihan Raya, mustika boleh terima. Isteri mana yang tak sayang suaminya kan???? Tetapi pelik mengapa pilih Permatang Pauh? Takut nak bertanding di tempat lain? Takut kecundang? Kata dulu nak bertanding di Bandar Tun Razak, lepas tu Kulim.... Adakah Zulkifli Noordin atau Tan Sri Abdul Khalid Ibrahim tidak sanggup memberi laluan? Sayang dengan kerusi mereka agaknya. Yelah "dah dapat gading bertuah, tentunya tanduk tidak berguna lagi". Tanduk pulak suka 'menyondol'....... sapa suka kan?

Dalam situasi sekarang, apa yang penting bagi Anwar adalah berada dalam pentadbiran kerajaan Malaysia. Taktik kotor dan licik ini sudah menjadi kebiasaan dan mainan hidup Anwar. Anwar dilihat sekarang cuba memporak-perandakan Malaysia. Lihat saja situasi negara hari ini. Ketika Anwar dipenjara dulu, aman makmur... Anwar dan keluar, negara terus kucar-kacir. Agenda jahat Anwar Ibrahim janganlah disokong.... Rakyat juga yang rugi..... Beringat dan berwaspadalah dengan tali barut Amerika ini. 16 September kononnya Pakatan Rakyat akan menguasai Putrajaya..... Hmmmmmmm nampak hebat... Tetapi MUSTAHIL!!!!!!