Wednesday, October 22, 2008

Sikap Anwar terhadap Sabah terus dipertikai

UTUSAN ONLINE

KUALA LUMPUR 21 Okt. - Ketua Pembangkang, Datuk Seri Anwar Ibrahim terus dikritik di Dewan Rakyat termasuk didakwa bersikap talam dua muka dalam memperjuangkan nasib penduduk terutama di Sabah.

Salleh Kalbi (BN-Silam) berkata, Anwar tidak pernah memberi perhatian serius terhadap Sabah ketika beliau berada dalam kerajaan sebelum ini tetapi kini mengambil sikap yang berbeza.

Katanya, sikap prihatin terhadap Sabah yang kini ditunjukkan oleh pemimpin pembangkang itu hanya bertujuan mendapatkan sokongan daripada rakyat negeri tersebut.

''Ketika saya menjadi pelajar, kami pernah bertanyakan tentang biasiswa untuk pelajar Sabah tetapi Anwar ketika itu berkata tiada peruntukan daripada Jabatan Perkhidmatan Awam (JPA) untuk pelajar Sabah," katanya.

Ketika membahaskan Bajet 2009, Salleh mempersoalkan tindakan Anwar yang kini kononnya mahu memperjuangkan kebajikan pelajar dari Sabah.

''Kenapa sekarang ini baru beliau mahu menjadi hero kampung di Sabah dan Sarawak," ujarnya.

Tindakan itu katanya, menunjukkan Anwar seorang yang bersikap talam dua muka dan simpatinya terhadap kedua-dua negeri tersebut hanya kerana mempunyai agenda tertentu.

Dalam pada itu, Salleh menggesa semua rakyat bersatu dan terus berpegang dengan kontrak sosial yang memungkinkan negara ini merdeka serta menikmati kemakmuran seperti hari ini.

Penurunan harga barang diumum Jumaat ini

UTUSAN ONLINE

KUALA LUMPUR 21 Okt. - Menteri Perdagangan Dalam Negeri dan Hal Ehwal Pengguna, Datuk Shahrir Abdul Samad akan mengumumkan penurunan beberapa harga barang keperluan pengguna yang bukan di bawah kawalan kerajaan Jumaat ini.

Katanya, penurunan itu melibatkan harga beberapa barangan keluaran sebuah syarikat pengeluar dan pengilang yang mempunyai pasaran dunia yang agak besar.

''Hari Jumaat ini akan saya umumkan bagi pihak syarikat pengilang tersebut. Ini adalah satu permulaan," katanya ketika ditemui di lobi Parlimen di sini hari ini.

Ditanya peratus penurunan harga tersebut dan jenis barangan yang terlibat, beliau hanya memberi jawapan pendek: ''Anda akan terkejut dengannya."

Beliau berkata demikian ketika diminta mengulas mengenai harga barang keperluan pengguna yang tidak turun-turun walaupun harga minyak yang sentiasa dijadikan alasan kenaikan harga barang, telah turun 40 sen seliter sejak bulan lalu.

Sementara itu, Shahrir berkata, beliau sedar tentang tindakan sesetengah pekedai runcit di kawasan kampung yang menjual beras 15 peratus hancur (ST15) melebihi harga ditetapkan.

Mengakui perbuatan itu sebagai salah, katanya, beliau memahami tindakan penjual tersebut yang disebabkan oleh masalah pengedaran beras jenis itu yang 'kurang digemari' oleh pihak pemborong dan pengedar.

''Memang ada kawalan dan subsidi pada pengilang untuk menggalakkan pengeluaran tetapi apabila sampai kepada pemborong, mereka melihat margin keuntungannya tidak mencukupi.

''Sebab itu, kadang-kadang pemborong memaksa pekedai mengambil beras lima dan 10 peratus hancur (SST5 dan SST10) kalau pekedai itu mahu mendapat bekalan beras ST15 ini," katanya.

Sehubungan itu, Shahrir berkata, bagi mengatasi masalah pengedaran barangan tersebut, kementerian telah menjalankan satu projek percubaan di Pekan, Pahang dan Seberang Prai Utara, Pulau Pinang.

Katanya, tempoh percubaan itu telah selesai dan kementerian akan mengemukakan cadangan kepada Kabinet untuk melaksanakan satu sistem pengedaran secara berkesan di kawasan pedalaman menggunakan rangkaian pengedaran sedia ada.

''Saya akan rangkum rancangan kita itu untuk mewujudkan satu badan atau pihak bertanggungjawab dalam mengurus pengedaran ini tanpa kita sendiri pergi membeli lori dan sebagainya," katanya.

Tenaga asing hanya sementara

UTUSAN ONLINE

KUALA LUMPUR 21 Okt. - Keperluan terhadap tenaga kerja asing di Malaysia pada masa ini adalah bersifat sementara terutama bagi menampung kekurangan tenaga kerja dalam sektor perladangan, pembinaan dan perkhidmatan.

Timbalan Menteri Sumber Manusia, Datuk Noraini Ahmad berkata, kerajaan telah menetapkan lima tindakan jangka pendek bagi mengurangkan kebergantungan negara terhadap pekerja asing.

Menurutnya, tindakan itu ialah penetapan siling pengambilan dan penerapan pelaksanaan proses automasi dan Sistem Binaan Berindustri (IBS) dalam sektor yang bergantung kepada tenaga kerja asing.

''Kementerian juga akan mempergiatkan usaha meningkatkan penyertaan rakyat tempatan dalam sektor yang kekurangan tenaga kerja dan merangka dasar serta strategi untuk meningkatkan tenaga buruh wanita di dalam pasaran buruh.

''Selain itu, kementerian juga akan menggiatkan usaha untuk menarik lebih ramai penyertaan rakyat tempatan di sektor seperti perladangan," katanya ketika menjawab soalan Ir. Hamim Samuri (BN-Ledang).

Hari ini, media melaporkan tentang satu simposium yang mendedahkan hampir 20 peratus tenaga kerja di Malaysia terdiri daripada warga asing dan ini bermakna nisbah pekerja di negara ini ialah seorang warga asing bagi setiap empat pekerja tempatan.

Menjawab soalan tambahan Hamim tentang 45 peratus kerja di negara ini berpihak kepada warga asing seperti yang dilaporkan Utusan Malaysia, Noraini berkata, ia terjadi apabila mereka menyalahgunakan permit.

''Penyalahgunaan permit berlaku apabila ada warga asing melakukan dua kerja dalam satu masa seperti orang gaji tetapi bekerja di restoran makanan," ujarnya.

Katanya, perkongsian maklumat memang sentiasa dilakukan terutama pemantauan pekerja asing kini giat dilakukan menerusi Jabatan Tenaga Kerja untuk menganalisis dan memantau bersama dengan Jabatan Imigresen.

YES to Pakatan Rakyat but NO to Anwar Ibrahim.. Dua sebab saya ragui Anwar - cekka

sumber: cekka

Semasa krisis 1998 dahulu.. saya amat menyokong Anwar Ibrahim!!

Pada saya.. Anwar Ibrahim nampak ‘lebai’ dan membawakan perwatakkan seorang pemimpin yang memperjuangkan Islam, hati jadi terpaut.. Malahan kami sekeluarga menyumpah-seranah kepada Mahathir kerana menzalimi Anwar.

Perasaan benci itu terbawa-bawa sehingga ke tahun 2008.. apa jua cerita mengenai keburukkan Anwar saya tidak percaya. Apa jua berita dari akhbar pro-kerajaan saya tolak mentah-mentah.. apa jua pemimpin BN katakan saya pekakkan telinga..

Malahan.. sehingga ke hari ini saya masih berhati-hati untuk menerima apa jua cerita negatif tentang Anwar..

Saya meragui Anwar Ibrahim hanya 2 perkara..

  1. Kenapa Anwar Ibrahim tidak mahu bersumpah ??
  2. Kenapa Amerika beria-ia menyokong Anwar Ibrahim ???

———————————————————————————–

Bercerita tentang sumpah.. tidak timbul samada ianya fitnah atau tidak. Kita boleh menerima ianya satu konspirasi BN.. itu saya boleh terima, ..Saiful diupah oleh Najb pun saya boleh terima..memang boleh diterima dari segi logik akal..

Saya cuba mengguna-pakai ilmu taksir.. menilai keadaan tersebut keatas diri kita sendiri, sepertimana yang diajar oleh orang tua-tua.

Dalam realiti kehidupan.. sekiranya saya dituduh oleh seseorang bahawa saya mencuri dan si penuduh pula bersumpah mengatakan saya pencuri.. sudah tentu saya akan menafikannya, dan saya juga akan turut bersumpah demi menegakkan kebenaran diri saya.

Kalau dia tidak bersumpah.. saya pun tidaklah mahu bersumpah juga. Hal itu sekiranya terjadi kepada diri saya, orang lain saya tidak tahu..

Soal orang mahu percaya kepada orang itu atau saya.. terpulanglah.. Yang penting saya mahu memberi mesej kepada orang sekeliling, saya tidak mencuri. Kalau masih tidak berpuas hati.. kita pergi balai polis, biarlah polis yang menyiasat siapa betul atau salah..

Tetapi, saya melihat Anwar sangat payah untuk bersumpah.. suka cakap itu-ini, alih isu sana-sini. Padahal, dia disokong pula TG Nik Aziz.. seorang ulama yang saya hormati. Payah sangatkah hendak bersumpah demi meyakinkan orang-orang Islam seperti saya ini?

Habis ulama dalam dan luar negeri dibawa masuk agar beliau wajar tidak bersumpah.. padahal tidak perlu jadi begitu bercelaru hanya kerana sumpah. Kalau tak buat, nak takut apa !! Mari.. kita sama-sama buat sumpah.. kita tengok sapa yang kena nanti. Maruah diri ini penting.. apatah lagi jika dituduh minat sama kaum sejenis.

Saya pasti.. sekiranya Anwar bersumpah bersaksikan TG Nik Aziz, saya akan meyokong Anwar habis-habisan.. Saya berharap dalam hati agar Anwar melakukan sumpah juga suatu hari nanti, tetapi hampa..

Sejak dari itu.. hati saya berdesis.. ada sesuatu yang tidak kena dengan Anwar ! Saya ketika itu.. sedikit pun tidak terpengaruh dengan dakyah BN.. itu lahir dari kata hati saya sendiri, tidak terpengaruh dengan sesiapa.

————————————————————————————

Kedua, pada tahun 1998.. Al-Gore menyokong reformasi Anwar. Kerana dilambung ombak kebencian yang teramat sangat kepada Mahathir, saya mengiyakannya.. tapi terlintas juga dalam hati, kenapa Amerika tiba-tiba mahu menyokong reformasi ini ?? Padahal.. sepatutnya, Amerika juga mesti menyokong PAS.. kerana PAS juga menentang BN.

Masa itu saya boleh terima.. Mahathir dicop anti-yahudi, patutlah Amerika marah.. Saya boleh terima dari segi logik akalnya. Tak kisahlah.. itu cerita dulu.

Tahun 2008.. Amerika sokong lagi, pelik?.. Pak Lah pun anti-Yahudi juga ke?? Saya perhatikan Malaysia dah banyak juga buat bisnes dengan Israel dan Yahudi, Khairy pun baik dengan Singapura.. ‘anak emas Amerika’ di Asia Tenggara. Amerika nak marah apa lagi..

Setahu saya.. Amerika sokong Sung-Kyi di Myammar.. itu negara komunis. AS sokong Saddam lawan Iran.. itu negara Islam, AS sokong golongan demokrasi di China.. itu juga negara komunis. Begitu juga di Indonesia.. Venezuala.. Pakistan.. Iran.. Rusia..

Pendek kata.. AS sokong golongan yang memperjuangkan demokrasi di negara-negara komunis dan Islam. Negara-negara yang tidak jadi ‘pak angguk’ kepada AS..

Dari segi logik akalnya.. tentulah AS ada kepentingan atau objektif tertentu disini kerana Malaysia ini negara Islam. Soal Anwar itu agen-yahudi atau tidak.. belakang kira !! Soalnya.. kenapa AS berminat dengan Malaysia??

Minat AS bermaksud ada udang sebalik batu.. Malaysia sudah 5 orang Perdana Menteri, satu pun AS tidak sokong.. tetapi Anwar ini belum lagi jadi PM.. sudah bertubi-tubi memberikan sokongan. Kenapa AS tidak sokong Tun Ghafar Baba dulu.. kenapa tidak sokong Tg Razaleigh Hamzah.. kenapa tidak sokong Tun Musa Hitam.. mereka itu semua bukankah lawan Mahathir??

Akal saya mengatakan.. ada sesuatu yang tidak kena dengan AS ini, samada Anwar bukan sekadar sahabat AS ataupun AS mahu mempergunakan Anwar.. hati saya mula gelisah. Bukan gelisah kerana baca berita Utusan Meloya.. Berita Hairan dan sebagainya, tetapi atas logik akal memerhatikan keadaan semasa.. Kalau saya taksub kepada Anwar, mungkin saya tidak terfikir pun hal ini..

Sekiranya AS tidak bersuara menyokong Anwar.. saya berprasangka baik kepada beliau.

Akal membenarkan, hati mengiyakan.. Ulama mengatakan ‘budi’. Saya sama sekali tidak menyokong Anwar Ibrahim.. Lantaklah apa orang nak kata !! orang lain saya tidak tahu apa dia fikir.. dan saya tidak suruh pun mereka berfikir seperti saya..

Ini undi aku.. ikut suka akulah nak undi siapa.