Wednesday, May 12, 2010

Lagi pemimpin keluar PKR

UTUSAN MALAYSIA

IPOH 11 Mei – Ketua Parti Keadilan Rakyat (PKR) Cabang Ipoh Barat, Fauzi Muda, 51, hari ini meletakkan semua jawatan dan mengisytiharkan keluar dari parti itu berkuat kuasa serta-merta.

Serentak itu, beliau mengumumkan PKR Ipoh Barat akan dibubarkan kerana lebih daripada dua pertiga Ahli Jawatankuasanya termasuk sayap Wanita, mengambil tindakan serupa.

Katanya, buat permulaan, sekurang-kurangnya 500 daripada 2,000 ahli dari 22 cawangan cabang itu akan menurut jejaknya.

‘‘Saya rasa sudah sampai masanya untuk saya meninggalkan parti kerana PKR sekarang mempunyai terlalu banyak masalah yang tidak mampu dibendung dan diatasi oleh kepimpinan.

‘‘Saya dapati PKR sekarang sudah hilang arah perjuangan asal kerana terdapat ‘syaitan-syaitan besar’ dan ‘petualang-petualang’ yang sedang bermaharajalela dalam parti khususnya di Perak,” katanya pada sidang akhbar di sini hari ini.

Fauzi sebelum ini pernah membuat dakwaan bahawa dia telah ditawarkan RM50 juta oleh Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak untuk menarik ahli dewan undangan negeri (ADUN) pakatan pembangkang di negeri ini melompat parti.

Kenyataan itu dibuat ekoran tindakan ADUN Behrang, Jamaluddin Mohd. Radzi dan ADUN Changkat Jering, Kapten (B) Mohd. Osman Jailu meletak jawatan dan keluar dari PKR.

Fauzi juga dituduh oleh penyokong pakatan pembangkang sebagai individu yang bertanggungjawab dalam memujuk Ahli Parlimen Bagan Serai, Mohsin Fadzli Samsuri meninggalkan PKR pada Mac lalu.

Menurut Fauzi yang sudah 10 tahun berjuang dalam PKR, dia mula memikirkan untuk mengambil keputusan tersebut selepas menjadi mangsa fitnah, umpat keji serta penghinaan termasuk dituduh sebagai ‘ejen UMNO’ dan ‘muka tembok’ oleh kumpulan ‘syaitan-syaitan besar’ yang cuba menyingkirnya dari parti.

Katanya, kemuncak penentangan itu apabila dia dihalang dari menghadiri Kongres Nasional Tahunan PKR di Kelantan pada 29 Mei ini sebagai perwakilan atas alasan mengeluarkan kenyataan akhbar mengkritik kepimpinan parti.

‘‘Saya telah dihasut untuk mengeluarkan kenyataan meminta Penasihat PKR, Datuk Seri Anwar Ibrahim berbuat sesuatu pada parti di Perak ekoran pelbagai masalah yang timbul.

‘‘Mereka hendak buang saya secara demokrasi tidak boleh kerana saya mendapat sokongan padu daripada ahli PKR Cabang Ipoh Barat dan oleh itu, mereka meminta PKR Pusat mengambil tindakan disiplin ke atas saya,” katanya.

Ditanya mengenai kumpulan ‘syaitan-syaitan besar’ itu, Fauzi berkata, kumpulan tersebut juga yang menyebabkan Jamaluddin dan Mohd. Osman bertindak keluar dari parti sebelum ini.

Katanya, gerakan kumpulan ‘syaitan-syaitan besar’ untuk menguasai PKR di Perak sudah bermula pada 2002 tetapi cubaan mereka gagal selepas tewas pada pemilihan parti.

‘‘Namun apabila Osman Abdul Rahman dan Ismail Yusof meletakkan jawatan sebagai Pengerusi PKR negeri, bermulalah pelbagai masalah dan budaya politik dalam parti juga sudah berubah.

‘‘Kumpulan ‘syaitan-syaitan’ ini mendapat sokongan pimpinan pusat, jadi seolah-olah mereka ini mendapat restu dari pusat,” ujarnya.

Ditanya sama ada beliau tidak bimbang dituduh menerima ganjaran untuk keluar parti, Fauzi berkata, ia sudah dijangkakan.

‘‘Saya hendak tunggu apa mereka hendak cakap dan akan berhujah balik serta mendedahkan kepada rakyat satu persatu mengenai siapa mereka yang berada dalam PKR Perak sekarang,” katanya.

Ditanya sama ada akan menyertai UMNO selepas ini, Fauzi memberitahu, beliau tidak bercadang untuk menyertai mana-mana parti politik buat masa ini tetapi akan terlibat dalam pertubuhan bukan kerajaan (NGO).

‘‘Saya akan teruskan karier politik melalui Pertubuhan Kebajikan Tindakan Suara Rakyat Negeri Perak yang akan saya tubuhkan dalam masa terdekat,” katanya.

Difahamkan, Fauzi akan mengadakan satu lagi sidang akhbar pada Jumaat ini untuk mengumumkan peletakan jawatan beramai-ramai AJK PKR Cabang Ipoh Barat dan pembubaran cabang tersebut.

Monday, May 10, 2010

JANGAN KITA LUPA


MANIFESTO PAKATAN RAPUH DI SIBU: SATU LAGI PEMBOHONGAN

Kalau Pilihanraya Kecil di Hulu Selangor baru-baru ini, Pakatan Rapuh menggunakan slogan yang "SELAMATKAN MALAYSIA" (sampai sekarang Mustika tak tahu nak selamatkan Malaysia daripada apa, musuh ke?, serangan jerung ke?, atau gempa bumi ke.....), di Sibu pula, slogan "JOM UBAH" digunakan. Nak ubah apa ya? ubah peta Sibu ke? Ubah nama Sibu ke? atau ubah penempatan penduduk Sibu (sebab mungkin Pakatan Rapuh nak bina empayar dekat situ..........hahahahahahahaha).... Walau apa pun, Mustika masih menunggu, calon DAP ni nak ubah apa!

Satu lagi, awal pagi ni Mustika sempat baca satu lagi 'lawak' Pakatan Rapuh dan DAP yang buat manifesto untuk 'UBAH' apa yang patut di Sibu. Mahu tergelak pun ada masa Mustika baca mengenai manifesto DAP dan Pakatan Rapuh di Sibu. Manifesto PRU yang lepas pun tak ada yang berjaya dilaksanakan, inikan pula PRK kali ni. Jom sama-sama kita nilai dan lihat apa 'perubahan' yang ingin DAP laksanakan;

1. Masa depan Sibu - Apabila DAP dan Pakatan Rakyat menjadi Kerajaan Negeri dan Kerajaan Pusat, kami berjanji akan menyelesaikan masalah banjir di Sibu dalam tempoh dua tahun, disamping melaburkan dalam modal insan dan prasarana untuk menjadikan Sibu sebagai pusat antarabangsa bagi industri perkapalan, kejuruteraan marin dan pelancongan. (BOHONG- sebab tidak mungkin DAP dan Pakatan Rakyat akan menjadi Kerajaan Negeri dan Kerajaan Pusat...., mimpi di siang hari)

2. Warga Emas - Semua rakyat Sarawak yang berumur lebih 60 tahun akan menerima bayaran minimum RM100 setahun sebagai menghargai sumbangan mereka dalam membangunkan ekonomi Sarawak (BOHONG- tiru idea Kerajaan BN, sumbangan kepada warga emas ni sebenarnya dah lama Kerajaan BN buat...)

3. Gaji Minima - Kami akan menetapkan gaji minimum RM750 sebulan kepada semua pekerja di Semenanjung dan RM830 sebulan di Sarawak (BOHONG- mana Pakatan rapuh nak cekau duit? nampaknya kena ambil hasil jual arak, babi, dan judi lah jawabnya... baru-baru ini PM telah bagi jaminan untuk mengkaji tahap gaji minima pekerja di Malaysia memandangkan kos sara hidup yang semakin meningkat...Lihatlah siapa dulu yang prihatin dengan nasib pekerja....)

4. Pendidikan - Semua sekolah akan diberi peruntukan mengikut keperluan sebagaimana yang dilaksanakan sekarang di Pulau Pinang, Selangor dan Kelantan untuk memastikan anak-anak kita mempunyai masa depan yang cerah (BOHONG- Kerajaan BN dah buat semua perkara ni sebelum ni, sektor pendidikan adalah keutamaan Kerajaan BN untuk memastikan rakyat mendapat kemudahan pendidikan diberi sama rata kepada rakyat, prasarana pendidikan seperti sekolah, bantuan kepada pelajar-pelajar miskin, guru-guru yang bertauliah.........BN dah buat semua tu.... buktinya RM1.8 billion diperuntukkan untuk pembangunan sektor pendidikan)

5. Royalti Minyak - Sarawak akan menerima royalti minyak sebanyak 20 peratus dari Petronas, iaitu meningkat dari lima peratus yang diberikan oleh Petronas sekarang.(BOHONG- mula-mula yang akan songlap duit Petronas adalah Pakatan Rapuh, sebab mereka dah lama mengidam dengan royalti minyak Petronas ni. Maklumlah, dah kebulur)

6. Reformasi Tanah - Semua tanah hak adat Bumiputra (NCR) akan diukur nilai dan diberi hak milik manakala pajakan yang akan luput akan dilanjutkan tempoh tanpa syarat. Ini akan membuka peluang ekonomi besar di Sarawak. (BOHONG- ingat isu YBK? Ingat isu Kampung Buah Pala? Ingat isu ICity di Selangor?, hak rakyat dirampas dengan kejam)

7. Pentadbiran CAT dan Demokrasi - Kami akan mengamalkan pentadbiran Cekap, Akauntabel dan Telus (CAT) serta melaksanakan sistem tender terbuka, membenarkan kebebasan bersuara dan mengadakan pilihan raya tempatan. (BOHONG- Selangor dan Pulau Pinang adalah contoh terbaik kepada kegagalan pentadbiran Pakatan Rapuh)

15 NAZIR MASJID SELANGOR INGKAR ARAHAN SULTAN

sumber: Berita Harian Online


SHAH ALAM: Seramai 15 nazir masjid di Selangor diberi amaran keras kerana mengingkari arahan melarang mana-mana pihak menggunakan masjid di negeri itu sebagai tempat berpolitik. Sambil melahirkan rasa kesal dengan sikap nazir yang gagal menjalankan tanggungjawab yang diamanahkan itu, Pengarah Jabatan Agama Islam Selangor (Jais), Datuk Mohammed Khusrin Munawi, berkata larangan berpolitik itu perlu dipatuhi kerana ia tertakluk mengikut Enakmen Pentadbiran Agama Islam Selangor. Beliau berkata, amaran lebih tegas, termasuk memecat nazir akan dikenakan selepas ini jika mereka terus mengingkari arahan berkenaan.

"Kaedah Tauliah mengikut Enakmen Pentadbiran Agama Islam Selangor sudah menyatakan secara jelas melarang semua pihak mengadakan ceramah dalam masjid yang berunsurkan politik, fitnah, menghasut dan menyakiti pihak lain," katanya ketika dihubungi, di sini, semalam.

Beliau berkata demikian ketika diminta mengulas tindakan bekas Menteri di Jabatan Perdana Menteri, Datuk Zaid Ibrahim yang mahu menghadap Sultan Selangor berhubung titah baginda yang melarang penggunaan masjid sebagai tempat politik.

Mohammed Khusrin berkata, Jais sudah meletak papan kenyataan berhubung larangan berpolitik di masjid dan surau di negeri itu. Antara lain papan kenyataan itu dengan jelas menyebut mana-mana pihak yang mengingkari, melanggar atau mempertikaikan perintah atau arahan Sultan Selangor atas sifatnya sebagai Ketua Agama Islam di Selangor adalah melakukan kesalahan mengikut Seksyen 12 Enakmen Jenayah Syariah (Negeri Selangor) 1995. Enakmen itu memperuntukkan denda tidak lebih RM3,000 atau hukuman penjara tidak lebih dua tahun atau kedua-duanya, jika sabit kesalahan.

Di KAJANG, Ahli Majlis Tertinggi (MT) Umno, Datuk Seri Noh Omar merayu Sultan Sharafuddin Idris Shah supaya tidak melayan permintaan Zaid, yang mahu menghadap baginda bagi menjelaskan maksud artikel Penyelaras Pakatan Rakyat dalam blog peribadinya berhubung larangan Sultan Selangor itu.

“Amat malang, Zaid sebagai seorang peguam hanya tahu mengenai undang-undang sivil, tetapi tidak belajar undang-undang syariah. Zaid perlu tahu di Selangor, titah baginda adalah arahan yang perlu dihormati,” katanya yang turut menyifatkan tindakan Zaid itu biadap.

Noh yang juga Menteri Pertanian dan Industri Asas Tani memberitahu pemberita demikian selepas mengadakan lawatan kerja ke Pasar Tani Pekan Batu 14, di sini, semalam.

Di KOTA BHARU: Zaid mendakwa beliau tidak membuat sebarang kesilapan kerana tafsiran yang dibuatnya dalam artikel itu mengikut undang-undang negara.

“Justeru, saya tidak perlu minta maaf terhadap pihak istana. Kontroversi timbul disebabkan ada pihak tidak faham perkara itu,” katanya
____________________________________________________________

Mustikaindah: sudah diberi amaran, sudah diberi peluang untuk 'bertaubat' tapi masih degil dan mengulangi kesilapan demi kesilapan yang terang terangan adalah salah dan tidak beretika. Tak reti bahasa betul mereka ni. Masjid adalah tempat ibadah yang suci bagi penganut agama Islam, namun sering kali dicemari dengan tindakan bodoh dan tidak bermoral pemimpin dan pengikut parti yang sudah hampir reput (Pakatan Rakyat).

Walau diberi kata dua oleh pemimpin tertinggi negeri iaitu DYMM Sultan, namun mereka tetap ingkar dan mempersendakan titah DYMM Sultan. Seolah-olah "siapalah sultan mahu menghalang kami?", kurang ajar betul manusia-manusia 'zaman batu ni'. Mustika yakin mereka (pakatan rakyat) melihat masjid sebagai medan terbaik untuk 'berdakwah' kerana kalau buat di tempat lain, orang tak mahu datang pun, sebab tulah masjid jadi medan penyampaian 'pidato umum' terdesak mereka.

Tuesday, May 04, 2010

CUBAAN MENJATUHKAN KREDIBILITI PDRM


Pakatan Rakyat sekarang tengah sibuk ber'pesta' dengan fitnah dan omongan yang tidak berasas. Masakan tidak, mereka (terutama Tian Chua, Karpal Singh) sedang berusaha untuk menjadikan POLIS DIRAJA MALAYSIA sebagai subjek untuk dipersalahkan dalam kes kematian Adik Aminulrasyid.

Sebenarnya tujuan mereka adalah untuk memburuk-burukkan imej polis sahaja dan bukannya membela keluarga adik amirulrashid. Sudah menjadi stail pembangkang yang akan mengeksploitasi semua isu asal menguntungkan mereka. Ada faktor yang mendorong Pakatan Rakyat bangun kononnya untuk 'membela nasib' mangsa dan keluarganya. Pertama, ia boleh dijadikan modal untuk Pilihanraya akan datang (sebab pakatan rakyat tidak pernah mempunyai isu kukuh, hanya sekadar fitnah dan kata-kata dusta semata-mata), dan yang kedua, ia boleh dijadikan isu yang boleh diperbesarkan untuk dijadikan 'benteng' sebagai usaha mereka menutup pandangan umum terhadap kes liwat Anwar Aljuburi.
Persoalannya mengapa Tian Chua sibuk sibuk nak mengadakan demonstrasi sedangkan Ketua Polis Negara Negara sudah pun memberi jaminan untuk menjalankan siasatan secara telus dan adil. Jika benar anggota polis yang melepaskan tembakan tersebut bersalah atas dasar cuai semasa jalankan tugas, dia pasti akan dikenakan tindakan.
Namun tindakan beberapa pemimpin Pakatan Rakyat ini dilihat sangat keterlaluan. Biarlah PDRM yang buat kerja. Jangan lah diganggu kerja polis.

PAS FOR ALL, ANWAR DAN DAP DIUTAMAKAN


prinsip perjuangan PAS nampaknya sudah tidak diperjuangkan lagi memandangkan PAS perlu menjaga hati kedua-dua sahabat baiknya iaitu Anwar Al-juburi dan DAP. Kesian dengan pengikut-pengikut PAS yang masih lena dibuai mimpi. Sebelum ini PAS tegas dengan perjuangan nya "MEMBANGUN BERSAMA ISLAM", tetapi semenjak dua menjak ni Mustika tengok PAS terlalu bergantung dengan Anwar dan DAP. Macam Anwar dan DAP tu talian hayat PAS pulak. Tapi tak hairan lah sebab PAS pun bukan pejuang yang sebenar.....