Monday, September 08, 2008

ANWAR DAN IMPIANNYA: MASUK ANGIN KELUAR ASAP

berita 1: TIADA SEBAB UNTUK MCA KELUAR DARIPADA BN, KATA ONG KA CHUAN

IPOH, 7 Sept (Bernama) -- Setiausaha Agung MCA Datuk Seri Ong Ka Chuan hari ini berkata tidak ada sebab untuk parti itu keluar daripada Barisan Nasional (BN) seperti mana gesaan daripada anggota akar umbinya.

Beliau berkata MCA bukanlah 'orang luar', sebaliknya bersama-sama Umno dan MIC sebagai pengasas kepada pembentukan parti Perikatan yang kini dikenali sebagai BN.

"Maka sebab itu sekiranya terdapat sebarang masalah, kita perlu menyelesaikannya bersama-sama. Itulah semangat yang patut kita ada dan bukannya membangkitkan soal menarik diri daripada BN. Menarik diri tidak akan menyelesaikan masalah," katanya kepada pemberita di sini hari Ahad.

Beliau berkata pada ketika ini perpaduan dalam kalangan parti komponen BN lebih penting daripada bercakaran sesama sendiri, apatah lagi dengan dakwaan pihak tertentu kerajaan BN akan ditumbangkan menjelang 16 Sept ini.

"Sebenarnya bukan orang lain yang akan menumbangkan kita sebaliknya kita (BN) sendiri yang akan menumbangkan diri kita. Kita perlu ambil pengajaran daripada perkara itu. Berhenti bergaduh, berhenti membangkitkan isu-isu yang boleh melukakan hati pihak lain dan bekerjalah secara berpasukan mencakupi konteks rakyat Malaysia keseluruhannya," katanya.

Sementara itu di KUALA KANGSAR, Timbalan Pengerusi Pemuda BN Khairy Jamaluddin berharap sebarang masalah yang timbul akibat beberapa isu kebelakangan ini yang telah dipolitikkan oleh pihak tertentu akan dapat diselesaikan dalam semangat muhibah BN.

"Tidak perlu ada kata dua daripada mana-mana parti dalam BN untuk keluar daripada BN. Kita telah berada dalam gabungan ini lebih dari 50 tahun dan saya percaya masalah ini dapat diselesaikan," katanya kepada pemberita di Masjid Taman Kuala Kangsar malam semalam.

Beliau turut menasihatkan agar semua pihak yang berkaitan berhati-hati dan tidak terlanjur kata dalam usaha memancing undi ketika menghadapi musim pemilihan parti masing-masing.

"Jangan kerana kita terlalu hendak memancing undi dalam pemilihan parti kita sendiri, kita sanggup keluarkan kenyataan yang boleh menjejaskan hubungan dalam BN. (Pemuda) Umno akan menghadapi pemilihan juga dan janganlah kita keluarkan kenyataan yang boleh menjejaskan hubungan kita dengan parti komponen yang lain.

"Sama juga dengan Pemuda MCA, jangan kerana hendak jadi hero dalam parti sendiri maka keluarkan kenyataan yang boleh mengguris perasaan kawan-kawan yang lain dalam BN," katanya.

Semalam bekas Ketua Pemuda MCA Wilayah Persekutuan Han Chin Peng dan bekas Ketua Pemuda MCA Perak Datuk Tan Chin Meng menggesa pucuk pimpinan MCA supaya menimbangkan untuk keluar daripada BN- BERNAMA

___________________________________________________

berita 2: Lebih Banyak Kaum India Sertai MIC

DENGKIL, 7 Sept (Bernama) -- Langkah menjenamakan semula MIC telah merintis laluan bagi lebih banyak kaum India untuk menyertai parti itu dan sebagai permulaan, 400 orang kebanyakannya kalangan belia, hari ini mendaftar sebagai anggota parti MIC bahagian Sepang di Selangor, kata ketua bahagian Datuk C.Krishnan.

Beliau berkata bahagian MIC itu, yang pertama di Selangor yang mengambil anggota baru dalam jumlah yang besar, berharap dapat meningkatkan pengambilan di masa depan.

"Mereka (anggota baru) yakin bahawa MIC akan berupaya mewakili keperluan mereka," katanya kepada pemberita di sini.

Krishnan berkata langkah oleh ibu pejabat parti untuk mengasingkan sayap Pemuda daripada cawangan MIC membangkitkan minat ramai belia India untuk menyertai parti itu.

Beliau yakin lebih ramai wanita India akan menyertai MIC berikutan cadangan Presiden parti Datuk Seri S.Samy Vellu untuk mengasingkan sayap Wanita daripada cawangan MIC agar dapat berfungsi sebagai entiti yang berasingan.

"Kami berada di landasan yang betul dan harap-harap, menjelang akhir tahun, kami akan dapat meningkatkan jumlah anggota di Selangor," katanya.

MIC ketika ini mempunyai lebih 630,000 anggota dengan 3,700 cawangan di seluruh negara.

Samy Vellu telah memulakan langkah untuk menjenamakan semula MIC bagi menyuburkan parti dan mendapatkan kembali keyakinan serta kepercayaan masyarakat India ekoran prestasi buruk parti itu dalam pilihan raya umum 8 Mac lepas.

-- BERNAMA

***************************************************************************

mustika: Anwar nak kata apa lagi? tak boleh tido lah Anwar setiap malam termimpi-mimpi kerusi Perdana Menteri jadi milik nya..... Kesian Anwar, nampak dah terdesak sangat. Takkan takdak sapa-sapa nak kejutkan Anwar dari tidonya? Mungkin juga rakan sehati sejiwa Anwar (PAS dan DAP) turut sama bermimpi yang sama, manalah tahu, untung dapat duduk sebelah Anwar Ibrahim kat Putrajaya nanti sebab itulah mereka tak nak kejutkan Anwar.

APA YANG PASTI, DAP DAN PAS JUGA SEMAKIN HARI SEMAKIN RAGU-RAGU DENGAN ANWAR. TAPI MEREKA MENAFIKAN KEBENARANNYA KERANA TAKUT ANWAR TERSINGGUNG AGAKNYA. MAKLUMLAH, PAS PERNAH MENGELUARKAN KENYATAAN, HUBUNGAN MEREKA SUDAH TERSIMPUL RAPI, TIADA SESIAPA PUN YANG BOLEH MERAMPAS "KEBAHAGIAAN" MEREKA. BIARLAH........ YANG PENTING, KITA TIDAK MUDAH TERPENGARUH DENGAN MEREKA DAN TETAP SETIA MEMPERTAHANKAN MARUAH AGAMA, BANGSA DAN NEGARA KITA. JANGAN SALAHKAN ORANG LAIN JIKA SUATU HARI NANTI NEGARA INI DIJAJAH SEMULA. MASA DEPAN NEGARA TERLETAK DI TANGAN KITA. KITA YANG MEMBUAT PILIHAN. JANGAN SESEKALI SILAP MEMBUAT PERHITUNGAN. JANGAN PULA MATA KITA DIKABURI DENGAN JANJI MANIS ANWAR IBRAHIM.

FIKIR-FIKIRKANLAH

BUANG MASA? BUANG DUIT? MEMBAZIR?

oleh: http://pilihan-anda.blogspot.com/

KLANG 6 Sept. – Menteri Besar Selangor, Tan Sri Abdul Khalid Ibrahim mempertahankan tindakannya tidak turun padang untuk meninjau keadaan mangsa ribut di beberapa kampung di sini dengan menganggap perbuatan tersebut sebagai membuang masa dan membazir wang.

Menurutnya, walaupun pakatan pembangkang sering melaung-laungkan konsep negara berkebajikan, ia tidak bermakna beliau perlu menunjukkan muka kepada rakyat ketika mereka berdepan kesusahan seperti bencana alam.

"Saya ada wakil rakyat dan Exco yang mengendalikan bantuan untuk mangsa dan saya sentiasa berhubung dengan mereka. Jadi, tidak perlu saya turun padang kerana ia membazirkan masa saya.

"Jika saya datang melawat, saya terpaksa membawa bersama 15 hingga 20 orang saya dan ini akan melibatkan kos kewangan," katanya ketika ditemui pemberita selepas menyampaikan bantuan bencana kepada mangsa ribut di sini hari ini.

Ini merupakan lawatan pertama beliau ke lokasi bencana alam itu sejak ia melanda Isnin lalu.

Dalam kejadian pada pukul 3 petang itu, lebih 1,000 keluarga dari beberapa kampung seperti Kampung Sungai Udang serta Kampung Sungai Bertek di Teluk Pulai dan Kampung Rantau Panjang di Kapar menjadi mangsa. BACA LAGI

Des kata : Ish! Tan Sri, Des nak bagitau la kot kot terlupa, kita di bulan puasa nie harus ingat mengingati, Tan Sri mendapat gelaran Tan Sri pasal mangsa-mangsa ribut tu la yang mengundi. Tan Sri juga mempunyai nama lain yang termaktub di dalam perlembagaan. Nama-nama tersebut ialah YANG BERHORMAT, AHLI DEWAN UNDANGAN NEGERI (ADUN) dan yang paling popular ialah WAKIL RAKYAT.

Bila dah nama wakil rakyat, makna dari segi logiknya, Tan Sri ni sebenornye, hamba pada rakyat, orang yang boleh buat kerja bila disuruh, mesti mengorbankan tenaga dan kewangan untuk membantu rakyat-rakyat yang memangkah Tan Sri. Kalau Tan Sri tak turun padang akibat kekangan kewangan dan masa, macam mana Tan Sri nak tahu ada masalah yang menimpa rakyat yang memangkah logo bodoh yang Tan Sri payungi...

Owh....Tan Sri punya wakil-wakil rakyat kawasan dan exco-exco yang berdekatan dan sentiasa berhubung dengan mereka. Abis tu, apa sebenornya job description seorang Menteri Besar? Telefon sahaja untuk mengetahui perkembangan...? Bravo! Bravo! Takper la, lagipun kita di bulan Puasa ni eloklah bersangka baik, mungkin Tan Sri berasa letih akibat berpuasa dan mangsa-mangsa ribut tersebut pula tidak pandai mengerti erti kepenatan dan keletihan...

Tak apalah, Tan Sri duduklah kat bilik Tan Sri samapai berakar punggung tu. Tak payah pegi mana-mana nanti membuang masa dan wang. Rasanya, telefon pun tak payah kot, nanti bil telefon meningkat, buang duit jugak tu...YOU JUST SIT THERE, ENJOY YOUR RAMADHAN, AND "EAT THE BLIND SAW"!

ANWAR IBRAHIM MASIH BERMIMPI

16 September yang kelam! Itulah yang dapat Mustika simpulkan daripada apa yang Mustika teliti, lihat dan dengar tentang angan-angan PKR untuk menggantikan kerajaan dan kepimpinan yang sedia ada di Malaysia dengan dakwaan kononnya mereka akan dapat memerintah hasil dari Ahli Parlimen yang lompat parti.

Memungkinkan angan-angan ini menjadi satu kenyataan adalah mustahil sama sekali. Berkali-kali kita mendengar dan menonton di kaca-kaca televisyen mengenai pengesahan dan pengakuan Ahli Parlimen yang didakwa akan melompat parti dari BN kepada Pakatan Rakyat. Mereka dengan tegas mendakwa itu hanyalah omong kosong Anwar Ibrahim, tidak terlintas di fikiran mereka untuk berbuat demikian, malah mereka juga tidak sanggup menggadaikan maruah diri, rakyat dan negara semata-mata kerana kepentingan politik individu yang bernama Anwar Ibrahim. Budaya lompat-melompat parti bukanlah budaya mereka dan berkali-kali juga mereka menyanggah dan menyangkal dakwaan tersebut.

Terbaru, Lim Kit Siang sendiri telah menyatakan pendirian DAP bahawa mereka tidak akan menerima mana-mana Ahli Parlimen yang lompat parti. Terserlah sekarang bahawa apa yang didakwa Anwar Ibrahim adalah palsu dan bertentangan dengan pendirian DAP sendiri yang merupakan teman sehati sejiwa Anwar.

Apa motif utama Anwar? Tidak lain dari hanya ingin menutup pandangan umum daripada kesalahan peribadinya sendiri. Alahai Anwar...... Sudah terang lagi bersuluh mana boleh diselubung lagi. Ibarat katil sudah reput, bantal sudah hilang empuknya, selimut sudah koyak rabak dan kelambu pula berlubang sana-sini tetapi Anwar Ibrahim masih bermimpi di siang hari. Biarlah Anwar masih bermimpi, yang penting kita tetap bersatu hati dan setia pada agama, bangsa dan negara.