Tuesday, April 22, 2008

BPR DISTRUKTUR SEMULA

Apabila Dato' Seri Abdullah Ahmad Badawi mengumumkan bahawa BPR akan distuktur semula, banyak cakap-cakap belakang kedengaran kedengaran. Adakah ini juga ingin dijadikan isu oleh pihak-pihak yang sengaja mencari dan membangkitkan masalah?? Ayuh kita fahami dan selami dahulu isi kandungan inisiatif kerajaan untuk membanteras gejala atau isu rasuah di negara ini.
Kerajaan telah menggariskan empat inisiatif untuk membanteras dan memerangi rasuah di Malaysia.

1) Penstrukturan semula BPR sebagai Suruhanjaya Bebas yang dikenali sebagai Suruhanjaya Anti Rasuah Malaysia.
2) Menambah jumlah anggota dan pegawai penguatkuasa antirasuah daripada 2,000 orang sekarang kepada 5,000 dalam tempoh lima tahun.
3) Memperkenalkan undang-undang melindungi pemberi maklumat dan saksi
4) Menambah baik sistem perolehan awam.

Dengan memberi kebebasan kepada BPR, ia akan membolehkan agensi itu melaksanakan setiap tugas dengan baik. Justeru, dengan kesungguhan kerajaan untuk menstrukturkan semula BPR dengan menjadikan nya sebuah suruhanjaya, akan dapat meningkatkan keberkesanan, ketelusan dan akauntabiliti awam selain mengukuhkan kepercayaan rakyat terhadap agensi tersebut. Dari segi pendakwaan, suruhanjaya tersebut perlu merujuk kepada Jabatan Peguam Negara sebelum membawa apa jua kes ke mahkamah kerana jabatan itu masih bertindak sebagai pihak pendakwa bagi suruhanjaya tersebut. Proses penstrukturan semula BPR ini dijangka akan selesai sepenuhnya sebelum hujung tahun ini.

Sebuah lembaga penasihat akan ditubuhkan di bawah suruhanjaya tersebut yang dikenali sebagai Lembaga Penasihat Pencegahan Rasuah. Semua anggota lembaga penasihat terbabit akan dilantik oleh Seri Paduka Baginda Yang Dipertuan Agong atas nasihat Perdana Menteri. Lembaga ini berfungsi sebagai penasihat kepada suruhanjaya sama ada mengenai pentadbiran atau operasi. Mereka juga akan diberikan taklimat terutama berkaitan kes-kes kepentingan awam. Dalam hal ini mereka boleh mempersoalkan mengenai tindakan yang diambil oleh suruhajaya dan mencadangkan jenis tindakan yang seharusnya diambil. Apa yang paling penting, lembaga tersebut akan bertindak meyakinkan orang ramai bahawa kes-kes yang berkepentingan awam ditangani dengan sewajarnya oleh suruhanjaya tersebut.

Selain itu, sebuah jawatankuasa Parlimen akan ditubuhkan yang dikenali sebagai Jawatankuasa Parlimen Mencegah Rasuah. Suruhanjaya Anti Rasuah Malaysia bertanggungjawab membentangkan laporan tahunan nya kepada jawatankuasa berkenaan. Anggota jawatankuasa ini juga ditugaskan untuk menyemak serta mendapatkan penjelasan terhadap segala yang terdapat di dalam lapran tersebut.

Sejajar dengan statusnya sebagai suruhanjaya, agensi membanteras rasuah dengan kuasa baru, akan mempunyai kebebasan untuk merekrut pegawai dan kakitangan termasuk menawarkan tangga gaji yang lebih menarik. Tujuan kerajaan memberi kebebasan kepada suruhanjaya untuk mempunyai tangga gaji yang lebih menarik dan berbeza ini bertujuan untuk menarik lebih ramai golongan profesional menyertai agensi tersebut. (maklumat dipetik daripada Utusan Malaysia Online)

Mustika tidak mengerti mengapa sebilangan orang yang mengikuti berita dan pengumuman oleh Pak Lah cuba menafikan penstrukturan semula BPR. Dakwaan yang timbul kononnya pengumuman Pak Lah ini sudah terlambat tidak sepatutnya timbul. Ini kerana apa sahaja yang dilakukan perlu mengikut prosedur dan bukannya boleh terus wujud. Terdapat satu sumber yang menyebut bahawa kenyataan Pak Lah melambangkan kejayaan parti pembangkang dan masyarakat sivil yang sentiasa mendesak untuk memerdekakan BPR yang seharusnya berfungsi secara bebas, khususnya dalam keadaan banyak kes penyelewengan berlaku di kalangan pentadbir dan pemimpin kerajaan. Apa yang ingin Mustika sampaikan cuma satu sahaja......... Sumber yang bercakap umpama 'KUMAN DISEBERANG LAUT NAMPAK TAPI GAJAH DIDEPAN MATA TAK NAMPAK'. Tak perlu Mustika huraikan dengan lebih panjang lebar kerana semua orang seudah memahami maksud peribahasa itu.....

Pak Lah telah pun bertindak bijak dengan mewujudkan suruhanjaya yang akan menggantikan BPR. Hal ini masih belum terlambat dan penstrukturan semula ini bukan kerana desakan pihak pembangkang sebaliknya sebagai usaha berterusan kerajaan untuk memberikan yang terbaik kepada rakyat.

SAYA BUKAN PENAKUT: NAJIB

KUALA LUMPUR, 21 April (Bernama) -- Timbalan Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak hari ini menolak dakwaan Tun Dr Mahathir Mohamad kononnya beliau lemah dan pengecut dan tidak layak menjadi Perdana Menteri. "Ia bukan masalah `Mr Yes Man atau tak berani atau takut sebab saya berpegang kepada prinsip bahawa cara yang terbaik ialah penyerahan kuasa secara tersusun, cara yang terhormat. Itu yang akan memberi makna dan menentukan kepentingan parti tidak terjejas," kata Timbalan Perdana Menteri kepada pemberita hari ini ketika diminta mengulas kenyataan Dr Mahathir bahawa beliau tidak seharusnya menjadi Perdana Menteri kerana tidak berani mendedahkan sebab sebenar kekalahan Barisan Nasional pada pilihan raya lepas. Najib berkata sorotan sejarah Umno akan membawa orang ramai melihat bahawa penyerahan kuasa yang pertama antara almarhum Tunku Abdul Rahman Putra Al-Haj dan allahyarham Tun Abdul Razak Hussein berjalan dengan cara yang baik. "(Allahyarham) Tun Hussein Onn serah pada Tun Dr Mahathir pun dengan cara yang baik. Sudah ada tradisi, cara yang baik yang diamalkan dalam parti. "Pada hemat saya itulah cara yang terbaik dan kaedah yang baik untuk kita melakukan perubahan kepada kepimpinan negara seperti mana yang dinyatakan oleh Perdana Menteri dan presiden parti," katanya. Menurut beliau peluang perlu diberi agar peralihan kuasa berjalan dengan cara yang terhormat memandangkan segala keputusan dalam jangka masa terdekat akan memberi kesan kepada Umno. "Kalau kita lakukan sesuatu pada masa ini, sudahlah Umno dan BN dalam keadaan yang selepas pilihan raya umum tidak sekuat dulu, dan kita memerlukan masa memulihkan kekuatan Umno," katanya. Perbalahan dan pergeseran juga, katanya, pasti akan berlaku sekaligus membentuk dua atau tiga puak dalam parti yang akan melemahkan Umno dan BN secara langsung. "Kita tidak mampu melihat keadaan ini berlaku dalam parti dan boleh menyebabkan masalah yang besar kepada kerajaan dan negara," katanya.Najib yang juga Timbalan Presiden Umno turut menyangkal dakwaan kononnya Umno dilanda keretakan. "Saya tidak kata ada perpecahan, tapi jika ada krisis kepimpinan, ia akan berlaku seperti pada tahun 1987, dan seperti krisis (Datuk Seri) Anwar Ibrahim. "Persoalannya apakah BN dan Umno mampu melalui senario seumpama itu lagi?" katanya. Menyentuh perkara lain, Najib berkata beliau menunggu tindakan yang akan diambil oleh Parti Gerakan ekoran keputusan bekas timbalan setiausaha agung parti itu, Datuk Lee Kah Choon, menerima tawaran kerajaan negeri Pulau Pinang untuk berkhidmat sebagai pengarah Perbadanan Pembangunan Pulau Pinang (PDC). Bagaimanapun, menurut Najib, tindakan Lee bertentangan dengan prinsip yang diamalkan kerajaan selama ini. "Saya nak tengok apa pendirian Parti Gerakan dalam hal ini kerana daripada segi prinsipnya kita tidak menggalakkan atau sepatutnya berkhidmat dalam kerajaan pembangkang," katanya.-- BERNAMA
______________________________________________
MUSTIKA TABIK PADA TIMBALAN PERDANA MENTERI MALAYSIA KERANA TIDAK MEMENTINGKAN DIRI SENDIRI. BELIAU CUKUP BERHEMAH DAN SUSUNAN KATA-KATANYA MEMBUKTIKAN BAHAWA BELIAU TIDAK CEPAT MELATAH APABILA TIMBUL ISU SEBEGINI. SISTEM PENTADBIRAN KERAJAAN DAN PERALIHAN KUASA DI MALAYSIA SUDAH SEMPURNA. SEPERTI KATA NAJIB, SISTEM PERALIHAN KUASA MENGIKUT TRADISI DAN JALAN YANG BAIK.
MAHUKAH KITA MELIHAT RAMPASAN KUASA SEPERTI YANG BERLAKU DI THAILAND TERJADI DI MALAYSIA? JIKA MALAYSIA MENGAMALKAN PERKARA SEBEGINI, SUDAH TENTU LAH BANYAK NYAWA YANG AKAN TERKORBAN. PERISTIWA 13 MEI PASTI BERULANG.... MAHUKAH KITA MELIHAT PENTADBIRAN KERAJAAN MALAYSIA KUCAR KACIR, GOYAH DAN BERGONCANG? .