Tuesday, April 29, 2008

WAKIL RAKYAT BN SABAH TOLAK PEMBANGKANG

SANDAKAN 28 April - Wakil rakyat Barisan Nasional (BN) di Sabah tidak pernah terfikir untuk menyertai pihak pembangkang seperti yang diuar-uarkan oleh Penasihat Parti Keadilan Rakyat (PKR), Datuk Seri Anwar Ibrahim.
Timbalan Ketua UMNO Bahagian Libaran, Datuk Juslie Ajirol berkata, kenyataan Anwar itu cuma strategi baru politiknya untuk melemahkan BN di Semenanjung yang dilanda masalah selepas prestasi buruk pada pilihan raya umum lalu.
"Semua wakil rakyat BN Sabah tidak berhasrat untuk melompat ke PKR atau parti pembangkang lain yang ada di negeri ini. Di Sabah, kita menolak sepenuhnya parti pembangkang terutamanya PKR Sabah.
"Perkara ini telah dibuktikan pada Pilihan Raya Umum Ke-12 lalu," katanya semasa berucap pada majlis penutup Sukan Tahunan Sekolah Kebangsaan Sungai Tiram Batu 19 dekat sini semalam.
Ahli Parlimen Libaran itu berkata, Anwar hanya berangan-angan kosong dan perbuatannya jelas sedang mengelirukan rakyat terutamanya di negeri ini.
Beliau berkata, Anwar sememangnya sedia maklum, senario politik di Sabah amat berbeza dengan Semenanjung dan menyedari tidak ada wakil rakyat BN yang akan menyertai pembangkang.
Justeru, beliau meminta Anwar menghentikan perbuatan meraih sokongan wakil rakyat BN bagi membolehkannya menjadi Perdana Menteri kerana tidak ada pemimpin BN Sabah yang akan melompat parti.
"Angan-angan Anwar untuk menjadi Perdana Menteri tidak akan kesampaian kerana Ahli Parlimen atau Ahli Dewan Undangan Negeri BN Sabah tidak akan sesekali mengkhianati BN dan amanah yang diberi rakyat," ujarnya.
Dalam pada itu, Juslie turut meminta rakyat Sabah supaya tidak terpengaruh dengan cakap-cakap kosong parti pembangkang terutama PKR yang kononnya mempunyai jumlah wakil rakyat BN yang cukup untuk berpaling tadah.
Jelasnya, kenyataan itu tidak tepat kerana tiada bukti kukuh dan ia dibuat untuk kepentingan politik pihak pembangkang yang terlalu ingin menubuhkan kerajaan Persekutuan.
(DIPETIK DARIPADA UTUSAN ONLINE: 29 APRIL 2008)
_____________________________________________
MUSTIKA: SUDAH TERANG LAGI BERSULUH......

"MENGETUK DULANG PAKU SERPIH"

"MENGETUK DULANG PAKU SERPIH, MENGATA ORANG, DIA YANG LEBIH". MUSTIKA TERTARIK DENGAN PERIBAHASA INI UNTUK DITUJUKAN KEPADA 'YANG BERKENAAN'. DALAM KESIBUKAN PEMBANGKANG MENGELUARKAN KENYATAAN TENTANG PERPECAHAN DALAM BN DAN UMNO KHUSUSNYA, MEREKA TERLUPA ATAU BOLEH MUSTIKA ISTILAHKAN SEBAGAI BUTA KERANA PERKARA INI TERKENA BATANG HIDUNG MEREKA SENDIRI.
LUANGKAN SEDIKIT MASA UNTUK MEMBACA LUAHAN AHLI PAS CAWANGAN BESERI, PERLIS INI. (DIPETIK DARIPADA LAMAN MARHAEN)
_______________________________________________
Sebagai penyokong Pas di peringkat bawah, saya rasa sudah sampai masanya kepimpinan Pas di peringkat Pusat memikirkan untuk menggantikan jawatan Pesuruhjaya Pas Perlis yang sedang dipegang olih Ustaz Hasyim Jasin kepada pemimpin yang lain pula.
Saya bukanlah nak menyalahkan seratus peratus kekalahan teruk Pas di Perlis kepada Ustaz Hasyim, tetapi saya kecewa walaupun Umno berperang hebat antara kem Shahidan dan Radzi di masa kempen tempohari sehinggakan laporan polis banyak dibuat, tetapi Pas gagal memanfaatkan peluang keemasan sekurang-kurangnya mampu menambah bilangan kerusi di DUN Perlis untuk menjadi pembangkang yang kuat.
Sudah sampai masanya juga Pengarah Pilihanraya Pas Negeri yang sekarang dipegang oleh Karim Mat Rejab digantikan kepada orang lain. Pas Perlis perlukan kepimpinan baru yang lebih segar, terbuka dan berorientasikan rakyat marhaen bukannya kroni tertentu sahaja. Pemimpin yang baru tentunya dapat mengenengahkan idea yang baru untuk memantapkan lagi Pas di Perlis. Walaupun pandangan ini diberi oleh ahli biasa yang tidak ada jawatan penting dalam parti yang cuma membantu Pas di peringkat cawangan sahaja, tetapi saya sangat berharap supaya Pas Pusat dapat mengambil kira pandangan saya ini.
Jika cadangan ini diterima oleh Pas Pusat, saya berharap Pesuruhjaya Pas Perlis yang baru akan melantik muka-muka baru dalam jawatan Dewan Harian. Janganlah diteruskan lagi dengan kroni yang ada sekarang. Wallahua'lam! Allahuakbar!!!
Oleh: Ahli Pas Cawangan di Beseri Perlis
28.04.2008
___________________________________________________
DALAM KESIBUKAN PEMBANGKANG MEMBELAH DADA DAN MEROBEK JANTUNG UMNO, MEREKA BARANGKALI TERLENA SEKETIKA. MUNGKIN LETIH BERJUANG...... PERJUANGAN YANG TIDAK MEMBAWA APA-APA HASIL MEMANG BEGITU. KALAU DITELITI DAN DIFAHAMI LUAHAN DI ATAS, NYATA SEKALI KEKECEWAAN MEMBELENGGU DIRI. MASAKAN TIDAK, ISU KRONISME JUGA DIBANGKITKAN, KEPIMPINAN SEKARANG TIDAK 'SEGAR' MALAH TIDAK BERSIKAP TERBUKA. KASIHAN AHLI MEREKA......

APA YANG MUSTIKA DAPAT HURAIKAN, KISAH SANDIWARA PEMBANGKANG KINI TELAH TERBONGKAR SATU PERSATU. KONONNYA IKATAN YANG BAIK DAN KUKUH TELAH TERJALIN ANTARA MEREKA. TETAPI MENGAPA PULA TIMBUL KEKECEWAAN DARI AHLI MEREKA SENDIRI?
YANG PALING MENARIK APABILA DI DALAM PARLIMEN SENDIRI WUJUD PEMBANGKANG YANG MENYOKONG ANGGOTA BN. MUSTIKA PERCAYA SEMESTINYA PEMBANGKANG YANG MENYOKONG INI SUDAH TERLALU MUAL DENGAN KEPIMPINAN MEREKA. KALAU TIDAK MASAKAN 17 ORANG MEMPROTES PILIHAN PEMIMPIN MEREKA DENGAN MENYOKONG ANGGOTA BN?


SECEBIS PETIKAN DARIPADA

KUALA LUMPUR 28 April – Persidangan pertama Parlimen ke-12 mencatat perkembangan menarik apabila dua anggota Barisan Nasional (BN) dipilih sebagai Timbalan Yang Dipertua Dewan Rakyat dengan seorang daripadanya turut mendapat sokongan daripada 17 anggota pembangkang.

Ahli Parlimen Santubong, Datuk Dr. Wan Junaidi Tuanku Jaafar dan Ahli Parlimen Beluran, Datuk Ronald Kiandee masing-masing memperoleh 157 dan 140 undi dalam pengundian yang diadakan hari ini. Mereka mengetepikan cabaran daripada anggota pembangkang, Dr. Tan Seng Giaw (DAP-Kepong) yang hanya mendapat 81 undi.
Dengan komposisi Dewan Rakyat yang terdiri daripada 140 Ahli Parlimen BN dan 82 anggota pembangkang, kejayaan Wan Junaidi memperoleh 157 undi menunjukkan pencalonannya turut disokong oleh 17 wakil rakyat pembangkang.
_____________________________________________________
PESAN MUSTIKA KEPADA PEMBANGKANG, JANGANLAH BERMIMPI DI SIANG HARI. BANGKITLAH DARI TIDUR, PERHATIKAN LAH DI SEKELILING....... BULATKAN MATA, PANDANGLAH KE AKAR UMBI...... JANGAN NANTI 'YANG DIKEJAR TAK DAPAT, YANG DIKENDONG BERCICIRAN'..........MERANA NANTI......