Thursday, September 25, 2008

IKLAN RAYA PETRONAS YANG MUSTIKA PALING SUKA (SEMUA IKLAN RAYA DARI PETRONAS MUSTIKA SUKA)

AKHIRNYA TERESA KOK MENGAKU JUGA

(Gambar: Utusan Malaysia, 25 September 2008).

http://anginperubahan.blogspot.com/

Akhirnya Teresa mengalah dan mengakui kesilapan sendiri. Pada 24 September, dalam satu forum ISA anjuran DAP, Teresa Kok akhirnya mengaku membuat kenyataan bercanggah mengenai makanan semasa dalam tahanan ISA.

Pada 19 September lalu Teresa mendakwa makanan itu “sama seperti makanan anjing” tetapi pada 22 September menukarnya kepada “baik sedikit daripada makanan anjing. “Okey baiklah. Awak mengesan kesilapan saya dengan bantuan rakaman video dan sebagainya, dan saya boleh terima kritikan,” kata Teresa Kok. Apakah Teresa tidak sedar semasa membuat kenyataan? Hingga perlu disedarkan oleh orang lain bahawa kenyataannya bercanggah?

Teresa menyatakan dia “tersilap membuat kenyataan” kerana keletihan. Mungkin sebab keletihan juga, Teresa terlupa apakah menu terakhir makan malam, sebelum dia dibebaskan. Jika keletihan, tenangkan dulu fikiran. Jangan buat tuduhan yang melulu dengan sewenang wenangnya. Kes ini menjadi pengajaran yang berguna kepada mereka-mereka yang enggan mengaku kesilapan sendiri.

Menurut Tian Chua (Ketua Penerangan PKR), tarikh baru pembentukan kerajaan Pakatan Rakyat telah ditukarkan kepada 1 Oktober 2008. Tukar kerajaan ketika umat Islam berhari raya Aidilfitri? Sesudah 16 dan 23 September tinggal angan-angan, ada pula kenyataan baru untuk terus mengelirukan rakyat. Bilakah Anwar Ibrahim hendak mengaku kenyataan 16 September yang dibuatnya adalah silap?

AZRINIZAM IBRAHIM

HARGA PETROL DAN DIESEL TURUN LAGI

Perdana Menteri Datuk Seri Abdullah Ahmad Badawi telah mengumumkan penurunan harga runcit petrol sebanyak 10 sen seliter kepada RM2.45 seliter daripada RM2.55. Harga diesel juga turun 10 sen seliter kepada RM2.40 seliter daripada RM2.50.

Ini lah yang dikatakan rezeki nak raya. Kerajaan sedaya upaya cuba meringankan beban rakyat, namun rakyat bersyukur atau tidak terpulanglah. Walaupun penurunan nya hanya 10 sen, tetapi ia mampu buat kita menarik nafas lega. Dan harapnya, ada lagi penurunan selepas ini.

Tetapi pesan Mustika, beringatlah selalu, jangan boros berbelanja. Dalam kegairahan membuat persiapan hari raya yang bakal memjelang beberapa hari lagi, janganlah kita lupa pada insan yang merintih dan mengharapkan bantuan daripada kita.