Negara akan menyaksikan satu lagi pilihanraya kecil apabila ADUN Bagan Pinang, Azman Mohd Noor, 55 tahun meninggal dunia pada 2:30 petang tadi di Hospital Seremban Specialist Center akibat serangan jantung .
DUN Bagan Pinang terletak di dalam kawasan Parlimen P132 Telok Kemang. Pada pilihanraya umum yang ke 12, Azman memenangi kerusi tersebut dengan menewaskan Ramli Ismail dari Pas dengan majoriti 2,333 undi. Beliau memperolehi 6,430 undi manakala Ramli pula 4,097 undi.
Kawasan tersebut mempunyai komposisi 66% pengundi Melayu; 19.9% India; 10.5% Cina dan 3.5% lain-lain kaum. Kerusi DUN Bagan Pinang secara tradisinya adalah kubu kuat BN. Sebelum ini calon BN, Mohd Faizal Ramli memenangi kerusi tersebut dengan majoriti 4,411 undi.
Takziah kepada keluarga Allahyarham..........
PENGASAS ROYALTI JADI KP JKOM, MAMPOS LA KITA
-
Nak tergelak bila mana si Syam Ghaz ni dilantik sebagai ketua pengarah
JKOM. budak separuh masak ni kerajaan madani lantik...?
Kenapa aku kata budak ni s...
1 day ago




2 comments:
walaupun kemungkinan PAS untuk menang di dun ini agak gelap tetapi apa apa sahaja boleh berlaku.Dan ini telah dilakukan oleh adun paroi.
UMNO perlu bersatu, jangan ada sengketa antara pemimpin.
Post a Comment