Sunday, April 18, 2010
CERITA KEDAI KOPI (XII)
CERITA KEDAI KOPI (X)
Menggelabahnya pemimpin-pemimpin PKR sehinggakan mereka akhirnya mengeluarkan kenyataan supaya BN mencari bukti jika Zaid memang begitu (peminum arak tegar).
Tapi bagi Mustika: "TAK TUMBUH TAK MELATA, TAK SUNGGUH ORANG TAK KATA"
CERITA KEDAI KOPI (IX)
CERITA KEDAI KOPI (VIII)
Khalid: kalau i tak cakap macam tu orang kampung takkan undi u
Zaid: tapi i belum lagi berhenti, i masih lagi minum....
khalid: (terdiam dan tergamam)
Hadi Awang: mung baru balik dari Haji, dokkang dok tobak lagi?
Zaid: i belum bersedia lagi, arak dah jadi darah daging i, mane boleh berhenti....
Hadi: mung buleh beruboh......
Zaid: MANE BOLEH!!!!!!!!!!!!!!!!!! Sape u nak ajar ape i kena buat?
Hadi dan Khalid hanya geleng kepala...............
Mustika hanya tersenyummmmmmm
PROTES TERHADAP ZAID
GEORGETOWN - Bekas Ketua Pemuda Pas Pulau Pinang, Mohd Hafiz Nordin membidas Pas kerana turut menyokong Datuk Zaid Ibrahim sebagai calon Pakatan Rakyat (PR) dalam pilihan raya kecil Hulu Selangor.
Hafiz yang juga Pengerusi Badan Anti IFC (Badai) berkata, tindakan Pas itu amat memalukan kerana menyokong pemimpin Parti Keadilan Rakyat (PKR) walaupun mengetahui personaliti dan tindak tanduknya sebelum ini, terutama ketika di dalam UMNO.
“Bagaimana Pas tergamak mengangkat seorang yang pernah mencabar pelaksanaan hudud di Kelantan ke mahkamah, terlibat dan menyokong penubuhan IFC (Suruhanjaya Antara Agama) serta berhasrat membuang kekuatan mahkamah syariah dalam perlembagaan dengan kempen terhadap Artikel 121 (1a) Perlembagaan Persekutuan.
“Dia tidak pernah patah balik termasuk menarik balik tuduhan atau meminta maaf atas keterlanjurannya menghina umat Islam,” katanya ketika ditemui di sini, semalam.
Artikel 121 (1a) Perlembagaan Persekutuan menyebut mahkamah sivil tidak mempunyai bidang kuasa terhadap apa-apa perkara dalam bidang kuasa mahkamah syariah tidak boleh dipinda.
Menurutnya, Zaid pada zaman pentadbiran bekas Perdana Menteri, Tun Abdullah Ahmad Badawi mempunyai perjuangan dengan agenda tersembunyi yang tidak sepatutnya dilakukan sebagai orang Islam.
Katanya, Zaid juga terlibat dengan penerbitan buku-buku sekularis, liberalis dan anti hadis melalui sebuah syarikat penerbitannya.
“Dia adalah seorang yang berjiwa pluralisme berdasarkan tulisan dalam bukunya berjudul In Good Faith.
“Adakah orang seperti ini sesuai untuk menjadi pemimpin?,” katanya.
Sehubungan itu, beliau turut membidas PKR dan PR kerana mencalonkan Zaid Ibrahim sebagai calon untuk bertanding dalam pilihan raya kecil itu yang tidak langsung mencerminkan hasrat murni perjuangan umat Islam.
“Carilah calon yang lebih sesuai dan mampu meningkatkan martabat bangsa dan agama serta berkeupayaan membela nasib pengundi,” katanya.
___________________________________________________________________
Mustikaindah: Pemimpin muda PAS secara terang-terangan menyatakan tentangan terhadap calon yang dipilih PKR.
CERITA KEDAI KOPI (VII): PKR TERSUNGKUR SEBELUM BERJUANG
Pemimpin 'Agung' PKR, Anwar Ibrahim menyatakan bahawa BN sedang sibuk menjaja perihal keperibadian calon PKR di Hulu Selangor. Namun harus diingat, dahulu di Permatang Pasir, PAS sibuk menjaja isu calon BN yang mempunyai 2 orang isteri. Apabila terkena batang hidung sendiri, PKR diibaratkan seperti "daun semalu, baru disentuh, sudah kuncup", dan tak kembang-kembang lagi selepas itu......
PKR dan Anwar Ibrahim sebenarnya sudah tidak mempunyai calon-calon yang bewibawa yang boleh diangkat menjadi pemimpin sehinggakan "si peminum arak tegar" menjadi ayam taruhan mereka. Dalam keterpaksaan Brader Anwar Berahim terpaksa memilih Zaid yang merupakan 'bapa segala katak'. Ibarat tewas sebelum berjuang, PKR menjadi lemah dan hanya menunggu saat-saat kejatuhan dek kerana penangan Brader Anwar Berahim yang 'berahi' untuk menjadi Perdana Menteri Negara Boneka ciptaannya sendiri.
Mustika percaya pengundi-pengundi di Hulu Selangor bijak memilih. Kata orang;
KALAU MEMILIH PEMIMPIN,
YANG PERTAMA ELOK, KEDUA PANDAI.
Elok dalam ertikata baik budi bahasanya, pekertinya dan perangainya. Dan calon yang wajar dipilih adalah P Kamalanathan.
JADILAH PENGUNDI YANG BIJAK
UNDILAH BARISAN NASIONAL.
CERITA KEDAI KOPI (VI)
Lokasi : Kedai kopi
Masa : 10.00 pagi (18/4/2010)
Pakcik Sahak (bukan nama sebenar) rancak bercerita dengan kawan-kawannya di meja bulat. Katanya, "sebab ape Anwar pilih Zaid?" katanya lagi, kalau dia diberi pilihan, belum tentu dia nak pangkah peminum arak tegar ni (gambar). Rakannya mencelah, kenapa? Mana pakcik tahu di peminum arak tegar? Pak sahak menjawab, "aku dengar cerita, aku tengok gambar, aku dengar orang-orang yang rapat dengan dia pun cakap macam tu"..... seorang lagi rakan (berkopiah) bertanya lagi, "pakcik jange dok nabur fitnoh, doso beso, masuk neraka!". Pak Sahak menjawab, "aku tahu lah sebab aku kan pengikut setia dia! Hari-hari aku dengan dia!".......
Mustika hanya tersenyum, dalam hati, "orang sendiri" pun dah cakap macam tu. Apa lagi bukti Azmin mahu? Entah-entah Azmin pun tumpang sekaki dan duduk semeja dengan Zaid sambil teguk air kencing setan ni kot........