Monday, December 15, 2008

BENARKAH WUJUD "PAKATAN ANWAR" DALAM PAS?

Laluan berliku diharungi PAS kini seakan satu petanda bahawa parti ini akan menghadapi zaman kegelapan suatu hari nanti. Bukannya omong kosong cuma melihatkan sedikit demi sedikit pengaruh Dato' Seri Anwar Ibrahim (DSAI), Pengerusi PKR mula menular di dalam kepimpinan PAS membuatkan hati tertanya-tanya apakah benar wujud apa yang Mustika bahasakan sebagai "Pakatan Anwar" di dalam parti yang sudah pun bertahan selama 57 tahun lalu.

Kumpulan yang diistilahkan sebagai 'Erdogan' atau dipanggil 'Klon PKR dalam PAS' (artikel :Pengaruh Anwar dalam PAS oleh Saudara Zulkiflee Bakar- Mingguan Malaysia 14/12/08) adalah kumpulan yang sentiasa mencari peluang untuk menjatuhkan beberapa nama besar dalam PAS. Tidak pasti apa tujuan Anwar sebenar tetapi kumpulan ini tentunya membangkitkan kerisauan dan kebimbangan dikalangan ahli setia dan pemimpin-pemimpin ulama dalam PAS. Usaha-usaha kumpulan ini termasuklah memburuk-burukkan pemimpin-pemimpin utama PAS agar pemimpin tersebut tidak dipilih menerajui tampuk kepimpinan PAS pada pemilihan pucuk pimpinan parti itu nanti.

Sebelum ini, 'Pakatan Anwar' dalam PAS hanyalah bekerja di 'belakang tabir' sahaja, namun sejak berlaku tsunami pilitik yang melanda negara lalu, kumpulan ini mula menonjolkan diri sedikit demi sedikit. Setuju dengan tulisan saudara Zulkiflee Bakar dalam Mingguan Malaysia semalam, Mustika menganggap kumpulan ini cuba mewujudkan satu parti yang diterajui oleh 'KLON ANWAR' dan bukan lagi golongan ulama seperti yang dikekalkan lebih separuh abad lalu..