Friday, September 04, 2009

KERUSI DUN BAGAN PINANG KOSONG: SATU LAGI PILIHAN RAYA KECIL AKAN DIADAKAN

Negara akan menyaksikan satu lagi pilihanraya kecil apabila ADUN Bagan Pinang, Azman Mohd Noor, 55 tahun meninggal dunia pada 2:30 petang tadi di Hospital Seremban Specialist Center akibat serangan jantung .

DUN Bagan Pinang terletak di dalam kawasan Parlimen P132 Telok Kemang. Pada pilihanraya umum yang ke 12, Azman memenangi kerusi tersebut dengan menewaskan Ramli Ismail dari Pas dengan majoriti 2,333 undi. Beliau memperolehi 6,430 undi manakala Ramli pula 4,097 undi.

Kawasan tersebut mempunyai komposisi 66% pengundi Melayu; 19.9% India; 10.5% Cina dan 3.5% lain-lain kaum. Kerusi DUN Bagan Pinang secara tradisinya adalah kubu kuat BN. Sebelum ini calon BN, Mohd Faizal Ramli memenangi kerusi tersebut dengan majoriti 4,411 undi.

Takziah kepada keluarga Allahyarham..........

MUSA HASSAN... KHIDMATNYA MASIH DIPERLUKAN

Tan Sri Musa Hassan.......... bukanlah satu nama yang asing dalam pasukan Polis Diraja Malaysia. Memulakan kerjaya sebagai pegawai polis berpangkat inspektor pada 11 November 1969. Kewibawaan dan kepimpinan beliau terserlah apabila dilantik menjadi Ketua Polis Negara pada September 2006.

Sebelum ini tiada siapa pun mempersoalkan tindakan kerajaan melantik Musa sebagai KPN. Tetapi apabila ada ura-ura kontrak beliau akan disambung, pembangkang khususnya pemimpin Pakatan Rakyat dan penyokong setia mereka mula menggelabah. Mengapa ya? Mengapa semasa kontraknya disambung kali pertama dahulu mereka tidak segelabah ini? Macam-macam tuduhan dilemparkan kepada Musa. Kononnya Musa terlibat dengan kongsi gelap, gangster, gagal menurunkan kadar jenayah negara.......... dan macam-macam lagi yang Mustika cuba fikirkan logiknya. Namun sampai sekarang logik tu tak timbul, yang timbul keraguan pada niat Pakatan Rakyat membantah sekeras-kerasnya Musa disambung kontrak.

Mengimbau kembali pada tahun 1999, Tan Sri Musa pernah mengetuai kumpulan penyiasatan kes liwat Anwar Ibrahim. ANWAR IBRHIM lagi! Sekarang Mustika faham............. Pakatan Rakyat buat macam tu adalah untuk menjaga kepentingan seseorang! Seseorang yang anda semua pun faham. Pada tahun 1999 ketika siasatan kes Anwar Ibrahim, penyiasatan kumpulan yang diketuai Musa ini berjaya menjejaki bukti-bukti kes. Terang, jelas dan nyata sekarang. Tahun 2009 dan mungkin berlarutan hingga 2010, kes liwat kedua Anwar Ibrahim akan dibicarakan. Tidak mustahil jika diandaikan bahawa Anwar Ibrahim membuat provokasi dan meminta rangkaian penyokongnya untuk mencipta kes (fitnah) ke atas Musa kerana jika kontrak Musa tidak disambung, mungkin Anwar akan selamat dan tidak perlu melepasi siasatan Musa Hassan lagi. Anwar takut dengan kewibawaan Musa, kali ini pun polis berjaya menemukan buktinya. Takut benar nampaknya Anwar.

Tapi nampaknya ketakutan Anwar Ibrahim dan Pakatan Rakyat semakin bertambah kerana Tan Sri Musa Hassan telah disambung kontraknya selama setahun lagi. Mustika percaya, Anwar Ibrahim dan rakan sekutu sebulu nya sekarang sedang menggigil terketar-ketar, ketakutan dan sedang memerah otak memikirkan apa pula "rancangan jahat" seterusnya. KITA TUNGGU......

BERANI KERANA BENAR!