Tuesday, February 10, 2009

JANGANG NNEBENG

http://www.wanahmadfarid.com/?p=522

JANGANG NNEBENG

Di dalam slanga Terengganu perkataan nnebeng maknanya satu situasiperbuatan yang melampau - yang melangkaui sesuatu yang berpada-pada. Ianya berasal dari perkataan tebeng yang sebenarnya memberi maksud ‘cuba’. Seorang ibu yang memberi amaran kepada anaknya tentang bahaya semak samun akan berkata : mung jangang tebeng gi kat rokk tu, tebeng-tebeng gi kang nya pagut di ulo ( bhs std. “Kamu jangan cuba ke kawasan semak samun di situ, kalau cuba pergi juga nanti akan di patuk ular).

Tebeng juga kadang-kadang merujuk kepada keadaan yang memaksa-maksa dengan bertubi-tubi. Ia juga merujuk kepada satu desakan. Kadang-kadang seseorang manusia apabila dipaksa dengan bertubi-tubi dia akan membuat reaksi balas. Dan reaksi balas ini selalunya berlawanan dengan apa yang dihajati oleh orang yang memaksa atau mendesak itu. Contohnya kalau seorang itu berhajat untuk memberikan sebiji bola kepada kawannya. Tetapi kawannya mendesak supaya diberikan dengan lima biji bola. Akhirnya kerana di desak dengan bertubi-tubi, dia membuat keputusan untuk tidak memberi walau sebiji bola sekali pun. Maka orang ketiga menyaksikan kejadian itu akan membuat ulasan seperti ini: nye tebeng mitok lima nang utir tu, sudohang sutir dok leh. Mbek nok sangat ! (bhs std. “Dia mendesak supaya diberikan dengan lima enam biji bola, kesudahannya satu pun dia tidak dapat. Itulah, nak sangat!”).
Jadi nnebeng sebenarnya merujuk kepada perbuatan yang melampau-lampau. Orang yang dipaksa tadi akan berkata kepada rakannnya itu: mung jangang nnebeng sangat. orang laeng pong nok jugok. Tebeng tebeng kang, kek gi aku tak mboh wi ke mung wala sutir pong (bhs std. “Kamu janganlah desak saya sampai begitu, orang lain pun memerlukan bola juga. Kalau kamu mendesak saya juga, saya tidak akan berikan bola ini walau sebiji pun kepada kamu”).
Ringkasnya perbuatan nnebeng adalah satu kelakuan yang negatif yang akhirnya memberikan kesan yang negatif juga. Sebab itulah di dalam kehidupan seharian, di dalam teknik pengurusan, di dalam gaya pentadbiran bahkan di dalam sahsiah peribadi kita, kita hendaklah mengelakkan sifat nnebeng ini. Ringkasnya kalau ia mendorong kepada sifat yang negatif ia boleh dikatakan sebagai satu sifat mazmumah - sifat yang dikeji.

Ada cerita di sebalik istilah nnebeng ni. Ada sepasang suami isteri tinggal disebuah kampung. Mereka telah lama berkahwin. Tetapi si suami tidak pernah mengecapi kebahagian di dalam rumah tangga yang didirikan sekian lama. Kenapa? Kerana isterinya tidak ada kerja yang lain melainkan berleter sepanjang masa. Pagi, petang, siang dan malam. Kalau suami duduk dirumah dileternya sebagai pemalas. Kalau suami keluar rumah dibebelnya sebagai tidak ingat rumah tangga. Kalau di bawa balik makanan di katakan membazir kerana dia sudah masak dirumah. Kalau tidak bawa bawa balik makanan dikatakan sanggup biarkan dia kelaparan. Pendek kata, semuanya tak kena. Dan suami menjadi sasaran leteren si isteri. Akhirnya si suami sudah tidak tahan dengan leteran yang berlarutan sehingga bertahun-tahun lalu diceritakan kepada rakan baiknya di warong kopi yang berhampiran.

“Senang saja,” kata sahabatnya. “Di hujung kampung ada sebuah perigi tua yang lama tidak diguna orang. Esok kamu ajak dia ke sana dan kamu buang saja dia ke dalam perigi tu”, sahabatnya meneruskan cadangan. Kadang-kadang sahabat yang merosakkan pun ramai.
Tanpa berfikir panjang selepas subuh keesokkannya, si suami mengajak isterinya “bersiar-siar kehujung kampung”. Si isteri ikut, tetapi di dalam perjalanan leteran tetap diteruskan. “Apa sebab kamu ajak aku kehujung kampung pagi-pagi buta ni. Kamu tak ada kerja lain ka…… “. Sampai di perigi buta tersebut, si suami menyuruh isterinya menjengok ke dalam perigi dan tanpa membuang masa, di tolaknya si isteri ke dalam. Dengan gembira, si suami pulang ke rumah.

Selepas asar, si suami mula merasa kesunyian. Bertahun-tahun mendengar leteran tiba-tiba rumah sunyi sepi. Bagai negeri di langgar garuda lagaknya! Rupa-rupanya leteran isterinya itu adalah muzik kepada telinganya. Halwa telinga. Manusia ini hanya mula menghargai benda apabila sesuatu itu telah tidak ada. Dengan penuh penyesalan, si suami terus mencari tali yang kasar lalu dia terus ke pergi buta dihujung kampung selepas waktu maghrib. Diapun berhati-hati, maklumlah orang yang bersalah memang begitu.

Sampai dihujung kampung, si suami terus mencampakkan tali itu ke dalam perigi buta dan mula mengangkat balik. Terasa berat. Sebab hari sduah gelap, dia tak nampak. Menggunakan segala kudrat dan kekuatannya diangkatnya juga, sehingga dia memegang tangan yang mula keluar dari perigi tersebut. Lalu disambutnya tangan itu, tetapi dia terasa tangan itu penuh dengan bulu, sedangkan tangan isterinya tidak pernah berbulu. Tak kan lah hanya satu malam di dalam pergi buta tangan boleh jadi berbulu?

“Kamu siapa?” tanya si suami.

“Aku penunggu perigi ini. Aku di sini puluhan tahun sehingga semalam ada orang perempuan jatuh dalam telaga ini dan dia berleter-leter sebab suami dia campakkan dia. Tak henti-henti leterannya dari semalam. Asyik membebel saja. Aku tak tahan dengan leteran dia. Aku rela keluar dari perigi ni, tak jaga pun tak apalah.”

Maka, selepas menceritakan kisah ini si ibu akan berkata kepada anaknya: mung tengok! kalau mung nnebeng nnebeng, bukang nang orang jer beci ke mung, jing pong beci jugok! (bhs std. “Lihatlah, kalau kamu berperangai yang melampau-lampau, bukan sahaja manusia yang bencikan kita, jin pun akan benci juga!”).

Oleh itu, apa pun yang kita buat, keputusan apa pun yang kita ambil, jangang nnebeng! Berpada-pada!


Mustikaindah: Loghat Terengganu yang asli kadang-kala membuat kan seseorang itu tercengang, tak faham, lucu dan hairan......

Teringat suatu ketika dahulu..............


PERPECAHAN.............

Bila Pakatan Rakyat Perak berpecah, sesuatu yang telah diduga sebenarnya......


KEMENANGAN..........

Bila BN merampas kembali Perak....... tak terucap dek kata-kata.....


DERHAKA.................

Bila ada rakyat yang menderhaka pada Sultan, mengabaikan serta ingkar pada titah Sultan.....kurang ajar betul...


Mustika akan huraikan nanti........tunggu...........