Thursday, August 07, 2008

LEBIH 300 PENYOKONG ANWAR BERKUMPUL DI LUAR MAHKAMAH

Sumber: BERITA HARIAN ONLINE

KUALA LUMPUR: Kira-kira 300 orang termasuk penyokong Datuk Seri Anwar Ibrahim berkumpul di sekitar pekarangan Mahkamah Sesyen Jalan Duta, di sini, bagi mengikuti pendakwaan terhadap Penasihat Parti Keadilan Rakyat (PKR) itu.

Mereka termasuk wartawan media tempatan dan asing mula berkumpul seawal jam 6.30 pagi dengan kawalan ketat di pintu masuk ke pekarangan mahkamah. Tinjauan Berita Harian sehingga jam 9 pagi ini mendapati pasukan keselamatan termasuk Unit Pencegah Rusuhan (FRU) ditempatkan di kawasan terbabit.

Wartawan yang ingin memasuki pekarangan dikehendaki mendaftarkan nama masing-masing di dua kaunter khas yang disediakan. Anwar dijangka sampai di mahkamah kira-kira jam 10 pagi bagi menghadapi tuduhan meliwat bekas pembantunya, Mohd Saiful Bukhari Azlan.

====================================================

Mustika: Plot cerita makin menarik. Tak sabar menunggu perkembangan terkini. Difahamkan juga hanya seorang sahaja wartawan dari setiap agensi samada media tempatan atau media asing di benarkan masuk ke dalam Mahkamah Sesyen, di Jalan Duta. Arahan dikeluarkan bagi memastikan mahkamah tidak sesak ketika pertuduhan dijalankan.

PILIHAN RAYA PERMATANG PAUH 26 OGOS

Sumber: BERITA HARIAN ONLINE

PUTRAJAYA: Penamaan calon pilihan raya kecil kerusi Parlimen Permatang Pauh ditetapkan pada Sabtu, 16 Ogos ini, manakala pengundian Selasa, 26 Ogos dengan tempoh berkempen selama 10 hari.

Tarikh itu diumumkan Pengerusi Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR), Tan Sri Abdul Rashid Abdul Rahman, dalam kenyataan yang diedarkan Pegawai Perhubungan Awamnya, Sabri Said, di lobi Ibu Pejabat SPR di sini selepas mesyuarat panel suruhanjaya itu selama kira-kira empat jam, tengah hari semalam Dalam kenyataan itu, Abdul Rashid berkata, writ pilihan raya kecil itu dikeluarkan hari ini, manakala notis mengenainya pula esok.

Seramai 58,459 pemilih iaitu 57,969 pemilih biasa dan 490 pemilih pos, layak mengundi dalam pilihan raya kecil itu berikutan penggunaan Daftar Pemilih Induk 2007 yang diwartakan pada 5 Februari serta Daftar Pemilih Tambahan Suku Tahun Pertama 2008 yang diwartakan pada 19 Jun dan dikemaskinikan sehingga 31 Julai lalu. Pegawai Daerah Seberang Perai Tengah, Roslan Yahaya pula dilantik sebagai Pegawai Pengurus, manakala Setiausaha Majlis Perbandaran Seberang Perai, Zainol Abidin Md Noh, Ketua Penolong Pegawai Daerah (Pengurusan) Seberang Perai Tengah, Kamarul Haizal Koderat dan Penolong Pegawai Daerah (Tanah) Seberang Perai Tengah, Azizal Ahmad sebagai Penolong Pegawai Pengurus. Abdul Rashid turut mengingatkan semua pihak supaya mematuhi arahan pihak keselamatan dalam menjaga ketenteraman dan keselamatan awam sepanjang tempoh pilihan raya kecil itu.

Calon juga dilarang menyentuh isu yang membabitkan kes petisyen Pilihan Raya Umum 2008 ketika berkempen kerana beberapa kes berkenaan masih dalam perbicaraan. "Oleh itu, semua pihak terutama parti politik, calon, petugas parti dan individu lain yang terbabit perlu sentiasa mematuhi undang-undang pilihan raya serta tatasusila berkempen yang ditetapkan," katanya. Pilihan raya kecil itu diadakan berikutan peletakan jawatan Ahli Parlimennya, Datin Seri Dr Wan Azizah Wan Ismail, 31 Julai lalu bagi memberi laluan kepada suaminya yang juga Penasihat Parti Keadilan Rakyat (PKR), Datuk Seri Anwar Ibrahim, untuk bertanding kerusi itu semula. Pada Pilihan Raya Umum 8 Mac lalu, Presiden PKR itu mengalahkan calon Barisan Nasional (BN), Datuk Pirdaus Ismail dengan majoriti 13,388 undi.

===========================================================

Mustika: Layakkah Anwar menerajui Parlimen Permatang Pauh? Mustika harap pengundi di kawasan itu bijak menilai. Wan Azizah sanggup mengkhianati kepercayaan pengundi di Permatang Pauh semata-mata untuk memberi laluan kepada Anwar untuk berkuasa...

Semalam, Ketua Bahagian Siasatan Jenayah Ibu Pejabat Polis Daerah Brickfields, Deputi Superintendan Jude Pereira telah menyampaikan sapina di kediaman Anwar di Bukit Segambut. Anwar diarahkan hadir ke mahkamah 10 pagi ini.

Mustika: SAMA-SAMA KITA TUNGGU DAN LIHAT